Soalan
As'salam. Bapa saya baru meninggal dunia pada 29 Mac 2013 yg lepas.
Soalan saya, apakah hukum bagi binaan kubur yg saya bakal bina terdiri
dari marmar. Keadaan memaksa memandangkan ada pemilik lembu tidak
bertanggungjawab melepaskan peliharaannya di kawasan kuburan. Sudah
ditegur tapi tetap tidak berubah. Najis merata di atas kuburan dan ada
juga yg mendap dan berlubang2 kesan pijakan haiwan tersebut. Tanah
kuburan sangat2 kering, mudah merekah dan peroi. Kedudukan kubur arwah
di kawasan berbuk
Jawapan
Waalaikumusalam
Pembinaan kepuk kubur @ lot kubur dengan menggunakan batu marmar dan berpagar itu hukumnya adalah harus selagi mana anda tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.Sekiranya mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain bagi bertujuan untuk riyak/sombong maka hukumnya adalah haram.
Panel nasihatkan agar pembinaan tersebut jangan terlalu besar sehingga mengganggu lot tanah perkuburan jenazah lain begitu juga binaan itu tidak menampakkan kemegahan dan kemewahan yang melampau.Perlu juga panel tegaskan bahawa binaan kubur itu tidak didirikan atap/bumbung .Bagi tujuan supaya tanah yang baru ditimbus benar-benar padat dan mampat anda bolehlah menjirus air biasa atau air yang telah dibacakan ayat-ayat alQuran alKarim.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment