Soalan
Assslamualaikum ustaz, Saya ingin meminta pendapat ustaz tentang apabila
saya menetapkan waktu untuk pergi mengerjakan solat untuk setiap
pekerja muslim didalam department saya untuk setiap waktu solat
memandangkan kami bekerja didalam Call Centre. Saya musykil adakah saya
berdosa kerana menyebabkan orang lain melambatkan solat mereka? Bolehkah
syarikat menetapkan masa (15 minit untuk 4 waktu solat) untuk seseorang
pekerja pergi menunaikan solat?
Jawapan
Waalaikumussalam.
Dalam situasi sebegini, peraturan harus dan perlu dibuat dalam memberi ruang masa yang mencukupi dan bersesuaian kepada pekerja untuk mengerjakan solat wajib, Bagi mereka yang kelewatan solat atas kes ini dan kepentingan ini tidaklah menjadi halangan dan penyebab kepada melewat-lewatkan solat dan dalam hal ini juga ia tidak boleh membezakan tentang keafdalan orang yang solat awal dengan yang solat terkemudian sekalipun nas mengatakan solat awal itu lebih afdal disegerakan. Oleh itu tuan tidak berdosa malah dituntut untuk berbuat demikian dengan memberi ruang masa yang sewajarnya dan membuat giliran yang bersesuaian dan sepatutnya.

No comments:
Post a Comment