Soalan
Makcik saya telah berkahwin di Narathiwat, Thailand. Sebelum beliau
berangkat, beliau berpesan pada bapa saudara saya supaya bersedia untuk
dihubungi untuk mewakilkan wali. Malangnya, bapa saudara saya tidak
dihubungi sehingga perkahwinannya selesai. Soalan saya ustaz: sahkah
perkahwinan itu sekiranya wali sedia utk memberi wali tetapi tidak
digunakan? adakah Jarak Kelantan dgn Narathiwat mencukupi 2 marhalah?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Panel nasihatkan agar anda pastikan pejabat yang menguruskan pernikahan di thailand tersebut memang diiktiraf oleh pejabat agama di Kelantan bagi tujuan pendaftaran perkahwinan nanti setelah pasangan kembali ke Kelantan.
Perlu panel ingatkan bahawa,Jika jarak Kelantan dengan Narathiwat tidak sampai 2 marhalah maka pernikahan tersebut tidak sah,manakala pasangan itu perlu dipisahkan sehinggalah wali mujbir/berhak mewakil walikan kepada jurunikah di sana.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment