Saturday, September 14, 2013

Keliru Dengan Keadaan Semasa Lafaz Cerai

Soalan

Sy nk tanya selepas beberapa hari suami lafazkan cerai, dia ckp terlepas cakap sb tgh marah. Adakah keadaan tersebut sedar atau tidak sedar?

Jawapan

Jatuh talak sekalipun dalam keadaan marah.  Tidak sedar dalam erti kita tidak tahu apa yang kita  katakan/lakukan.  Dalam hal ini ia boleh rujuk dalam kadar segera semasa edah kecuali selepas talak tiga. Oleh itu berhati-hatilah untuk berkata sedemikian kerana akibatnya besar.
Penal tidak mengetahui pekataan bagaimana lafaz itu diucapkan?  kerana tidak jatuh talak jika ia berkata seumpama ini; "aku nak cerai kamu/aku akan cerai kamu/kan kita sudah bercerai/kita hendak bercerai ke? hakikatnya cerai itu akan berlaku dalam keadaan semasa dalam erti tidak lepas/sudah/akan dan seumpamanya.

Kemusykilan Sah Nikah

Soalan

Adakah sah nikah seorang khunsa yg disahkan sbagai lelaki oleh jabatan patologi dan jabatan pendaftaran malaysia untuk menikahi seorang pempuan.......
Sedangkan dier bleh berjimak dengan perempuan itu walaupun zakarnyer bersaiz kecil.......
Dier mempunyai zakar yg kecil dan dua testis seperti lelaki biasa.....

Jawapan

Sah perkahwinan tersebut atas situasi sedemikian.  Sebaik-baiknya pasangannya perlu diberitahu tentang kedudukan lelaki tersebut khususnya untuk ia membuat pertimbangan dan pilihan yang tepat.

TAHARAH DAN PEWARNA RAMBUT

Soalan

Salam panel yg dirahmati Allah SWT , saya ada 2 soalan mengenai taharah .
1.Tahun lepas , saya pernah terpijak najis anjing dengan kasut saya. Baru2 ini saya was2 bahwa sudhkah saya sertu?Kasut itu kini tlh dibuang. Perlukah saya sertu kaki saya jugak dan dlm rumah saya yg dpijak oleh kasut itu? Saya tidk igt tempat mana yg dipijak krna ia berlaku sudah lama.
2.Bolehkah tanah berwarna hitam yg bercampur dengan batu2 dan pasir dan sikit sampah sarap di dpan rumah saya digunakan utk sertu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda tidak perlu sertu jika anda jika tidak tahu /jahil tentang hukum perkara tersebut,tambahan kes tersebut telah berlaku setahun yang lalu.Jika anda masih juga  meragui tentang najis tersebut eluklah disertu pada tempat yang anda yakin telah anda pijak.Perlu panel tegaskan bahawa kaki anda tidak perlu disertu kerana ia berada di dalam kasut.
2.Sebaik-baiknya tanah yang digunakan untuk sertu itu tanah yang keras dan kurang bercampur batu,pasir dan sampah.Sekiranya tiada tanah selain itu sahaja yang ada ,maka menggunakan untuk tujuan sertu diharuskan tetapi dengan syarat ,anda perlu asing dan bersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.Wallahu a'lam

Apakah Hukum Trkeluar Mani ,bkn Dngn Niat

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanye perlukah pengantin perempuan memberi hadiah atau hantaran untuk abg atau kakak sekiranye dia bernikah dengan seorang lelaki dan lelaki itu mempunyai abg dan kakak yang belum berkahwin lagi. Dan jika pengantin lelaki, Perlukah dia memberi hadiah kepada si abg pengantin perempuan jika belum berkahwin? ada perbezaan ke 2 2 situasi itu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Istillah langkah bendul cuma digunakan oleh orang melayu sahaja dan ia tidak ada  kaitan secara langsung dalam ugama islam.Sesiapa   sahaja boleh nikah jika jodohnya telah sampai,malah tidak ada dalam hadis apatah lagi dalam alQuran jika adiknya yang menikah dahulu ia kena beri hadiah/bayaran tertentu kepada abang dan kakak yang belum berkahwin.
Justeru tanyalah ahli atau mereka yang pakar dalam bidang ilmu  fekah jika anda meragui kesahihan yang dinyatakan oleh panel dalam ruangan ini.Sekiranya jika ada hadiahpun mungkin pada adat sahaja dan bukannya pada tuntutan syarak.Wallahu a'lam.

Pengantin Perempuan Langkah Bendul

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanye perlukah pengantin perempuan memberi hadiah atau hantaran untuk abg atau kakak sekiranye dia bernikah dengan seorang lelaki dan lelaki itu mempunyai abg dan kakak yang belum berkahwin lagi. Dan jika pengantin lelaki, Perlukah dia memberi hadiah kepada si abg pengantin perempuan jika belum berkahwin? ada perbezaan ke 2 2 situasi itu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Istillah langkah bendul cuma digunakan oleh orang melayu sahaja dan ia tidak ada  kaitan secara langsung dalam ugama islam.Sesiapa   sahaja boleh nikah jika jodohnya telah sampai,malah tidak ada dalam hadis apatah lagi dalam alQuran jika adiknya yang menikah dahulu ia kena beri hadiah/bayaran tertentu kepada abang dan kakak yang belum berkahwin.
Justeru tanyalah ahli atau mereka yang pakar dalam bidang ilmu  fekah jika anda meragui kesahihan yang dinyatakan oleh panel dalam ruangan ini.Sekiranya jika ada hadiahpun mungkin pada adat sahaja dan bukannya pada tuntutan syarak.Wallahu a'lam.

Suami Kencing Tak Lawas

Soalan

Assalamualaikum wbt ustaz... bolehkah suami yg mempunyai kencing tak lawas membalut zakarnya dgn kain dan berwuduk , kemudian dia menjadi imam solat kepada isterinya di rumah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya seseorang itu mengidap penyakit kencing tak lawas,ulamak dan para sarjana dalam bidang fekah merumuskan supaya mereka memastikan waktu solat telah benar-benar masuk basuh dan sucikan kemaluan kemudian balut.Setelah itu beliau hendaklah dengan kadar segera ambil wuduk lalu mengimamkan solat tanpa mendahulukan solat   sunat Qobliyah.Setelah selesai solat fardu suami puan tidak boleh untuk solat sunat ba'diyah/selepas.Ini kerana wuduk yang diambil tersebut hanya boleh digunakan untuk sekali solat fardu sahaja.Jika beliau ingin solat sunat,mohon beliau mengambil wuduk baharu.Wallahu a'lam.

Mandi Wajib Dan Solat

Soalan

antara soalan sy :

1.selepas sy mandi wajib. sy terlihat ada 2,3 bintik merah di kuku kaki sy x pasti tu ape. adakah mandi wajib sy sah?

2.sekiranya ada sedikit air kencing di seluar kita. dan teros solat. sah ke solat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi wajib dikira sah sekira melaksanakan tiga rukun berikut iaitu
1.Niat angkat hadas besar
2.Membersihkan segala najis dan kekotoran yang terdapat pada tubuh  badan.
3.Meratakan air mandian keseluruh anggota tubhh badan.
Semasa anda mandi wajib ,tidak terdapat  sebarang halangan untuk air sampai kepada seluruh tubuh badan maka sahlah mandi wajib yang anda kerjakan.
2. Antara syarat sah solat ialah bersih tempat solat,tubuh badan dan pakaian yang digunakan semasa menunaikan solat.Berdasarkan kenyataan ternyata seluar anda terkena air kencing lantas anda terus solat,maka solat anda tidak sah kerana tunaikan solat dalam keadaan pakaian terkena najis,justeru anda kenatukar pakaian yang bersih dan