Soalan
Assalamualaikum, Adakah dibolehkan seseorang wanita yg melazimi membaca
tiga Qul dan ayat Kursi sebelum tidur terus membacanya dgn niat memohon
perlindungan dr Allah dr sebarang gangguan meskipun semasa ia datang
haid.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut pendapat Imam Shafie,
Membaca al-Quran ketika perempuan itu haid atau Nifas adalah diharamkan, walaupun satu huruf sekalipun>sekiranya perempuan itu berniat membaca Al Quran kerana membaca Al Quran, bukan kerana zikir dan bukan kerana berdoa dengan membaca ayat Al Quran, maka haramlah ke atas perempuan itu.
Sebaliknya jika perempuan itu berniat zikir, seperti dia membaca, bimillahir rahmanir rahim, atau lancar sebutan lidahnya dengan niat zikir dan bukannya niat membaca Al Quran ketika hendak makan, maka tidaklah diharamkan dia membaca Al Quran itu.
Ringkasnya, pendapat jumhur ulama mengatakan, apa-apa bacaan Al Quran, tidak dibenarkan sama sekali melainkan jika perempuan itu membaca Al Quran dengan berniat zikir atau membaca Al Quran ketika berdoa, dengan syarat tidak membaca Al Quran dengan niat membaca Al Quran, maka dua cara ini sahajalah adalah dibolehkan, tetapi selain daripada dua cara ini maka diharamkan perempuan membaca Al Quran.
Jadi terpulanglah kepada anda untuk mengambil peluang atas kelonggaran yang telah diharuskan oleh imam Shafie tersebut.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment