Soalan
asslamualaikum. sy mpunyai mslah dgn seorg lelaki yang mrupakan pasangan
zina sy selama 2 tahun.sy memnta dia utk btanggungjwb dan menikahi
sy,tapi dia menolak dan mengatakan sy bukan tanggungjawab dia. alasan
dia sbb sblum ini sy prnah di nodai dgn lelaki lain sblum sy bertemu
dia. oleh sbb itu, dia mengatakan dy tdk perlu btanggungjwb atas diri
sy. sy cukup terkilan dan dah bnyk nasihat tapi dia ibarat dah terpesong
dr agama, sy tetap nak dy nikah dgn sy,mcm mna cranya spaya dy fhm dan
sedar?
Jawapan
Waalaikumussalam... Saudari, Islam mengaharamkan perzinaan dan
meletakkan nya sebagai salah satu dosa-dosa besar, maka WAJIB kita
menjahui perkara berkaitan zina ini dalam semua keadaan. Dalam kes
saudari bagus jika saudari mengadu kepada keluarga atau abang kandung
dan meminta mereka berhubung dengan pasangan zina saudari, jika saudari
boleh di satukan sebagai suami isteri Al-Hamdulilah, jika tidak maka
wajib saudari menjahui nya untuk mengelakkan perzinaan itu dari terus
berlaku. WAJIB saudari bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya,
atas kesalahan yang telah saudari lakukan itu. Sifat lelaki yang tidak
bertanggung jawab dan mengambil kesempatan di atas perempuan adalah
seperti contoh di atas itu, oleh itu jika ada lelaki yang mahukan
saudari, minta mereka meminang dan berkahwin serta mudahkan urusan
kahwin itu. Bertawakkal lah kepada Allah untuk urusan masa depan. Semoga
kita semua di berkati Allah.
No comments:
Post a Comment