Friday, May 4, 2012

Sah Atau Tidak Solat Saya

Soalan

ASSALAMMUALAIKUM SAYA ADA 2 SOALAN 1 DISINI SAH ATAU TIDAK KETIKA SAYA SEDANG SOLAT BEKAS MAKANAN MASIH ADA DI CELAH GIGI SAYA.SOALAN KE 2 SAYA RASA SEPERTI SAYA TERKENTOT TETAPI SAYA TIDAK DENGAR DAN BAU JADI SAYA MASIH MENERUSKAN SOLAT JADI SAH ATAU TIDAK SOLAT SAYA.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Sebelum anda solat,perkara-perkara sunat yang digalakkan oleh ulamak  dan para sarjana fekah ialah membersihkan gigi dan bau mulut (bersugi) dari sebarang kekotoran.Ini kerana baginda saw tidak pernah tinggalkan untuk melakukan  3 perkara sunat setiap hari iaitu memberi salam, bersugi(bersiwak) dan solat witir setiap malam.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan jika anda yakin sisa makan tersebut tidak tertelan, solat anda sah dan perbuatan anda itu adalah makruh sebaliknya ,jika anda tertelan sisa makanan itu maka batallah solat anda.
Begitu juga anda menahan kentut ketika solat ,hukum solat anda sah dan perbuatan anda menahan kentut itu  hukumnya adalah makruh.Wallahu a'lam.

1 comment: