Wednesday, February 29, 2012

Aurat Wanita Islam Dengan Wanita Bukan Islam

Soalan

Assalamualaikum
1. Bolehkah wanita islam mendedahkan rambut dan kaki kepada wanita bukan islam.
2. adakah haram bagi wanita islam menyentuh/berjabat tangan dengan wanita bukan islam.
3. Apakah aurat antara wanita islam mualaf dengan adik beradiknya (lelaki atau perempuan).

wasalam
terima kasih.

Jawapan

1.         Mereka dilarang berbuat demikian kerana kedua anggota tersebut adalah anggota yang wajib ditutup daripada pandangan orang awam (bukan mahram) termasuklah kepada wanita bukan Islam.

2.         Mereka tidak dilarang untuk berjabat tangan dengan wanita bukan Islam kerana manusia tidak dihukumkan najis ataupun kotor.

3.         Aurat wanita mualaf dengan adik-beradiknya yang masih kafir adalah seluruh badannya melainkan muka dan dua tapak tangan.
Wallahu 'alam

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Ada satu soalan sahaja yang ingin saya tanya. Saya sudah faham dengan hukum aurat di antara wanita Islam dengan wanita bukan islam tetapi saya masih kurang faham tentang hukumnya bila wanita Islam melihat wanita bukan Islam yang pastinya mereka tiada aurat seperti wanita Islam. Mohon penjelasan tentang hukumnya.

    Terima kasih, Wassalam.

    ReplyDelete