Saturday, July 13, 2013

Tanah Kaktus Untuk Sertu

Soalan

Salam wbt...sahkah saya menyertu anggota badan menggunakan tanah yang digunakan untuk menanam kaktus(tanah dalam pasu bunga kaktus) kerana saya tidak tahu keadaan tanah itu..sama ada tanah itu dibaja atau tidak dan tidak tahu tanah itu bercampur dengan pasir atau tidak..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak dalam bidang fekah telah merumuskan tanah yang hendak digunakan bagi tujuan sertu ialah tanah asal yang sifat bersih yang tidak bercampur najis dan kekotoran.
Anda boleh gunakan tanah yang bercampur dengan pasir tetapi dengan syarat ia bersih dari sebarang najis.Begitu juga  tanah dalam pasu bunga yang tidak menghilangkan sifat asal tanah iaitu bersih  dari najis.Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. assalamualaikum ust,
    berkenaan isu sertu mesin pembuatan ubat pula, bagaimanakah cara sertu yg sebenar sekiranya mesin tersebut tidak boleh terkena air atau tidak boleh terkena air berunsur tanah?
    mengikut mazhab syafie perlu menggunakan air tanah, adakah perlu menggunakan mazhab hanafi tidak perlu air berunsur tanah?

    ReplyDelete