Monday, July 22, 2013

Bolehkah Meletak Muqaddam Di Atas Sejadah

Soalan

Assalamualaikum..
Disini saya ingin bertanya...?
Bolehkah meletakkan Muqaddam atas sejadah dihujung kepala,
untuk membuat rujukkan bacaan yang mana tidak fasih, selain dari An-nas, Al- ikhlas, dan Al falaq.
Mohon pejelasan dari piha tuan. terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
AlQuran ialah  kitab Allah,ia juga merupakan mukjizat yang paling agung untuk umat islam.Seseorang yang tidak suci tidak boleh menyentuhnya apatah lagi untuk membawa.Sewajarnya kedudukan yang mulia tersebut umat islam dilarang untuk meletakkan tas alQuran dengan sebarang objek lain seperti buku ,kaset atau Vcd.Begitu juga bagi menajag kehormatanya umat islam juga dilarang daripada meletakkan di atas lantai dan sejadah.
Kesemuanya ini bertujuan untuk memulia dan mengagungkan,Justeru dari segi akhlak dan adab jika anda letakkan alquran atas lantai atau  atas sejadah seolah-olah anda meremehkan serta menghina kesucian kitab tersebut.Oleh itu letakkan alQuran pada tempat tinggi sesuai dengan tarafnya sebagai suatu kitab yang telah Allah turunkan kepada junjungan besar nabi Muhammad saw.Wallahu a'lam

Niat Selepas Sahur.

Soalan

Untuk kita berpuasa pada ke esokkan hari. Boleh tak kalau kita niat pada esok hari sewaktu kita bangun sahur?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Adalah boleh/harus anda berniat puasa ramadan ketika bersahur.Wallahu a'lam

Cakap Cakap Orang Tua

Soalan

apakah hukam kita mempercayai cakap orang tua? contoh macam orang tua cakap tidak boleh potong kuku malam, nanti pendek umur.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mempercayai  kata-kata orang tua yang melarang anaknya   memotong kuku pada waktu malam itu  memang   tiada dalil dari hadis dan Quran.Ia cuma  petua mereka sahaja ,setakat yang panel kaji dan semak ternyata bukannya pendek umur tetapi yang pasti pendek kuku  sahaja.
Kenapa orang tua-tua larang potong kuku pada waktu malam? Jawapannya ialah ibubapa bimbing jika anak kerat/potong kuku anak  tersebut akan terluka jarinya. Ini kerana pada zaman dahulu elektrik / lampu kalimatang masih belum ada menyebabkan orang tua-tua larang anak-anak mereka potong / kerat kuku.Justeru jika tidak percayapun tidak menjejaskan keimanan seseorang. Sebaliknya anda kena berikan penjelasan yang tepat.Panjang atau pendek umur seseorang itu telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Wallahu a'lam.

Puasa Tapi Tak Solat

Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya, saya puasa tapi tak solat sejak saya baligh(12 tahun) sampai saya umur 18 tahun baru saya tahu yang puasa tak diterima kalau tak solat, jadi perlu ke saya ganti puasa 30 hari untuk setiap tahun daripada saya umur 12 tahun sampai 18 tahun iaitu selama 7 tu? Atau hanya ganti puasa yang ditinggalkan kerana datang haid?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut pandangan ulamak fekah dan berdasarkan hadis baginda saw,merumuskan bagi orang yang berpuasa tetapi tidak solat maka pahala puasanya tidak akan diterima oleh Allah.Ini kerana solat itu merupakan tiang agama jika kamu tinggalkan solat seolah-olah anda meruntuhkan agama,maka dengan sendirinya apabila tiang  agama sudah runtuh maka tidak ada gunanya lagi   puasa yang anda kerjakan. Wallahu a'lam

Adakah Takut Hantu Dikira Syirik?

Soalan

Assalamualaikum ustaz.. Adakah takut hantu itu dikira syirik?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Umat dan penganut islam sewajarnya takutkan Allah dan bukannya takutkan hantu.Ini kerana Allah berkuasa terhadap sesuatu perkara.Sedangkan hantu itu salah satu makhluk yang Allah jadikan,malah  ia juga tidak berkuasa.Hantu juga mohon pertolongan dan bantuan dari  Allah.
Sewajarnya umat islam takutkan Allah dan bukan takutkan hantu.Sekiranya umat islam takutkan hantu lebih daripada @ kurang daripada dia takutkan Allah maka dia telah syirikkan Allah.Dalam alQuran dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah,justeru ubahlah persepsi daripada takutkan hantu kepada takutkan Allah.Ini kerana takutkan Allah akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan   umat islam kepada penciptaNya.Wallahu a'lam

Hukum Membayar Zakat Bagi Bayi Yg Kematian Pada 1 Ramadhan

Soalan

Salam..sy ad 1 soalan jika seseorang perempuan melahirkan anak pada 1 ramadhan kemudian keseekon harinya bayi tersebut meninggal duni.adakah wajib bagi bayi tersebut zakat fitrah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ibubapa kepada bayi itu tidak wajib keluarkan zakat fitrah kepada bayinya yang meninggal pada 2 ramadan.Ulamak memutuskan seseorang yang sempat hidup dibulan ramadan termasuk pada malam 1 syawal,maka ketika ayahnya wajib keluarkan zakat fitrah,sedangkan bayi anda tidak sempat hidup pada bulan/malam raya.Wallahu a'lam.

Terlupa Bangun Sahur , Tapi Sah Ke Solat Seperti Biasa ?

Soalan

Assalamualaikum. Hari ni 20/7/2013 sy terlupa bangun sahur sbb keletihan & x sedar alarm bunyi. Tapi sy telah kerjakan solat sunat dhuha & membaca al-quran , lepas tu kalau sy makan sebab x sahur tapi lepas tu sy solat macam biasa , adakah solat sy sah ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat anda sah,malah ulamak telah menyatakan bahawa tertinggal  satu hari  puasa pada bulan ramadan tidak dapat diganti sepanjang hayat.Malah berdosa buka puasa tanpa sebab.Wallahu a'lam.

Suami Cium Dahi Dan Pipi Isteri Pada Bulan Ramadhan Semasa Bersalaman Sebelum Pergi Bekerja

Soalan

Saya ingin bertanyakan, apakah hukumnya makruh jika saya dan suami hendak pergi bekerja bersalaman dan suami saya cium dahi dan pipi saya semasa berpuasa di bulan ramadhan. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum cium isteri pada bulan puasa tidak batalkan puasa cuma makruh sahaja.Tetapi akan jatuh haram jika boleh menaikkan syahwat dan seterusnya se hingga melakukan jimak.Wallahu a'lam.

Hukum Berpuasa Pada Hari Jumaat, Sbtu Dan Ahad

Soalan

assalamualaikum.. apakah hukum berpuasa pada hari jumaat, sabtu dan ahad pada bukan bulan ramadhan.. benarkah tidak boleh berpuasa pada tiga hari tersebut ataupun jika hendak berpuasa pada hari jumaat perlu berpuasa skali pada hari sabtu ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam  hadis baginda saw yang dirwayatkan oleh muslim menyatakan adalah makruh hukumnya jika berpuasa sunat atau ganti pada hari jumaat,atau sabtu @ hari ahad kecuali dimulai sehari sebelm atau sehari selepas seperti berikut,

1. Jika puasa pada hari jumaat hendaklah dimulai pada hai khamis kemudian dikuti dengan hari jumaat,jika mula jumaat kemudian dikuti hari sabtu

2. jika puasa pada hari sabtu hendaklah diikuti pada hari ahad, begitu juga hari ahad mesti dimulai hari sabtu atau diikuti dengan hari isnin.

Jika lakukan tanpa diawalkan sehari atau diikuti sehari selepas maka hukumnya adalah makruh dan dibimbangi dengan puasa orang yahudi dan kristian.Wallahu a'lam.

Bolehkah Solat Sunat Selepas Solat Witir

Soalan

assalamualaikum bolehkah melakukan solat sunat selepas solat witir dilakukan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus/boleh solat sunat setelah habis solat witir    dan tidak  perlu solat sunat witir sekali lagi,tetapi  memadai solat witir yang telah dibuat selepas tarawikh tadi,Wallahu a'lam

Adakah Makmum Masbuq Perlu Mengulangi Sesuatu Perbuatan Imam Yg Telah Dilakukan

Soalan

Saya masuk pada rakaat ke-3 pd solat maghrib(makmum masbuq)PERSOALANNYA:
1)adakah saya perlu membaca tahiyyat awal semasa imam melakukan tahiyat akhir?
2)jika saya telah membaca tahiyat awal semasa imam melakukan tahiyat akhir tadi,adakah saya perlu membaca tahiyyat awal sekali lagi setelah rakaat ke-2?

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
1. Anda diharuskan untuk membaca bacaan tahiyat awal pada waktu tersebut ataupun diam sahaja.

2. Walaupun anda telah membaca tahiyat awal (ketika imam sedang melakukan tahiyat akhir), anda masih disunatkan untuk melakukan tahiyat awal sekali lagi sebagai memenuhi keperluan di dalam rakaat kedua solat tersebut. Jika meninggalkannya, anda disunatkan untuk melakukan Sujud Sahwi sebelum memberi salam. Wallahu 'alam.

Sah Ke Mandi Wajib

Soalan

assalamualaikum ustaz..sah ke mandi wajib saya sekiranya masih ada sedikit pewarna makanan di celah kuku yang saya baru perasan selepas siap mandi wajib dan solat di lakukan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, mandi wajib anda adalah sah. Hal ini kerana sifat pewarna makanan adalah menyerap ke dalam kulit dan bukannya menepek/melekat di atas permukaan kulit anda.
Oleh yang demikian, anda tidak perlu untuk melakukan semula mandi wajib dan juga solat yang anda kerjakan adalah sah. Wallahu 'alam.

Isu Penggunaan Kalimah Allah

Soalan

Orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah. Adakah perbincangan di mahkamah masih belum selesai? Ini kerana beberapa bulan lepas, Herald telah mencetak buku yang mengandungi kalimah Allah.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Isu kalimah Allah masih dalam  perbicaraan di mahkamah,justeru   penggunaan kalimah ini menjadi kalimah yang eksklusif bagi umat islam sahaja.Sekiranya  ia dicetak ia menjadi tanggungjawab di bawah KDN iaitu akta mesin cetak,seksyen 9. Wallahu a'lam

Adakah Witir Penutup Segala Solat Sunat?

Soalan

assalammualaikum ustaz

saya solat teraweh sebanyak 8 rakaat berjemaah dgn imam dan kemudian saya witir seorg diri di rumah. soalan saya adalah bolehkah saya solat sunat taubat selepas witir tadi? perlukah saya ulangi witir? bolehkah ustaz sertakan dgn hadis sohih sekali. terima kasih salam ramadhan.

Jawapan

  Waalaikumusalam,
Anda boleh /harus solat taubat selepas solat witir.Ini bermakna anda boleh lakukan solat sunat yang lain walaupun anda sudah solat witir.
Anda tidak perlu ulangi witir  sekali lagi walaupun anda sudah solat sunat,perkara ini berdasarkan hadis baginda saw yang bermaksud,
tidak  ada 2 /dua kali witir dalam satu malam.Wallahu a'lam

Zakat Fitrah Untuk Ahli Keluarga

Soalan

salam, bolehkah saya bayar zakat fitrah untuk ahli keluarga di kampung di negeri saya bekerja sekarang yang mana nilainya tak sama.sekian

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda boleh/harus mengeluarkan zakat fitrah untuk satu keluarga.Bagaimanapun mengikut hukum fekah sebaik-baik ketua keluarga @ bapa yang mencari rezki dan  perkara ini menjadi kewajipan bagi diri dan tanggungannya.Wallahu a'lam

Maksud Nama Dalam Islam

Soalan

salam..saya ingin mengetahui maksud nama irham dlm islam.terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Maksud bagi nama tersebut ialah,
IRHAM-mengharapkan, belas kasihan.
Wallahu a'lam

Implikasi Melaksanakan Perkara Yang Makruh .

Soalan

Assalammualaikum w.b.t panel yang dikasihi ,

Saya ingin tanya , jika kita melakukan perkara-perkara yang makruh , adakah Allah S.W.T akan membenci kita ataupun tidak suka kepada kita ? Saya takut mendapat kemurkaan Allah S.W.T . Sekian , mohon penjelasan . Terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
implikasi sekiranya terlalu kerap melakukan yang makruh ia akan bertambah menjadi haram,sebagai contoh menghisap rokok itu makruh tetapi jika sudah sampai memudaratkan kesihatan ia akan naik darjah haram. Begitu juga makan petai itu makruh,sekiranya dengan bau petai itu ganggu kekusyukan jemaah lain untuk solat maka ia sudah haram.Wallahu a'lam

Saturday, July 13, 2013

Blh Ke Bkn Islam Niat Puasa

Soalan

Salam,sy seorng pljr dn tggl sblik dgn rkn bkn islam,malah dia juga cuba ingn brpuasa.Soalan sy prlukah dia niat puasa sprti kte??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum orang yang bukan Islam berniat puasa itu harus/boleh tetapi ia tidak diberi pahala.Ini kerana mereka tiada ikatan dari segi keimanan/akidah dengan Allah.
Cuma berpuasa itu baik untuk jaga kesihatan di samping untuk  merehatkan sistem pencernaan dalam organ dalaman tubuh badan manusia.Ini kerana sistem yang terdapat dalam perut manusia  sentiasa bekerja tanpa rehat jika manusia terus menerus makan tanpa henti.Sekiranya berpuasa ia dapat merehatkan mesin bagi tujuan pencernaan yang lebih baik kepada tubuh badan manusia.Wallahu a'lam.

Isteri Susah Nak Sembahyang

Soalan

as salam isteri saya susah sgt untuk solat..bila disuruh kadang2 baru dia bangun untuk solat...bila saya ada dirumah kalau tak ditegur dia payah nak sembahyang..tapi bila dia ada mesyuarat diluar bila saya tanya sudah sembahyang ke belum dia cakap sudah sembahyang...macamna nie ustaz..saya tak mau tanggung dosa tidak sembahyang dia sedang dosa saya sendiri pun tak tertanggung..kami mempunyai dua orang anak...apa yang patut saya lakukan?saya dulu pun bukan baik sangat..tolonglah ustaz.as salam

Jawapan

Waalaikumusalam,
Panel nasihatkan agar anda mengajak isteri anda pergi ke masjid/surau yang berhampiran dengan rumah anda untuk beliau solat fardu.Sekiranya beliau enggan anda minta beliau ikut solat berjemaah di rumah di mana anda jdi imam dan isteri jadi makmum.
Sekiranya gagal anda minta  bantuan  ibubapanya @ orang yang isteri anda malu untuk menasihatinya  umpamanya ustazah,isteri ketua kampung/penghulu dan seumpamanya.
Di samping itu anda jangan lupa untuk lakukan solat hajat dan berdoa bagi meminta Allah lembutkan hati  isteri anda tunaikan solat fardu.Lakukan solat hajat dan doa sehingga Allah menampakkan kesan/hasilnya,jangan mudah menyerah kalah atau berputus asa.
Mudah-mudahan panel doakan semuga  Allah akan mempermudahkan segala urusan anda.Wallahu a'lam,.

Pembayaran Zakat Fitrah Untuk Kedua Ibu Bapa

Soalan

saya anak kedua dari 2 org beradik (perempuan).ibu bapa saya tidak lagi bekerja dan tidak berpencen.bolehkah saya membayar zakat fitrah untuk kedua ibu bapa atau kakak (sudah berkahwin)saya yang perlu membayar zakat fitrah tersebut.?

Jawapan

Slm,
Dalam persoalan membayar zakat fitrah ini, anda sebagai anak diharuskan untuk membayar zakat untuk mereka berdua.
Malah, menurut pendapat daripada Mazhab Syafi'i,seorang anak wajib menanggung nafkah usulnya (ibu dan ayah) apabila beliau sudah berkemampuan. Wallahu 'alam

Qada Solat Subuh

Soalan

Assalamualaikum ustaz, jika terlepas solat subuh pada waktu nya bolehkah di qada antara jam 8 hingga 11 pagi? contoh nya saya tersedar tidur jam 7.30 dan waktu itu saya terpaksa bersiap untuk ke pejabat. Jadi tidak sempat untuk menqada solat , solat juga mungkin tidak sempurna sbb dilakukan dlm keadaan tergesa-gesa.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah mengqadha’ solat fardu yang tertinggal, anda dibolehkan untuk mengqadha’ solat tersebut pada waktu yang anda nyatakan di dalam soalan.
Ringkasnya, solat qadha’ tidak mempunyai waktu yang khusus. Ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada waktu malam ataupun siang. Wallahu 'alam.

Kemusykilan Tentang Solat Jumaat

Soalan

assalamualaikum ustaz, maaf kerana saya ni cetek ilmu agama, cuma saya nak tau, perlukah solat zohor bagi lelaki pada hari jumaat? boleh ustaz beri gambaran solat jumaat, bagaimana bermula dari masuk masjid sehingga keluar masjid mengikut tertib?terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum Solat jumaat adalah fardu ain.Solat tersebut hanya dua rakaat   dan sebelum tunaikan solat jumaat para jemaah perlu mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib.Pahala solat jumaat sama dengan pahala solat zohor empat rakaat.Ini kerana Syarak telah membahagikan solat jumaat dua peringkat iaitu dengar khutbah dapat 2 rakat solat zohor dan tunaikan solat jumaat maka dapat  2 rokaat lagi pahala solat zohor.Manakala solat zohor 4 rakaat,jika anda telah tunaikan solat jumaat anda tidak wajib lagi untuk solat zohor.
Setelah anda  ambil wujud dan masuk masjid ,sebelum duduk anda disunatkan untuk solat tahiyyatul masjid 2 rakaat,dan setelah selesai solat sunat anda niat iktikaf.
Tunggu sehingga bilal azan bagi menandakan masuk waktu zohor dan kemudia anda solat sunat sebelum jumaat  sebanyak 2 rakaat.
Setelah selesai anda tunggu khatib baca khutbah  2 khutbah,semasa khatib baca khutah makmum dilarang bercakap-cakap kerana ia akan mengurangkan pahala jumaat. Apabila habis khatib baca khutbah bilal akan iqomat untuk tunaikan solat Jumaat.
Niat solat jumaat ialah :
USALLI FARDA JUM ATI ROKAATAINI  MAKMUMAN  LILLAHIT TAALA
Sengaja aku solat Jumaat 2 rokaat menjadi makmun kerana Allah Taala.
Selepas imam habis baca fatihah, anda baca fatihah dengan suara yang perlahan sekadar boleh didengari oleh telinga anda sahaja,imam akan baca ayat, anda hanya dengar,kemudian diikuti dengan rukuk,i'tidal,sujud dan terus bangun/qiam lalu imam baca fatihah,habis imam baca fatihah, anda pun baca fatihah,ketika itu imam akan baca ayat,tunggu imam rukuk,i'tidak sujud dan duduk antara dua sujud serta baca tahiyyat akhir.Seterusnya bila imam salam anda akan turut salam,maka selesailah solat jumaat anda.
Lepas imam baca doa anda tidak perlu lagi solat zohor.Ini kerana solat jumaat telah ambil alih solat zohor  dari segi  pahala dan ganjaran adalah sama.Wallahu a'lam.

Umrah Untuk Kedua Ibu Bapa.

Soalan

Assalammualaikum, Saya mendapat duit kwsp, bolehkah sy menggunakan duit tersebut untuk menghantar kedua ibu bapa saya untuk mengerjakan umrah. Harap dapat membantu, Terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda boleh/harus menggunakan duit KWSP untuk hantar ibubapa anda bagi tujuan  tunaikan umrah.Malah mengikut hadis baginda saw umrah pada bulan ramadan sama pahala   dan ganjarannnya dengan haji.
Bantuan duit tersebut sebagai menghargai,membalas jasa dan pengorbanan mereka yang telah bertungkus lumus menjaga,mendidik dan memelihara anda sewaktu anda kecil sehingga anda dapat berdikari.
Malah perlu panel nyatakan bahawa pahala anda memberi  bantuan bagi meringankan bebanan  kewangan kepada kedua ibubapa   anda akan dibalas pahalanya sama dengan orang yang mengerjakan ibadah tersebut.Wallahu a'lam.

Perkara Batal Puasa

Soalan

Adakah batal puasa sekiranya air mani keluar dgn tidak sengaja semasa membuang air kecil tanpa ade syahwat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebenarnya itu bukannya air mani.Pada kebiasaanya air wadi yang keluar bersama dengan air kencing ketika anda membuang air kecil.Sekiranya ia keluar memadailah anda basuh dan bersihkan sahaja.manakala puasa anda tidak batal.Wallahu a'lam.

Solat Isyak Dan Tarawikh Lewat Waktu

Soalan

As salam, saya mempunyai anak kecil berumur 1 tahun. Saya akan tidurkan anak dahulu dan akhirnya saya tertidur sekali. Dalam pukul 1 atau 2 pagi, baru saya menunaikan solat isyak dan seterusnya solat sunat tarawikh/witir di bulan ramadhan ini. Adakah sah solat sunat tarawikh saya. Saya juga ada persoalan selepas selesai solat tarawikh saya tambahkan dengan solat2 sunat yg lain sebelum solat sunat witir. Adakah ini betul? Atau saya perlu solat tarawikh dan witir dahulu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Melewat-lewatkan untuk menunaikan solat fardu   isya' itu   adalah berdosa,ini kerana terdapat hadis baginda saw yang menggesa umat Islam supaya segera menunaikan solat di awal waktunya.
2.Solat sunat  tarawikh  boleh dilakukan bersendirian dan juga digalakkan berjemaah demi untuk memeriahkan ibadat tersebut., selepas tarawikh anda harus/boleh tambah solat-solat sunat yang lain dan ditutupi dengan solat witir.Wallahu a'lam

Yang Mana Lebih Afdal Bayar Hutang Atau Bersedekah

Soalan

assalamualaikum ustaz.. saya nak tanya yang mana lebih afdal bayar hutang atau bersedekah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setiap orang yang berhutang wajib bayar hutang.Sekiranya tidak bayar hutang ruhnya akan tergantung  antara langit dengan bumi.
Manakala bersedekah itu hukumnya sunat pada hari-hari biasa selain ramadan.Manakala pada bulan ramadan afdal bersedekah,perkara ini berdasarkan sifat dermawan baginda saw  mengatasi kelajuan angin.Wallahu a'lam

Produk Yang Tidak Diketahui Halalnya

Soalan

Assalamualaikum
Adakah kita boleh memakai produk pembersih muka yang tidak diketahui halalnya? Dan bagaimanakah jika kita terus memakainya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus menggunakan produk  pembersih muka  tersebut walau bagaimanapun bagi tujuan untuk gunakan secara berterusan panel nasihatkan agar  anda men cari cream perbersih muka yang telah mendapat sijil halan. Ini kerana dalam hadis ada menyatakan bahawa :
Mencari yang  halal itu wajib/fardu
Justeru panel nasihatkan agar anda mencari cream/pembersih  muka yang telah mempunyai tanda halal demi untuk  memastikan ibadah dan amalan anda tidak tertolak oleh Allah swt.Wallahu a'lam.

Apakah Hukum Bagi Yang Berhadas Besar Berpuasa?

Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya musykil tentang perkara apakah sah puasa seseorang itu apabila dia berada dalam keadaan berhadas besar pada siang hari?contohnya saya dan isteri isteri bersama pada waktu malam dan tidak sempat untuk mandi wajib sebelum siang dan terus berpuasa.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa anda berdua sah  TETAPI berdosa kerana melewatkan mandi junub.Ini kerana jika anda berdua lewat mandi menyebabkan anda lewat untuk melakukan solat subuh begitu juga  untuk membaca al-Qur'an dan beriktikaf  di masjid terutama di bulan ramadan.Wallahu a'lam.

Tanah Kaktus Untuk Sertu

Soalan

Salam wbt...sahkah saya menyertu anggota badan menggunakan tanah yang digunakan untuk menanam kaktus(tanah dalam pasu bunga kaktus) kerana saya tidak tahu keadaan tanah itu..sama ada tanah itu dibaja atau tidak dan tidak tahu tanah itu bercampur dengan pasir atau tidak..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak dalam bidang fekah telah merumuskan tanah yang hendak digunakan bagi tujuan sertu ialah tanah asal yang sifat bersih yang tidak bercampur najis dan kekotoran.
Anda boleh gunakan tanah yang bercampur dengan pasir tetapi dengan syarat ia bersih dari sebarang najis.Begitu juga  tanah dalam pasu bunga yang tidak menghilangkan sifat asal tanah iaitu bersih  dari najis.Wallahu a'lam.

Tahiyat Akhir Sembahyang Sunat Witir

Soalan

assalamualaikum...adakah bacaan tahiyat akhir sunat witir sama dengan sembahyang biasa...sebab tmpat saya imam laju sangat tahiyat akhirnya compius saya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
 Bacaan tahiyyat akhir itu adalah sama  dengan  solat  fardu  dan juga  solat sunat. Panel mohon supaya anda baca dgn kadar cepat ataupun anda minta supaya imam buat solat secara  sederhana laju.Wallahu a'lam

Keluar Darah Buasir

Soalan

Assallammualaikum Ustaz...

Soalan saya...

Apakah hukum puasa saya apabila sewaktu saya buang air besar(berak), najis saya keluar dengan darah buasir saya yang banyak jugalah? Kejadian pada waktu pagi sebelum saya pergi kerja. Adakah puasa saya batal atau sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa tetap sah cuma anda perlu basuh dan bersihkan darah buasir tersebut kemudian pakai pampers dewasa @ letakkan kain @ kapas  yang mampu serap darah, kemudian berpuasalah seperti biasa.Wallahu a'lam