Friday, May 10, 2013

AKAD NIKAH KALI KEDUA DENGAN PASANGAN YANG SAMA

Soalan

SATU PASANGAN ( JANDA DAN SUAMI ORANG) TELAH BERKAHWIN DI THAILAND SELAMA 4 TAHUN DAN BELUM DAFTAR, BELIAU INGIN BERKAHWIN SEMULA DI MALAYSIA ( AKAD NIKAH KALI KEDUA) KERANA KEKURANGAN WANG UNTUK BAYAR DENDA.
1- ADAKAH AKAN SAH PERNIKAHAN TERSEBUT?
2- PERLUKAH LAFAZ CERAI TERLEBIH DAHULU SEBELUM DINIKAHKAN SEMULA SETELAH HABIS EDAH?

Jawapan

Apabila perkahwinan pertama (perkahwinan di Thailand) itu sah dari segi hukum syarak (wali, saksi, ijab dan kabul) maka pekahwinan kedua itu tidak sah (isteri yang sama), cuma persoalan disini ialah perkahwinan tidak didaftarkan kerana takutkan denda dan sebagainya.  Dalam enekmen kesalahan syariah perkahwinan tanpa kebenaran boleh didenda tidak melebihi RM 1000.00 bagi setiap kesalahan (iaitu kahwin poligami, kahwin tanpa kebenaran, dan tidak mendaftar kahwin dalam tempuh 6 bulan dari tarikh perkahwinan).
Tidak  perlu lafar cerai untuk berkahwin dengan isteri tersebut selepas edah kerana jika anda berbuat demikian lagi banyak denda dikenakan iaitu (denda kerana menipu borang permohonan nikah iaitu janda dikatakan anak dara, sudah berkahwin dikatakan tidak berkahwin dan sebagainya)
Pinal sarankan supaya anda mendaftarkan pernikahan tersebut dan denda boleh dikurangkan oleh hakim atas alasan yang munasabah, lagi pun tarikh perkahwinan sebenar menepati dengan tarikh yang diperakukan oleh mahkamah syariah dan begitu juga dengan status isteri dan anak-anak jika ada anak.

No comments:

Post a Comment