Soalan
Assalamualaikum , saya ada 2 soalan
1)Adakah solat tergesa-gesa menjadikan solat itu tak sah?bagaimana kalau lupa akan perkara ini dan perlu ke solat kembali kesemua solat2 yang saya rsa saya solat tergesa - gesa?
2)Adakah boleh meludah dalam solat?

Jawapan
Waalaikumusalam,
A.Sesuatu solat yang anda kerjakan itu dikira sah jika anda mampu melaksanakan 13 rukun dalam solat tanpa tercicir.Manakala sifat tergesa-gesa itu sebenar anda sedang mewarisi sifat iblis dan syaitan.
Kedua makhluk Allah ini, akan berusaha mengganggu tumpuan anda untuk bersifat tenang ketika solat,sebaliknya ia berusaha untuk mengacau dan mengganggu di sepanjang anda sedang solat.Syaitan akan berusaha untuk merosakkan pahala solat yang sedang anda kerjakan.
Dalam hubungan ini para ulamak dalam bidang fekah , telah meminta setiap orang yang ingin menunaikan solat supaya membaca ayat-ayat berikut, bagi menghindarkan diri mereka daripada gangguan iblis dan syaitan iaitu:
1.Ayat kursi,al-Baqarah 255
2.Surah al-Ikhlas
3.Surah al-Falaq
4.Surah al-Nas
B.Harus /boleh anda meludah ke arah ke kiri secara maknawi-simbolik,iaitu tanpa mengeluarkan air ludah.Perkara ini sebagaimana yang telah disarankan oleh baginda saw. dan bukannnya berludah ke hadapan yang menjadi tempat sujud atau ke kanan.Wallahu a'lamm

No comments:
Post a Comment