Tuesday, March 15, 2011

SEPUPU IBU; ADAKAH BOLEH DIKAHWINI?

Soalan; ust , sy nak tanya . apa hukum mngahwini sepupu ibu sndiri ??

Jawapan;

Sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa, semuanya bukan mahram. Oleh itu, harus dikahwini.
Bagi seorang lelaki, wanita-wanita yang menjadi mahramnya ialah;
1. Ibunya
2. Neneknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak perempuannya
4. Cucu perempuannya
5. Kakak atau adik perempuannya.
6. Anak saudara perempuannya (yakni anak perempuan kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Ibu saudaranya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
8. Ibu mertua
9. Anak tiri perempuan
10. Menantu perempuan
11. Ibu tiri

Bagi seorang wanita pula, lelaki-lelaki yang menjadi mahramnya ialah;
1. Bapanya
2. Datuknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak lelakinya
4. Cucu lelakinya
5. Abang atau adik lelakinya
6. Anak saudara lelakinya (yakni anak lelaki kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Bapa saudaranya (sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu)
8. Bapa mertua
9. Anak tiri lelaki
10. Menantu lelaki
11. Bapa tiri

Dari senarai di atas, sepupu-sepupu (sama sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa) tidak termasuk dalam senarai kerana mereka bukan mahram. Maksud mahram (khususnya mahram muabbad) ialah orang-orang yang haram dikahwini buat selamanya. Dengan mereka harus kita bersalaman, berduaan (jika aman dari fitnah), membuka aurat yang diharuskan sesama mahram (seperti tidak wajib bertudung) dan menemani mereka atau ditemani ketika safar (perjalanan jauh). Semua ini tidak harus ketika bersama sepupu kerana ia bukan mahram dan harus dikahwini.

(*Mahram-mahram di atas tidak termasuk kerana susuan. Ia ada diterangkan dalam jawapan sebelum ini. Pembaca yang ingin membacanya sila taip "susuan" di ruang carian).  

Wallahu a'lam.

42 comments:

  1. saya nk tanye,teman lelaki sya anak kepada bapa saudara saya,dimana bapa teman lelaki sya adalah adik kandung emak sya,bolehkah kami berkahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dengan teman lelaki awak statusnya sepupu, kalau sepupu boleh la di kahwini.

      Delete
  2. Assalamualaikum .. Sy nk tye , bagaimanakah aurat sy kepada sepupu ibu sy . ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mak saudara awak..jadi dimaafkn aurat nya tp ttp ada batas2 trtentu..

      Delete
    2. bukan itu mak sepupu ke jadinya dan patut jaga aurat

      Delete
    3. Bagaimana pula jika bapa saudara (sepupu sebelah bapa) ingin berkahwin dengan anak saudaranya itu ?

      Delete
  3. asalamualaikum...saya nak bertanya sy hendak bernikah dengan bapa saudara saya sendiri tetapi bapa saudara sebelah ibu bukan sebelah bapa..adakah pernikahan ini ianya sah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak sah sbb dia mahram bgi kamu iaitu org yg haram dikahwini..bapa saudara ialah org yg haram dikahwini tidak kira sama ada bapa saudara sebelah ibu atau sebelah bapa

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. maaf sye delete sbb trsalah hantar komen yg patutnya ada sye komen di bawah.

      Delete
    4. maaf komen ini sye delete sbb trsalah hntar komen patutnya ada sye komen di bawah.

      Delete
    5. maaf komen ini sye delete sbb trsalah hntar komen patutnya ada sye komen di bawah.

      Delete
    6. Tak sah..sebab bapa saudara kamu tu abang/adik mak kamu

      Delete
  4. Boleh Ke Sye Bercinta Dgn Sepupu Ibu Sye ? Hmm . Tapi Ibu Sye Kata . Sye Kene Panggil Dia Moksu . Walaupon Kami Sebaya . #Tak panggil Mcm Tu Pon ~ kah kah kah .. Dia Sepupu Dgn Ibu Sye . Bukan Sye . KiraNya Ibu Dia Adik Beradik Dgn Nenek Sye . Boleh Ke ? REPLY PLEASE !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak boleh sbb dia ibu saudara kamu..dia tetap mahram bgi kamu iaitu org yg haram dikahwini

      Delete
    2. tidak boleh ? bukankah pnyataan di atas mngatakan boleh dikahwini? cuba fahamkan kterangan diatas..

      Delete
    3. tidak boleh ? bukankah pnyataan di atas mngatakan boleh dikahwini? cuba fahamkan kterangan diatas..

      Delete
  5. bolehkah saya berkahwin dengan sepupu ibu saya?? ayah dia adik bongsu nenek saya

    ReplyDelete
  6. bolehkah saya berkahwin dengan sepupu saya iaitu anak kepada akak ibu saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kah sy berkahwin dengan anak adik beradik mak sy?

      Delete
  7. boleh kah saya mengahwini cucu bahawa moyang kepada cucu ini bersaudara dengan atuk sebelah ibu kandung saya.????/

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assallamualaikum ustaz,bolehkah adik lelaki sy menikahi anak tiri saya.terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum ustaz,bolehkah adik lelaki sy menikahi anak tiri saya.terima kasih.

    ReplyDelete
  11. boleh kah sya mnikahi pakcik mak saya, pnya anak.?

    ReplyDelete
  12. mak saya ada adik lelaki, jadi adik lelaki mak saya tu pakcik saya kan... Maka, jika saya kahwin dengan anak perempuan pakcik saya tu kira sah kan?

    ReplyDelete
  13. mak saya ada adik lelaki, jadi adik lelaki mak saya tu pakcik saya kan... Maka, jika saya kahwin dengan anak perempuan pakcik saya tu kira sah kan?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum saya ingin bertanya? Boleh ka saya berkahwin. contohnya nenek saya ada sepupu, sepupu nenek saya ni ada anak, boleh ke saya kawin dengan dia

    ReplyDelete
  16. saya ingin bertanya boleh ke saya berkahwin dgn sepupu kpd ibu saya?

    ReplyDelete
  17. sy anak buah kepada mak menakan.. mahram atau tidak?

    ReplyDelete
  18. Bolehkah anak buah berkahwin dengan laki makcik dia... Mak dgn makcik dia bersepupu

    ReplyDelete
  19. Boleh ke saya berkahwin dgn anak kepada mak cik saya sedangkan mak dia dan mak saya adik beradik..hmm

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum maaf nak tanya..macam ini..Gadis ini dengan ibu saya bersaudara..Satu atuk dan satu nenek..Maknanya atuk saya dengan Ayah gadis tersebut adik beradik.. Persoalannya..boleh kah adik saya menikahi gadis itu..umur mereka sebaya..

    ReplyDelete
  21. Bolehkah sya berkahwin dgn sepupu suami makcik sya?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..maaf sye nk tnye klu nenek lelaki itu adik beradik dgn atok sya sebelah ibu..boleh kah sye berkahwin dgn nye??

    ReplyDelete
  23. Salam, Ayah kahwin dua. Dan dua dua isteri telah melahirkan anak. Anak mereka bercinta dan mahu mendirikan umah tangga. Sah atau pun haram? Maaf...

    ReplyDelete
  24. Assalamuaikum saya ingin berkahwin dengan sepupu saya iaitu anak kepada kakak ibu saya, adakah itu haram?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,saya nak bertanya..ayah dan makcik saya sebapa, kemudian anak makcik saya serta kakak saya(kami)sepupu...adakah mahram/bkn mahram antara anak lelaki sepupu saya bersama kami??

    ReplyDelete
  26. Assalamualikum ustzah klau makcik sendara belah ayah boleh kawin ke

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum saya nak tanya cthnya boleh ke saya berkahwin dengan sepupu belah emak saya sepupu saya tu anak kepada makcik saya iaitu akak kepada mak saya?

    ReplyDelete