Soalan
Assalamualaikum , saya ada 2 soalan
1)Adakah Niat semasa solat boleh dilakukan sebelum angkat takbir?
2)Jika Imam itu terbatal solatnya , adakah makmum pun batal solatnya?

Jawapan
Waalaikumusalam,
Sebagai info bagi menjawab persoalan yang dikemukakan ,panel nyatakan maklumat berikut:
1.Menurut pandangan imam Shafie mengatakana bahawa, Niat solat fardu atau sunat itu mesti seiring/serentak bersama perkataan ALLAHU AKBAR diucapkan.Solat tidak akan sah jika niat dahulu kemudian baharu takbir.
2.Sekiranya imam terbatal solat, ini tidak bermakna makmum juga turut terbatal solatnya, tetapi apa yang lebih baik panel nasihatkan agar ,makmum hendaklah dengan segera, ambil kedudukan untuk gantikan tempat imam.Ini bagi membolehkan solat itu diteruskan dengan imam baharu, supaya solat itu tetap dipimpin oleh imam dari kalangan makmun yang hampir dengan kedudukan imam yang terbatal solatnya.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment