Wednesday, January 8, 2014

Hukum Khawin Tanpa Sijil Kursus Kahwin

Soalan

assalammualaikum. saya ingin tahu, apakah hukum orang berkhawin tanpa sijil khursus kahwin? tapi ia masih cukup syarat seperti wali 2saksi. ijab dan qabul. adakah ia masih sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum berkahwin tanpa sijil pra perkahwinan tetap sah.Walau bagaimanapun pada pandangan panel adalah lebih baik berkahwin dengan mengikuti kursus pra perkahwinan.Ini kerana terdapat banyak manfaat tentang peranan suami isteri dari aspek keugamaan yang merangkumi akidah,syariah dan akhlak, termasuk juga sistem mengurus kewangan keluarga,hukum hakam berkaitan perkahwinan dan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan keluarga dan pasangan.
Selaras dengan ini,melalui kursus ini, amat bermakna kepada mana-mana pasangan, yang pernah mengikuti kursus ini mereka telah ada persediaan, dari segi mental,spritual termasuk info berkaitan dengan ilmu perkahwinan,ilmu,sistem kewangan,kesihatan berbanding dengan pasangan yang tidak pernah mengikuti kursus pra perkahwinan.Di samping itu ia juga dapat mengurangkan berlakunya masalah   rumahtangga yang mengakibatkan  perceraian.Wallahui a'lam.

3 comments:

  1. Assalamualaikum.pertnyaan dan pandangan je.adakah kursus pra perkahwinan berdasarkan ilmu syariat atau hakikat.bgi sy ia ilmu syariat yg boleh di buat dan boleh x di laksanakan.x ada hukum atau dalil mengatakan berdosa klu x buat πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ™πŸ™πŸ™ bukti nya kursus pra perkahwinan tu bru dan belum ada sekitar 1985.sy ingat lgi org tua2 dulu.kawen janji ada wali dan saksi.bgi ilmu berkaitan adab berumah tangga pun ikhlas je x ada yuran saudara seagama q.biarlh kita kembali ke zaman kuno asal jngn di bawa arus fitnah dajjal yg dahsyat.skrg bnyk kes cerai pun biar org sdh kursus.soal perpisahan dan perceraian tu ketentuan Ilahi.mana ada yg mahu cerai tpi klu takdirnya .redha je.sy minta maaf ya saudara seagama .sy bkn salahkn siapa2.cuma biarlh kita renungkan dan fikir sejenak.πŸ™πŸ™πŸ™πŸ˜„πŸ€πŸ€πŸ€

    ReplyDelete
  2. Tapi sy sambung lagi.kita di sini susah plk klu x ada sijil pra perkahwinan.nnti x ada sijil nikah .bila x ada sijil nikah x ada dokumen lh bila ada anakπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜ͺπŸ˜ͺ

    ReplyDelete
  3. Boleh dilakukan ke perkahwinan tanpa krusus kahwin sekarang

    ReplyDelete