Soalan
assalamualaikum ustaz, maaf kerana saya ni cetek ilmu agama, cuma saya
nak tau, perlukah solat zohor bagi lelaki pada hari jumaat? boleh ustaz
beri gambaran solat jumaat, bagaimana bermula dari masuk masjid sehingga
keluar masjid mengikut tertib?terima kasih
Jawapan
Waalaikumusalam,Hukum Solat jumaat adalah fardu ain.Solat tersebut hanya dua rakaat dan sebelum tunaikan solat jumaat para jemaah perlu mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.Pahala solat jumaat sama dengan pahala solat zohor empat rakaat.Ini kerana Syarak telah membahagikan solat jumaat dua peringkat iaitu dengar khutbah dapat 2 rakat solat zohor dan tunaikan solat jumaat maka dapat 2 rokaat lagi pahala solat zohor.Manakala solat zohor 4 rakaat,jika anda telah tunaikan solat jumaat anda tidak wajib lagi untuk solat zohor.
Setelah anda ambil wujud dan masuk masjid ,sebelum duduk anda disunatkan untuk solat tahiyyatul masjid 2 rakaat,dan setelah selesai solat sunat anda niat iktikaf.
Tunggu sehingga bilal azan bagi menandakan masuk waktu zohor dan kemudia anda solat sunat sebelum jumaat sebanyak 2 rakaat.
Setelah selesai anda tunggu khatib baca khutbah 2 khutbah,semasa khatib baca khutah makmum dilarang bercakap-cakap kerana ia akan mengurangkan pahala jumaat. Apabila habis khatib baca khutbah bilal akan iqomat untuk tunaikan solat Jumaat.
Niat solat jumaat ialah :
USALLI FARDA JUM ATI ROKAATAINI MAKMUMAN LILLAHIT TAALA
Sengaja aku solat Jumaat 2 rokaat menjadi makmun kerana Allah Taala.
Selepas imam habis baca fatihah, anda baca fatihah dengan suara yang perlahan sekadar boleh didengari oleh telinga anda sahaja,imam akan baca ayat, anda hanya dengar,kemudian diikuti dengan rukuk,i'tidal,sujud dan terus bangun/qiam lalu imam baca fatihah,habis imam baca fatihah, anda pun baca fatihah,ketika itu imam akan baca ayat,tunggu imam rukuk,i'tidak sujud dan duduk antara dua sujud serta baca tahiyyat akhir.Seterusnya bila imam salam anda akan turut salam,maka selesailah solat jumaat anda.
Lepas imam baca doa anda tidak perlu lagi solat zohor.Ini kerana solat jumaat telah ambil alih solat zohor dari segi pahala dan ganjaran adalah sama.Wallahu a'lam.
assalamualaikum ustaz,sy ada 1 soalan,apekah hukum jika selepas berhubungan dengan isteri,kita tidak melakukan mandi wajib dan perkara ini berlarutan sehingga saya terlupa hendak melakukan mandi wajib dan apekah hukum jika kita beronani dan tidak melakukan mandi wajib dan perkara ini juga berlarutan,mohon ustaz perjelaskan ..
ReplyDelete