Friday, April 19, 2013

Hukum Lelaki Memakai Cincin Emas Palsu

Soalan

apakah hukum bagi lelaki yang memakai cicncin emas palsu?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, semua lelaki muslim dilarang untuk memakai sebarang bentuk pakaian ataupun perhiasan yang diperbuat daripada emas yang tulen sekalipun dalam sukatan yang kecil. Larangan ini ada diterangkan di dalam hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu 'Anhu mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
“Dilarang (diharamkan) memakai sutera dan emas ke atas kaum lelaki daripada umatku dan dihalalkan ke atas kaum perempuan.”
(Hadis riwayat al-Tirmidzi).

Melalui hadith di atas, jelas kepada kita bahawa yang dimaksudkan dengan emas di sini adalah emas yang tulen dan bukannya emas tiruan atau lainnya.
Dari itu, hukum seorang lelaki memakai cincin emas palsu adalah diharuskan. Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment