Saturday, July 13, 2013

Qada Solat Subuh

Soalan

Assalamualaikum ustaz, jika terlepas solat subuh pada waktu nya bolehkah di qada antara jam 8 hingga 11 pagi? contoh nya saya tersedar tidur jam 7.30 dan waktu itu saya terpaksa bersiap untuk ke pejabat. Jadi tidak sempat untuk menqada solat , solat juga mungkin tidak sempurna sbb dilakukan dlm keadaan tergesa-gesa.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah mengqadha’ solat fardu yang tertinggal, anda dibolehkan untuk mengqadha’ solat tersebut pada waktu yang anda nyatakan di dalam soalan.
Ringkasnya, solat qadha’ tidak mempunyai waktu yang khusus. Ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada waktu malam ataupun siang. Wallahu 'alam.

1 comment:

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ustaz .Saya tinggal di Sungai Petani dan bekerja di Pulau Pinang. Masalahnya saya perlu menaiki bas terawal iaitu 6 pagi supaya dapat sampai ke pejabat tepat pada waktunya. Dalam hal ini saya tidak dapat menunaikan solat subuh apabila masuk waktunya .Saya tidak mahu solat secara tergesa gesa supaya elakkan apa apa kesilapan. Saya hanya tunaikan solat subuh setelah sampai ke pejabat.Maka dalam keadaan ini adakah Niat solat subuh yang saya tunaikan biasa atau qadha? Terima kasih Ustaz.

    ReplyDelete