Friday, April 19, 2013

Perlukan "Binaan Kubur" Disebabkan Gangguan Haiwan Peliharaan

Soalan

As'salam. Bapa saya baru meninggal dunia pada 29 Mac 2013 yg lepas. Soalan saya, apakah hukum bagi binaan kubur yg saya bakal bina terdiri dari marmar. Keadaan memaksa memandangkan ada pemilik lembu tidak bertanggungjawab melepaskan peliharaannya di kawasan kuburan. Sudah ditegur tapi tetap tidak berubah. Najis merata di atas kuburan dan ada juga yg mendap dan berlubang2 kesan pijakan haiwan tersebut. Tanah kuburan sangat2 kering, mudah merekah dan peroi. Kedudukan kubur arwah di kawasan berbuk

Jawapan

Waalaikumusalam
Pembinaan kepuk kubur @ lot kubur dengan menggunakan batu marmar  dan berpagar  itu hukumnya adalah harus selagi mana anda  tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.Sekiranya mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain  bagi bertujuan untuk riyak/sombong maka hukumnya adalah haram.
Panel nasihatkan agar  pembinaan tersebut jangan terlalu besar sehingga mengganggu lot  tanah perkuburan  jenazah lain begitu juga  binaan itu tidak menampakkan kemegahan dan kemewahan yang melampau.Perlu juga  panel tegaskan  bahawa binaan kubur itu tidak didirikan atap/bumbung .Bagi tujuan supaya tanah yang baru ditimbus benar-benar padat dan mampat anda bolehlah menjirus air biasa atau air yang telah dibacakan ayat-ayat alQuran alKarim.Wallahu a'lam.

Sah Atau Tidak Puasa Saya.

Soalan

Assalammualaikum ustaz hari ini saya berpuasa sunat....tiba ja ditempat keja saya terlupa dan saya mengunyah coklat lps itu dalam 1 minit saya teringat dan saya membuang semula coklat itu sah atau tidak puasa saya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis  baginda saw yang bermaksud:
"Diangkat kesilapan/kesalahan   yang dilakukan oleh  seseorang itu di atas 3 perkara:
1.Kanak-kanak sehingga beliau mumayyiz
2.Orang yang  sedang  tidur sehingga beliau tersedar/terjaga,
3.Orang yang  terlupa sehingga beliau teringat.
Berdasarkan kepada mafhum hadis ini anda dikategorikan kepada orang yang terlupa sehingga teringat,maka puasa yang  sedang anda kerjakan itu tetap  sah, walaupun anda telah memakan coklat.
Perlu panel tegaskan bahawa jika sekiranya anda INGAT TETAPI BUAT-BUAT TIDAK INGAT maka puasa yang sedang anda lakukan itu tetap batal dan tidak sah.Wallahu a'lam.

Puasa Orang Yang Musafir

Soalan

adakah orang yang bermusafir sepanjang tahun termasuk dalam golongan yang harus berbuka puasa?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang yang bermusafir memang diharuskan untuk berbuka/tidak berpuasa. Namun, mereka masih diwajibkan untuk mengqadha’ kesemua puasa yang telah ditinggalkan. Hal ini ada dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam firmannya yang bermaksud:
“...dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain...”
(Surah Al-Baqarah : 185)

Walaupun mereka yang bermusafir dibolehkan untuk berbuka, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan ibadat ini. hal ini kerana keharusan untuk mereka berbuka hanyalah satu rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hamba-hambanya.
Dari itu, bagi mereka yang melakukan perjalanan pada sepanjang tahun, mereka tetap diwajibkan melakukan puasa Ramadhan dan perjalanan yang mereka lakukan tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan ibadat ini.
Oleh itu, Panel ingin mencadangkan kepada golongan yang sering kali bermusafir untuk mengambil cuti setiap kali tiba bulan Ramadhan ataupun memohon supaya majikan menukar kawasan operasi hanya pada kawasan yang berhampiran sahaja bagi mengelakkan diri daripada terpaksa berbuka. Dan dengan itu dapatlah mereka berpuasa penuh pada tahun tersebut. Wallahu a'lam

Puasa Ganti Bagi Perempuan Yang Keguguran Di Bulan Puasa

Soalan

Saya ingin bertanya, sekiranya saya mengalami keguguran di minggu ke-3 pada bulan ramadahan, adakah saya cuma perlu ganti puasa tu untuk tempoh 2 minggu selepas saya gugur atau untuk sebulan penuh???...sedangkan minggu pertama dan kedua puasa, saya puasa penuh..saya harap mendapat jawapan dari pihak tuan/puan...terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda hanya perlu menggantikan  puasa yang tertinggal ekoran daripada keguguran.Hanya  2 minggu sahaja yang perlu dikada' @ diganti iaitu selepas berlakunya keguguran.
Ini kerana 2 minggu sebelum anda keguguran, anda  masih melaksanakan ibadah puasa  tersebut.Justeru  anda tidak perlu menggantikan puasa tersebut  selama satu bulan.Wallahu a'lam.

Mandi Wajib Menggunakan Shampo & Cream Tiada Tanda Halal

Soalan

Salam. Nk tye sah tak mandi wajib saya jika saya pakai syampo dan cream bdn yg tlada tanda halal. Suami beli nk buang sayang. Dikhuatiri bhn yg ade dlm shampoo& cream bdn bhn yg terlarang. Sb skg susah utk cri shampo yg ade tanda halal.

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, mandi wajib yang anda lakukan adalah sah apabila mandian tersebut anda mulakan dengan niat mandi wajib dan air telah diratakan ke keseluruhan badan anda.
Mengenai syampur dan krim mandian yang digunakan semasa mandian dilakukan, ia tidak akan menyebabkan mandian tersebut menjadi tidak sah. apa yang dirisaukan mengenainya hanyalah status kehalalannya sahaja.
Oleh itu, selepas ini utamakanlah produk gunaan yang terdapat padanya Logo Halal terutamanya Logo Halal JAKIM. Wallahu a'lam

Kemusykilan Agama

Soalan

adakah dikira zihar jika suami berkata kepada isterinya "jangan korek celah kuku nanti jadi cekam macam abang(suami)" ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perkataan sedemikian tidak dianggap sebagai zihar.Ini  kerana mengupamakan perbuatan tersebut  kepada abangnya(suami).Justeru anda tidak perlu bimbang dan risau terhadap perkara berkenaan.Wallahu a'lam.

Solat Sunat Di Hijr Ismail/multazam

Soalan

Bilakah boleh dilakukan solat sunat di hijr ismail/multazam? Adakah selesai tawaf atau setelah selesai saie?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut perbahasan ulamak dalam ilmu fekah sebaik-baiknya anda solat sunat dalam kawasan hijir Ismail setelah anda tamat melakukan tawaf.
Ini kerana sebelum anda sempurnakan  tawaf 7 keliling,sekiranya  anda  menyentuh  @ memegang hijir ia akan membatalkan pusingan tawaf yang sedang anda kerjakan/lakukan.Wallahu a'lam.

Bacaan Panjang Surah Dalam Solat.

Soalan

Assalamualaikum Ustaz, bacaan surah dalam solat mestilah ikut turutan dalam Al-Quran antara rakaat pertama dengan kedua. Dan satu lagi bacaan surah rakaat pertama mestilah lebih panjang dari rakaat kedua. Jadi soalannya antara surah al-ikhlas dengan surah an-nas yang mana perlu dibaca dahulu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Semasa melakukan solat, sama ada solat fardu atau sunat anda diminta untuk membaca surah.Membaca surah ketika solat itu hukumnya adalah sunat sahaja.Apa yang penting ketika melaksanakan solat jangan sekali-kali anda tertinggal 13 rukun solat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sekiranya  anda  tidak membaca  surah pun, solat  anda  tetap sah,cuma jika dibaca ia boleh menambahkan  lagi pahala ketika melakukan solat.
Mengikut urutan dalam peraturan solat,seeluk-eluknya  sunat  anda membaca  surah al-Ikhlas pada rakaat pertama  selepas Fatihah dan surah al-Nas pada rakaat berikutnya selepas Fatihah.
Andaikata anda baca al_nas pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat keduapun, sah solat anda,cuma hukumnya adalah makruh.Ini  kerana kedudukan surah sebagaimana yang telah disusun oleh ulamak dalam bidang al-Quran agak terbalik.Wallahu a'lam.

Tunaikan Umrah

Soalan

bolehkah saya tunaikan umrah (lelaki,27 tahun) sedangkan ibu dan bapa saya belum lagi berkesampaian ke sana?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Harus anda tunaikan umrah dahulu walaupun ibubapa anda belum ke sana lagi.Umrah kali pertama itu adalah umrah wajib.Ini kerana antara syarat untuk tunaikan umarah atau haji ialah:
1.Berkemampuan  dari segi kewangan dan tenaga
2.Selamat dalam perjalanan  pergi dan balik
3.Sihat tubuh badan
4.Waras atau siuman
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, sekiranya anda mempunyai simpanan yang melebihi daripada keperluan, panel nasihatkan agar anda sponserlah bayaran tambang umrah kedua ibubapa anda sebagai tanda bagi menghargai sumbangan mereka yang telah melahir,menjaga,mendidik dan membesarkan anda dengan rasa kasih dan sayang.Wallahu a'lam.

Pemilihan Pasangan Hidup

Soalan

assalamualaikum w.b,adakah lebih baik jika saya hanya menerima lamaran tanpa mengetahui peribadi dan fizikalnya tetapi hanya bergantung kepada doa dan solat istiqarah semata-mata.ini kerana,saya kuatir jika saya menerima lamaran seseorang kerana fizikal atau faktor lain yang ada padanya namun ramai berpendapat kita perlu selidik dahulu latar belakang lelaki tersebut.mana lebih baik sama ada membuat solat istiqarah mengetahui jodoh sebelum menerima mana2 lamaran atau selepas menerima lamaran?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sejak azali lagi seseorang manusia itu telah ditentukan dengan 4 perkara untuk ditempuhi sepanjang perjalanan kehidupannya iaitu;
1.Umur
2.Rezki
3.Pasangan hidup
4.Kematian
Oleh kerana pasangan hidup telah ditentukan oleh Allah SWT ,sewajarnya anda berikhtiar untuk memadankan dengan ketentuan yang telah dibuat di alam rahim iaitu dengan cara anda mengenali lelaki @ pasangan suami,kemudian mohon petunjuk dengan Ilahi, sama ada beliau betul-betul sesuai @ kufu dengan ketetapan tersebut.Kemudian baharulah  anda melakukan solat sunat istikharah 2 rakaat  sebelum bersedia menerima lamaran.
Sekiranya anda ikhlas dan nawaitu anda betul, Allah akan membantu menggambarkan pasangan yang kufu untuk anda berkongsi kehidupan bagi meneruskan kelangsungan zuriat di bumi ini.Wallahu a'lam.

Hukum Lelaki Memakai Cincin Emas Palsu

Soalan

apakah hukum bagi lelaki yang memakai cicncin emas palsu?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, semua lelaki muslim dilarang untuk memakai sebarang bentuk pakaian ataupun perhiasan yang diperbuat daripada emas yang tulen sekalipun dalam sukatan yang kecil. Larangan ini ada diterangkan di dalam hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu 'Anhu mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
“Dilarang (diharamkan) memakai sutera dan emas ke atas kaum lelaki daripada umatku dan dihalalkan ke atas kaum perempuan.”
(Hadis riwayat al-Tirmidzi).

Melalui hadith di atas, jelas kepada kita bahawa yang dimaksudkan dengan emas di sini adalah emas yang tulen dan bukannya emas tiruan atau lainnya.
Dari itu, hukum seorang lelaki memakai cincin emas palsu adalah diharuskan. Wallahu a'lam

Suami Minta Saya Minta Cerai Pdnya Di Pjbt Agama

Soalan

assalamualaikum...sy nak minta pndpt yg arif dn pakar...kami bergado dlm sms... Suami sy bg sms sperti 'awak pergi jabatan agama minta cerai' sy nak tahu sama ada jatuh ke tidak talak ini...mohon kasa baik pihak tuan...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Soalan yang anda kirimkan adalah tidak jelas. sila kirimkan semula soalan yang lengkap dan mudah untuk difahami oleh ahli Panel, ataupun dapatkan nasihat daripada pegawai Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda. Wallahu a'lam

Status Anak..perlu Di BIN Kan Siapa?

Soalan

assalammualaikum ustaz.
Saya telah mengandung sblum menikah soalan saya.anak yg saya lahirkan perlu di BIN SUAMI SY@ 99 nama ALLAH.
1- saya bernikah 07.01.2007. Saya melahirkan anak 22.06.2007. Boleh kan anak saya D BIN SUAMI SAYA.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya dihitung tarikh antara anda bernikah 7 .1.07  sampai anak tersebut lahir  22.6.08 adalah  seperti berikut:
7hb Jan 2007 hingga 22 Jun 2005-  Jumlah nya ialah  lima bulan 15 hari
Berdasarkan perkiraan ini sahlah bayi yang anda kandung dan hamilkan itu tergolong kepada anak yang tidak sah taraf.
Justeru anda tidak boleh membinkan kepada lelaki yang menikahi anda.Sebaliknya eluklah anak tersebut menurut ketetapan fekah perlu dibinkan kepada nama ibunya.Mungkin ini akan mengaibkan anda,justeru jalan keluar yang terbaik membinkan anak anda kepad nama yang bermula ABDUL............@ boleh juga dibinkan kepada nama al-Asamaul husna.Wallahu a'lam.

Sunday, April 14, 2013

Adakah Sendawa Boleh Membatalkan Solat Dan Wudhu'? Adakah Kahak Atau Hingus Boleh Membatalkan Wudhu' Dan Solat Jika Tertelan Secara Sengaja Atau Tidak Sengaja?

Soalan

Adakah sendawa boleh membatalkan solat dan wudhu'? Adakah kahak atau hingus boleh membatalkan wudhu' dan solat jika tertelan secara sengaja atau tidak sengaja?

Jawapan

Kesemua persoalan tersebut tidak membatalkan solat dan wuduk

Persoalan Solat Jumaat.

Soalan

1.semasa solat jumaat, selepas imam membaca surah al fatihah diikuti bacaan amin dengan kuat oleh makmum, surah apakah yang perlu dibaca oleh makmum?
2.apakah hukumnya sekiranya saya hanya diam(tidak baca surah, masa sujud, rukuk dan lain-lain) dan hanya megikuti imam sahaja sewaktu sembahyang jumaat?
3.semasa rakaat pertama dalam solat jumaat, sewaktu imam takbir Allahuakbar, surah apakah yang perlu dibaca oleh makmum?

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Selepas imam membaca fatihah dan diikuti dengan amin ,makmum hendaklah membaca Fatihah,ini kerana fatihah itu merupakan  rukun dalam solat.
2.Solat anda tetap sah jika tidak baca surah,tasbih ketika  rukuk,dan sujud.
3.Semasa imam mengatakan  perkataan Allahu akbar, anda hendaklah membaca surah an-Nas,Bacaan ini  bertujuan untuk menghalang syaitan daripada mengganggu anda ketika solat yang akan anda dirikan nanti.Wallahu a'lam.

Pelaksanaan Samak

Soalan

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya adakah dalam pelaksanaan samak atau sertu, kita boleh menggunakan sabun taharah dan air sahaja tanpa menggunakan tanah.?

Jawapan

Waalaikumusalam,
PADA PANDANGAN PANEL,Sebaik-baiknya  jika najis mughallazah itu banyak  eluklah digunakan air tanah yang asal.|Sekiranya najis mughallazah itu tidak banyak memadai dan harus anda menggunakan sabun taharah tersebut.
Perlu panel nyatakan agar anda jangan terkeliru antara sertu dan samak
Sertu tertentu kepada kulit bangkai sahaja  Manakala samak tertentu kepada dua jenis binatang iaitu anjing dan babi.Wallahu a'lam

Permusuhan Sesama Keluarga

Soalan

Assalamualaikum ustad.baru-baru ini keluarga saya dan keluarga besar saya ada sedikit krisis.lama kelamaan saya dan kakak mengambil tindakan untuk berbaik semula.tapi kami tiada kekuatan untuk bersemuka dan itu juga bukan salah kami.kami cume meminta maaf melalui laman sosial dan mesej tapi tidak diendahkan atau pn tak perasan(cube untuk positif).adakah ini dikira kami berdosa dengan memutuskan silaturrahim sedangkan kami cube untuk berbaik2 semula dgn meminta maaf tetapi tidak diendahkan.tq

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pada pandangan panel lebih baik anda bersemuka lagi manis dan dapat mengetahui reaksi mereka secara spontan.Selamat mencuba dan panel doakan semuga berjaya.Wallahu a'lam.

Hukum Menggunakan Alat Mengurangkan Bil Elektrik Sehingga 60-70% Kurang.

Soalan

Assalamualaikum ustaz , saya nak tanya apa hukum Menggunakan alat mengurangkan bil elektrik sehingga 60-70% kurang. Saya ada mendengar seorang ustaz ternama menyatakan sekiranya bil tersebut terlalu tinggi hingga seperti dizalimi hukumnya harus...dan kebanyakkan ustaz juga menggunakan alat tersebut...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya perbuatan untuk mengurangkan caj elektrik tersebut  bukannya dalam bentuk mencuri tetapi sebagai satu kaedah untuk mengurangkan kadar disebabkan berlakunya kezaliman,ia dibenarkan@diharuskan.Panel nasihatkan gunakan tenaga elektrik secara berhemah,insya'Allah perkara terlebih caj tidak akan berlaku.Wallahu a'lam

Baca Surah Lihat Quran Masa Solat Fardhu

Soalan

Salam ustaz, Apakah hukum membaca melihat surah quran ketika Solat fardhu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ketika solat seseorang itu boleh  menghafal ayat yang ingin dibaca  semasa solat. Namun tidak ramai yang mampu mengingati ayat-ayat alquran dengan cara baik.
Justeru ulamak dalam bidang ilmu fekah dan al-quran telah mengharuskan /membolehkan untuk seseorang membaca ayat al-quran menggunakan Quran ketika solat.Perbuatan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan.Wallahu a'lam.

Terlanggar Bangkai Anjing

Soalan

assalamualaikum ustaz.apa hukumnye membasuh motor yang pernah melanggar bangkai anjing di kedai-kedai carwash

Jawapan

Waalaikumusalam,
Jika anda pasti motor anda terlanggar bangkai anjing,sekiranya dibasuh di kedai carwash  ia dikira belum  bersih lagii ini kerana basuhan tersebut belum menepati dengan kehendak samak.
Justeru panel nasihatkan agar anda menyamak sendiri  tayar motor menggunakan air yang bercampur tanah dan 6 kali lagi dengan air mutlak,baharulah tayar motor andabersih dan  suci.Wallahu a'lam.

Telanjur Main Seks Dengan Beragama Kristian Dengan Islam

Soalan

kalaw telajur main seks dapat anak....perempuan tu kristian laki tu islam...?

Jawapan

Waalaikumusalam,  lelaki islam adalah layak untuk menikahi wanita yang berugama islam.manakala  wanita islam pula layak untuk bernikah dengan lelaki yang berugama islam .
Berbalik kepada  soalan  yang dikemukakan ,  perbuatan anda terlanjur melakukan seks dengan  perempuan berugama kristian  itu adalah haram  dan  berdosa  besar.
Setelah itu dapat anak lagi satu dosa,justeru anak  tersebut  tidak boleh dibinkan kepada lelaki yang menyebabkan wanita kristian tersebut hamil,sebaliknya dibinkankan kepada nama ibunya @ kepada nama yang bermula dengan perkataan abdul........
Panel nasihatkan lelaki yang berugama islam itu hendaklah segera bertaubat nasuha kepada Allah swt.Wallahua'lam

Monday, April 8, 2013

Tentang Manusia...

Soalan

assallammualaikum adakah manusia akan kembali ke bumi selepas menjalani ujian daripada allah...sekian terima kasih...

Jawapan

Tidak, manusia akan kekal samaada di neraka atau syurga sahaja. Justeru marilah kita berusaha untuk menjadi ahli syurga yang kekal selama-lama nya.

Solat Subuh Pada Hari Jumaat,2@3rakaat?

Soalan

Untuk makluman,saya baru berjinak2 solat di masjid...soalan saya kenapa solat subuh pada hari jumaat ade 3 rakaat?smasa rakaat pertama tiada rukuk dan sujud hanya sekali,kenapa dan apakah bacaannya?

Jawapan

Apa yang berlaku itu adalah sujud sejadah, dan ianya adalah sunat dilakukan apabila dibaca ayat-ayat sejadah. Cara yang saudara sebut itu adalah cara yang betul dilakukan pada rakaat pertama sebagaimana dilakukan oleh Nabi s.a.w.. Subuh tersebut hanya 2 rakaat sahaja.

Ibadah Umrah Bagi Golongan Cacat Pendengaran

Soalan

Apakah hukumnya bagi golongan cacat pendengaran mengerjakan umrah? Sekiranya boleh, adakah cara perlaksanaan ibadatnya sama dengan golongan mereka yang sempurna?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Ibadah umrah samaada orang sempurna dengan cacat pendengar dari segu rukun adalah tetap sama iaitu lima rukun.
1.Niat
2.Tawaf
3.Saie
4.Tahallul
5.Tertib
Cuma bagi orang yang cacat  mereka boleh membaca doa setiap amalan  yang disunatkan iaitusolat tahiyatul masjid, niat solat sunat ihram ketika di miqat,bertalbiah,doa tujuh pusingan,tawaf,solat sunat tawaf,doa setelah tawaf,bacaan doa tujuk kali saie,doa habis saie, dan doa  ketika bertahallul.
Sekiranya amalan ini mampu dilakukan dengan sempurna ia akan menambah dana pahala ketika melaksanakan ibadah umrah seseorang.Wallahu a'lam.

Lafaz Cerai Bukan Kepada Isteri Sendiri Tapi Melalui Facebook Ibu Mertua.ape Hukum Nya?

Soalan

assalamualaikum ustaz....saya razlan berasal dari terengganu...sudah 3 bulan sepupu lelaki saya saja mendirikan rmahtangga.....dia mengadu kepada saya tentang masalah rumahtangga mereka.....dia ade menghantar pesanan nk ceraikan isteri nya dengan talak 1 tanpa niat melalui facebook kepada ibu mertua nya tetapi bukan kepada isteri nya......ape hukum nya?jatuh ke talak yang dia hantar melalui facebook ibu mertua nya tu??....sekian terima kasih......wassalam...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, email yang dikirimkan oleh sepupu anda kepada ibu mertuanya perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk dikenal pasti statusnya.
Oleh itu, ibu mertua sepupu anda perlu menghantar salinan email tersebut kepada pihak mahkamah untuk disiasat sama ada talaq telah terjatuh ke atas anaknya ataupun tidak. Wallahu 'Alam.

Hukum Memakai Gelang Nama Yang Ditulis Dalam Tulisan Jawi Ke Dalam Tandas

Soalan

Salam..Saya mempunyai gelang nama dimana nama tersebut ditulis dalam tulisan jawi..saya ingin bertanya apakah hukum saya memakai gelang tersebut ke dalam tandas..seperti sedia maklum huruf jawi tidak boleh dimasukkan ke dalam tandas..mohon penceraha ..

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, sebenarnya tiada larangan untuk membawa huruf jawi ke dalam tandas. Apa yang dilarang ialah membawa sesuatu yang tertera padanya tulisan nama-nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang 99 itu dan juga nama-nama yang baik seperti Muhammad dan lainnya.
Oleh itu, anda dibenarkan untuk membawa gelang tersebut ke dalam tandas dengan syarat nama anda bukan salah satu daripada nama-nama Allah yang Maha Suci. Wallahu 'alam.

Kain Ihram Yang Berjahit Tepi

Soalan

Assalamualaikum.... Saya nak tanya mengenai hukum kain ihram yang berjahit. Apakah bentuk jahitan yang dimaksudkan di sini? Saya telah membeli kain ihram untuk anak saya dan saya dapati ianya berjahit tepi. Adakah kain ihram jenis ini boleh digunakan untuk menunaikan umrah?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Anda harus menggunakan kain ihram yang berjahit ditepi tetapi dengan syarat ia tidak bercantum/bersatu menjadikan seumpama kain sarung atau pelikat.
Wallahu a'lam.

Buang Kertas Bertulisan Agama.

Soalan

Assalammualaikum Ustaz, saya ada menempah banyak kitab yaasin mengikut gambaran kulit yang kita inginkan. Jadi tempahan itu dengan cara kita membeli kitab yaasin lain dan dia akan menukar kulit kepada gambaran yang kita nak itu. Jadi kulit lama yang bertulisan yaasin itu tetap dia akan pulangkan bersama apabila kita mengambil bayar itu. Jadi kulit lama bertulisan yaasin itu tak nak saya simpan bagi mengelak berselerak atau dimakan lipas. Dengan apa cara yang boleh saya lakukan untuk membuangny

Jawapan

Waalaikumussalam,
Kulit buku yaasin yang telah tidak diperlukan boleh dihapuskan dengan kaedah berikut:
1.Dibakar kemudian abunya dihanyutkan ke dalam laut/sungai/parit yang mengalir.
2.Ditanam di atas kawasan yang berbukit yang tiada oranmg lalu lalang
3.Dihantar  di bahagian penerbitan al-Quran di Kementerian dalam Negeri bagi tujuan pelupusan secara sistematik. Wallau a'lam.

Umrah Dan Persoalannya

Soalan

Salam ustaz/ustazah, siapakah yg wajib dibawa terlebih dahulu oleh seorg anak lelaki jika dia ingin menunaikan umrah? Ibubapa/isteri/adikberadik

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mengerjakan umrah bagi kali  pertama itu merupakan umrah yang wajib.Syarat utama yang perlu ada bagi mereka yang ingin menunaikan umrah ialah :
1.Berilmu dan berpengetahuan tentang ibadat yang akan dilaksanakan,
2.Berkemampuan  dari segi kewangan dan tenaga,
3.Aman dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik
4.Kesihatan yang mengizinkan
Berbalik kepada soalan siapakah individu yang perlu dibawa ketika menunaikan umrah? Sekiranya kewangan dan kemampuan anda dari segi perbelanjaan lebih daripada mencukupi eluklah dibawa ibubapa anda dahulu,sekiranya ada lebihan boleh juga diikhtiarkan untuk membawa isteri.
Manakala adik beradik yang lain bukannya menjadi tanggungjawab anda sebaliknya ia bergantung kepada duit @ wang yang mereka kumpulkan yang tergolong dalam istilah Istitaah/berkemampuan.Wallahu a'lam.