Wednesday, January 8, 2014

Suami Menghalang Masuk Islam

Soalan

Assalamualaikum ahli panel.. Apakah yang harus seorang isteri lakukan jika dia berminat dengan Islam dan ingin memeluk agama Islam tetapi dihalang oleh suaminya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pertama sekali anda perlu pergi ke bahagian dakwah di jabatan agama islam negeri .Ini bertujuan untuk mengetahui dan  diberi taklimat berkaitan dengan agama Islam  secara menyeluruh.
Sekiranya tidak jadi keberatan, anda boleh mohon untuk mengikuti kelas permulaan   berkaitan ugama Islam   serta hukum asas, yang diajar oleh guru atau kakitangan   di jabatan berkenaan.
Setelah anda yakin dengan ugama islam dan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat dan hukum,  baharulah anda zahirkan untuk memeluk  agama  Islam.
Setelah  memeluk Islam , diri anda akan dilindungi oleh undang-undang Islam,anda kena ceritakan kepada pegawai yang mengislamkan diri anda tentang halangan dan ancaman daripada suami jika anda telah masuk Islam.Pihak berkuasa agama akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk lindungi diri anda daripada sebarang ancaman daripada  bekas suami anda.Dengan syarat anda jangan tergesa-gesa masuk islam,apa yang penting kena belajar dahulu setelah yakin baharulah masuk.terima kasih.

Hukum Khawin Tanpa Sijil Kursus Kahwin

Soalan

assalammualaikum. saya ingin tahu, apakah hukum orang berkhawin tanpa sijil khursus kahwin? tapi ia masih cukup syarat seperti wali 2saksi. ijab dan qabul. adakah ia masih sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum berkahwin tanpa sijil pra perkahwinan tetap sah.Walau bagaimanapun pada pandangan panel adalah lebih baik berkahwin dengan mengikuti kursus pra perkahwinan.Ini kerana terdapat banyak manfaat tentang peranan suami isteri dari aspek keugamaan yang merangkumi akidah,syariah dan akhlak, termasuk juga sistem mengurus kewangan keluarga,hukum hakam berkaitan perkahwinan dan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan keluarga dan pasangan.
Selaras dengan ini,melalui kursus ini, amat bermakna kepada mana-mana pasangan, yang pernah mengikuti kursus ini mereka telah ada persediaan, dari segi mental,spritual termasuk info berkaitan dengan ilmu perkahwinan,ilmu,sistem kewangan,kesihatan berbanding dengan pasangan yang tidak pernah mengikuti kursus pra perkahwinan.Di samping itu ia juga dapat mengurangkan berlakunya masalah   rumahtangga yang mengakibatkan  perceraian.Wallahui a'lam.

Mandi Wajib Dalam Keadaan Luka

Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sedikit tentang mandi wajib. Sah atau tidak kalau kita mandi wajib tetapi ada luka luka sedikit di anggota badan, sedangkan kita dah ratakan air di seluruh anggota badan. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Rukn mandi wajib itu ada tiga perkara iaitu
1.Niat mandi wajib
2.Membersihkan  najis dan kekotoran yang terdapat pada tubuh badan
3.Meratakan air mandian keseluruh tubuh badan
Sekiranya terdapat luka sekalipun,mandi wajib yang anda kerjakan  tetap  sah,cuma yang perlu anda lakukan ialah  membersihkan luka tersebut semasa mandi sedang dilaksanakan.Wallahu a'lam.

Golongan Yang Tidak Berhak Membayar Zakat.

Soalan

Assalamualaikum wbt.Bolehkah diterangkan adakah golongan yang tidak berhak membayar zakat,sebelum ini tidak pernah terfikir tetapi ada seseorang itu bertanya kepada saya.mohon penjelasan.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Terdapat beberapa golongan yang tidak wajib mengeluarkan zakat iaitu
1.Kanak-kanak
2.Orang yang tidak merdeka/tidak bebas/terpenjara
3.Golongan fakir
4.Orang miskin
5.Ibubapa/anak yang tidak mempunyai pendapatan tetap iaitumereka dalam kategori tidak mampu
6.Orang yang muflis/isytiharkan bengkrap
Wallahu a'lam

Berdosa Tak Kalau Melayani Bisikan Was Was?

Soalan

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya adakah berdosa jika melayani bisikan2 waswas syaitan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam surah an Nas dinyatakan bahawa syaitan dengan jelas sentiasa berusaha untuk menjadikan manusia dalam keadaan was-was atau ragu-ragu.Justeru disarankan agar anda dapat menghindarkan daripada menjadi saudara syaitan dengan menjadikan ayat-ayat alQuran sebagai kaedah terbaik untuk menghalang daripada perasaan ragu-ragu tersebut.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda tahu itu merupakan kerja syaitan dan anda sengaja ikutkan tanpa berusaha untuk menghindar/menghalangnya maka anda telah berdosa.Justeru bertindak bijak dengan mengamalkan ayat alQuran untuk menghalang perasaan was-was tersebut daripada terus sebati dalam diri anda.Wallahu a'lam.

Wajib Kena Qurban Tiap Tiap Tahun

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
Soalan : Adakah wajib Setiap Tahun kena buat Ibadah Qurban jika berkemampuan ?

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum berkorban setiap tahun mengikut imam shafie ialah sunat muakkad/iaitu yang sangat-sangat dituntut bagi yang mampu dari segi kewangan dan rezki yang lebih.Wallahu a'lam.

Saturday, December 21, 2013

Nanah Dan Jerawat

Soalan

Assalamualaikum , adakah nanah dan darah membatalkan wuduk?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Nanah  dan darah tidak sesekali membatalkan wuduk,cuma yang  perlu andabasuh dan bersihkan.Wallahu a'lam.