Soalan
adakah orang yang bermusafir sepanjang tahun termasuk dalam golongan yang harus berbuka puasa?
Jawapan
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang yang bermusafir memang diharuskan untuk berbuka/tidak berpuasa. Namun, mereka masih diwajibkan untuk mengqadha’ kesemua puasa yang telah ditinggalkan. Hal ini ada dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam firmannya yang bermaksud:
“...dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain...”
(Surah Al-Baqarah : 185)
Walaupun mereka yang bermusafir dibolehkan untuk berbuka, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan ibadat ini. hal ini kerana keharusan untuk mereka berbuka hanyalah satu rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hamba-hambanya.
Dari itu, bagi mereka yang melakukan perjalanan pada sepanjang tahun, mereka tetap diwajibkan melakukan puasa Ramadhan dan perjalanan yang mereka lakukan tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan ibadat ini.
Oleh itu, Panel ingin mencadangkan kepada golongan yang sering kali bermusafir untuk mengambil cuti setiap kali tiba bulan Ramadhan ataupun memohon supaya majikan menukar kawasan operasi hanya pada kawasan yang berhampiran sahaja bagi mengelakkan diri daripada terpaksa berbuka. Dan dengan itu dapatlah mereka berpuasa penuh pada tahun tersebut. Wallahu a'lam

No comments:
Post a Comment