Soalan
Ustaz, apakh hkum yg sbnar-bnarnya mnjadi seorang artis sama ada
1) Watak Baik ttapi trpksa mnddahkn aurt krana khndak skrip
2) Watak jahat yg trpksa mnddahkn aurt krana khndak skrip.
3) Lakonan perkahwinan/talak/cerai
adkah ini trkecuali kerana niat adlh untuk mncari nafkah
1) Watak Baik ttapi trpksa mnddahkn aurt krana khndak skrip
2) Watak jahat yg trpksa mnddahkn aurt krana khndak skrip.
3) Lakonan perkahwinan/talak/cerai
adkah ini trkecuali kerana niat adlh untuk mncari nafkah
Jawapan
Dalam masalah ini, hukum menjadi artis adalah diharuskan sekiranya menepati dengan kehendak hukum di dalam Islam. Para artis boleh menjadikan garis panduan hiburan sebagai panduan di dalam perkara ini.
Mengenai masalah yang ditanya:
1. Walaupun memegang watak yang baik, jika mendedahkan aurat ia adalah dilarang/diharamkan.
2. Berlakon dengan memegang watak yang jahat adalah tidak dilarang, tetapi jika mendedahkan aurat ia adalah dilarang sama sekali.
3. Pelakon yang melakonkan lakonan perkahwinan, jika menepati syarat pernikahan ia adalah sah.
Bagi pelakon yang melakonkan adegan talaq dan penceraian, jika mereka adalah pasangan suami isteri, jika lafaz yang digunakan adalah lafaz cerai yang sarih (jelas), penceraian tersebut adalah sah.
Wallahu 'alam.
No comments:
Post a Comment