Saturday, January 5, 2013

Hukum Bekerja Di Syarikat Pelaburan Emas

Soalan

assalamualaikum, apakah hukum bekerja di syarikat pelaburan emas.?adakah gaji yang diterima halal?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, status syarikat tersebut perlu dilihat terlebih dahulu sama ada ia sebuah syarikat pelaburan yang menjalankan perniagaan atau urus niaga emas yang memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak ataupun tidak.
Jika ia adalah syarikat pelaburan yang memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, maka hukum bekerja denggannya adalah diharuskan dan pendapatan yang diperolehi juga adalah halal dan boleh digunakan tanpa dikenakan sebarang syarat-syarat yang tertentu.
Namun, jika sebaliknya, maka hukum bekerja dengannya adalah diharuskan atas dasar darurat sahaja. Ini bermakna, masyarakat Islam yang bekerja dengan syarikat tersebut perlu mencari kerjaya dengan syarikat pelaburan yang lain yang lebih mengamalkan dan mematuhi hukum pelaburan di dalam Islam dan juga urus niaga yang menepati sistem muamalat di dalam Islam. Wallahu 'alam.

Bolehkah Saya Berdoa Agar Dia Menjadi Jodoh Saya?

Soalan

Saya telah jatuh hati pada seseorang. Tetapi saya tidak tahu sama ada dia masih bujang atau sudah berkahwin walaupun sudah berkawan selama setahun. Tetapi sahabat saya memberitahu dia adalah seorang 'nice person'. Kami.jarang berjumpa. Kadang-kadang masing menghantar sms mengatakan rindu. Saya tidak tahu sama ada dia ikhlas atau tidak. Bolehkah saya berdoa memohon dia menjadi jodoh saya untuk mengelak dari perkara yang tidak elok berlaku?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, jika wanita tersebut masih belum dipinang orang ataupun masih belum berkahwin, maka tiada larangan atau halangan ke atas anda untuk berdoa semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala pertemukan jodoh anda dengannya.
Walau bagaimanapun, ingatlah pesanan daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang ciri-ciri yang perlu diperhatikan kepada seseorang wanita yang ingin dipilih sebagai pasangan hidup. Ciri-ciri tersebut ada dijelaskan di dalam hadith di bawah ini. Semoga ia dapat dijadikan panduan kepada anda di dalam memilih pasangan hidup.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Dikahwini seseorang wanita itu atas empat sebab, iaitu; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka Kahwinilah dirinya atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an-Nasaa’i dan Ibnu Majah).

Semoga urusan dan hasrat anda dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Amin. Wallahu 'alam.

BAYARAN HUTANG DARIPADA HASIL JUDI

Soalan

SEORANG SAHABAT TELAH MEMENANGI SEJUMLAH WANG LOTERI (4D), KEBETULAN PULA DIA BERHUTANG SEJUMLAH WANG DENGAN SAYA DAN INGIN MEMBAYAR HUTANGNYA. APAKAH HUKUJM SAYA MENERIMA BAAYARAN ITU SEDANGKAN WANG BAYARAN ADALAH HASIL DARI JUDI.

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, wang tersebut harus untuk anda terima dan hukumnya adalah halal sekalipun ia berpunca daripada sumber yang haram iaitu loteri.
Ringkasnya, wang tersebut dihukumkan haram hanya kepada kawan anda tersebut (yang menang judi) sahaja tetapi tidak kepada anda kerana wang tersebut anda perolehi bukan daripada hasil perjudian tetapi ia adalah bayaran hutang dari kawan anda. Wallahu 'alam

Wednesday, January 2, 2013

Tangan Berbau Najis

Soalan

Assalamualaikum , tuan saya ada persoalan mengenai najis

Begini, selepas membuang air besar, saya sabun tangan, kemudian saya pergi ke masjid untuk solat selepas solat. Saya pun tidak tahu lah mengapa saya bau jari saya, dan saya was-was nie baju najis ke, sabun ke. Hal in menyebabkan saya was-was, saya mengulangi solat, dan membasuh semula tempat yang saya sentuh. semua kain2, dan moto kunci mangga saya hendak basuh. sehinnga jika boleh karpet mashid pun sy hendak basuh :(. adakah ini was2?

Jawapan

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang haram dimakan. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu: "Najis Ainiyah" yaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya kotoran manusia atau binatang; dan "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat), seperti air kencing yang kering. Cara menyucikan najis mutawassitah:
  1. Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.
  2. Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
Maka jika sudah dicuci berulang kali tetapi masih lagi berbau adalah dimaafkan kerana dharurat dan tidak perlu was-was lagi. Tuan juga tidak perlu untuk membasuh bahan-bahan yang tuan pegang kerana tidak terdapat ain najis tersebut sedangkan yang ada hanyalah bau sahaja.

Tayar Motor Yang Terkena Najis Berat

Soalan

saya ad terlanggar bangkai anjing semasa menunggang motor.beberapa hari kemudian, sewaktu saya sedang mengepam tayar motor trsebut saya tersentuh tayar motr tersebut dan tayar tersebut dalam keadaan basah.adakah tangan saya terkena najis tersebut dan adakah perlu disertu?

Jawapan

Dalam kes ini, jika pada tayar tersebut sudah tidak kelihatan lagi bangkai anjing tersebut, maka bolehlah ia dianggap sebagai telah hilang kesan daripada geselan tayar tersebut dengan permukaan jalan semasa anda menunggangnya.
Ringkasnya, tangan anda yang menyentuh tayar tersebut adalah tidak dihukumkan najis dengan syarat padanya tidak terdapat lagi sebarang kesan atau saki baki bangkai anjing tersebut. Wallahu 'alam.

Tidak Kusyuk Mengambil Wudhu

Soalan

Assalammualaikum panel. Saya pernah tertanya mcm mana kalau kita melakukan kerja tapi tidak kusyuk? Contoh amik wuduk.. basuh semua angota wuduk 3kali. Tetapi tak kusyuk, bila part yg basuh tangan kanan smpai siku terbasuh lebih 4kali atau terkurang 2kali.. Perlu ke angkat wuduk semula balik!! Mohon jawapan...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, wudhu’ tersebut tidak perlu untuk dibuat semula kerana khusyu' tidak menjadi syarat kepada sah atau tidaknya wudhu' tersebut.
Ringkasnya, anggota wudhu’ yang telah dikenakan air walaupun hanya satu kali basuhan sahaja adalah sudah mencukupi dan ia tidak perlu untuk diulang semula. Wallahu 'alam.

Hukum Ucap Merry Christmas

Soalan

salam. boleh panel tlg jelaskan hukum mengucap ucapan itu. ada yang kata jdi kafir dan ada jga yg kata tak jadi kafir cuma dosa. akidah boleh rosak. yg mna satu betul ?

Jawapan

Wassalam,
Dalam masalah ini, kita masyarakat Islam adalah diharuskan untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Krismas ataupun lainnya kepada teman dan rakan taulan yang beragama Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya. Malah kita diharuskan untuk menziarahi mereka di rumah-rumah mereka.
Walau bagaimanapun, kita adalah dilarang untuk bersama-sama mereka menyambut perayaan mereka sebagaimana kita menyambut hari raya kita.
Ringkasnya, memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Kita boleh niatkan doa tersebut untuk kebajikan mereka "agar mereka diselamatkan Allah dari
kesesatan mereka dan masuk Islam". Wallahu 'alam.