Soalan
Blh kah sy mengikut mazhab lain selain syafie dlm bab najis berat iaitu
hanya air liur anjing saja najis?sama seperti zakat yg kebanyakan org
dimalaysia ni tidak mengikut pandangan imam shafie..?k2 tahun sy
memgalami penyakit was2 tentang najis berat..kerana sy lihat mazhab lain
lebih ringan tentang hal ini..tolong saya ustaz..hari2 sy bersertu
kerana keaadaan di luar jika kita lihat mmg x dpt dielakkan dri terkena
najis berat ni..afa ustaz ckp itu hanya kiyas..kita bleh ikut mana2
pun..
Jawapan
Kita bukan boleh sewenang-wenang menggunakan/mengambil mazhab lain
selain dari mazhab Syafie dalam membuat sesuatu keputusan sekalipun ada
ruang membolehkannya kecuali sesuatu yang amat-amat terdesak/dharurat
dan paling ringan dengan tidak melibatkan orang lain. Hal ini tidak
sama dengan isu zakat yang telahpun diputuskan orang kerajaan dan juga
jawatankuasa fatwa kebangsaan. Persoalan disini adakah tuan selalu dan
teramat kerap dengan sentuhan anjing/najis mughalazah sehingga
terpaksa setiap masa disertukan? dan bagaimana tuan memahami situasi
najis yang terkena kepada anggota badan dan lain-lain samaada pakaian
atau kenderaan atau rumah dan sebagainya? dan apakah tuan faham
dalam situasi tertentu dalam mazhab
Syafie membolehkan/melonggarkan/dimaafkan kita tidak perlu sertu jika
terkena najis mughalazah. Sebagai contoh: Kesan Najis mughallazah
berada pada air dijalan raya yang ketika itu tuan sedang memandu
kenderaan yang sudah pasti kesan najis tersebut terkena pada bodi/enjin
kenderaan tersebut atau pun jika tuan bersalaman dengan orang kafir di
restoran yang baru sahaja selesai memakan najis mughalazah adakah tuan
mengelak dari bersalam atau sebaliknya? ataupun ketika anda sedang
berjalan tiba-tiba sisa najis mughallazah termasuk dalam mulut tuan atau
termakan najis mughallazah tersebut dan hal ini adakah dalam mulut tuan
itu juga perlu disertukan?. Syarak memberi kelonggaran sehingga
membolehkan kita tidak perlu disertukan atas alasan-alasan yang
munasabah. Oleh itu dalam mazhab syafie juga ada
kelonggaran-kelonggaran tertentu pada pandangan ulama sehinggakan kita
tidak perlu disertukan atas situasi sedemikian samaada melibatkan
dharurat atau sebagainya. Walau bagaimanapun dalam hal tuan ini ada
ruang-ruang yang membolehkan kita tidak payah kita menyertuinya
sekalipun tidak menggunakan mazhab lain. Penal berpandangan jika kita
gunakan mazhab lain dibimbangi boleh mendatangkan kesan sampingan yang
lain sehingga ia dianggap mempermudah-mudahkan hukum sehingga boleh
menjadi ikutan dan amalan kepada orang lain
No comments:
Post a Comment