Soalan
As salam, saya mempunyai anak kecil berumur 1 tahun. Saya akan tidurkan
anak dahulu dan akhirnya saya tertidur sekali. Dalam pukul 1 atau 2
pagi, baru saya menunaikan solat isyak dan seterusnya solat sunat
tarawikh/witir di bulan ramadhan ini. Adakah sah solat sunat tarawikh
saya. Saya juga ada persoalan selepas selesai solat tarawikh saya
tambahkan dengan solat2 sunat yg lain sebelum solat sunat witir. Adakah
ini betul? Atau saya perlu solat tarawikh dan witir dahulu?
Jawapan
Waalaikumusalam,1.Melewat-lewatkan untuk menunaikan solat fardu isya' itu adalah berdosa,ini kerana terdapat hadis baginda saw yang menggesa umat Islam supaya segera menunaikan solat di awal waktunya.
2.Solat sunat tarawikh boleh dilakukan bersendirian dan juga digalakkan berjemaah demi untuk memeriahkan ibadat tersebut., selepas tarawikh anda harus/boleh tambah solat-solat sunat yang lain dan ditutupi dengan solat witir.Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment