Wednesday, January 8, 2014

Suami Menghalang Masuk Islam

Soalan

Assalamualaikum ahli panel.. Apakah yang harus seorang isteri lakukan jika dia berminat dengan Islam dan ingin memeluk agama Islam tetapi dihalang oleh suaminya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pertama sekali anda perlu pergi ke bahagian dakwah di jabatan agama islam negeri .Ini bertujuan untuk mengetahui dan  diberi taklimat berkaitan dengan agama Islam  secara menyeluruh.
Sekiranya tidak jadi keberatan, anda boleh mohon untuk mengikuti kelas permulaan   berkaitan ugama Islam   serta hukum asas, yang diajar oleh guru atau kakitangan   di jabatan berkenaan.
Setelah anda yakin dengan ugama islam dan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat dan hukum,  baharulah anda zahirkan untuk memeluk  agama  Islam.
Setelah  memeluk Islam , diri anda akan dilindungi oleh undang-undang Islam,anda kena ceritakan kepada pegawai yang mengislamkan diri anda tentang halangan dan ancaman daripada suami jika anda telah masuk Islam.Pihak berkuasa agama akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk lindungi diri anda daripada sebarang ancaman daripada  bekas suami anda.Dengan syarat anda jangan tergesa-gesa masuk islam,apa yang penting kena belajar dahulu setelah yakin baharulah masuk.terima kasih.

No comments:

Post a Comment