Soalan
Apakah hukum bersalam dengan makcik disebelah isteri?adik kepada ayah
mertua saya,sy berusia 29thn,dan makcik berusia 40lbh...mohon
penjelasan..
Jawapan
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hukum bersalam dengan makcik isteri anda (adik kepada ayah mertua) adalah diharuskan dan tidak menyebabkan terbatalnya wudhu’ anda berdua. Hal ini kerana beliau telah menjadi salah seorang wanita yang tidak boleh anda kahwini buat selamanya disebabkan persetubuhan yang telah anda lakukan bersama isteri anda.
Ringkasnya, status diri anda dengan dirinya adalah seperti status seorang anak kepada ibunya. Wallahu 'Alam.

السلام عليكم..... mohon dilihat semula jawapan yang anda berikan ini,seingat al faqir hubungan seseorang lelaki dengan ibu saudara isterinya hanyalah haram sementara....
ReplyDelete10. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya
Soalan:
Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini;
a. Kakak, adik ipar saya?
b. Biras saya?
c. Isteri pak cik saya?
Halim, Kota Tinggi
Jawapan:
Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.
Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.
Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.