Tuesday, March 5, 2013

Solat Subuh Dan Caranya

Soalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ustaz.saya ingin bertanya.sekiranya kita menunaikan solat subuh berjemaah semasa imam membaca doa qunut perlu ke kita juga membaca doa qunut @kita hnya berdiam dan cuma mengaminkan apa yg dibaca oleh imam.

Jawapan

Dalam solat berjemaah, bacaan yang perlu dibaca oleh seorang makmum hanyalah Surah al-Fatihah sahaja. sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca Fatihahul kitab (Al Fatihah -ed).”
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi, maksudnya:
Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda ketika selesai melaksanakan solat subuh kepada para sahabatnya, ertinya:
“Apakah ada di antara kalian yang membaca di belakang imam?” Mereka
menjawab, “Benar, wahai Rasulullah.” Lalu Baginda berkata yang artinya, “Janganlah kalian melakukannya kecuali Ummul Qur’an (Al Fatihah) kerana sesungguhnya
tidak ada solat bagi orang yang tidak membacanya.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Hanifah dan Daruquthni)

Berasaskan kepada dua maksud hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa di dalam solat berjemaah, seorang makmum hanya diwajibkan untuk membaca surah al-fatihah sahaja kerana ia adalah salah satu daripada rukun di dalam solat. manakala bacaan yang lain termasuklah doa qunut tidak perlu untuk dibaca oleh para jemaah kerana ia telah dibacakan oleh imam. Wallahu 'alam.

Pembahagian Wang Ibu Bapa

Soalan

Assalamualaikum... Saya terdiri dari 3 adik beradik perempuan. Tiga bulan yang lalu kakak sulung saya meninggal dunia. Sebelum meninggal kami 3 beradik ada membuat simpanan (tabung) iaitu hasil pendapatan daripada peninggalan arwah ibu bapa kami di tolak 10 % drp hasil yg dibahagi samarata antara kami tiga beradik yang mana kami bersetuju bahawa wang tersebut akan digunakan apabila perlu. Soalan saya adakah anak arwah kakak saya wajib menuntut wang bhg ibunya... terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pembahagian harta pusaka boleh dibuat atas dua cara iaitu:
1.Ikut hukum faraid
2.Pembahagian secara adat @ sama rata bagi menjaga hubungan silaturrahim
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,anak saudara (anak kakak) anda berhak untuk tuntut bahagian ibunya mengikut yang telah dipersetujui.Justeru panel nasihatkan agar anda  berbincanglah dengan cara baik untuk melaksanakan pemberian tersebut supaya tiada persengketaan yang berlaku.Wallahu a,lam.

Nikah Di Walikan Bapa Sendri Dan Dinikah Bapa Tetapi Tidak Berdaftar Lagi Adakah Pernikahan Itu Sah Disisi Islam

Soalan

ASsalam saya ingin bertanya jika (wali) iaitu bapa saya sendri yang nikah kan saya berserta saksi yang mengikut syarak, tapi kami tidak mahu mendaftar lagi pada waktu yang terdekat ini kerana ada sebab2 tertentu, adakah pernikahan itu sah disisi islam atau tidak sah?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pernikahan yang diwalikan oleh ayah kandung sendiri itu hukumnya adalah sah.Namun begitu jika terlewat dibuat pendaftaran pernikahan tersebut ia akan menimbulkan masaalah pada masa akan datang.
Justeru panel nasihatkan agar anda dan suami supaya segera membuat pendaftaran di pejabat agama daerah @ negeri yang berhampiran.Ini bertujuan untuk mengelakkan kesalahan kerana lewat membuat pendaftaran dan seterusnya dikenakan panalti/denda atas kesalahan berkaitan.Wallahu a'lam.

Solat Jamak Bagi Suami Isteri Duduk Berasingan

Soalan

Assalammualaikum...
Saya dan isteri duduk berasingan lebih 150km kerana kerja. adakah boleh saya solat jamak di rumah isteri(rumah mentua) semasa pulang bersamanya hari setiap cuti hujung minggu dan sebaliknya jika pulang ke rumah kami? dan bagaimana jika saya keluar berjalan-jalan keluar dari mukim tersebut (rumah mentua), bolehkah jamak? Mohon jelaskan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda diharuskan untuk melakukan jamak dan qasar di rumah mertua anda dengan syarat anda tidak berada di rumah tersebut melebihi daripada tiga hari.
Demikian juga halnya dengan isteri anda.
Ringkasnya, anda dan isteri boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar dengan syarat tidak berada di rumah mertua/rumah anda melebihi daripada 3 hari.
Mengenai perjalanan yang dimulakan daripada rumah mertua, anda boleh terus melakukan Solat Jamak dan Qasar.
Namun bagi isteri anda pula, kebenaran untuknya melakukan Solat Jamak dan Qasar adalah bergantung pada jarak perjalanan yang ingin ditempuhi. Jika kurang daripada 2 marhalah (kurang 90 KM), maka beliau tidak layak untuk melakukannya.
Sila rujuk dalam buku panduan Solat Jamak dan Qasar untuk penjelasan yang lebih terperinci. Wallahu 'alam.

Mandi Wajib . Musykil

Soalan

adakah jerawat perlu dihilangkan atau dicabut@dicungkil sebelum mandi wajib?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Jerawat @ jeragat anda tidak perlu dicabut  sebelum atau semasa  mandi wajib.Ini kerana ia sedikitpun tidak menghalang  air mandian wajib anda untuk sampai ke bahagian berkenaan.
Sekiranya jerawat itu sifatnya menghalang air mandian daripada sampai kepada anggota tubuh badan anda  maka membuangnya adalah digalakkan.Wallahu a'lam.

Umrah Bagi Wanita Hamil

Soalan

saya bercadang untuk mengerjakan umrah pada 8hb April 2013. pada waktu itu saya mengandung 8 minggu. adakah saya boleh meneruskan niat saya itu memandangkan terlalu ingin mengerjakan umrah bersama kedia ibu bapa saya.untuk pengetahuan, sy telahpun mendapatkn suntikan berkaitan pada tahun lepas seblm mengerjakan umrah kali pertama..mohon pendapat.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan bahawa sijil kesihatan untuk melayakkan anda pergi umrah telahpun dibuat pada tahun lalu.Untuk pengetahuan ,tempoh sah Sijil ini mampu bertahan selama 5 tahun .Tetapi apa yang penting anda telahpun bersedia dari segi spiritual dan mental/minda sebelum menunaikan umrah wajib.
Sesuatu umrah tersebut  akan dikira   sah apabila anda menyempurnakan 5 rukun umrah yang utama iaitu:
1.Niat di miqat
2.Tawaf  sebanyak 7 keliling.
3.Saie sebanyak 7 kali
4.Tahallul
5.Tertib
Di samping itu juga panel nasihatkan agar anda tidak lupa untuk  mematuhi   kesemua pantang larang semasa berihram.
Justeru pada pandangan  panel adalah lebih baik anda pergi ketika usia kehamilan masih di tahap awal dan  panel berpesan agar anda perlu berhati-hati ketika bersesak-sesak ketika tawaf dan saie bagi  mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.Mudah-mudahan panel doakan semuga umrah anda diterima  Allah SWT  dan dipermudahkan segala urusan.Wallahu a'lam.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ustaz.sekiranya Imam Tersilap Baca Atau Terlebih Rakaat Apakah Perlu Makmun Buat

Soalan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ustaz.sekiranya iman tersilap baca surah semasa solat.apakah makmun perlu lakukan.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya imam tersilap baca atau terlebih rakaat  ketika mengimamkan solat maka tugas makmum ialah wajib menegur  kesalahan tersebut  dengan secara hikmah.
Sebagai contoh andaikata sesudah tiga kali diulangi bacaan yang sama tetapi salah maka makmum wajib menegurnya dengan perkataan "SUBHANAULLah  sebagai meminta  keizinan ,kemudian diperbetulkan bacaan ayat yang salah kepada ayat yang betul mengikut al-Quran.
Perkara yang sama juga diperlukan bagi tujuan untuk mengingatkan kepada imam yang beliau telah terlebih rakaat dalam solat.Wallahu a'lam.