Soalan
Saya telah bersumpah dan melanggarnya. Ini terjadi 3 tahun yg lepas, dan
tahun ini telah berjaya berpuasa kifarah 3 hari berturut-turut. Soalan:
adakah telah sempurna kifarah sumpah saya walau telah tertangguh lama?
Dan wajibkah puasa kifarah dibuat berturut-turut 3 hari?
Jawapan
Assalamu 'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dengan melakukan puasa selama tiga hari tersebut, ini bermakna anda telah menunaikan kafarah sumpah tersebut sekalipun telah tertunggak sejak tiga tahun dahulu.
Mengenai cara melakukan puasa tersebut, menurut Mazhab Syafi’i ia tidak diwajibkan untuk dilakukan secara berturut-turut. Dari itu, ia boleh dilakukan secara berselang-seli, iaitu hari Isnin puasa, hari Selasa dan Rabu tidak, sambung semula hari Khamis dan satu hari lagi pada hari Isnin minggu hadapannya. Demikianlah mengikut pandangan daripada Mazhab Syafi’i.
Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment