Friday, May 10, 2013

Perlukah Putuskan Pertunangan?

Soalan

Assalamualaikum.
saya telah bertunang selama 8 bulan. tapi saya masih bingung perlukah saya teruskan @ putuskan pertunangan kerana tunang saya selalu bercakap bohong.jarak kami jauh kerana saya di kedah & dia di johor.saya pernah terjumpa gambarnya keluar bersama wanita lain. masalahnya saya tidak mahu maruah keluarga tercalar jika saya putuskan pertunangan ini. saya betul-betul tidak tahu apa yang harus saya buat.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Perkahwinan itu adalah membentuk/membina masa depan kita sendiri dan anak-anak.  Oleh itu kesesuian pasangan amatlah penting dalam membentuk rumahtangga yang harmuni penuh dengan kasih sayang dan hurmat menghurmati antara pasangan tersebut.  Pertunangan adalah jalan kearah perkahwinan tetapi ia boleh diputuskan jika kesesuian tidak wujud, tetapi jika putus semasa perkahwinan ia amat menyakitkan.  Oleh itu berbincanglah dengan keluarga dengan sebaik-baiknya dan kita misti harus berhadapan dengan rialiti dan bertindak secara rasional dalam membina masa depan kita, mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment