Saturday, April 26, 2014

Bakteria Dalam Najis Bayi

SOALAN :


"Sekiranya sumber bakteria itu adalah bukan dari najis bayi (sumber lain), perlukah mengalami proses pengasingan dan penyucian?..."

 

JAWAPAN :

 Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, petikan fatwa tersebut adalah bermaksud setiap alkohol yang terhasil diharuskan untuk tujuan minuman sekiranya ia terhasil bukan melalui proses pembuatan arak, bukan niat menghasilkan arak dan dalam kuantiti kurang 1%. Perlu diingat juga, Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. Manakala isu bakteria baik adalah perkara yang berbeza. Jika bakteria terhasil secara semula jadi atau proses tertentu daripada haiwan atau tumbuhan, maka ia diharuskan melainkan ia datang dari benda najis seperti babi dan anjing. Bakteria dari babi dan anjing adalah haram digunakan dan tidak boleh disucikan. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Halal: http://www.halal.gov.my/v3/ Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ Wallahua'lam

 

5 comments:

  1. Salam ustaz, saya ingin bertanya..kalau pakaian yang saya bawa ke tandas contohnya tuala bersentuhan dengn pakaian solat saya, adakah pakaian solat saya di kira kotor dan tidak suci serta membwa kepada solat sy tidak sah?

    Sebb saya was was kemungkinan pakaian ke tandas kemungkinan terkena percikan air kencing dan akan berpindah ke pakaian solat semasa pakaian terebut bersentuh..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ASSALAMKUALAIKUM ustaz.. Sya ingin bertanya satu soalan pda ustaz..ADAKAH SOH SOLAT JUMAAT DI TEMPAT MASJID YG TIDAK BERDAFTAR?
    Harap ustaz dapat tlng mnjwab soalan sya..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..ustaz bagaimana carany untuk sy ajukan soalan kepada ustaz..kerana..sy benar2 perlukan bantuan ustaz

    ReplyDelete