Tuesday, March 15, 2011

SEPUPU IBU; ADAKAH BOLEH DIKAHWINI?

Soalan; ust , sy nak tanya . apa hukum mngahwini sepupu ibu sndiri ??

Jawapan;

Sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa, semuanya bukan mahram. Oleh itu, harus dikahwini.
Bagi seorang lelaki, wanita-wanita yang menjadi mahramnya ialah;
1. Ibunya
2. Neneknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak perempuannya
4. Cucu perempuannya
5. Kakak atau adik perempuannya.
6. Anak saudara perempuannya (yakni anak perempuan kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Ibu saudaranya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
8. Ibu mertua
9. Anak tiri perempuan
10. Menantu perempuan
11. Ibu tiri

Bagi seorang wanita pula, lelaki-lelaki yang menjadi mahramnya ialah;
1. Bapanya
2. Datuknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu)
3. Anak lelakinya
4. Cucu lelakinya
5. Abang atau adik lelakinya
6. Anak saudara lelakinya (yakni anak lelaki kepada saudara-saudara kandungnya)
7. Bapa saudaranya (sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu)
8. Bapa mertua
9. Anak tiri lelaki
10. Menantu lelaki
11. Bapa tiri

Dari senarai di atas, sepupu-sepupu (sama sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa) tidak termasuk dalam senarai kerana mereka bukan mahram. Maksud mahram (khususnya mahram muabbad) ialah orang-orang yang haram dikahwini buat selamanya. Dengan mereka harus kita bersalaman, berduaan (jika aman dari fitnah), membuka aurat yang diharuskan sesama mahram (seperti tidak wajib bertudung) dan menemani mereka atau ditemani ketika safar (perjalanan jauh). Semua ini tidak harus ketika bersama sepupu kerana ia bukan mahram dan harus dikahwini.

(*Mahram-mahram di atas tidak termasuk kerana susuan. Ia ada diterangkan dalam jawapan sebelum ini. Pembaca yang ingin membacanya sila taip "susuan" di ruang carian).  

Wallahu a'lam.

26 comments:

  1. saya nk tanye,teman lelaki sya anak kepada bapa saudara saya,dimana bapa teman lelaki sya adalah adik kandung emak sya,bolehkah kami berkahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dengan teman lelaki awak statusnya sepupu, kalau sepupu boleh la di kahwini.

      Delete
  2. Assalamualaikum .. Sy nk tye , bagaimanakah aurat sy kepada sepupu ibu sy . ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mak saudara awak..jadi dimaafkn aurat nya tp ttp ada batas2 trtentu..

      Delete
  3. asalamualaikum...saya nak bertanya sy hendak bernikah dengan bapa saudara saya sendiri tetapi bapa saudara sebelah ibu bukan sebelah bapa..adakah pernikahan ini ianya sah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak sah sbb dia mahram bgi kamu iaitu org yg haram dikahwini..bapa saudara ialah org yg haram dikahwini tidak kira sama ada bapa saudara sebelah ibu atau sebelah bapa

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. maaf sye delete sbb trsalah hantar komen yg patutnya ada sye komen di bawah.

      Delete
    4. maaf komen ini sye delete sbb trsalah hntar komen patutnya ada sye komen di bawah.

      Delete
    5. maaf komen ini sye delete sbb trsalah hntar komen patutnya ada sye komen di bawah.

      Delete
  4. Boleh Ke Sye Bercinta Dgn Sepupu Ibu Sye ? Hmm . Tapi Ibu Sye Kata . Sye Kene Panggil Dia Moksu . Walaupon Kami Sebaya . #Tak panggil Mcm Tu Pon ~ kah kah kah .. Dia Sepupu Dgn Ibu Sye . Bukan Sye . KiraNya Ibu Dia Adik Beradik Dgn Nenek Sye . Boleh Ke ? REPLY PLEASE !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak boleh sbb dia ibu saudara kamu..dia tetap mahram bgi kamu iaitu org yg haram dikahwini

      Delete
    2. tidak boleh ? bukankah pnyataan di atas mngatakan boleh dikahwini? cuba fahamkan kterangan diatas..

      Delete
    3. tidak boleh ? bukankah pnyataan di atas mngatakan boleh dikahwini? cuba fahamkan kterangan diatas..

      Delete
  5. bolehkah saya berkahwin dengan sepupu ibu saya?? ayah dia adik bongsu nenek saya

    ReplyDelete
  6. bolehkah saya berkahwin dengan sepupu saya iaitu anak kepada akak ibu saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kah sy berkahwin dengan anak adik beradik mak sy?

      Delete
  7. boleh kah saya mengahwini cucu bahawa moyang kepada cucu ini bersaudara dengan atuk sebelah ibu kandung saya.????/

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assallamualaikum ustaz,bolehkah adik lelaki sy menikahi anak tiri saya.terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum ustaz,bolehkah adik lelaki sy menikahi anak tiri saya.terima kasih.

    ReplyDelete
  11. boleh kah sya mnikahi pakcik mak saya, pnya anak.?

    ReplyDelete
  12. mak saya ada adik lelaki, jadi adik lelaki mak saya tu pakcik saya kan... Maka, jika saya kahwin dengan anak perempuan pakcik saya tu kira sah kan?

    ReplyDelete
  13. mak saya ada adik lelaki, jadi adik lelaki mak saya tu pakcik saya kan... Maka, jika saya kahwin dengan anak perempuan pakcik saya tu kira sah kan?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete