Saturday, December 21, 2013

Nikah Gantung Dalam Islam

Soalan

Salam Ustaz, saya berniat untuk Nikah Gantung pada Mac 2014. Selepas akad nikah selesai, maka saya akan duduk dengan family saya dan isteri saya akan duduk dengan ayahnya. Jadi soalan saya:

1. Adakah boleh saya jimak isteri saya ketika dalam masa Nikah Gantung itu dan menggunakan kondom untuk mengelakkan daripada hamil. Apakah hukumnya?

2. Selepas berlakunya jimak itu dengan menggunakan kondom, adakah nafkah zahir, saya perlu tanggung?

Terima kasih uztaz...

Jawapan

Waalaikumussalam.
Dalam Islam tiada istilah nikah gantung, cuma dalam adat kita apabila menyebut nikah gantung itu ia bermaksud nikah tanpa kenduri kahwin dan ada juga tidak tinggal bersama sebagai suami isteri seperti isteri dan suami tinggal dirumah ibu bapa masing-masing.  Dalam Islam/syarak apabila kita berkahwin dengan seseorang maka kita diikat dengan ikatan perkahwinan tersebut seperti memberi nafkah zahir dan batin termasuk makan minum, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. maka dengan ini tidak timbul diharamkan jimak semasa nikah gantung dengan maksud boleh kita berjimak dalam apa suasana sekalipun dan tidak perlu pakai kondom dan tidak perlu mengelak dari hamil.  Persoalan disini kenapa pula kita hendak mengelak dari hamil sehingga kita ingin memakai kondom semasa berjimak? dan apa pula alasan yang boleh menyebabkan kita ingin berbuat sedemikian? sedangkan anak yang lahir dalam masa nikah gantung itu pun sudah sah sebagai anaknya.  Penal beranggapan perbuatan sedemikian (nikah gantung) mungkin ada alasan yang tersendiri seperti tidak cukup duit untuk membuat kenduri atau tinggal berjauhan atau masih lagi menuntut di Universiti atau dirasakan umur masih muda atau tidak bersedia untuk berkahwin dan sebagainya.  Alasan sedemikian itu adalah hanya rempah ratus dalam kehidupan rumah tangga yang perlu kita hadapi dalam membentuk kematangan hidup dan perasaan tanggung jawab yang sebenar-benarnya.  Cuma kita boleh merancang sesuatu perkara atas alasan untuk kepentingan bersama pasangan suami isteri dengan syarat ia dipersetujui bersama dan tidak membebankannya.  Ketahuilah bahawa rezeki seseorang itu adalah ditangan Allah dan diharap dipercepat-cepatkan rezeki tersebut dan anak itu adalah sebahagian dari rezeki Allah terhadap kita  manakala bala pula perlu dihindari dan sekiranya bala itu ketentuan Allah maka biarlah ia dilambat-lambatkan serta dikurang-kurangkan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz. Saya ada soalan mengenai nikah gantung. In shaa allah saya akan bernikah dalam bulan May ini. Keluarga saya memberi arahan supaya kami tinggal berasingan dalam tempoh 5 bulan untuk ke majlis kenduri. adakah itu perlu pada pandangan ustaz supaya saya tidak hamil?

    ReplyDelete