Soalan
as salam isteri saya susah sgt untuk solat..bila disuruh kadang2 baru
dia bangun untuk solat...bila saya ada dirumah kalau tak ditegur dia
payah nak sembahyang..tapi bila dia ada mesyuarat diluar bila saya tanya
sudah sembahyang ke belum dia cakap sudah sembahyang...macamna nie
ustaz..saya tak mau tanggung dosa tidak sembahyang dia sedang dosa saya
sendiri pun tak tertanggung..kami mempunyai dua orang anak...apa yang
patut saya lakukan?saya dulu pun bukan baik sangat..tolonglah ustaz.as
salam
Jawapan
Waalaikumusalam,
Panel nasihatkan agar anda mengajak isteri anda pergi ke masjid/surau yang berhampiran dengan rumah anda untuk beliau solat fardu.Sekiranya beliau enggan anda minta beliau ikut solat berjemaah di rumah di mana anda jdi imam dan isteri jadi makmum.
Sekiranya gagal anda minta bantuan ibubapanya @ orang yang isteri anda malu untuk menasihatinya umpamanya ustazah,isteri ketua kampung/penghulu dan seumpamanya.
Di samping itu anda jangan lupa untuk lakukan solat hajat dan berdoa bagi meminta Allah lembutkan hati isteri anda tunaikan solat fardu.Lakukan solat hajat dan doa sehingga Allah menampakkan kesan/hasilnya,jangan mudah menyerah kalah atau berputus asa.
Mudah-mudahan panel doakan semuga Allah akan mempermudahkan segala urusan anda.Wallahu a'lam,.

No comments:
Post a Comment