Saturday, December 21, 2013

Saudara Baru Yang Ingin Berkahwin

Soalan

saya sudah bertunang dengan seorang saudara baru. dia telah 3 tahun memeluk islam dan sedang mengikuti kelas pengajian agama di perkim. sebelum memeluk islam dia pernah berkahwin dan tidak bercarai semasa memeluk islam. jadi, jika dia mahu berkahwin dengan saya, perlukah dia bercerai dahulu dengan bekas isteri atau kami boleh berkahwin mengikut prosedur seperti biasa.dan adakah nanti akan berlaku apa-apa masalah dengan perkahwinan kami ini. minta penjelasan

Jawapan

Dari segi syarak seseorang yang memeluk Islam secara automatik terpisah dengan suami/isterinya yang bukan Islam dan ia boleh berkahwin dengan orang Islam dengan tidak terikat dengan mana-mana ikatan dengan bekas suami/isteri yang bukan Islam kecuali yang berkaitan dengan hak penjagaan anak dan harta benda pemilik termasuk harta sepencarian.  Tetapi dalam kes-kes tertentu pasangan yang bukan Islam itu boleh membuat apa-apa tuntutan melalui mahkamah sivil tentang apa-apa perkara yang ada hubung kait dengan perkahwinan tersebut termasuk juga membatal perkahwin dalam Islam kerana ia belum menceraikannya (isteri/suaminya).  Jika ia mempunyai anak maka anak tersebut tidak boleh diislamkan secara perundangan sehingga anak tersebut mencapai umur 18 tahun kecuali kedua-dua ibu bapa tersebut memeluk Islam.  Oleh yang demikian sebaik-baiknya uruskanlah penceraian (dengan suami dahulu yang tidak Islam) terlebih dahulu supaya ia tidak berbangkit dikemudian kerana suami berhak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sivil.  Dalam sistem perundangan di Malaysia undang-undang sivil lebih mengatasi dari undang-undang syarak/syariah.  Kes sebegini pernah berlaku dan ia amat menyukarkan untuk menyelesaikannya.  Penal mencadangkan anda perlu mendapat nasihat dari pakar-pakar perundangan atau mana-mana mahkamah sivil dan syariah

No comments:

Post a Comment