Friday, April 19, 2013

Tunaikan Umrah

Soalan

bolehkah saya tunaikan umrah (lelaki,27 tahun) sedangkan ibu dan bapa saya belum lagi berkesampaian ke sana?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Harus anda tunaikan umrah dahulu walaupun ibubapa anda belum ke sana lagi.Umrah kali pertama itu adalah umrah wajib.Ini kerana antara syarat untuk tunaikan umarah atau haji ialah:
1.Berkemampuan  dari segi kewangan dan tenaga
2.Selamat dalam perjalanan  pergi dan balik
3.Sihat tubuh badan
4.Waras atau siuman
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, sekiranya anda mempunyai simpanan yang melebihi daripada keperluan, panel nasihatkan agar anda sponserlah bayaran tambang umrah kedua ibubapa anda sebagai tanda bagi menghargai sumbangan mereka yang telah melahir,menjaga,mendidik dan membesarkan anda dengan rasa kasih dan sayang.Wallahu a'lam.

Pemilihan Pasangan Hidup

Soalan

assalamualaikum w.b,adakah lebih baik jika saya hanya menerima lamaran tanpa mengetahui peribadi dan fizikalnya tetapi hanya bergantung kepada doa dan solat istiqarah semata-mata.ini kerana,saya kuatir jika saya menerima lamaran seseorang kerana fizikal atau faktor lain yang ada padanya namun ramai berpendapat kita perlu selidik dahulu latar belakang lelaki tersebut.mana lebih baik sama ada membuat solat istiqarah mengetahui jodoh sebelum menerima mana2 lamaran atau selepas menerima lamaran?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sejak azali lagi seseorang manusia itu telah ditentukan dengan 4 perkara untuk ditempuhi sepanjang perjalanan kehidupannya iaitu;
1.Umur
2.Rezki
3.Pasangan hidup
4.Kematian
Oleh kerana pasangan hidup telah ditentukan oleh Allah SWT ,sewajarnya anda berikhtiar untuk memadankan dengan ketentuan yang telah dibuat di alam rahim iaitu dengan cara anda mengenali lelaki @ pasangan suami,kemudian mohon petunjuk dengan Ilahi, sama ada beliau betul-betul sesuai @ kufu dengan ketetapan tersebut.Kemudian baharulah  anda melakukan solat sunat istikharah 2 rakaat  sebelum bersedia menerima lamaran.
Sekiranya anda ikhlas dan nawaitu anda betul, Allah akan membantu menggambarkan pasangan yang kufu untuk anda berkongsi kehidupan bagi meneruskan kelangsungan zuriat di bumi ini.Wallahu a'lam.

Hukum Lelaki Memakai Cincin Emas Palsu

Soalan

apakah hukum bagi lelaki yang memakai cicncin emas palsu?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, semua lelaki muslim dilarang untuk memakai sebarang bentuk pakaian ataupun perhiasan yang diperbuat daripada emas yang tulen sekalipun dalam sukatan yang kecil. Larangan ini ada diterangkan di dalam hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu 'Anhu mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
“Dilarang (diharamkan) memakai sutera dan emas ke atas kaum lelaki daripada umatku dan dihalalkan ke atas kaum perempuan.”
(Hadis riwayat al-Tirmidzi).

Melalui hadith di atas, jelas kepada kita bahawa yang dimaksudkan dengan emas di sini adalah emas yang tulen dan bukannya emas tiruan atau lainnya.
Dari itu, hukum seorang lelaki memakai cincin emas palsu adalah diharuskan. Wallahu a'lam

Suami Minta Saya Minta Cerai Pdnya Di Pjbt Agama

Soalan

assalamualaikum...sy nak minta pndpt yg arif dn pakar...kami bergado dlm sms... Suami sy bg sms sperti 'awak pergi jabatan agama minta cerai' sy nak tahu sama ada jatuh ke tidak talak ini...mohon kasa baik pihak tuan...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Soalan yang anda kirimkan adalah tidak jelas. sila kirimkan semula soalan yang lengkap dan mudah untuk difahami oleh ahli Panel, ataupun dapatkan nasihat daripada pegawai Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda. Wallahu a'lam

Status Anak..perlu Di BIN Kan Siapa?

Soalan

assalammualaikum ustaz.
Saya telah mengandung sblum menikah soalan saya.anak yg saya lahirkan perlu di BIN SUAMI SY@ 99 nama ALLAH.
1- saya bernikah 07.01.2007. Saya melahirkan anak 22.06.2007. Boleh kan anak saya D BIN SUAMI SAYA.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya dihitung tarikh antara anda bernikah 7 .1.07  sampai anak tersebut lahir  22.6.08 adalah  seperti berikut:
7hb Jan 2007 hingga 22 Jun 2005-  Jumlah nya ialah  lima bulan 15 hari
Berdasarkan perkiraan ini sahlah bayi yang anda kandung dan hamilkan itu tergolong kepada anak yang tidak sah taraf.
Justeru anda tidak boleh membinkan kepada lelaki yang menikahi anda.Sebaliknya eluklah anak tersebut menurut ketetapan fekah perlu dibinkan kepada nama ibunya.Mungkin ini akan mengaibkan anda,justeru jalan keluar yang terbaik membinkan anak anda kepad nama yang bermula ABDUL............@ boleh juga dibinkan kepada nama al-Asamaul husna.Wallahu a'lam.

Sunday, April 14, 2013

Adakah Sendawa Boleh Membatalkan Solat Dan Wudhu'? Adakah Kahak Atau Hingus Boleh Membatalkan Wudhu' Dan Solat Jika Tertelan Secara Sengaja Atau Tidak Sengaja?

Soalan

Adakah sendawa boleh membatalkan solat dan wudhu'? Adakah kahak atau hingus boleh membatalkan wudhu' dan solat jika tertelan secara sengaja atau tidak sengaja?

Jawapan

Kesemua persoalan tersebut tidak membatalkan solat dan wuduk

Persoalan Solat Jumaat.

Soalan

1.semasa solat jumaat, selepas imam membaca surah al fatihah diikuti bacaan amin dengan kuat oleh makmum, surah apakah yang perlu dibaca oleh makmum?
2.apakah hukumnya sekiranya saya hanya diam(tidak baca surah, masa sujud, rukuk dan lain-lain) dan hanya megikuti imam sahaja sewaktu sembahyang jumaat?
3.semasa rakaat pertama dalam solat jumaat, sewaktu imam takbir Allahuakbar, surah apakah yang perlu dibaca oleh makmum?

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Selepas imam membaca fatihah dan diikuti dengan amin ,makmum hendaklah membaca Fatihah,ini kerana fatihah itu merupakan  rukun dalam solat.
2.Solat anda tetap sah jika tidak baca surah,tasbih ketika  rukuk,dan sujud.
3.Semasa imam mengatakan  perkataan Allahu akbar, anda hendaklah membaca surah an-Nas,Bacaan ini  bertujuan untuk menghalang syaitan daripada mengganggu anda ketika solat yang akan anda dirikan nanti.Wallahu a'lam.