Soalan
bagaimana untuk merahsiakan keaiban pada bakal suami seperti terlanjur
dengan bekas teman lelaki dlu sedangkan mgkin selepas berkahwin nanti
dia akan tahu juga perempuan tersebut tiada dara lg. Perempuan itu akan
bimbang dia akan ditinggalkan atau suaminya tidak dapat menerima hakikat
tersebut.
2. Bagaimana untuk menghilangkan tekanan untuk berkahwin apabila perempuan itu tiada dara lagi sedangkan ramai kawannya sudah berkahwin
2. Bagaimana untuk menghilangkan tekanan untuk berkahwin apabila perempuan itu tiada dara lagi sedangkan ramai kawannya sudah berkahwin
Jawapan
Waalaikumussalam,Dalam islam tidak mewajibkan kita menceritakan keaiban yang pernah kita tempuhi dan terlanjur dengan kekasih lama , lebih-lebih kepada pasangan yang bakal menjadi suami.Biarlah peristiwa silam menjadi sejarah dan rahsia untuk diri anda.Justeru teruskan niat untuk berumahtangga.
Apa yang penting sekarang , panel cadangkan agar anda kena didik hati dan perasaan dengan cara memperbanyakkan istighfar dan melakukan solat-solat sunat berikut:
1.Solat Taubat
2.solat istikharah
2.solat sunat hajat
Penuhilah setiap waktu yang terluang dengan membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah.Ia bertujuan untuk mendekatkan diri anda kepada Allah SWT .Panel yakin jika anda sentiasa amalkan perkara ini perasaan gelisah,bimbang dan tidak tenteram itu akan beransur hilang sedikit demi sedikit.Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment