Friday, May 10, 2013

YANG MANA SATU PATUT SY PILIH?

Soalan

Salam ustaz,yang manakah lelaki yg patut sy pilih antara tunang yg menangguh kn perkahwinan tetapi masih mengajak membuat maksiat atau pun lelaki yg baru dikenali tetapi bersedia dr segi kewangan dan ikhlas menyunting sy sebagai isteri yg sah?... Dapat kh sy menerima petunjuk dr Nye jika melakukan solat istikarah tetapi solat 5waktu sering diabaikan?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Dalam memilih jodoh ada beberapa perkara yang perlu diambil kira bagi pasangan yang ingin berkahwin, antaranya
1. Agamanya, 2. Keturunannya, 3. Kecantikanya. 4. kedudukan hartanya,  serta dapat mewujudkan kasih sayang dan hurmat menghurmati antara pasangan tersebut..  Kita boleh melakukan solat istikharah memohon petunjuk dari Allah dalam menentukan juduh kita sekalipun kita mengabaikan solat fardu dan sebaik-baiknya dan semestinya janganlah ditinggalkan solat waktu mudah-mudahan Allah memberkati kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment