Saturday, June 22, 2013

Adakah Jatuh Talak Jika Suami Lafaz Berpisah Selamanya

Soalan

suami pernah berkata " kalau buat juga kita berpisah selamanya. adakah jatuh talak jika buat juga dan jatuh talak berapa?.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis baginda saw bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main  akan menjadi sungguh-sungguh /betul-betul  iaitu nikah, cerai dan rujuk".
Berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan,  jelas perkara ini  termasuk kepada maksud hadis tersebut,bagi tujuan  mengesahkan perkara itu ,anda perlu pergi ke mana-mana mahkamah syariah yang berhampiran untuk  pengesahan.
Ini kerana mahkamah syariah sahaja yang dapat memberikan jawapan yang pasti, kerana perkara nikah,rujuk dan cerai menjadi sebahagian daripada tugas mereka.Wallahu a'lam.

Enggan Bersetubuh Di Malam Hari Pada Hari Bekerja.

Soalan

Isteri enggan bersetubuh pada setiap malam keesokan hari bekerja dengan alasan tidak mahu basah rambut semasa mandi wajib dan alasan tidak mahu terlepas sembahyang subuh. Isteri mempunyai kesihatan yang baik dan tidak sakit. Saya juga tidak mempunyai masalah kesihatan dan masih mampu bila bersama di hari minggu. Keadaan ini telah berlarutan bertahun-tahun.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Terdapat dua nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya iaitu
1. Nafkah zahir ,makan minum,tempat tinggal dan pakaian.
2. Nafkah batin/berjimak/bersetubuh
Sekiranya  isteri anda enggan bersetubuh tanpa sebarang penyakit dan sebaliknya membiarkan suami tidur dalam keadaan marah dan tidak reda dengan perbuatan si isteri memboikot untuk berjimak dengan suaminya, alasan rambut basah dan seumpamanya maka para malaikat rahmah akan terus mengutuk  perbuatan  isteri anda sepanjang malam tersebut sehingga  subuh sampailah suami kembali reda.
Dalam suatu sirah baginda saw pernah menceritakan bahawa jika suami ingin berjimak ketika  berada  di atas unta pun si isteri kena patuh dan ikut kehendak suami,ini bermakna bukannya melakukan jimak di atas unta,nanti terkejut pula unta tersebut TETAPI sebaliknya anda mencari tempat yang sesuai untuk berjimak.Ini kerana ia sebahagian daripada tanggungjawab suami yang wajib suami diberikan  nafkah batin  kepada isteri, jika isteri tidak ada masalah dari segi kesihatan dan penyakit.
Berdasarkan sebuah hadis jika seorang suami mati dan beliau berpuashati dengan servis atau perkhidmatan yang telah diberikan oleh isterinya maka masuklah isteri tersebut ke dalam syurga  sebagai ganjaran atau pembalasan atas perkhidmatannya kepada suami. Justeru panel nasihatkan ambil iktibar tentang kisah dan teladan yang telah dipaparkan ini untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masaing-masing.Wallahu a'lam

Solat Pakai Makeup

Soalan

assalamualaikum.adakah sah solat jika slepas mengambil
wuduk saya pakai makeup?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat sah jika make up dipakai selepas ambil wuduk dengan syarat make up tersebut dibuat daripada bahan-bahan  yang halal dan bukannya najis.Wallahu a'lam.

Puasa Ganti Pada Hari Jumaat Sahaja

Soalan

assalamualaikum......................

saya ingin bertanyakan satu soalan,,,,sah tak puasa saya sebab saya hanya ganti puasa wajib pada hari jumaat sahaja............

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa yang anda lakukan itu sah,malah baginda saw menganjurkan sebaik-baik  hari yang ingin untuk melakukan puasa selain hari isnin dan khamis itu mestilah  didahului satu hari sebelum @ satu hari selepas.
Sebagai contoh jika anda berpuasa pada hari jumaat seeluk-eluknya dibuat sehari sebelum iaitu hari khamis atau sehari selepas hari jumaat iaitu hari sabtu.Wallahu a'lam.

Tidak Membaca Doa Selepas Azan?

Soalan

assalammualaikum ustaz,apa hukumnya tidak membaca doa selepas azan?adakah solat kita sah atau tidak?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum menjawab azan itu sunat,jika lakukan akan diberi pahala,jika tidak buat tidak dapat pahala sunat tersebut.Manakala solat anda tetap sah walaupun tidak jawab azan.
Perlu panel ingatkan bahawa semasa azan berkumandang syaitan dan kuncu-kuncuynya akan lari lintang pukang disebabkan mereka amat takut untuk dengar azan,begitu juga mereka tidak akan dapat mengganggu mereka yang sama-sama menjawab seruan azan  termasuk juga ketika iqamat dilakukan.Wal;lahu a'lam.

Tak Pernah Mengerja Kan Sholat Subuh Pada Cukup Waktu

Soalan

salam saya dah lbih sebulan ni saya tak pernah mengerja kan sholat subuh pada cukup waktu nya.tetapi saya megerjakan nya pada bila saya bangun tidur di luar waktu subuh dan saya buat sholat taubat.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mafhum daripada ayat al-Quran, Setiap solat telah ditentukan waktunya,justeru hendaklah orang islam yang mukallaf menunaikan solat dalam waktu yang telah ditetapkan.
Sekiranya sengaja melambat-lambat solat   subuh sehingga habis waktu ia merupakan suatu dosa.Perlu panel tegaskan bahawa menurut hadis daripada baginda saw yang bermaksud:
Solat itu tiang agama,sesiapa yang solat seolah-olah ia telah mendirikan agama,sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah ia telah meruntuhkan agama.
Manakala dalam hadis yang lain baginda saw bersabda yang bermaksud:
Amalan yang paling awal dihisab di hari akhirat kelak ialah solat.
Justeru panel nasihatkan, jangan disebabkan berjaga    sehingga  larut malam  menyebabkan  anda turut larut tidak solat subuh,jika solatpun waktunya telah luput/habis @ lebih dikenali  dengan solat  subuh gajah.Gajahpun jika dia tahu pahala solat subuh itu banyak maka iapun turut terpanggil untuk solat sama.
Justeru ubahlah tabiat dan amalkan bangun awal pagi bagi membolehkan untuk tunaikan solat subuh.Berdosa besar jika sering melambatkan solat subuh,nanti Allah akan tarik seri wajah dari muka seseorang dan rezki serta nikmat daripada anda.Wallahu a'lam.

Berpoligami Dan Kahwin Di Narathiwat

Soalan

Makcik saya telah berkahwin di Narathiwat, Thailand. Sebelum beliau berangkat, beliau berpesan pada bapa saudara saya supaya bersedia untuk dihubungi untuk mewakilkan wali. Malangnya, bapa saudara saya tidak dihubungi sehingga perkahwinannya selesai. Soalan saya ustaz: sahkah perkahwinan itu sekiranya wali sedia utk memberi wali tetapi tidak digunakan? adakah Jarak Kelantan dgn Narathiwat mencukupi 2 marhalah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Panel nasihatkan agar anda pastikan pejabat yang menguruskan pernikahan di thailand tersebut memang diiktiraf oleh pejabat agama di Kelantan bagi tujuan pendaftaran perkahwinan nanti setelah pasangan kembali ke Kelantan.
Perlu panel ingatkan bahawa,Jika jarak Kelantan dengan Narathiwat tidak sampai  2 marhalah maka pernikahan tersebut tidak sah,manakala pasangan itu perlu dipisahkan sehinggalah wali mujbir/berhak mewakil walikan kepada jurunikah di sana.Wallahu a'lam.

Pernikahan Melalui Pertolongan Jabatan Agama

Soalan

asslamualaikum. sy mpunyai mslah dgn seorg lelaki yang mrupakan pasangan zina sy selama 2 tahun.sy memnta dia utk btanggungjwb dan menikahi sy,tapi dia menolak dan mengatakan sy bukan tanggungjawab dia. alasan dia sbb sblum ini sy prnah di nodai dgn lelaki lain sblum sy bertemu dia. oleh sbb itu, dia mengatakan dy tdk perlu btanggungjwb atas diri sy. sy cukup terkilan dan dah bnyk nasihat tapi dia ibarat dah terpesong dr agama, sy tetap nak dy nikah dgn sy,mcm mna cranya spaya dy fhm dan sedar?

Jawapan

Waalaikumussalam...  Saudari, Islam mengaharamkan perzinaan dan meletakkan nya sebagai salah satu dosa-dosa besar, maka WAJIB kita menjahui perkara berkaitan zina ini dalam semua keadaan. Dalam kes saudari bagus jika saudari mengadu kepada keluarga atau abang kandung dan meminta mereka berhubung dengan pasangan zina saudari, jika saudari boleh di satukan sebagai suami isteri Al-Hamdulilah, jika tidak maka wajib saudari menjahui nya untuk mengelakkan perzinaan itu dari terus berlaku. WAJIB saudari bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya, atas kesalahan yang telah saudari lakukan itu. Sifat lelaki yang tidak bertanggung jawab dan mengambil kesempatan di atas perempuan adalah seperti contoh di atas itu, oleh itu jika ada lelaki yang mahukan saudari, minta mereka meminang dan berkahwin serta mudahkan urusan kahwin itu. Bertawakkal lah kepada Allah untuk urusan masa depan. Semoga kita semua di berkati Allah.

Barangan Kecantikan - Siput

Soalan

Apakah hukumnya memakai barangan kecantikan yang berasaskan siput? Terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Harus anda memakai barangan kecantikan yang berasaskan siput dengan syarat ,barangan itu tidak najis dan telah dibuang perkara yang boleh mudaratkan seperti racun yang terdapat pada lendir siput berkenaan.Wallahu a'lam.

Mencari Kebenaran

Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah tidak mengapa jika kita tidak membaca doa iftitah sebelum al-fatihah sebelum solat? soalan kedua, jika kita terlupa membaca doa qunut apa yang harus dilakukan?

terima kasih ustaz

Jawapan

Waalaikumusalam,
1. Hukum membaca doa iftitah itu adalah sunat,ini bermakna jika anda baca dapat pahala,sekiranya tidak baca solat tetap sah.
2.Membaca Qunut itu  termasuk dalam sunat ab'ad (sunat berat yang dituntut) jika terlupa baca hendaklah melakukan sujud syahwi/terlupa ,pada rakaat terakhir selepas baca tahiyyat akhir sebelum salam, sujud lalu baca tasbih berikut;
SUBHANA LAYANAMU WALA YASHU
yang bermaksud:
Maha suci Allah yang tidak Tidur dan tidak lupa
Wallahu a'lam.

Tanggungjawab Dan Pernikahan Yang Wajib

Soalan

assalamualaikum. sy ingin bertanya tentang masalah seorang lelaki yang telah beberapa kali telanjur dengan pasangannya. wanita ini meminta untuk dia menikahinya dengan segera dan bertanggungjawab. tetapi, lelaki tersebut menolak dan mengatakan kenapa pula dia perlu bertanggungjwb? lagipun, dia bukan wajib menikahi pasangan zinanya itu. pertanyaan sy, betul kah lelaki itu tidak perlu bertanggungjwb? adakah wajar jika ibu bpa lelaki tersebut melepas tngan? bukankan hukum perkahwinan mereka wajib?

Jawapan

Hukum nya tidak Wajib utk dinikahi, w/pun dari segi moral sepatutnya mereka bernikah. Antara persoalan nya kenapa perempuan menyerahkan dirinya utk berzina sampai berkali-kali? Jika lelaki berjanji utk mengahwini nya kemudian mengengkari janji tersebut, maka ini telah termasuk dalam kesalahan jenayah. Ini telah termasuk dalam katogeri rogol di sisi undang-undang. Maka pihak perempuan perlu membuat lapuran polis berkaitan rogol. Dalam kebanyakan kes pihak lelaki akan bersetuju untuk mengahwini perempuan tersebut dan meminta lapuran polis ditarik untuk mengelak hukuman rogol yang berat dikenakan kepadanya. Perempuan jangan tertipu dengan lelaki jahat seperti di atas.

Kahwin Dalam Islam

Soalan

Adakah lelaki yg bukan Islam tidak perlu memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan wanita yg beragama Islam?

Saya mengajukan soalan ini kerana saya menjadi ragu-ragu setelah mendapati pasangan dari Sabah dimana si suami yg bukan islam memberitahu "tidak perlu" memeluk agama Islam setelah berkahwin dgn wanita islam. Sekiranya saya ditanya tentang perkahwinan islam di malaysia oleh para pelancong luar negara, bagaimana saya hendak menjawabnya sebagai pemandu pelancong? Terima kasih.

Jawapan

Hukum nya adalah HARAM. Islam mengharamkan perempuan Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Dari segi perundangan negara perkahwinan itu adalah tidak boleh didaftarkan. Dalam Islam hanya lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan kitabiyyah untuk tujuan dakwah tetapi tidak sebalik nya. Itu pun sebahagian ulamak meletakkan hukum makruh.

Jimak Dan Tidur Sekamar Dengan Kedua-dua Isteri

Soalan

Boleh kah dan apa hukum nya saya tidur sekamar dengan kedua-dua isteri saya,
Dan apakah hukum nya sekiranya terjadi jimak bergilir2 dalam satu bilik.

Jawapan

Hukumnya adalah haram dengan ijmak ulamak. Justeru itu wajib dielakkan ianya dari berlaku. Pihak isteri boleh menuntuk fasakh untuk bercerai dari suaminya dengan sebab perbutan tersebut. Dari sudut yangt lain menunjukkan suami itu adalah tidak layak untuk berpoligami dari sudut syarak kerana perlakuan nya itu. Nabi s.a.w. tidak pernah mengumpulkan isteri-isterinya dalam satu bilik dan bersetubuh dengan semua mereka.

Hubungan Perkahwinan

Soalan

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya mengenai sesuatu. Terdapat satu pasangan A dan B berkahwin dan mempunyai anak, C (lelaki). Namun mereka telah bercerai dan C duduk dengan ibunya (B). Suami (A) telah berkahwin dengan seorang janda anak satu, D (perempuan). Bolehkan C dan D berkahwin meskipun mereka berlainan bapa dan ibu? Diharap pihak tuan dapat membantu saya secepat mungkin. Terima kasih.

Jawapan

C dan D tidak boleh kahwin selama-lama nya, sebab D adalah isteri kpd A iaitu ayah kandung C.