Friday, May 4, 2012

Niat Dalam Proses Samak

Soalan

tangga rumah sya dinaiki anjing pada malam hari, malam tu sy tanamkan dalam hati akan menyamak tangga tersbt pada pagi esok. Slps solat subuh saya mengambil tanah utk proses samak. Saya tau kerja yg sya buat adalah menyamak. sy ikuti proses samak dgn menyiram tangga tersbt dgn air tanah & dgn 6 kali air mutlak. Adakah sah samak saya. Ini kerana saya terbaca dalam ruangan ni perlu niat. adakah dalam perasaan hati utk menyamak dikira niat tanpa lafaz

Jawapan

Sertu yang anda lakukan adalah sah dan tangga rumah anda yang telah dinaiki oleh anjing telah kembali menjadi suci.
Niat adalah kerja hati dan bukannya kerja mulut.
Oleh itu, niat tidak mengeluarkan suara ia adalah bisikan di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara. Wallahu 'alam.

5 comments:

  1. Asalammualaikum saya nak tnye kalau kita dah terkena air liur anjing di muka Dan di tangan.tapi dah lama tak samak ape hukumnye.minta penjelasan terima kasih.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kes tu solat xsahla setahu sy.. sy di sini nk tau cra niat dia ja.. bkn story mowry sgtla..

    ReplyDelete
  5. Apakan niat untuk menyamak...

    ReplyDelete