Sunday, October 27, 2013

Bagaimana Untuk Memasti Air Mani Atau Tidak

Soalan

salam..
bagaimana untuk memastikan air mani?
sy sorg perempuan.. sy ade masalah keputihan... oeh itu saya tidak dapat pastikan samaada cecair itu keputihan ataupun air mani?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Air mani itu suci manakala keputihan itu adalah najis.Situasi air mani keluar disebabkan anda mencapai klimaks bersetubuh/bermimpi bersenggama /melakukan onani  sehingga keluar air mani.
Kaedah untuk membersih atau menyucikan  air mani,anda  hendaklah mandi atau mengangkat hadas besar.Sementara kaedah untuk membersihkan keputihan,  memadai anda membersihkan dengan air mutlak.Sekiranya berlaku keputihan ia bermakna tubuh anda bernajis dan tidak sah untuk tunaikan solat sebelum keputihan itu dibersihkan terlebih dahulu.
Sifat  dan warna air mani putih/likat/bergel dan licin ,air mani berbau seumpama putih telur  atau bau tepung gandum yang sedang diuli.Manakala keputihan pula warnanya jernih,sedikit berbau yang kurang  enak.Wallahu a'lam.

Membakar Al Quran Yang Tidak Diguna Oleh Sesiapa

Soalan

Assalamualaikum, Ustaz . Apakah Hukum Membakar Al Quran Yang Tidak Lagi Dipakai Atau Dibaca ?? =)

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak berpandangan terdapat  bebarapa cara untuk hapus al-Quran lama,
Pertama, Mushaf /Quran  itu dikubur dalam tanah.
Perkara ini berdasarkan  keterangan madzhab hanafi dan hambali.
Al-Hasfaki, ulama madzhab hanafi mengatakan,
الْمُصْحَفُ إذَا صَارَ بِحَالٍ لَا يُقْرَأُ فِيهِ : يُدْفَنُ ؛ كَالْمُسْلِمِ
Mushaf yang tidak lagi boleh  terbaca, dikubur, sebagaimana seorang muslim.” (ad-Dur al-Mukhtar, 1:191).
Ulama lain yang memberikan catatan kaki untuk ad-Dur al-Mukhtar mengatakan,
أي يجعل في خرقة طاهرة ، ويدفن في محل غير ممتهن ، لا يوطأ
Maksudnya, lembaran mushaf itu diletakkan pada kain yang suci, kemudian dikubur di tempat yang tidak dihinakan (seperti tempat sampah), dan tidak boleh dipijak.
Al-Bahuti mengatakan,
“Jika ada mushaf Alquran yang sudah usang maka dia dikubur, berdasarkan ketegasan dari Imam Ahmad. Imam Ahmad menyebutkan bahwa Abul Jauza mushafnya telah usang. Kemudian beliau menggali di tanah masjidnya lalu menanamnya dalam tanah.” (Kasyaf al-Qana’, 1:137)
Hal ini pula yang difatwakan Syaikhul Islam,
وأما المصحف العتيق والذي تَخرَّق وصار بحيث لا ينتفع به بالقراءة فيه ، فإنه يدفن في مكان يُصان فيه ، كما أن كرامة بدن المؤمن دفنه في موضع يصان فيه
Mushaf yang sudah lama atau rusak sehingga tidak boleh dibaca, lalu  kubur di tempat yang terlindungi. Sebagaimana kehormatan jasad seorang mukmin, dia harus dikubur di tempat yang terlindungi (bukan tempat kotor dan tidak boleh diinjak) (Majmu’ Fatawa, 12:599).
Kedua, mushaf yang rusak itu dibakar.
Ini merupakan pendapat Malikiyah dan Syafiiyah. Tindakan ini meniru yang dilakukan oleh Khalifah Utsman radhiyallahu ‘anhu, setelah beliau menerbitkan mushaf induk ‘Al-Imam’, beliau memerintahkan untuk membakar semua catatan mushaf yang dimiliki semua sahabat. Semua ini dilakukan Utsman untuk menghindari perpecahan di kalangan umat islam yang tidak memahami perbedaan cara bacaan Alquran.
Salah satu saksi sejarah, Mus’ab bin Sa’d mengatakan,
أدركت الناس متوافرين حين حرق عثمان المصاحف ، فأعجبهم ذلك ، لم ينكر ذلك منهم أحد
Ketika Utsman membakar mushaf, saya menjumpai banyak sahabat dan sikap Utsman membuat mereka heran. Namun tidak ada seorangpun yang mengingkarinya (HR. Abu Bakr bin Abi Daud, dalam al-Mashahif, hlm. 41).
Di antara tujuan membakar Alquran yang sudah usang adalah untuk mengamankan firman Allah dan nama Dzat Yang Maha Agung dari sikap yang tidak selayaknya dilakukan, seperti dipijak, dibuang di tempat sampah atau yang lainnya.
وفى أمر عثمان بتحريق الصحف والمصاحف حين جمع القرآن جواز تحريق الكتب التي فيها أسماء الله تعالى ، وأن ذلك إكرام لها ، وصيانة من الوطء بالأقدام ، وطرحها في ضياع من الأرض
Perintah Utsman untuk membakar kertas mushaf ketika beliau mengumpulkan Alquran, menunjukkan bolehnya membakar kitab yang disitu tertulis nama-nama Allah ta’ala. Dan itu sebagai bentuk memuliakan nama Allah dan menjaganya agar tidak terpijak oleh  kaki atau terbuang sia-sia di tanah (Syarh Shahih Bukhari, 10:226)
Yang tidak boleh dilakukan
As-Suyuti menjelaskan beberapa hal yang tidak boleh dilakukan,
إذا احتيج إلى تعطيل بعض أوراق المصحف لبلى ونحوه ، فلا يجوز وضعها في شق أو غيره ؛ لأنه قد يسقط ويوطأ ، ولا يجوز تمزيقها لما فيه من تقطيع الحروف وتفرقة الكلم ، وفي ذلك إزراء بالمكتوب … وإن أحرقها بالنار فلا بأس ، أحرق عثمان مصاحف كان فيها آيات وقراءات منسوخة ولم ينكر عليه

Beliau menyarankan supaya al-Quran dikubur atau dibakar, keduanya memiliki alasan yang kuat. Yang lebih tepat adalah memilih cara yang paling efektif, yang paling cepat menghilangkan hurufnya dan dapat menghormati kemuliaannya.
Ibnu Utsaimin mengatakan,
التمزيق لابد أن يأتي على جميع الكلمات والحروف ، وهذه صعبة إلا أن توجد آلة تمزق تمزيقاً دقيقاً جداً بحيث لا تبقى صورة الحرف..
Menghancurkan mushaf harus sampai lembut, sehingga hancur semua kata dan huruf. Dan ini sukar, kecuali jika ada alat untuk menghancurkan yang lembut, sehingga tidak ada lagi tulisan hurup yang tertinggal(Fatawa Nur ala ad-Darbi, 2:384)
Wallahu a'lam.

Memberi Hadiah Kepada Ajnabi

Soalan

Assalamualaikum ahli panel.. Apakah hukumnya seorang perempuan memberi hadiah contohnya Al-Qur'an kepada seorang ajnabi tanpa pengetahuannya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukumnya harus atau dibolehkan selagi mana tidak berlaku fitnah,jika berlaku fitnah ekoran daripada pmberian hadiah tersebuat adalah lebih baik tidak dilakukan demi   untuk  menjaga maruah dan akhlak anda sebagai seorang muslimah.Wallahu a'lam.

Hukum Sumber Pendapatan Penyanyi Dan Pemuzik

Soalan

apakah hukum sekiranya sumber pendapatan hasil daripada menyanyi dan bermain muzik
adakah terdapat khilaf dalam isu ini

Jawapan

Muzik adalah diharuskan dalam Islam kerana ia sebahagian daripada seni dalam Islam.  Cuma yang menjadi persoalan disini ialah penyalahgunaan muzik yang menjurus kepada kelalaian dan kemaksiatan.  Begitu juga dengan sumber hasil pendapatan ia bergantung kepada jenis muzik yang dipersembahkan dan kesan terhadap reka cipta tersebut.  Sebagai contoh jika muzik yang dilakukan itu boleh membawa  kepada kemaksiatan/kejahatan dan saumpamanya maka ia tidak dibenarkan dan begitulah sebaliknya.

Niat Membatalkan Puasa

Soalan

Adakah niat puasa terbatal jika terlintas dihati 'x nak puasa' walaupun pada zahirnya kita memang ingin berpuasa? Hal ini menyebabkan saya terpaksa berniat berulang kali.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa anda tidak batal kecuali anda sertai dengan perbuatan yang boleh membatalkan puasa iaitu
1.Makan dan minum dengan sengaja
2..Pitam sepanjang hari ketika puasa
3.Melakukan persetubuhan atau jimak
4.Memasukkan air ke dalam rongga telinga dengan sengaja
5.Menghisap rokok dengan sengaja
6.Mengeluarkan air mani melalui kaedah melancap @ onani

Menjadi Makmum Kepada Seseorang Yang Bersembahyang Sunat

Soalan

Apakah hukum jika secara tidak diketahui kita menjadi makmum untuk solat fardu kepada seseorang yang sedang mendirikan solat sunat. Adakah perlu kita mengulangi semula sembahyang fardu tersebut.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat fardu anda tetap sah walaupun anda  mengikut imam yang   sedang mengerjakan solat sunat.Justeru anda tidak perlu ulangi solat fardu yang telah anda kerjakan.Wallahu a'lam.

Nusyuz Atau Anak Derhaka?

Soalan

Suami sye mlarang fmly sye bjmpe dgn ank sye (11 buln, cucu sulung) krne slh fhm yg tlh brlaku. Akibt nye ibu sye amat sedih dn ttekan krne dy telh mnjge ank sye lme. Boleh x klaw sye mmbuat jnjy palsu yg sye xkn brthu dmne sye tggl dn xkn mmberi spe2 dr fmly sye jmpe ank sye wlaupun sye mlakukn yg sbalik nye demi mnjge hty ibu sye dn suami? Adkah sye bdose bbuat bgini trhdp suami ataupun mmpdulikn ryuan ibu sye? Sye tsepit krne sye syg kdue nye. Minta nsihat sgere, trime kseh. Asslm.

Jawapan

Penal merasa simpati dengan apa yang berlaku dan diharapkan terus bersabar dan berusaha untuk mengiratkan hubungan suami dengan ibu puan dan perancangan yang hendak dilakukan itu tidaklah dianggap berdosa dan disertai juga dengan perancangan untuk mengiratkan lagi hubungan mereka. cuma dibimbangi diketahui oleh suami.  Penal tidaklah ingin menyalahkan suami dan ibu tetapi apa yang berlaku itu tidak sepatutnya berpanjangan kerana kedua-duanya wajib dihurmati.  Salah/berdosa jika suami/isteri melarang isteri/suami dan anak untuk berjumpa ibu bapa kerana kedua-duanya perlu dihurmati secara mutlak.  Oleh yang demikian penal menharapkan pandai-pandailah membuat perancangan dalam mengiratkan lagi hubungan keluarga khususnya antara suami dan ibu bapa puan.

Penjelasan Tentang Mandi Wajib

Soalan

assalamualaikum ustaz saya nak tanya biasanya kalau gunakan niat mandi wajib dlm bahasa melayu dlm hati klu tak pandai bahada arab sah ke hukumnya ustaz....

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat mandi wajib boleh dilintaskan dalam hati menggunakan bahasa melayu,ini kerana Allah faham apa jua bahasa yang digunakan.Cara anda menggunakan bahasa melayu itu adalah sahSebaik-baik lafaz niat dalam bahasa arab ini kerana ia merupakan bahasa ahli syurga.Wallahu a'lam.

Imam Kencing Tak Lawas

Soalan

Assalamualaikum wbt...Bolehkah org yg membalut kemaluannya lalu mngambil wuduk dan kemudian menjadi imam solat?
Apakah hukumnya jika orang sebegini menjadi imam solat?

Jawapan


Waalaikumussalam.
Membalut kemaluan kerana kecacatan seperti terkencing/kencing tidak lawas adalah dilarang untuk menjadi imam solat tetapi solatnya adalah sah.  Larangan sedemikian bukanlah menunjukkan solat itu tidak sah dalam erti kata ia tidak seharusnya menjadi imam secara berterusan atas kecacatan tersebut.

Enggan Membantu Orang Malas

Soalan

Apakah menjadi dosa sekiranya enggan menolong adik beradik yang malas bekerja dan hanya mengharap bantuan sedangkan kita ada duit simpanan tabung haji yang dihasratkan dapat membantu ke Mekah. Apakah berkat sekiranya sy ke Mekah kelak. Sy jemu menasihatkan adik yg mls ini. Adakah Islam mewajibkan memberi bantuan kepada kaum keluarga?

Jawapan

Memang Islam menggalakkan memberi bantuan kepada kauam keluarga (bukan kategori wajib kecuali kes yang amat penting dan  tidak dapat dielakkan ).  Ia tiada kaitan dengan wang simpanan Tabung haji dan berkat atau tidak tiada kaitan dengan pertolongan tersebut.  Jika kita mengeluarkan wang tabung haji dengan tujuan untuk membantu keluarga yang amat memerlukan maka ia adalah pengurbanan yang besar.  tetapi dalam hal ini sejauh mana keparluan adik yang dianggap pemalas itu perlu dibantu sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanan tabung haji.  Oleh yang demikian adik kita perlu dinasihat supaya mencari kerja dan berkerja bersungguh-sungguh demi menjaga dan membantu kehidupan masa depannya.

Akikah Pada Hari Biasa

Soalan

akikah seekor lembu hanya pada hari raya korban sahajakah.....pada hari biasa hanya boleh akikah kambing jer ker....

Jawapan

WAALAIKUMUSALAM,
Akikah lembu bukannya pada masa korban  sahaja tetapi iajuga ia boleh dilakukan diluar masa korban.untuk memudahkan kaedah melakukannya ialah anda kena berpakat dengan adik beradik atau sepupu untuk berkongsi membeli seekor lembu bagi melaksanakan ibadah akikah.
untuk info tambahan ,seorang anak lelaki afdal disembelih 2 ekor kambing atau menyamai 2 bahagian lembu,manakala anak perempuan memadai disembelih seekor kambing atau menyamai satu bahagian lembu.Jadi seekor lembu mempunyai 7 bahagian,justeru bagi memudahkan untuk buat akikah ambil 2 orang bayi lelaki dan 3 orang bayi perempuan telah boleh sembelih seekor lembu.
2 bayi lelaki menyamai  4 bahagian lembu,manakala 3 orang perempuan menyamai 3 bahagian lembu jika dicampur antara bayi lelaki 4 dengan  bayi perempuan 3 bahagian maka menjadikan 7 bahagian yg menyamai seekor lembu.Wallahu a'lam

Solat Istikharah & Solat Witir

Soalan

1. Bolehkah melakukan solat sunat Istikharah selepas isyak?
2. Bolehkah saya melakukan solat sunat witir selepas isyak kerana khuatir tidak dapat bangun untuk bersolat tahajjud? Sekiranya saya dapat bangun solat tengah malam, adakah saya perlu melakukan solat witir sekali lagi?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus / boeh solat istikharah selepas solat isyak,tetapi sebaik-baiknya lakukan solat tersebut selepas dua pertiga malam.
2. Anda juga  boleh solat witir selepas solat isyak kerana dibimbangi tidak terjaga /terbangun tidur.
3.Anda juga boleh tunaikan solat tahajjud kmudian tdak perlu ulangi witir jika anda sudah laksanakan sebelm tidur.Perkara ini berdasarkan hadis saw tidak ada dua kali witir daam satu malam. Wallahu a'lam.

Bolehkah Orang Beriman Tahu Tarikh Kematiannya

Soalan

Bolehkah orang beriman tahu tentang tarikh kematiannya ? ini kerana seorang ust telah berkata dia akan pergi keesokan harinya pada pukul 9pagi dan dia benar2 meninggal pada waktu dan hari tersebut...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setakat yang panel kaji berdasarkan ayat alQuran dan hadis termasuk sirah  nabi saw  tidak ada orang yang beriman/soleh  tahu secara pasti tentang hari dan tarikh kematianya  secara tepat hatta Nabi Muhammad saw sendiri.Walau bagaimanapun ulamak telah memberikan tanda-tanda khas iaitu 1.Mata kabur  2.,beruban,3.Kurang bertenaga,  4.Pelipis kendur
5.Alis mata tergelincir
6.Cuping telinga layu
7.Pergelangan tangan renggang dan
8.Tapak kaki tiada lekuk di bahagian tengahnya.

Sedangkan tanda-tandaini telah boleh dilihat sertaus hari atau 40 hari sebelum kematian

Takbir Lebih 4kali.

Soalan


1. Boleh ke sy takbir 4kali sbp asyik tk jadi jee takbir, masok keempat kali baru jadi. adkah lps 3kali itu kena ambil wudhu balik.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda tidak perlu memperbaharui wuduk jika anda yakin ia tidak terbatal,kecualilah jika anda pasti yang wuduk tersebut telah terbatal disebabkan terkentut atau perkara-perkara yan bolh membatalkan wuduk.
Oleh kerana anda terlalu kerap angkat takbir sehingga berulangkali,ini merupkan gangguan syaian dan ilis untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan anda kpada solat yang sedang anda lakukan.Sebagai langkah persediaan panel nasihatkan supaya anda membaca surah berikut bagi menghindarkan gangguan syaitan dan rakan-rakan iaitu ayat daripada surat al-Falak dan surah an-Nas.Wallahu a'lam.

Keliru Antara Sunnah Untuk Mendirikan Rumah Tangga Dan Kewajipan Menunaikan Tanggungjawab

Soalan

Assalammualaikum ...sy ingn btnye,adkah slh tndkn sy ni..jika sy mmilih utk tdk mndrikn rmh tgge kelak sy tkut junjungn bsr kte tdk mngaku umtnye,akn ttpi jika sy mmilih utk mndrikn rmh tgge,sy amt tkt & malu dgn suami sy utk mmbrikannye nfkah batin sperti mne yg dituntu olh agama..tmbhn pula sy tdk ade lngsng ilmu mngenai ilmu batin..& skarng sy ade seorng kwan yg tlh brniat utk mnyunting sy sbgai isterinye..apkh yg hrus sy lakukan?sy hrp ustaz / ustazah dpt mmbntu sy.Assalammualaikum.

Jawapan

Waalaikum mussalam...
Yang paling utama ialah mendirikan rumah tangga, sebagaimana anjuran nabi s.a.w. Manakala ilmu untuk melaksanakan kewajipan batin boleh diperolehi melalui banyak sumber, termasuk apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. dan had yang dibolehkan oleh Allah untuk mendatangi isteri selain dari belakang (dgn melakukan liwat kepada Isteri). Di sini juga letaknya, kebijaksanaan suami untuk memimpin dalam rumah tangga. Perlu difahami nabi menyatakan "seorang suami diberi pahala (besar) kerana mendatangi isterinya, sebagaimana lawannya adalah DOSA BESAR (ZINA)". justeru saudari sebagai isteri perlu lakukannya dengan cara yang terbaik dan memberi kerjasama kepada suami, berbincang dan membina persefahaman yang lebih baik, sesuai dengan saranan Nabi s.a.w.,  Semoga saudari dan kita semua dirahmati Allah.