Tuesday, January 29, 2013

Soalan Semula Tentang Air Mustakmal

Soalan

soalannya saya menggunakan baldi untuk mandi wajib dan mengambilnya dari kolah bilik mandi,apbila saya mandi wajib air yang terpercik kedalam kolah adakah air mustamal?.adakah mandi wajib saya sah? jwpn ustaz, Air itu boleh digunakan dan tidak dikira sebagai air mustakmal.
mengapa air tu tak dikira mustakmal?

Jawapan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, air tersebut adalah air musta’mal sekiranya ia adalah air lebihan mandi wajib anda ataupun air yang terpisah daripada tubuh/anggota badan anda.
Dalam keadaan ini, sama ada mandi wajib anda sah ataupun tidak adalah bergantung kepada cara anda melakukannya.
Ringkasnya, jika mandi tersebut anda lakukan menggunakan air yang mutlak, dengan niat mandi wajib dan seluruh tubuh telah anda kenakan air, maka sahlah mandi tersebut.
Namun, jika air yang terpercik ke dalam kolah tersebut adalah air musta’mal (air yang terpisah daripada badan anda), dan kandungan air di dalam kolah tersebut juga tidak sampai dua kolah, maka hal ini akan menyebabkan mandi wajib yang anda lakukan adalah tidak sah.
Hal ini adalah disebabkan air yang terdapat di dalam kolah tersebut telah menjadi air musta’mal kesan daripada percampuran diantara air mutlak yang terdapat di dalamnya dengan air yang telah terpisah dari tubuh anda dan sukatan air mutlak tersebut tidak sampai dua kolah.
Dari itu, mandi wajib yang anda lakukan dalam keadaan di atas adalah tidak sah dan anda perlu ulang semula melakukan mandi wajib tersebut.
Namun begitu, jika kandungan air di dalam kolah tersebut adalah dua kolah atau lebih, percampuran dengan air musta’mal tersebut tidak akan menjejaskan statusnya sebagai air mutlak. Oleh itu, anda boleh menggunakannya untuk mandi tersebut dan mandi wajib anda adalah sah di dalam situasi ini. Wallahu 'alam.

Perlukah Samak Bila Mandi Air Terjun Yg Ada Bekas Sisa Babi

Soalan

salam , bagaimana kalau kita pernah mandi dekat air terjun yg di atasnya terdapat kegiatan penyembelihan babi dan sisa-sisa babi tersebut dibuang dalam air terjun...soalan saya,Perlukah Saya Samak Seluruh Anggota Badan ?
harap jawapan tuan scepat mungkin untuk senang melakukan ibadat...terima kasih

Jawapan

Wassalam, dalam hal ini, anda perlu melakukan sertu ke atas seluruh tubuh anda kerana aktiviti penyembelihan babi dan pembuangan sisa-sisa sembelihan tersebut ke dalam sungai tersebut (di bahagian atas air terjun) telah menyebabkan air yang mengalir adalah dihukumkan sebagai najis. Wallahu 'alam.

Nota:
Samak – kaedah pembersihan kulit bangkai haiwan yang tidak najis.

Sertu – kaedah penyucian najis mughalazah (anjing, babi dan keturunannya) menggunakan air campuran tanah yang suci dan dibilas dengan enam kali bilasan yang lain menggunakan air mutlak biasa.

Ada Krim Di Tempat Luka Sahkan Wudhu Saya

Soalan

adakah sah wudhu apabila ada krim di tempat luka tetapi saya lupa untuk membersihkannya

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, jika krim tersebut berada pada anggota wudhu’ yang wajib dibasuh, ia akan menyebabkan terhalangnya air daripada mengenai kulit/bahagian anggota di bawahnya.
Oleh yang demikian, jika krim tersebut berada pada anggota wudhu’ yang wajib dibasuh/disampaikan air padanya, hal ini akan menyebabkan wudhu’ tersebut menjadi tidak sah kerana terdapatnya bahagian anggota yang teidak dikenakan air dengan sempurna.
Ringkasnya, wudhu’ yang diambil adalah tidak sah. Oleh itu, Panel menasihatkan supaya anda lebih berhati-hati selepas ini. Sebelum berwudhu’, sila cek dan pastikan tiada sebarang benda yang boleh menghalang air daripada mengenai kulit anda khususnya pada anggota-anggota wajib wudhu’ anda. Wallahu 'alam.

Pemberian Makanan Oleh Orang Bukan Islam

Soalan

assalamualaikum ... macammana sekiranya seorang bukan islam memberi kita makanan di dalam bekas, dan mengatakan makanan itu halal.. tapi timbul keraguan dalam diri kita samada bekas makanan tersebut pernah digunakannya untuk meletakkan makanan yang haram.. adakah haram sekiranya makanan itu dimakan dengan keraguan tersebut??

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, makanan tersebut boleh dimakan dengan syarat ia adalah makanan yang halal.
Namun begitu, jika ragu-ragu atau sangsi tentang status makanan atau bekas makanan tersebut, tidak memakannya adalah lebih utama. Hal ini kerana mencari makanan yang halal adalah satu kefarduan ke atas setiap mukalaf. Wallahu 'alam.

Peluk Adik Beradik Kandung Yg Sudah Baligh

Soalan

assalamualaikum. adakah dibolehkan dan hukum memeluk adik beradik kandung yg sudah baligh sedangkan Islam menyuruh mengasingkan tempat tidur bg anak lelaki dan perempuan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, hukum memeluk adik-beradik adalah diharuskan.
Walau bagaimanapun, jika dengan melakukannya menyebabkan terangsangnya nafsu syahwat dan keinginan sehingga mendorong untuk melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala (sumbang mahram), ia adalah dilarang untuk dilakukan.
Selain itu, jika dengan melakukannya menyebabkan tersebarnya fitnah dalam masyarakat, perbuatan tersebut juga perlu ditinggalkan dan carilah cara yang lain di dalam menyatakan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga (mahram). Wallahu 'alam.

Membaca Al-quran Ketika Berbaring

Soalan

Assalamualaikum. adakah membaca al-Quran ketika berbaring melanggar adab-adab dengan al-Quran?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, membaca al-Quran sambil berbaring adalah diharuskan dengan syarat tempat berbaring tersebut bukan di tempat-tempat yang dilarang untuk membaca al-Quran seperti di dalam bilik mandi atau lainnya. Wallahu 'alam.

Saturday, January 26, 2013

Waktu Qada Solat Fardhu

Soalan

solat qadaan boleh dilakukan walaupun dalam waktu haram.soalan saya

1.boleh tak saya buat qada 5 waktu sekali gus bila masa pun misalnya dalam waktu dhuha atau lepas
solat isyak atau bila2 ada masa.
2boleh tak saya buat qadaa fardhu subuh dan zohor sebelum atau selepas solat subuh dan solat lain
selepas asar
3. adakah wajib qadaan mesti dibuat dalam waktunya iaitu beriringan dengan solat fardhu berkenaan

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Anda boleh mengerjakan solat qadha’ tersebut pada bila-bila masa yang anda kehendaki. Ringkasnya, ia tidak terikat dengan masa dan waktu.

2.         Kedua solat tersebut boleh anda kerjakan pada bila-bila masa sahaja. Ia sudah tidak terikat dengan waktu yang khusus kerana ia sudah dikira sebagai satu hutang yang perlu dijelaskan pada bila-bila masa yang anda mampu menyelesaikannya.

3.         Tidak diwajibkan kerana solat qadha’ sudah tidak ada waktu yang khusus baginya.
Ringkasnya, waktu untuk mengerjakan solat qadha’ ialah pada waktu kita masih hidup lagi. Selepas kematian kita, waktu untuk mengerjakannya sudah tamat. Oleh itu, bersiap sedialah kita untuk menanggung azab dan seksaan kerana lalai, cuai, abai dan leka untuk mengerjakannya semasa hidup dahulu. Wallahu 'Alam.

Bagaimanakah Murtad Boleh Berlaku?

Soalan

Assalammualaikum Ustaz,saya nak bertanya.apakah sebab yang boleh menyebabkan seseorang murtad?dan adakah kata hati boleh menyebabkan seseorang murtad?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Murtad boleh terjadi apabila berlaku salah satu daripada tiga perkara berikut:
1.         Apabila seorang lelaki atau wanita Islam yang mukalaf meyakini terdapatnya kuasa lain selain dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang boleh memberi manfaat atau mudarat kepada semua makhluk. Ringkasnya, keyakinannya bercanggah dengan hakikat akidah agama Islam yang asas.

2.         Apabila seorang lelaki atau wanita Islam yang mukalaf menuturkan kata-kata atau perkataan  yang kufur seperti menafikan kewujudan Allah, menafikan kewajipan sesuatu ibadat yang telah difardukan oleh Allah dan sebagainya.

3.         Apabila seorang lelaki atau wanita Islam yang mukalaf melakukan sesuatu perbuatan dan tindakan yang boleh menjadikannya kufur seperti melakukan penyembahan kepada sesuatu yang lain selain daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Demikianlah tiga perkara utama yang boleh menyebabkan seseorang mukalaf itu menjadi murtad.
Ringkasnya, perkataan, perbuatan dan juga keyakinan  seorang mukalaf akan terkeluar daripada Islam (menjadi murtad) apabila ketiga-tiga perkara di atas atau salah satu daripadanya tidak tunduk atau patuh kepada Tuhan yang Maha Esa, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Mengenai kata hati, jika kata tersebut diyakini dan dijadikan pegangan sehingga menjadi kepercayaan dalam diri, maka ia juga boleh menjadi penyebab kepada murtad.
Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam ketiga-tiga perkara tersebut. Ingatlah pesanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dalam sabdanya yang bermaksud:
“Perbaharuiilah iman kamu semua”. Para sahabat bertanya; “Bagaimanakah caranya kami hendak memperbaharui iman kami?”. Baginda menjawab; “Hendaklah kamu memperbanyakkan ucapan “La Ilaha illallah”.
(Hadith riwayat Ahmad)

Semoga dengan ucapan tahlil tersebut dapat memperbaharui iman kita. Dari itu, perbanyakanlah bertahlil agar iman kita sentiasa diperbaharui. Wallahu 'Alam.

Lafaz Talak Yg Mengandungi Kalau Dan Tidak Diniatkan

Soalan

Asalamualaikum..saya ingin bertanya..semalam kami suami isteri ada berselisih pendapat dan isteri saya meminta utk ditalakkan..saya tidak mahu bercerai dan saya berkata "kalau nak dengar abg ceraikan awak jangan harap sbb abg takkan sekali ceraikan awak" jatuhkah talak jika saya kata begitu..? Saya tidak berniat utk cerai dan niat saya kata begitu utk beri peringatan kepada isteri saya...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kata-kata tersebut masih tidak menjatuhkan talaq ke atas isteri anda.
Walau bagaimanapun, anda diminta supaya rujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk dapatkan pengesahan mengenai lafaz tersebut. Wallahu 'Alam

Berdosakah Tanpa Izinnya Untuk Mengunakan Barang Beliau

Soalan

salam ustaz.berdosakah kita sekiranya menggunakan barang orang lain tanpa izin dan pengetahuannya walaupun sekejap

Jawapan

Waalaikumusalam
Dalam sebuah hadis baginda saw ada menyatakan bahawa  yang bermaksud:
"Aku diutuskan untuk menyempurnakan/memmperbaiki akhlak"
Berbalik kepad soalan yang dikemukakan ,barang tersebut bukannya milik anda, justeru anda tidak layak untuk menggunakan barang orang walaupun untuk jangka masa sekejap,Perkara inilah yang ditekankan oleh Nabi Muhammad saw  untuk mendidik Akhlak umat Islam betapa pentingnya  menjaga hak orang lain  dan memohon keizinan terlebih dahulu sebelum mengambilnya.Sekiranya beliau tidak mengizinkan adalah berdosa anda menggunakan barang tersebut.Wallahu a'lam.

Perkahwinan Jarak Jauh

Soalan

salam saya ingin mendapatkan pandangan dari Tuan/Puan mengenai perkahwinan jarak jauh yang mana suami saya mengizinkan saya untuk tinggal di kampung menjaga kedua ibu bapa saya.mohon pandangan adakah saya dianggap tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kerana kami berjauhan dan saya mendambakan untuk menjadi isteri solehah yang berkhidmat kepada suami.mohon diberikan panduan adab-adab bila berjauhan dan kekuatan jiwa apabila berjauhan kerana saya yakin suami adalah pinjaman dunia sahaja.

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, anda adalah tidak dianggap sebagai seorang isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kerana suami anda telah mengizinkannya.
Walau bagaimanapun, panel ingin mencadangkan supaya anda mohon persetujuan daripada ibu dan ayah anda untuk duduk dan tinggal bersama suami anda di tempat kerjanya. Dengan cara ini panel merasakan anda dapat menjaga kedua orang tua anda dan dalam masa yang sama anda boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab anda sebagai isteri kepada suami anda.
Ringkasnya, berusahalah untuk mencapai segala impian dan idaman anda untuk menjadi isteri yang solehah yang berkhidmat kepada suami. Wallahu 'Alam.

Mohon Kepastian Mengenai Zina Dan Aurat

Soalan

salam..seorang sahbat saya..dia berzina dgn kekasih nya,,saya ingin bertanya jika dia memakai pakaian yg labuh serta menutup aurat adakah itu boleh mengurangkan nafsunya untuk berzina sekali lagi??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis baginda saw mengatakan bahawa yang bermaksud:
"Tidak berzina seseorang Islam selagi mana ia ada iman di dalam hatinya dan tidak mencuri seseorang Islam selagi mana ada iman di dalam  hatinya dan tidak minum arak seseorang Islam itu selagimana ada im,an di dalam hatinya...
Berdasarkan maksud sabda nabi Muhammmad saw ini jelas, bahawa rakan anda tidak ada iman ketika beliau melakukan zina,justeru sebagai jalan yang terbaik Islam mewajibkan beliau bernikah jika tidak mampu untuk mengawal nafsu, jika dengan memakai pakaian yang labuh sekadar bertahan kepada tempoh yang tertentu sahaja.
Justeru lakukan solat taubat ,aturlah pernikahan atau berpuasa  dan elakkan pertemuan yang kerapa bagi tujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya zina .Wallahu a'lam.

Hukum Berpura-pura Solat Ketika Haid?

Soalan

apakah hukum jika saya berpura-pura solat dengan memakai telekung, melakukan setiap rukun dan menggantikan bacaan dengan zikir, tetapi tidaklah dengan niat solat. Ini adalah kerana saya mempunyai anak perempuan berusia 4 tahun yg sedang belajar solat dan seringkali solat dengan saya, yang belum faham apa itu haid dan larangan bersolat. Saya tidak mahu mematahkan minatnya untuk bersolat dan terpaksa berpura2 jika dia mengajak saya utk solat dgnnya. Minta pendapat. Terima kasih

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, anda diharuskan untuk berbuat demikian. walau bagaimanapun, panel merasakan adalah lebih baik sekiranya dalam masa yang sama anda beri pendedahan awal kepadanya tentang situasi yang sedang anda alami kini.
Melalui cara ini, panel merasakan anak anda akan memahaminya dan anda sudah tidak perlu untuk berpura-pura di hadapannya lagi. Wallahu 'Alam.

Solat Istikharah

Soalan

as'kum ustz, sy tlh b'cinta dgn M selama 2 thn, baru2 ini sy telah melakukan solat istikharah utk menentukan M didalam hidup sy, kali pertama sy lakukan istikharah gerak ati sy kuat untuk M, selepas itu sy lakukan istikharah berturut2, & sy dapati fikiran sy, jiwa sy, ati sy terlalu tenang yang teramat sangat. mohon penjelasan. utk pengetahuan, sy tiada 2 pilihan,sy cuma ada M seorg. sy ada baca bahawa istikharah dapat melalui mimpi, tapi sy cuma dpt gerak ati & ketenangan ati.

Jawapan

Waalaikumusalam
Ulamak dalam bidang ilmu fekah menjelaskan bahawa jika seseorang orang Islam itu  ingin mendapat petunjuk daripada dua  pilihan yang agak sukar, ia mestilah dirikan solat sunat istikharah (pilihan)  bagi mencarai petunjuk dan jawapan yang tepat daripada Allah SWT.
Berbalik kepada soalan dan ketentuan jodoh,Islam mengajar umatnya supaya mengutama perkara berikut iaitu:
1.Berugama- yang mengutamakan hak Allah seperti solat,berpuasa dan berbuat baik/suka menolong  kepada orang lain.
2.Berharta- mempunyai pendapatan tetap
3.Keturunan yang baik
4.Kufu-sepadan dan secocok- taraf dan lebel pendidikan ,kekayaan serta keturunan adalah sama dengan keluarga anda.
Tetapi pilihlah yang mempunyai agama Insya'Allah ia akan membimbing anda ke arah yang benar.
Justeru selepas dirikan solat sunat istikharah anda perlu tidur bagi mendapatkan petunjuk Allah SWT  tersebut.Perkara inilah yang diajar oleh ulamak fekah.Justeru anda perlu lakukan, bukannya sekadar gerak hati dan ketenangan sahaja.Siasatlah  agama bakal tunang dan bakal suami anda sebelum menerimanya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Allah setelah anda lakukan solat sunat istikharah beberapa kali.Wallahu a'lam

Saya Melaungkan Azan Kepada Anak Lelaki Saya Tanpa Mengambil Wuduk

Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ustaz?saya melaungkan azan kepada anak lelaki saya di hari pertama kelahirannya tanpa mengambil wuduk. . .adakah perlu saya melaungkan azan yg kali keduanya dgn mengambil wuduk. . .

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perbuatan anda melaungkan azan kepada anak yang baru lahir , tanpa berwuduk itu sah.Cuma agama Islam dan  para sarjana dalam bidang ilmu fekah telah menekan bahawa perbuatan itu hukumnya ,makruh sahaja.Jika anda ambil wuduk itulah jalan yang terbaik.
Walau bagaimanapun anda tidak perlu bimbang untuk mengulangi  semula bagi  azan kali kedua.Ia memadai  dengan azan yang telah anda laungkan pada kali pertama.Wallahu a'lam

Keliru Dgn Taklik Yg Tidak Jelas

Soalan

pergaduhan dlm talifon,suami sy berkata begini(kalau kau berhubung dgn babi itu lagi lepas ni aku ceraikan kau dgn talak 3 pula.)sy mmg jahil bab agama ni,selepas kejadian itu ad sy berjumpa dgn org yg suami sy maksudkan,selepas 2 tahun sy tye semula pd suami sy tentang taklik yg dilafazkan,katenya bhubung 2 adalah membuat hbgan sulit..adakah jatuh talak sdgkan sy tak jelas dgn lafaz suami sy sblum ini?(babi yg dimaksudkan adalah kwn tomboy sy)

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, ta’liq tersebut adalah mengikut apa yang dimaksudkan oleh suami anda.
Oleh itu, jika anda tidak ada membuat hubungan sulit dengan tomboy tersebut, maka talaq masih tidak terjatuh lagi.
Sila rujuk kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk dapatkan pengesahan mengenainya. Wallahu 'Alam.

Adakah Nazar Tu Ada Jangka Masa Untuk Di Lakukan.

Soalan

Assalamualaikum ustaz,ustazah dan lain ahli panel.saya ingin mengetahui. . . .adakah nazar itu ada wajib dilakukan terus. . .atau pun ada jangka masa tertentu. . .cntohnya. . .bila kita d timpa masalah. . .dan kita pun bnazar,jika aku tlepas dr msalah ni aku akan bersedekah 50karung beras.tetapi bila dah tlepas dr masalah itu. . .nazar trsebut xdpt d laksanakan kerna masalah kwangan la pulak mnimpa. .bolehkah d lakukan bila ada kmampuan kelak?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, nazar tersebut perlu dilaksanakan sebaik sahaja perkara yang diniatkan tercapai.
Akan tetapi, kepada mereka yang tidak mampu untuk melaksanakan nazar yang telah dibuatnya, mereka dikenakan kifarah nazar.
Kifarah ini dikenakan ke atas mereka adalah sebagai penebus kepada nazar yang tidak dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian, dalam situasi anda ini kifarah tersebut perlu anda jelaskan sebagai pengganti kepada nazar yang tidak dapat anda laksanakan kerana masalah kewangan yang sedang anda alami.
Berikut adalah senarai kifarah yang perlu anda pilih dan membayarnya di pusat pungutan zakat yang berhampiran dengan tempat anda:
1.  Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin, atau
2.  Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin, atau
3.  Memerdekakan seorang hamba yang mukmin, atau
4.  Berpuasa 3 hari. Bagi Mazhab Syafi’i tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Nota:
-           Hanya perlu pilih satu sahaja.
-           Walau bagaimanapun, hanya perlu membawa sedikit wang sahaja untuk dijelaskan di PPZ tersebut.
Wallahu 'Alam.

Air Kencing Di Toto

Soalan

Kalau budak kencing di toto dan sebagainya. Kalau kita jemur di tengah panas, adakah itu masih air kencing?

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Air kencing adalah tergolong di dalam kategori najis mutawasitah (pertengahan). Najis jenis ini perlu dibersihkan dengan dibasuh menggunakan air yang mutlak sehingga hilang sifat-sifat najisnya (bau, warna dan rasa).
Oleh itu, jika toto tersebut tidak anda cuci dan basuh terlebih dahulu (terus jemur), ia masih dihukumkan najis kerana ain najis yang ada padanya tidak dihilangkan terlebih dahulu.
Ringkasnya, toto tersebut perlu dibasuh sehingga hilang sifat-sifat najis kemudian barulah dijemur di bawah terik matahari.
Setelah kering, toto tersebut telah pun suci dan tidak dihukumkan najis lagi. Wallahu 'Alam.

Monday, January 21, 2013

Semua Nabi Dalam Islam Berkhatan Tak?

Soalan

Adakah semua nabi selepas nabi Ibrahim A.S berkhatan? Macam mana dengan nabi yang sebelumnya?

Jawapan

Sebahagiannya berkhatam dan sebahagianya lagi tidak dapat diketahui kerana tidak ada nas yang menunjukkan demikian

Syarat Sah Nikah

Soalan

apakah sah nikah seorang lelaki ketika akad nikah itu dia didalam keadaan tidak berwuduk. mohon penjelasan

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, pernikahan lelaki tersebut adalah sah kerana berada di dalam keadaan berwudhu’ semasa aqad nikah dijalankan tidak menjadi syarat kepada aqad nikah tersebut.
Oleh itu, aqad nikah yang dilakukannya adalah sah. Wallahu 'alam.

Umrah Ditaja Tapi Banyak Hutang

Soalan

salam, bolehkah seseorang pergi mengerjakan umrah kerana ditaja perbelanjaanya sedangkan dia mempunyai hutang yang banyak.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, dia harus untuk menerima tawaran tersebut dan umrah yang dikerjakannya adalah sah.
mengenai hutang yang ditanggungnya, ia tidak ada kena mengena dengan tawaran umrah tersebut kerana ia bukan menggunakan hartanya sendiri tetapi pihak yang menawarkan kepadanya yang menanggung segala kos perbelanjaan umrahnya. Oleh sebab itu dia boleh menerima tawaran tersebut dan umrah yang dikerjakan mengikut sebagaimana yang diperintahkan adalah sah. Wallahu 'alam.

Najis Tahi Cicak

Soalan

1. laluan di depan rumah saya penuh dengan tahi cicak. walaupun dah cuci tpi tahi cicak itu cepat datang kembali. kalau saya buka paip air dan kemudian air itu terkena tahi cicak yang berada di lantai, apa hukumnya kalau saya pijak air itu ? apakah status kaki saya bernajis atau tidak ? dan kalau air itu sudah kering kemudian saya berjalan atas lantai itu dengan kaki yg basah apa hukumnya pula?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, oleh sebab najis cicak tersebut banyak (bukannya satu atau dua) maka ia akan menyebabkan air dan lantai tersebut menjadi najis (najis muhaffafah).
Oleh itu, jika kaki anda memijak air tersebut maka ia perlu dicuci/dibasuh kerana bimbangkan najis tersebut melekat pada kaki anda.
Demikian juga jika air yang bercampur dengan najis cicak tersebut sudah kering, dan anda memijaknya dengan kaki yang basah, ia akan menyebabkan kaki anda terlekat najis haiwan tersebut dan perlu dibasuh dengan menggunakan air sehingga hilang kesan warna, bau ataupun rasa najis tersebut.
Ringkasnya, walaupun najis cicak jika sedikit bilangannya adalah termasuk di dalam najis yang dimaafkan. Namun jika jumlahnya banyak, ia sudah berubah menjadi najis yang perlu dibersihkan kerana ia kelihatan kotor dan menjijikkan. Wallahu 'alam.

Jika Air Tidak Terkena Badan

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Kalau ada sebahagian anggota badan tidak terkena air tanpa kita sedari ketika mandi wajib. Tetapi kita yakin air sudah melalui semua bahagian anggota badan. Sah atau tidak mandi wajib kita.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, mandi wajib yang anda lakukan adalah sah kerana tidak terkenanya air pada bahagian tersebut tidak anda sedari dan anda menyangkakan tempat tersebut telah pun terkena air semasa anda melakukan mandian tersebut.
Pesanan dari Panel, ikutilah cara bagaimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melakukan mandi wajib kerana ia lebih sempurna.
Sebagai panduan, berikut adalah cara bagaimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melakukan mandian tersebut:
1.   Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
2.   Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3.   Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4.   Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
5.   Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6.   Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
7.   Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8.   Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9.   Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10.Membasuh kaki.

Nota tambahan:
- Jika anda mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai sekiranya anda telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari kaki.
- Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut ditocang atau disanggul, sekiranya bimbnangkan air tidak sampai ke dalamnya, tocang atau sanggul tersebut hendaklah dibuka.
- Seseorang yang hendak mandi wajib dicadangkan memakai kain seperti yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
- Jika ada najis dibadan,  najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib iaitu membasuh najis dengan mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

Lintasan Hati Mengenai Talak

Soalan

salam tuan panel,

saya sering dihantui oleh lintasan hati mengenai talak. baru2 ini ketika saya menyebut perkataan "aku", lintasan talak hadir menerjah jiwa saya. untuk meyakinkan diri saya dengan sengaja sekali lagi saya menyebut perkataan "aku" dan sekali lagi lintasan hati talak menerjah ketika menyebut perkataan "aku".
soalan saya : apakah jatuh talak dalam situasi sedemikian, dan adakah sudah dikatogori sebagai lafaz kinayah dengan hanya menyebut perkataan "Aku" .

Jawapan

Wassalam,
Dalam situasi tersebut, talaq tidak akan terjatuh kerana ia hanya lintasan hati sahaja.
Ringkasnya, talaq hanya akan terjatuh apabila anda menyebut lafaz talaq tersebut secara langsung (guna suara) dan suara tersebut didengari sekurang-kurangnya diri anda sendiri.
Panel menasihatkan supaya anda perbanyakan beristighfar dan berzikir di dalam hati supaya lintasan-lintasan seperti itu tidak mengganggu anda lagi. carilah ketenangan dengan memperbanyakan menyebut nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

Terkena Buatan Orang Dan Melafazkan Cerai Melalui Sms

Soalan

Suami terkena buatan orang dan menceraikan saya melalui sms..secara tiba2,suami tak sedar akan perbuatannya itu...adakah sah cerai

Jawapan

Sah cerai tersebut. Walau bagaimanapun lafaz cerai  tersebut bergantung bergantung kepada keputusan mahkamah syariah

Bersih Atau Tidak ?

Soalan

Assalamualaikum, setahu kita, syarat-syarat sesuatu benda itu suci dari najis mutawasittah ialah suci dari segi rasa, bau, dan warna. Adakah sesuatu benda itu mesti memenuhi kesemua tiga syarat tersebut ataupun jika salah satu dari syarat tersebut dipenuhi ia dikira suci dari najis tersebut (memandangkan ada sesetengah najis mutawasittah yang sukar dibersihkan) ? Mohon penjelasan daripada pihak panel. Sekian, terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, ketiga-tiga sifat najis tersebut mesti dihilangkan daripada tempat tersebut. jika salah satu daripadanya masih ada, ini bermakna tempat tersebut masih bernajis lagi.
Walau bagaimanapun, jika tidak dapat dihilangkan salah satu daripada tiga sifat tersebut walaupun setelah dibasuh, dicuci dan disental dengan menggunakan bahan-bahan pencuci seperti sabun atau lainnya, maka ia adalah dimaafkan. Wallahu 'alam.

Saturday, January 19, 2013

Mandi Wajib Dua Kali

Soalan

salamun alaik ustaz..saya mandi wajib pada waktu pagi.. kemudian dan saya mandi wajib lagi di waktu petang...setelah selesai mandi wajib pada petang itu saya terlihat terdapat sedikit dakwat pen pada tapak tgn ...dan mandi wajib saya tidak sah,... perlukah lagi saya mengulang mandi wajib padahal mandi wajib di waktu pagi telah saya lakukan dengan yakin....atau saya perlu juga ulang mandi kerna ianya tidak sah? mohon penjelasan ustaz..barakALLAH

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya anda yakin  bahawa air mandi wajib itu tidak sama sekali menghalang daripada sampai keseluruh anggota badan anda, maka mandi wajib yang  telah  anda lakukan itu dikira sah.Seterusnya anda tidak perlu mengulangi semula untuk mandi wajib tersebut.Wallahu a'lam

Najis Kering Sentuh Kain Kering

Soalan

Assalamualaikum, saya keliru mengenai najis yang telah kering.

1) kain saya kering sentuh dengan bekas najis kering (mcm tompokan), adakah kain saya itu telah najis?. kemudian saya duduk di tempat lain adakah tempat itu telah bernajis? kain itu boleh bawa bersolat atau tidak kerana tiada apa2 tanda kain itu terkena najis. kerana ia bersentuhan secara kering.

Mohon bantuan secepat mungkin.. saya pening dan keliru :(

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, kain yang anda pakai tidak dihukumkan najis kerana ia berada di dalam keadaan yang kering dan najis tersebut juga berada dalam keadaan yang sama, iaitu kering.
Oleh sebab itu, tempat yang anda duduk juga tidak dihukumkan najis. Wallahu 'alam.

Aqiqah Kan Anak Lelaki Guna Lembu Berapa Bahagian

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya anak sy lelaki setahu sy kalau kambing adalah 2 ekor.kalau sy ingin menggunakan lembu berapa bahagiannya.ada yg bg tau hanya 1 bahagian.lagi satu bolehke aqiqah kambing seekor akan dtg lg seekor.blehke menjawab.terima kasih.wasalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, seorang anak lelaki disunatkan untuk menyembelih dua ekor kambing yang sebaya umurnya di dalam pelaksanaan Aqiqah untuk anak tersebut.
Oleh yang demikian, jika satu bahagian lembu tersebut anda nilaikannya seperti seekor kambing, maka bolehlah anda mengambil dua bahagian sebagai langkah untuk mendapatkan pahala sunat dalam pelaksanaan Aqiqah bagi anak lelaki anda.
Oleh yang demikian, anda diharuskan untuk mengambil dua bahagian daripada lembu tersebut bagi pelaksanaan Aqiqah anak lelaki anda.
Mengenai pelaksanaan Aqiqah separuh-separuh (sembelih seekor kambing dahulu, kemudian seekor lagi), cara seperti ini adalah bersalahan dengan apa yang disunnahkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Ringkasnya, Aqiqah dilakukan hanya sekali sahaja bagi setiap individu. Ibadat ini dilakukan adalah kerana melahirkan rasa kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian ni'mat (anak yang dilahirkan). Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama”.
(riwayat Abu Dawud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah)

Berasaskan kepada hadis di atas, sudah cukup jelas menunjukkan bahawa sembelihan Aqiqah yang dilakukan adalah bersempena dengan kelahiran seorang anak dan ia dilakukan hanya satu kali sahaja. Wallahu 'alam.

Puasa Sunat Pada Hari Khamis Tetapi Hari Isnin Tidak Puasa..apakah Hukumnya?dan Bagaimana Prosedur Puasa Sunat Tu?adakah Diterima Walaupun Isnin Lepas Tidak Puasa Sunat

Soalan

Puasa sunat pada hari Khamis tetapi hari Isnin tidak puasa..apakah hukumnya?dan bagaimana prosedur puasa sunat tu?adakah diterima walaupun Isnin lepas tidak puasa sunat

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai puasa sunat pada hari Isnin dan hari Khamis, adalah tidak disyaratkan kepada yang melakukannya untuk berpuasa pada kedua-dua hari tersebut. Malah, jika beliau hanya berpuasa pada hari Isnin sahaja, ia adalah diharuskan. Demikian juga jika hanya berpuasa pada hari Khamis sahaja sedangkan pada hari Isnin tidak berpuasa juga adalah dibolehkan.
Ringkasnya, kedua-dua puasa pada hari tersebut adalah puasa sunat sahaja dan keduanya tidak menjadi syarat di antara satu sama lain. Wallahu 'Alam.

Puasa Nazar Selepas Mendapatkan Sesuatu

Soalan

assalamualaikum ustaz, sy telah bernazar utk bernikah dgn seseorg yg sy cinta, sy bernazar sy akan tunaikan puasa nazar selama seminggu selepas selamat dinikahkan dgn dia..sy janji pd Allah bahawa sy akan tunaikan puasa nazar sy itu selepas selamat dinikahkan. boleh tak? terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda boleh berbuat demikian. Mudah-mudahan jodoh anda dengannya akan kekal hingga ke syurga, insya-Allah. Wallahu 'Alam.

Solat Berjemaah

Soalan

asalamualaikum.saya seorang pelajar IPT dan tinggal di asrama. di tingkat bawah asrama saya ada sebuah surau.saya ingin bertanya, bolehlah saya melakukan solat fardu berjemaah (dengan rakan sebilik) di dalam bilik saya sendiri sedangkan di surau ada orang lain yang sedang solat berjemaah juga?
terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda boleh berbuat sedemikian,tetapi yang sebaik-baiknya,  panel nasihatkan agar anda ikut peraturan yang telah disediakan oleh pihak berautoriti asrama. Ia membawa maksud Lebih ramai anda  berkumpul pada suatu tempat  yang telah dikhaskan oleh pihak yang berwajib  untuk dirikan solat itu adalah lebih baik dan akan mendapat lebih keberkatan  daripada Allah SWT.Wallahu a'lam.

Adakah Dengan Ini Boleh Murtad?

Soalan

Assalammualaikum ustaz,saya ada menonton rancangan tv.rancangan tv itu ada mengkaji pasal kaabah dan mat saleh yang bercakap.saya sangkakan dia menghina islam dan lepas tu saya terus menyebut 'ish!'.saya mungkin silap sangka terhadap lelaki itu dan saya tiada langsung niat nak menghina kaabah.adakah dengan perkataan itu,saya boleh murtad?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, perkataan tersebut tidak akan menjadikan anda sebagai seorang yang murtad. Hal ini adalah kerana ia tidak membawa sebarang maksud atau makna yang boleh didifenisikan sebagai satu perkataan yang kufur atau mensyirikkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Ringkasnya, anda masih sebagai seorang muslim. Wallahu 'alam

CIUM DAHI SAHABAT TANDA HORMAT DAN SAYANG

Soalan

Apakah hukum apabila mencium dahi sahabat kita sesama jenis tanda kasih sayang dan penghormatan kita sebagai bestfirend tanpa menimbulkan sebarang nafsu syahwat ?

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, ia diharuskan dengan syarat tidak menimbulkan fitnah di mata orang yang melihat anda berbuat demikian. Wallahu 'Alam.

Sumpah Atas Al-quran.

Soalan

saya dipaksa sumpah atas al-Quran depan adik-beradik. sumpah saya atas sebab tak boleh berkawan sesorang dan hubungi dia lagi. sebelum saya sumpah lagi tapi saya langgar. saya sumpah l kali kedua lagi. adakah sah sumpah saya?? perlu ke membayar khafarrat?? macammana nak tarik balik sumpah ??

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, jika yang memaksa itu adalah ibu dan ayah anda, maka ia wajib anda taati kerana ia adalah arahan atau perintah dari mereka.
Hal ini adalah kerana sebagai seorang anak, anda wajib mentaati dan menghormati mereka. Perkara ini ada difirmankan oleh Allah dalam al-Quran, maksudnya:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat   baik    kepada     kedua ibubapanya;  dan jika  mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam (badatmu! dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau ta'at kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan".
(Surah al-Ankabut 29:8)

Selain itu, Allah berfirman lagi dalam Surah al-Luqman ayat 14 yang bermaksud:
”Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan yang demikian itu, Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibubapamu dan kepadaku jua tempat kembali.”

Seaweed @ Rumpai Laut

Soalan

sekarang adalah fenomena menjual rumpai laut asli dr sabah.ianya sgt murah,dn dikatakn mengandungi collagen yg sgt baik utk kulit wajah..adakah rumpai laut ini halal di mkn?adakah kndugn dlm rumpai laut ini mengandungi 100% collagen?.....harap dpt menjawap krn produk ini sgt laris di jual di laman sosial facebook....sekian..

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Bahan dan sumber dari alam semulajadi adalah halal untuk dimakan. Berkaitan ianya mengandungi collegen anda boleh merujuk ke makmal Pharmaciutical untuk mengetahui kandungan dengan lebih tepat.

CARA SUJUD YG BETUL

Soalan

assalam ..
saya nk tnya soalan tntg sujud .. sblom ini ktika saya sujud saya melipatkn jari kaki . tapi saya trbaca di sebuah blog . dia mngatakan ketika sujud kaki msty sprty tahiyat awal .! saya confeuss ..

Jawapan

Dalam persoalan ini, anggota sujud ada tujuh, iaitu:
1.         Dahi.
2 & 3.  Dua tapak tangan.
4& 5.   Dua kepala lutut.
6 & 7.  Perut jari kaki bagi kedua-dua belah kaki kiri dan kanan.

Oleh yang demikian, semasa melakukan sujud anda perlu pastikan ketujuh-tujuh anggota tersebut mencecah ke lantai/tempat anda bersolat. Jika kurang salah satu daripadanya, maka hal ini akan menyebabkan sujud yang dilakukan adalah tidak sah dan ia akan menjejaskan solat yang anda kerjakan. Wallahu 'alam.

Ayah Yang Xsolat Jdi Wali..

Soalan

Assalam...saya ada beberapa persoalan,,persoalannya adalah..blh x ayah yg xsolat lima waktu jd wali,,adakah ia dikira fasik??
Minta pencerahan,,syukran
Assalam...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, seorang ayah yang tidak bersolat fardu lima waktu tidak boleh menjadi wali kepada anak perempuannya. Hal ini adalah kerana keadaan dirinya yang tergolong di dalam golongan orang yang fasik, iaitu orang yang sentiasa mengerjakan dosa.
Dalam hal ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada menjelaskan di dalam hadisnya yang bermaksud:
“Tidak sah nikah melainkan wali yang adil dan ada saksi yang adil”.
(Riwayat Ahmad)

Di dalam hadis di atas, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyatakan bahawa pernikahan yang dinikahkan oleh seorang wali yang tidak adil adalah tidak sah.
Adil di dalam hadis di atas bermaksud orang yang berpegang kuat terhadap ajaran agama, melaksanakan segala kewajipan dan menghindarkan diri daripada melakukan dosa-dosa besar dan kecil.
Ringkasnya, orang fasik dan orang adil adalah dua golongan manusia yang berbeza.
Oleh itu, seorang ayah yang tidak bersolat fardu lima waktu adalah termasuk di dalam golongan orang yang fasik, dan hal ini menyebabkan dirinya tidak layak untuk menikahkan anak perempuannya kerana ia bersalahan dengan maksud hadis di atas.
Walau bagaimanapun, dalam perkara ini Imam Ghazali dan Imam Nawawi, dua orang tokoh fuqaha’ di dalam mazhab Syafi’i berpendapat, seorang wali yang fasik adalah dibolehkan untuk menikahkan/mewalikan anak perempuannya dengan syarat mestilah bertaubat terlebih dahulu.
Ringkasnya, wali tersebut perlu beristighfar dan memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebelum menikahkan anak perempuannya. Wallahu 'Alam.

Wednesday, January 16, 2013

Dua Kalimah Syahadah

Soalan

Rasulullah SAW pernah bersabda:Man qaala lailahaillah dakholal jannah,.so'alan saye iaitu:apakah ummat Muhammad wajib masuk surga hanya dgn dua kalimah syahadah itu.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Berdasarkan hadis tersebut, sesiapa yang mengucap kalimah shahadah bererti dia beriman kepada keEsaan Allah swt. Oleh yang demikian syurga adalah balasannya.
Walaubagaimanapun, sepanjang hidupnya dia melakukan dosa dan melanggar hukum Allah swt dan melakukan maksiat maka ia tetap menerima azab seksa dari Allah  seperti yang termaktub di dalam al-quran.

Mengamalkan Doa Pengasih

Soalan

1.bolehkah mengamalkan doa pengasih nabi yusuf untuk menawan hati si dia
adkah ia bercangah dalam islam atau pun tidak?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Doa pengasih tersbut boleh diamalkan dan tidak menjadi satu kesalahan.

Apakah Hukum Berkasar Dengan Ibu ?

Soalan

Saya ada seorang kawan , kawan saye ada makwe . die slalu maen mesej ngan makwe die gune henpon saye. Pd suatu ari ni mak saye dpt tau yg saye ade makwe , saye ckp dgn mak saye elok elok yang saye x de makwe . Pastu mak saye tanye lagi soalan yg same saye pon tercakap kasar dgn ibu saye , saye ade lah jugak melawan ckp die . Macam ustaz ??? :(

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukum berkasar dengan ibu bapa adalah satu dosa. Anda boleh meminta izin dari rakan anda untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Mohonlah keampunan dari ibu anda atas kesalahan yang telah dilakukan.

Jatuh Talak Atau Tidak

Soalan

Sy ada bergaduh dengan isteri dan isteri telah meminta cerai kat saya .sy pun jawab ok.adakah jatuh talak saya itu???

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Tidak jatuh talak sekiranya lafaz cerai tidak diucapkan oleh suami.

Tahiyyat Awal Dalam Solat Berjemaah

Soalan

Assamualaikum, dalam solat berjemaah, jika makmum tidak sempat menghabiskan bacaan tahiyyat awal disebabkan imam sudah bangun (barangkali dengan cepatnya) untuk rakaat ketiga, adakah sah solat makmum tersebut? Sekian, terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, solat jama’ah tersebut adalah sah. walau bagaimanapun, tidak ada masalah untuknya menghabiskan bacaan tahiyat awalnya itu sebelum beliau bangun untuk melakukan raka’at ketiga. Wallahu 'alam.

Hukum Nyanyi Lagu Nasyid Dalam Bilik Air

Soalan

USTAZ, APAKAH HUKUM MENYANYI LAGU NASYID DALAM BILIK AIR SAMBIL MANDI?APAKAH HUKUM SEBUT NAMA ALLAH DAN NABI DALAM TANDAS?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahamti Allah swt
Menyebut kalimah Allah di dalam bilik air adalah dilarang kerana ia adalah kalimah suci. Menyanyi di dalam tandas tanpa menyebut mana-mana nama Allah adalah harus.

Cara Terbaik Untuk Memujuk Suami/ Anak Bersolat

Soalan

Assalamualaikum,
Sya mpunyai sorang suami yg baik dn brtanggungjawab. Namun apa yg sangat merungsingkan saya, dia kerap meninggalkn solatnya. Ada hari langsung tdk solat. saya amat susah hati, apakah nafkah yg diperolehinya utk menyara 3 orang anak dirahmati oleh ALLAH? Kerisauan saya mula bertambah apabila melihat perubahan sikap anak sulong yg mula malas belajar/solat dan mula bercakap tipu. Bagaimanakah cara terbaik yg saya boleh gunakn utk membimbing suami dn anak saya?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Mohonlah bantuan dari Allah swt agar dibukakan pintu hati suami. Amalkan membaca surah Taha dari ayat 1-5 kemudian dihembuskan ke telinga suami.
lakukanlah solat hajat dan mohonlah petunjuk dariNya bagaimana cara yang terbaik dalam memberi didikan kepada suami dan anak-anak.
Anda selaku ibu perlu sentiasa berdoa agr anak yang dilahirkan itu sentiasa mengingati Allah dan mendirikan solat.
Semasa berada di dalam rumah dirikanlah solat di hadapan mereka agar menjadi ikutan dan contoh yang terbaik dan dalam masa yang sama dapat menggerakkan hati-hati mereka ke arah kebaikan.

Sah Kah Solat Jika Tersalah Baca

Soalan

sah kah solat jika tersalah baca dan mengulangi bacaan tersebut. terima kasih.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Solat masih sah sekiranya mengulangi bacaan yang salah.

Wang Bagi Melakukan Ibadah Aqiqah

Soalan

assalamualaikum.ibu mertua saya menggesa untuk melakukan ibadah aqiqah dengan alasan tidak mahu berhutang dengan Allah. bagi melakukannya, ibu mertua akan menggunakan duitnya dahulu dan meminta membayarnya semula. soalan saya boleh kah melakukan aqiqah berkenaan dalam keadaan berhutang? apakah hukum melakukan aqiqah tanpa persetujuan ibu bapa kepada kanak-kanak yang ingin di aqiqah kan.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum melakukan akikah itu adalah sunat muakkad (yang sangat-sangat  dituntut) kepada kedua ibubapa atau penjaga yang berkemampuan.
Afdal dilakukan pada hari ke 7 kelahiran bayi, pada hari tersebut disembelih 2 ekor kambing bagi bayi lelaki, jika tidak mampu 2 ekor,  boleh juga dibuat 1 ekor.Bagi bayi perempuan memadai 1 ekor sahaja.
Pada hari ke 7 juga disunatkan menamakan bayi dan dicukur rambutnya lalu ditimbang berat rambut tersebut seterusnya  dinilai menggunakan nilai emas @ perak  semasa.Duitnya disedekahkan kepada fakir miskin terutama kepada bidan yang menguruskan ketika bayi tersebut dilahirkan.
Jika tidak boleh buat pada hari ke 7 boleh dibuat pada hari ke 14,hari ke 21,hari ke 28 begitulah sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.
Jika bapa tidak mampu, waris anak seperti datuknya boleh mengakikahkan cucu tersebut.Terpulanglah kepada datuk atau nenek sama ada hendak tuntut kembali bayaran hutang tersebut.Ap[a yang penting akikah yang dibuat adalah sah.Wallahu a'lam.

Halal Ke Choki Choki

Soalan

adakah choki choki halal dimakan??

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, untuk mengetahui sama ada choki choki tersebut halal ataupun tidak, anda hanya perlu semak pada pembungkusnya. Jika terdapat padanya Logo Halal Malaysia, maka ia adalah produk yang halal kerana telah mendapat sijil perakuan halal daripada JAKIM.
Jika sebaliknya, maka jelaslah bahawa produk tersebut masih belum mendapat sijil perakuan halal tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, Almanak Falak http://www.islam.gov.my/ppi/almanak/falak/almanak.html
Oleh itu, masyarakat Islam adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil produk tersebut dan bertukarlah kepada produk halal yang lain. Hal ini kerana mencari benda yang halal adalah satu kewajipan kepada setiap muslim. Wallahu 'alam.

Terlupa Basuh Kuku Yg Di Potong Semasa Mandi Wajib

Soalan

assalamualaikum, berbalik pada soalan no rujukan gysx5...maksud saya bukan org kelainan upaya sebaliknya org yg sudah berumur dan uzur sah atau tidak kita berimam dgn beliau?

s2. macammana hendak buat sekiranya terlupa basuh kuku yg sudah dipotong semasa mandi wajib?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Solat yang dikerjakan adalah sah dengan syarat solat yang dikerjakan oleh warga emas tersebut sama kaedahnya sebagaimana anda mengerjakan solat. ringkasnya, jika anda bersolat dalam keadaan berdiri, maka warga emas tersebut juga mestilah bersolat dalam keadaan berdiri dan bukannya duduk ataupun baring.

2.         Kuku tersebut tidak disyaratkan untuk dibawa bersama ketika mandi. Ringkasnya, mandi anda adalah sah sekalipun kuku tersebut tidak anda bawa sekali ketika mandi.
Wallahu 'alam.

Hantaran Antara Adat Dan Syariat

Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin tahu perbezaan antara adat dan syariat tentang hantaran perkahwinan . Saya mempunyai tugasan untuk mencari perbezaan adat dan syariat tentang hantaran dalam perkahwinan. Segala penjelasan saudara amat saya hargai.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, hantaran perkahwinan adalah satu adat sahaja dan ia tidak ada kaitan dengan rukun atau syarat sah perkahwinan di dalam Islam.
Namun begitu, apa yang penting di dalam perkahwinan Islam hanyalah mas kahwin ataupun mahar kerana ia adalah pelengkap kepada rukun nikah yang menjadi asas kepada sesuatu perkahwinan di dalam Islam.
Walaupun begitu, dengan adanya adat yang tidak bersalahan dengan hukum Syara', ia akan melengkapkan lagi kehidupan seorang insan di dunia ini. Wallahu 'alam.

Solat Berjemaah

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya...jika saya masuk solat maghrib yang sedang bejemaah ketika imam dalam rokaat yang ketiga sebelum rukuk, berapakah jumlah yang saya perlu ganti dan tolong terangkan cara2 nak laksanakanya? ...terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda adalah makmum yang masbuk ataupun makmum yang masuk lambat untuk bersama mengerjakan solat berjema’ah. Oleh sebab itu, selepas imam memberi salam anda perlu niat mufarrakah dari imam dan bangun untuk menyempurnakan Solat Maghrib tersebut.
Ringkasnya, anda perlu menambah 2 raka’at lagi bagi menyempurnakan solat Maghrib tersebut.
Sebagai panduan, berikut dijelaskan mengenai proses yang perlu anda lakukan untuk menyempurnakan Solat Maghrib tersebut:
1.         Setelah imam memberi salam, niat mufarrakah dan bangun untuk menambah raka’at kedua.
2.         Lakukan sebagaimana biasa dan seterusnya ruku’, sujud, duduk di antara dua sujud dan buat tahiyat awal.
3.         Bangun untuk raka’at ketiga - lakukan seperti mana biasa, ruku’, sujud, duduk di antara dua sujud, tahiyat akhir dan beri salam.

Nota:
Apa yang pasti, di dalam solat ini setiap raka’at anda akan membaca tahiyat (raka’at pertama dan kedua tahiyat awal/raka’at ketiga tahiyat akhir) dan beri salam untuk tamatkan Solat Maghrib tersebut.
Semoga jawapan di atas dapat menjawab kemusykilan anda. semoga solat anda akan bertambah mutunya dan khusyu’nya selepas ini, Insya-Allah. Wallahu 'alam.

Minta Pendapat Bomoh

Soalan

sy ingin tanya, akak sy berkwn dgn suami org, mak sy rujuk dgn bomoh perempuan yg bole melihat, dia menyatakan bahawa lelaki pilihan akak sy tu sekadar nak main2kan je. bolehkah dipercayai? akak sy melafazkan dgn nama Allah di tikar sejadah akak sy terima segala keburukan lelaki tu dgn seadanya sbb tiada manusia sempurna. sblm ni pun kesemua kawan akak sy mak rujuk pd bomoh ni. bl dgr tu akk sy tawar ati, tp kali ni,akak sy b'tekad utk teruskan hub sbb gerak ati kuat utk lelaki itu.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut hadis baginda saw yang bermaksud:
"Seseorang islam yang pergi berjumpa bomoh lalu membenarkan apa juga yang diperkatakan oleh bomoh tersebut maka Allah tidak akan terima solatnya selama 40 hari."
Dan hadis kedua Baginda saw yang bermaksud
",Sesiapa yang berjumpa,jururamal,juru telik dan tenung nasib lalu ia percaya kepada apa juga yang diucapkan oleh mereka maka mereka seolah-olah telah kufur terhadap apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Cuba bayangkan jika sekali jumpa bomoh 40 waktu solat, Allah tidak terima,andaikata berkali-kali cuba anda darab dan jumlahkan sendiri.Memang banyakkan.?
Panel nasihatkan agar ibu anda kena bertaubat Nasuha kepada Allah (sungguh-sungguh) Ini kerana sudah berumur tapi kurang kesedaran terhadap agama Islam.Nabi telah tunjukan supaya rujuk  kepada al-Quran dan hadis bukannya rujuk bomoh dan  terus percaya.Malah tiada dalam rukun iman supaya rujuk bomoh untuk tentukan jodoh atau rezki kakak anda.
Justeru jika kakak anda telah buat solat istikharah jika alamatnya baik dan memihak kepada kakak, panel rasa eluk diteruskan kerana yang datang selepas solat itu merupakan petunjuk Allah SWT.Wallahu a'lam.

Sudu Dan Garpu Yang Digunakan Untuk Makan Benda Yang Tidak Halal

Soalan

assalamualikum.ustaz sekiranya menggunakan sudu garpu yang telah digunakan oleh orang yang tidak islam untuk memakan benda yang tak halal,bolehkah saya menggunakannya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda diharuskan untuk menggunakan sudu dan garpu tersebut dengan syarat tidak kelihatan najis padanya (ia dalam keadaan yang bersih).
Namun begitu, jika ada sudu dan garpu yang lain (bawa sendiri dari rumah), adalah lebih elok anda menggunakannya. Wallahu 'alam.

Suami Mencintai Wanita Lain

Soalan

assalam..saya dan suami saya brkahwin slama 6thun dn ank 3 org dn masalah saya suami saya mncntai wanita lain yg bru dia knal dlm msa 2bln ni wanita tu pn tunangan org dn akn bkhwin tk lama lgi..pada msani meraka cuma bhubung mlalui hp dn kdang2 btemu tpi tidak bduaan mereka bsama kwn..suami saya bterus terang dia amat mcntai wanita itu dan hingga saat ini suami saya blum dpt mlupakan wanita itu..saya sudah mlakukn smbhyg hajat tuk hati suami saya tk mcntai wanita

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum suami anda mencintai wanita yang telah bertunang  itu adalah haram,tambahan pula wanita itu  bakal berkahwin tidak lama lagi.
Justeru Panel nasihatkan agar suami anda  segera melupakannya  sebaliknya berikan tumpuan dan jagalah amanah  kepada isteri yang sah dari segi syarak sebagaimana yang beliau telah lafazkan ketika ijab dahulu,Contohnya,
Aku terima nikah  Si Pulanah binti Si Pulan dengan maskahwin RM80 tunai.Wallahu a'lam.

Terpijak Sehelai Bulu Anjing Dlm Keadaan Kaki Basah

Soalan

assalamualaikum. Perlukh sy mlakukan samak sekiranya telah terpijak sehelai bulu anjing pada lantai dlm keadaan kaki basah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini, anda perlu lakukan sertu kaki tersebut kerana ia telah bersentuhan dengan sesuatu yang dihukumkan najis, iaitu bulu anjing tersebut. Wallahu 'alam.

Was2 Terhadap Mandi Wajib Tentang Sabun

Soalan

asalamualaikum ustaz ... tadi saya mandi wajib.. kemudian setelah selesai mandi kemudian menutup paip.. saya masih berada dalam tandas dan mengosok hidung ..saya dapati kulit di bahagian hidung terasa seakan berminyak..seperti sabun belum tertanggal.. lalu saya pergi ke singki tandas serta membersihkan kulit di hidung hingga hilang minyak..adakah sah mandi wajib padahal saya telah habis mandi dan menutup paip shower dan membasuh hidung hingga hilang minyak

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan tersebut, mandi wajib yang anda lakukan adalah sah. Wallahu 'alam.

Telekung Bernajis Tanpa Disedari

Soalan

Assalamualaikum.Ketika usai solat,saya trlhat ada tompokn hitam di kain telekung saya,saya meneliti dan myakini ianya bkn njis.Setelah bbrap hari saya tergerak hati untuk memeriksanya semula,namun setelah meneliti lagi,barulah saya tahu ianya najis setelah meyakininya.
1)adakah saya harus qadha solat saya spanjg mmkai tlkung brnjis trsbut.
2)jika harus qadha,bagaimna saya harus mengqhadanya semula sdangkan saya tidak tahu berapa lama saya telah mmkai tlekung brnjis tersebt tanp dsedari

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, anda tidak perlu untuk mengqadha’ solat tersebut. hal ini adalah kerana kewujudan najis tersebut pada telekung anda tidak anda sedari. Ia adalah dimaafkan. Wallahu 'alam.

Menerima Makanan Yg Mengandungi Bahan Haram Dan Memberinya Kepada Kenalan Bukan Muslim

Soalan

Assalamualaikum. Saya menetap di negara bukan islam dan selalu tersalah beli makanan yang mengandungi bahan haram dimakan (contohnya kek yang mengandungi arak atau lemak haiwan yg tidak disembelih). Apakah hukumnya saya memberi makanan tersebut kepada kenalan bukan muslim dengan niat tidak mahu membazir atau saya perlu membuang saja makanan tersebut?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, makanan tersebut adalah lebih baik jika anda berikan kepada kawan-kawan anda yang bukan Islam kerana mereka tidak ada masalah untuk mengambilnya. Wallahu 'alam.

Jodoh Melalui Istikharah

Soalan

as'kum ahli panel, sy tlh menjalinkan hub dgn suami org hmpir 2 thn lebih, hub ini banyak suka duka, baru2 ni sy telah melakukan istikharah 3 ari berturut2 ,lepas tu sy dapati jiwa sy terlalu tenang,gerak ati tu terlalu kuat timbul pd dia, dan sy rasakan sy cukup bersedia utk membina masjid. baru2 ni juga keluarga sy telah mengetahui status lelaki t'sebut dan mereka redha jika itu pilihan sy, mohon penjelasan

Jawapan

Mengikut apa yang berlaku maka saudari boleh meneruskan niat saudari itu. Tetapi pastikan perkahwinan itu dilakukan mengikut undang-undang serta diketahui dan berjumpa dengan isteri bakal suami terlebih dahulu. Ini kerana perkahwinan utk tempoh masa yang panjang justeru ianya perlu berterus terang dan mempunyai persefahaman. Jika tidak ada persefahaman maka keamanan dalam perkahwinan itu tidak wujud.

Makanan Halal Untuk Dimakan

Soalan

Adakah kfc halal untuk dimakan?mohon penjelasan kerana terlalu banyak khabar angin mengenai hal ini.

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sehingga ke hari ini KFC masih memegang sijil perakuan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Oleh itu, semua produk makanan yang dikeluarkan oleh mereka adalah terjamin kehalalannya.
Ringkasnya, JAKIM sentiasa memantau produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat makanan segera tersebut. untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan Bahagian Halal JAKIM di talian; 03 83150200. terima kasih. Wallahu 'Alam.
Kandungan dalam artikel tersebut hanyalah dakwaan semata-mata. Apa yang pastinya

Wednesday, January 9, 2013

Rukun Qauli Solat

Soalan

Assalamu 'alaikum ustaz,
1. jika salah melakukan rukun qauli dlm solat,ia boleh diulang utk membetulkannya.
contohnya,ketika salam pertama sedar ada kesalahan,lalu diulang sekali lagi. namun masih salah,adakah boleh diulang sekali lagi?batalkah solat jika lakukan begitu?
wasalam.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, ia perlu dibetulkan walaupun terpaksa mengulangnya beberapa kali. Hal ini adalah kerana ia merupakan salah satu daripada rukun di dalam solat dan perlu menyebutnya dengan betul. Jika tidak dibetulkan sedangkan anda mengetahui sebutan yang anda ucapkan adalah salah, ia akan menyebabkan solat tersebut menjadi tidak sah dan perlu diulang semula jika masih ada waktu. Jika waktu sudah habis, ia perlu diqadha’kan. Wallahu 'alam.

Hukum Upload Gambar Kawan Yg X Tutup Aurat Ke Fb.

Soalan

Salam apa hkum upload gambar kawan-kawan saya yg x tutup aurat seperti terbukak sikit di bahagian pergelangan tangan dan bawah dagu tetapi dia memakai tudung dan menutup aurat dgn sempurna.Diupload ke facebook.Gambar tersebut ialah gambar bersama2 dan beramai2...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda diharuskan untuk berbuat demikian sekiranya gambar tersebut tidak menimbulkan fitnah. Antara perkara yang boleh menyebabkan tersebarnya fitnah ialah gambar yang tidak menutup aurat.
Oleh yang demikian, jika anda rasakan gambar tersebut tidak jelas kelihatan lengan atau bawah dagu kawan-kawan anda, maka bolehlah anda memuat naik gambar tersebut ke dalam facebook anda. namun jika sebaliknya, elakkanlah daripada memuatkannya ke dalam facebook tersebut.
Ringkasnya, carilah gambar lain yang lebih sesuai untuk dipaparkan di dalam facebook tersebut. Wallahu 'alam.

Abaikan Nafkah

Soalan

suami sering abaikan nfkah zahir dan kini ini hampir 99% sy uruskan, bil+sewa rumah, sek. & nursery ank2,brang2 rumah hinggakan belanja suami pegi kerja dan membeli ubat dia juga saya kena sediakan. suami sering beri alasan tiada duit dan perlu beli ubat(darah tinggi).jika ajak brbincang hanya satu yang dia akan ptuskan 'berenti kerja' sebab saya enggan bantu.bukan enggan tapi ia seolah2 dah jd tgjwb sy sepenuhya pula.sy amt tertekan.apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, para isteri yang menghadapi suami yang enggan mengeluarkan nafkah zahir sebenarnya berhak untuk menuntut hak ta’liq di Mahkamah Syariah yang berdekatan dengannya.
Oleh itu, para isteri yang menghadapi masalah seperti ini sila buat rujukan mengenainya di Mahkamah Syariah yang berhampiran.
Dalam pada itu, sila dapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu daripada pegawai kaunselor keluarga yang berkhidmat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda.
Semoga dengan pelaksanaan ta’liq ini dapat membela nasib kaun isteri yang dipersiakan oleh suaminya yang tidak bertanggungjawab. Panel doakan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati hidup para isteri yang teraniaya. Wallahu 'alam.

Hukum Kedudukan Sembahyang Fardu.

Soalan

Asalamualaikum Ustaz, semasa hendak menunaikan solat fardu Asar, ada seorang sedang sembahyang. Saya hendak solat berjemaah masbuk tetapi teman saya mahu beliau menjadi iman dan kami solat berdua sahaja. Kemusykilan saya, apakah cara kami itu betul sedangkan ada seseorang yang sedang solat dan kita boleh masbuk.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Cara yang kawan anda cadangkan itu adalah tepat dan lebih dianjurkan kerana anda berdua dapat memulakan solat jema’ah tersebut sejak dari takbir yang pertama lagi. Ringkasnya, cara ini lebih digalakkan berbanding melantik seseorang yang sedang bersolat sebagai imam. Wallahu 'alam.

Menimbang Anak Di Bulan Muharam

Soalan

Assalamuailaikum, saya nak bertanya? Adakah benar atau betul iaitu mengikut cakap orang2 tua dahulu, apabila anak yg lahir dlm bulan muharam kena buat timbangan seperti menimbang anak diletakkan disebelah kanan dan pulut,al quran, pula diletakan di sebelah kiri? Saya berasa was2 apabila atok saya bercakap begitu, saya harap tuan dapat menyelesaikan pertanyaan saya ini samada benar ataupun tidak? Sekian terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Amalan tersebut tidak mempunyai sandaran langsung di dalam agama ini.
Namun, apa yang menjadi tuntutan di dalam Syariat ini ialah amalan mencukur rambut di atas kepala bayi tersebut sehingga botak pada hari ketujuh daripada tarikh kelahirannya. Kemudian rambut yang dicukur tersebut dikumpul dan ditimbang dan dinilaikan beratnya mengikut harga emas atau perak semasa kemudiannya nilai tersebut disedekahkan kepada fakir miskin yang terdapat di kawasan tersebut.
Pada hari tersebut juga anak itu diberikan nama dengan nama-nama yang baik.
Dalam pada itu, penjaga/wali kepada bayi tersebut juga diminta untuk menyembelihkan seekor haiwan Aqiqah untuknya. Antara haiwan yang boleh dijadikan haiwan Aqiqah untuknya adalah terdiri sama ada seekor kambing, lembu, kerbau ataupun unta.
Oleh yang demikian, amalan menimbang bayi tersebut dengan pulut dan al-Quran tidak wajar untuk dilakukan kerana tidak terdapat sebarang sandaran hukum mengenainya di dalam syariat ini.
Sila rujuk kepada Pejabat Agama Daerah yang berdekatan untuk maklumat selanjutnya. Wallahu 'alam.

Cerai & Rujuk Ketika Haid

Soalan

Salam..soalan saya, bagaimana sekiranya suami telah melafazkan talaq 1 ketika isteri sedang haid dan merujuk isterinya kembali juga dlm tempoh haid tersebut..Adakah sah talak tersebut dan juga sah kah rujuk tersebut..

Jawapan

Wassalam,
Dalam hal ini, talaq dan rujuk yang dilakukan oleh suami tersebut adalah sah. sila rujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mengesahkan lafaz talaq tersebut dan rujuk juga boleh dibuat di mahkamah tersebut. Wallahu 'alam.

Lafaz "pergi Kau Balik Ke Rumah Ibumu"

Soalan

Assalamualaikum. Suami saya pernah menyebut " Pergi kau balik ke rumah ibumu" (suami berkata dlm keadaan marah sebanyak 2 kali). Adalah lafaz tersebut merupakan lafaz kinayah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, lafaz tersebut berkemungkinan boleh dikategorikan sebagai lafaz kinayah. Akan tetapi, hanya suami anda sahaja yang mengetahui status lafaz tersebut.
Oleh itu, ia perlu disiasat. Ringkasnya, jika suami anda hanya menyatakan bahawa dirinya hanya sekadar menyuruh anda balik ke rumah ibu anda sahaja dan tidak mengaitkannya dengan lafaz atau niat talaq, maka tidak ada sebarang talaq yang akan terjatuh ke atas diri anda.
Oleh itu, perkara ini perlu dibawa berbincang dengannya. Anda dinasihatkan supaya menggunakan kata-kata dan cara yang baik dan lemah lembut semasa berbincang dengannya. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa memelihara ikatan perkahwinan anda dengan suami. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Wallahu 'alam.

Tuesday, January 8, 2013

Adakah Ini Onani

Soalan

assalamualaikum ustaz..

saya seorang permpuan..saya selalu mengepit kemaluan saya menggunakan bantal yg lembut untuk menggesel2 kemaluan sy..adakah ini onasi..saya tidak memasukkan jari atau benda2 yg keras ke dlm yg blh menyebbkan sy hilang dara..

harap ustad dapar terangkan..

wassalam..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Onani bermaksud mengeluarkan air mani secara paksa pada kemaluan seseorang dengan menggunakan tangan,jari@ peralatan khas seperti gajet ,terung,ubi,lobak,bantal dan seumpamanya.Hukum melakukan onani ini adalah haram.Sekiranya anda sudah melakukannya hendaklah bertaubat dengan kadar segera.
Perlu panel tegaskan bahawa,walaupun anda tidak memasukkan jari ke dalam lubang faraj anda tetapi cara anda mengepit kemaluan dengan menggunakan bantal tersebut sambil menggesel-geselkan untuk tujuan keseronokan @ untuk dapatkan stim sebenarnya merupakan mukaddimah/permulaan aktiviti onani.PerbuJatan seumpama ini juga ditegah dan dilarang oleh ugama islam.Jesteru panel nasihatkan agar anda ikut pendekatan ugama islam supaya memperbanyakan berpuasa sunat bagi tujuan mengendurkan nafsu yang sedang bergelora!.Sekira kurang berjaya dan berkesan ,panel nasihatkan anda segera bernikah bagi mengelakan berlakunya perbuatan zina @ onani.Wallahu a'lam

Pertanyaan Mengenai Nazar Berpuasa

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan satu soalan iaitu saya ada bernazar untuk berpuasa sebanyak 3 hari sekiranya mengandung dan alhamdullillah sekarang saya sudah disahkan mengandung. saya ingin tahu sekiranya saya gagal untuk berpuasa nazar tersebut kerana risaukan kandungan saya jika saya berpuasa, bagaimaana caranya perlu saya buat untuk melaksanakan nazar tersebut. boleh atau tidak saya berpuasa nazar selepas saya melahirkan anak nanti.sekian terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah nazar ini, ia boleh anda lakukan selepas anda bersalin nanti. Ringkasnya, nazar tersebut wajib anda tunaikan sama ada sebaik mendapat khabar berita yang anda sedang mengandung ataupun jika tidak larat ia boleh ditangguhkan selepas anda bersalin nanti.
Walau bagaimanapun, jika anda rasa tidak mampu untuk melakukan nazar tersebut, anda boleh menebusnya dengan membayar kifarah nazar. Kifarah tersebut boleh dijelaskan di kaunter Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran.
Sila dapatkan maklumat mengenainya di kaunter-kaunter Pusat Pungutan Zakat tersebut. Wallahu 'alam.

Daging Korban Yang Tidak Sempat Dimasak

Soalan

asalamualaikum ustaz. Pada hari raya haji tahun lepas saya dan isteri telah melakukan korban. Pada masa itu isteri saya baru hamil . Dia tak boleh masak. Jadi kami ada membawa balik bahagian daging korban kami ke rumah dan di simpan di dalam peti ais. Oleh kerana isteri saya tak dapat masak kerana alahan bau maka daging tersebut tersimpan sehingga sekarang. kami takut daging tersebut sudah tidak elok. Apakah yang harus saya buat?, bolehkah saya bungkus dgn kemas dan buang. Kaw rmh x ada tanah

Jawapan

Dalam persoalan ini,apa yang perlu anda lakukan ialah memeriksa status daging tersebut. jika ia masih boleh dimakan, maka masaklah dan makanlah daging tersebut. Namun, jika ia sudah rosak, maka ia perlulah dibuang sahaja.
Cara membuangnya anda boleh memilih sama ada menanamnya ataupun membuangnya sebagaimana anda membuang lebihan makanan yang telah rosak.
Ringkasnya, dalam urusan ini tidak terdapat sebarang dalil baik daripada al-Quran mahupun Hadith Nabawi yang menerangkan cara untuk menghapuskan bahan lebihan atau buangan haiwan sembelihan tersebut.
Oleh yang demikian, ia perlu diuruskan sebagaimana yang bersesuaian iaitu sama ada dengan menanamnya ataupun membuangnya sebagaimana bahan buangan makanan yang lain. Apa yang perlu, bahan kotoran/buangan tersebut tidak mengganggu diri anda, keluarga serta jiran tetangga. Wallahu 'alam.

Bacaan Ayat - Ayat Al Quran

Soalan

Ayat - ayat ketika membacanya atau mendengarnya kita yang diwajibkan bersujud? Ayat yang keberapa dan surah apa sila nyatakan?

Jawapan

Berikut adalah senarai ayat-ayat Sajadah (ayat sujud) yang terdapat di dalam al-Quran:
a.            Surah as-Sajdah:15.
b.            Surah Al-A'raaf: 206.
c.             Surah ar-Ra'd: 15.
d.            Surah an-Nahl: 49.
e.            Surah al-Israa': 107.
f.              Surah Maryam: 58.
g.            Surah al-Haj: 18.
h.            Surah al-Furqaan: 6.
i.              Surah an-Naml: 25.
j.              Surah Fussilat: 38.
k.             Surah al-'Alaq:19.
l.              Surah an-Najm: 62.
m.           Surah Insyiqaaq: 21.
n.            Surah Saad: 24.

Bagi mereka yang mendengar atau membaca ayat-ayat di atas, sunat baginya untuk lakukan sujud sebaik sahaja tamat mendengar atau membaca ayat tersebut.
Syarat lain yang perlu bagi mereka yang ingin melakukan sujud tilawah mestilah berada di dalam keadaan yang suci dan bersih daripada hadas kecil ataupun besar.
Bacaan atau tasbih ketika Sujud Tilawah/Sujud Sajadah adalah seperti berikut:
سجد وجهي الذي خلقه وصوره وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبرك الله أحسن الخالقين
(Sajada wajhiya lillazi khalaqahu wasawwarahu washaqqa sam’ahu wabasorohu bihawlihi waquwatihi fatabarakallahu ahsanul khaliqin)

ertinya:
“Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”.

Walau bagaimanapun, anda juga boleh membaca tasbih yang biasa dibaca di dalam sujud sewaktu mengerjakan solat fardu. Wallahu 'alam.

Perlu Tak Tunggu Azan Habis Dilaungkan Baru Bersolat?

Soalan

assalamualaikum ustaz/ustazah..

sy nk tanye..ape hukum nya bersolat bile tepat2 time bilal tgh melaungkan azan..(masuk waktu solat fardhu)
maksud sy x tunggu azan habis tp terus solat? ke sy kene tunggu azan habis dulu bru boleh solat?
minta ustaz/ustazah tlg jelas kn..

mekasey :)

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Sewaktu azan berkumandang, maka kita boleh terus mengangkat takbir untuk mendirikan solat. Walaubagaimanapun adalah lebih afdhal menunggu azan selesai berkumandang kerana mendengar azan adalah sunat.

Solat - Solat Sunat Pada Waktu Haram

Soalan

Di dalam waktu yang haram utk solat, samaada selepas subuh atau asar, ada solat yang dibolehkan. Sila terangkan solat sunat yang dibolehkan? Dan juga adakah solat sunat Qobliyah boleh dilakukan selepas pada setiap solat?

Jawapan

Dalam persoalan ini, tidak ada satu pun solat sunat yang boleh dikerjakan pada dua waktu tersebut. hal ini ada dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam hadisnya yang bermaksud:
Dari Abi Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melarang dari mengerjakan solat selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit matahari”.
[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad).

Berasaskan kepada hadith di atas jelas kepada kita bahawa tidak ada sebarang solat sunat yang boleh dilakukan pada kedua waktu tersebut.
Mengenai Solat Sunat Qabliah, ia dikerjakan sebelum mendirikan solat fardu dan bukannya selepas solat fardu.
Bagi Solat Sunat Qabliah ini, ia boleh dikerjakan dalam semua solat fardu dengan syarat didirikan sebelum mengerjakan solat fardu tersebut dan bukannya selepas mengerjakan solat fardu tersebut. jika solat sunat selepas solat fardu, ia dikenali dengan nama Solat Sunat Ba'diah. Wallahu 'alam.

Solat Fardhu Di Surau/masjid

Soalan

Assalmualaikum. Suami saya ada menceritakan kepada saya setiap kali ketika dia sedang menunaikan solat fardhu di surau atau di masjid bersendirian tiba-tiba ada orang menepuk di bahunya sebagai syarat dan mengikut suami saya menunaikan solat sebagai makmum. Adakah solat yang ditunaikan oleh orang yang menepuk bahu suami saya yang dilakukannya sebagai makmum sah sedangkan suami saya berniat solat fardhu sendirian dan bukan sebagai imam? Apa yang harus suami saya lakukan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam hal ini, solat jema’ah yang menepuk bahu suami anda adalah sah dan beliau turut mendapat pahala solat secara berjema’ah.
Walau bagaimanapun, di dalam situasi ini, jika suami anda tidak menukar niatnya daripada solat secara bersendirian kepada menjadi imam, maka beliau hanya mendapat pahala mengerjakan solat secara bersendirian sedangkan jema’ah yang melantik suami anda menjadi imam tetap mendapat pahala solat secara berjema’ah.
Oleh itu, apabila berlaku lagi situasi seperti itu, suami anda perlu menukar niatnya untuk menjadi seorang imam kepada jema’ah yang menepuk bahunya itu. Jika tidak, beliau terlepas untuk bersama mendapat pahala solat berjema’ah yang mana ganjarannya adalah 27 darjat lebih tinggi daripada solat secara bersendirian. Wallahu 'alam.

PATUTKAH MEMBANTAH CAKAP IBUBAPA BILA DI PAKSA KAHWIN

Soalan

Saya berkenalan dengan seorang lelaki dan dlm masa tiga bulan sahaja si lelaki mengajak saya bertunang. Saya masih ragu-ragu namun saya bersetuju utk bertunang setelah yakin dengan kata2nya.Ibubapa saya amat menyukainya kerana pandai mengambil hati. Selepas bertunang baru saya tahu dia tak solat dan selalu berbohong. Tapi dia berjanji akan berubah. Hati saya sudah tawar.Kami akan berkahwin sebulan lagi. Apa perlu saya buat? ibubapa mendesak saya teruskan majlis tetapi abg2 dan kakak tak setuju.

Jawapan

Dari pandangan syariah saudari berhak membantah dan membatalkan pertunangan serta perkahwinan itu sebab ianya melibatkan soal kewajipan agama yang gagal ditunaikan olehnya seperti solat. Maka begitu juga kedua ibu bapa tak boleh memeksa sebab hak wali mujbir yang ada pada ayah telah gugur dengan akhlak lelaki yang tak patuh syariah. Perkara ini juga boleh di maklumkan kepada Mahkamah Syariah untuk membatalkan pertunangan atau perkahwinan.

Monday, January 7, 2013

Hukum Qiamullail

Soalan

ustaz, bolehkah saya melakukan qiamullail jika saya tidak tidur di malam hari?? kerana saya takut terlepas kalau saya tidur,. terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut ulamak  dan para sarjana dalam bidang fekah merumuskan bahawa adalah afdal jika anda tidur dahulu walaupun sekejap sebelum memulakan Qiamullail.
Andaikata jika anda tergolong  daripada orang-orang yang susah tidur maka menunaikan solat Qiamullail tanpa tidur pun diharuskan.Wallahu a'lam.

Seorang Janda (agama Islam)berhubungan Seks Dengan Teman Lelaki Saya(bukan Islam)....

Soalan

selamat sejahtera.saya seorang yang bukan beragama islam,baru-baru ini,teman lelaki saya(bukan islam) telah berhubungan seks dengan seorang janda (melayu yang beragama islam,suaminya telah meninggal dunia) dan telah banyak kali mereka berhubungan begitu dan janda tersebut selalu bermalam di rumah teman lelaki saya sampai keesokan pagi....saya ingin tanya,apakah tindakan yang boleh dibuat seperti lapor kepada mana-mana jabatan agama islam agar janda itu tidak akan berjumpa dengan teman saya?

Jawapan

Salam sejahtera,

Anda boleh membuat laporan bertulis @ lisan kepada pejabat agama  islam daerah tempat tinggal anda bagi memaklumkan perkara yang sedang berlaku.Pihak berkuasa agama akan membuat serbuan sekiranya maklumat yang anda berikan tepat.Panel mohon supaya anda segera bertindak sebelum mereka bertukar lokasi/tempat.T.Kasih.

Bacaan Surah Lazim Selepas Surah Al-Fatihah

Soalan

saya keliru, boleh ke kita baca surah lazim selepas surah al-fatihah tidak mengikut susunan dalam AlQuran kerana ada seseorang mengatakan yang jika kita tidak baca surah lazim selepas Al-Fatihah dengan tidak mengikut susunan dalam AlQuran hukumnya makruh....Betul ke dan mengapa?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Memang benar hukumnya makruh  jika kita baca surah selepas fatihah dalam solat tidak ikut susunan juzuk sebagaimana  yang telah disenaraikan  di dalam al-Qur'an.
Oleh hal yang sedemikian adalah tidak berdosa jika anda berbuat sedemikian disebabkan kurang ilmu.Cuma  amalan anda itu sebenarnya  tidak ikut tertib sebagaimana yang telah disusun oleh ulamak dalam bidang ulumul al-Qur'an.
Justeru sebagai panduan panel nyatakan di sini susunan yang menjadi kelaziman untuk surah-surah dalam ayat lazim yang bermula  dari surah addhuha,anNasrah,Attin sehinggalah anNas.Panel harap anda ikutlah tertib sebagaimana yang telah disusun dan diselaraskan oleh ulamak  yang begitu arif dan pakar dalam bidang ilmu al-Quran.Wallahu a'lam.

Adakah Perjalanan Ke Padang Masyhar Bersama-sama Anak Dan Suami?

Soalan

salam..apabila kebangkitan kita di padang mahsyar,adakah kita dapat bertemu ahli keluarga kita di padang mahsyar?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam kebanyakan buku yang membincangkan tentang hari kebangkitan (ketika di padang Mahsyar) para ulamak dan sarjana dalam bidang ilmu usuluddin/ilmu kalam dan ilmu  tauhid bersependapat mengatakan bahawa anda dapat bertemu dengan ahli keluarga masing-masing.
Perlu dingatkan bahawa  disebabkan kesibukan yang amat sangat kerana masing-masing akan menerima buku catatan amalan semasa di dunia  bagi menentukan nasib sama ada untung  @ rugi  di samping itu mereka juga akan diadili oleh Allah SWT  dengan seksama.
Bahkan pada masa tersebut setiap orang akan  berdebar-debar menunggu giliran untuk menerima buku catatan amal .Kandungan buku ini akan  dibentangkan di hadapan Ilahi .Justeru setelah hitungan amalan dan pembalasan diterima majoriti umat Islam akan dimasukkan ke dalam syurga Allah berdasarkan Rahmah dan amalan yang dilakukan oleh mereka semasa di dunia lagi.Wallahu a'lam.

Persoalan Tentang Halal Dan Haram

Soalan

Apakah hukum menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan yang perkara halal. Contohnya minum arak. Seseorang itu minum arak tapi tidak mabuk jadi dia cakap tidak haram.

Jawapan

Dalam persoalan ini, hukum mereka yang melakukannya adalah berdosa besar, malah ia juga boleh menyebabkan dirinya terkeluar daripada Islam kerana telah melakukan perbuatan yang bercanggah dengan aqidah Islam.
Ringkasnya, perbuatan menghalalkan perkara yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala haramkan dan mengharamkan perkara yang Allah Subhanahu Wa Ta'ala halalkan adalah termasuk di dalam perbuatan yang syirik dan dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar”.
(Surah Al-Nisa’ 04: 48)

Oleh yang demikian, mereka yang bersikap seperti itu perlu mengubah pendirian dan pegangannya sebelum terlambat. Ringkasnya, arak adalah salah satu daripada perkara yang diharamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ia telah disebut dengan jelas di dalam al-Quran dan juga hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Antaranya:
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
1.    "Mereka   bertanya   kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.   Katakanlah:   "Pada  keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
(Surah al-Baqarah 2: 219)

2.    "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi   nasib   dengan   batang-batang anak panah, adalah (semuanya)   kotor  (keji)   dari   perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".
[Surah al-Maedah 5: 90]

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
1.    Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)”.
(Hadith Riwayat Muslim: no. 3733)

2.         “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit”.
(Riwayat Ibnu Majah).

Oleh yang demikian, berasaskan kepada ayat dan hadith di atas jelaslah bahawa hukum mengambil arak adalah diharamkan sekalipun dalam kuantiti yang sedikit. Ringkasnya, sekalipun tidak memabukkan, mengambilnya adalah dihukumkan haram ke atas setiap mukallaf.
Dari itu, berubahlah dan kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat.
Semoga dengan rasa bersalah dan kembali bertaubat kepadanya menyebabkan kita bersama mendapat rahmat dan kasih sayang darinya, Insya-Allah. Wallahu 'alam.

Apa Hukum Seorang Isteri Kematian Suami Pergi Solat Kemasjid

Soalan

Apa hukum seorang isteri kematian suami pergi solat jamaah di masjid yang berhampiran dgn rumahnya. Adakah ia juga dilarang kerana masih dalam iddah 4 bln 10 hari itu. Adakah ia termasuk kedalam perkara perlu atau dharurah

Jawapan

dalam kes ini, jika isteri tersebut memang sudah menjadi rutin hariannya sejak sebelum kematian suaminya sering berjema’ah di masjid tersebut, maka tiada salah bagi dirinya untuk meneruskan amalan tersebut.
Namun begitu, jika ia adalah amalan yang baru sahaja dilakukannya (sejak kematian suaminya), maka ia adalah tidak wajar untuk dilakukannya kerana boleh menimbulkan fitnah ke atas dirinya.
Sesungguhnya fitnah itu kesan buruknya adalah lebih dahsyat daripada kesalahan membunuh satu jiwa.
Perkara ini ada dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam firmannya dalam Surah al-Baqarah ayat ke-217, maksudnya:
“...dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan...”.
(Surah al-Baqarah 02: 217)

Oleh yang demikian, walaupun pahala solat berjema’ah adalah lebih besar jika dibandingkan dengan solat bersendirian di rumah, namun dalam keadaan ini adalah lebih baik sekiranya isteri tersebut hanya bersolat sendirian sahaja di rumahnya kerana itu adalah lebih baik bagi dirinya dalam keadaan tersebut. Wallahu 'alam

Pembelian Kereta Perlu Disamak

Soalan

Assalamualaikum.saya baru sahaja beli kereta.kereta second hand.penama sebelumnya adalah pemilik orang cina.saya kurang yakin tentang kereta tersebut.patutkah saya samak kereta tersebut kerana takut juga pemilik dahulu membawa anjing atau daging babi dalam kereta ini.dan bagaimana caranya.

sekian,

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam kes ini, jika tidak kelihatan sebarang benda atau objek yang dapat dikesan tentang status kenajisannya seperti bulu, najis atau sebagainya, maka tidak perlu untuk anda lakukan sertu ke atas kereta tersebut.
Namun, jika anda masih was was dan ragu-ragu mengenai status kereta tersebut, maka lakukanlah sertu ke atasnya. Semoga dengan cara itu dapat menenangkan dan meyakinkan hati anda tentang kesuciannya.
Berikut adalah proses yang dicadangkan kepada anda untuk sertu dalaman kereta tersebut daripada najis mughallazah. Antara perkakas yang perlu anda sediakan ialah:
a.         Span/kain buruk.
b.         Sebaldi air yang dicampurkan dengan tanah.
c.         Air paip yang tidak bercampur/dicampur dengan sebarang campuran.

Proses pelaksanaannya ialah:
1.         Masukkan span/kain buruk ke dalam air campuran tanah tersebut dan perah sekadarnya.
2.         Lap/sapukan semua permukaan di dalam kereta tersebut menggunakan span/kain buruk yang telah diperah sedikit setelah dikenakan air tanah tadi.
3.         Kemudian, bersihkan span/kain buruk tersebut daripada air tanah atau gunakan span/kain buruk yang lain.
4.         Masukkan span/kain buruk tersebut ke dalam air mutlak (air paip) yang baru.
5.         Lap/sapu permukaan dalaman kereta yang telah dilap/disapu menggunakan air tanah tadi.
6.         Ulang sebanyak enam kali lap/sapu.
7.         Pastikan span/kain buruk tersebut dibilas dengan air paip yang baru setiap kali selesai sapuan dilakukan.
8.         Kusyen kereta tersebut perlu direndam dengan air tanah dan dibilas sehingga bersih.

Setelah selesai proses di atas, siaplah proses penyertuan kereta tersebut dan ia sudah kembali suci. Wallahu 'alam.

SOLAT TIDAK SAH

Soalan

assalammualaikum ustaz/ustazah..
saya ingin bertanya,selama ini saya baru tahu yang selama ini saya menunaikan solat berjemaah tidak sah,kerana saya tidak menghabiskan alfatihah bersama-sama dengan imam semasa saya menjadi makmum muafiq,ini kerana saya ada masalah dalam bacaan alfatihah kerana terlalu was-was dengan segala bacaan saya dan baca dengan lambat..bagaimana dengan solat jemaah saya yang tidak sah selama ini ustaz/ustazah?apa yang perlu saya lakukan?

assalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
dari Ubadah bin Shamit radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
“Barang siapa yang solat dan tidak membaca padanya Ummul Qur’an (Al-Fatihah) maka solatnya fasid/rosak”.
(Hadis riwayat Muslim).

Oleh yang demikian, solat yang anda kerjakan tanpa membaca Surah al-Fatihah adalah tidak dikira sah sekalipun anda solat mengikut imam.
Oleh itu, solat-solat tersebut perlu anda qadha’kan mengikut kemampuan anda (yang dapat anda kira jumlahnya). Selebihnya, serahkanlah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan pohonlah keampunannya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Wallahu 'alam.

Lafaz Cerai Tujuan Menggertak Isteri

Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya ada kemusykilan...dlm keadaan marah suami telah melafazkan cerai dgn talak 1 terhadap saya..Sedangkan selepas itu dia mnyatakn tujuan mgertak sahaja dan dia sempat beristigfar dalam hati dan tidak berniat utk lafazkan kata cerai tersebut..adakah sah lafaz tersebut, ustaz?tetai tiada ayat rujuk kembali dilafazkan daripada suami kepada saya...berapa tempoh masa yang perlu dirujuk selepas lafaz cerai diucapkan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, jika lafaz talaq yang diucapkan oleh suami anda adalah lafaz yang sarih (Aku ceraikan engkau dengan talaq satu), maka talaq adalah telah terjatuh.
Walau bagaimanapun, sila rujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk membuat pengesahan mengenai lafaz talaq tersebut.
Urusan rujuk juga boleh dibuat di mahkamah tersebut. Wallahu 'alam.

Saturday, January 5, 2013

Blajar Agma Mlalui Cd

Soalan

soalan sy,boleh tak kalau sy nk blajar agma mlalui cd yg di smpaikn oleh ustaz2 atau ulamak2.sy kliru sbb ad sstngah kta tk bleh.org kta klau nk blajar agma kna pegi jmpa org yg arif.mslahnya bg sy utk buat tu ssah sbb krja sy tk menentu.apa komen ustaz?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kaedah pembelajaran sesuatu masalah yang berkaitan dengan agama sekarang telah dipermudahkan oleh teknologi terkini.Antaranya melalui interaktif,telefon,fax,ipad,emel,cd dan yang terbaharu melalui sidang video.
Cuma dalam mengambil semangat dan keberkatan ilmu yang diterima, ulamak lebih cenderung agar anda berguru secara berhadapan  dan bukannya melalui kaset @ CD.Mungkin anda rasa sukar tetapi itulah kaedah dan cara yang paling baik.
Walau bagaimanapun anda tidak salah untuk belajar dengan cara mendengar Youtube,CD sekadar ingin mendapatkan info dan maklumat sahaja.Tetapi yang lebih baik dan berkesan pembelajaran  secara langsung dan berhadapan dengan guru itulah yang paling utama.
Justeru panel cadangkan agara anda cubalah belajar  melalui sidang video atau menggunakan emel,Face books atau paling tidak melalui panggilan telefon secara langsung kepada ustaz yang mempunyai talian tetap @handset.Dengan cara ini banyak masalah yang anda hadapi dapat diatasi dengan baik dan berkesan.Wallahu a'lam.

Solat Sunat Lepas Solat Subuh

Soalan

assalamualaikum.. antara waktu haram solat sunat ialah selepas mendirikan solat fardu Subuh.. macam mana dengan situasi di mana kita solat sunat hajat dahulu sebelum solat subuh? tetapi masa tu dah azan subuh.. boleh ke tak? terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
pada masa tersebut (sebelum mendirikan solat fardu Subuh), anda dibolehkan untuk mendirikan Solat Sunat Hajat. Wallahu 'alam.

Tersalah Azan Bayi

Soalan

Sepatutnya bayi lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.. Saya tahu perkara itu.. Selepas sehari anak saya dilahirkan, saya baru teringat yang saya tersilap azan pada telinga kiri dan iqamah pada telinga kanan. Pada masa azan dilaungkan itu, anak saya masih dalam katilnya iaitu saya tidak mendokongnya. Persoalan saya, adakah saya perlu azan kan semula anak saya pada telinga yang betul?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Tidak menjadi satu syarat ketika azan bayi itu perlu diangkat, cukup sekadar bayi it mendengar anda melaungkan azan dan iqamat tersebut. Tersalah kiri dan kanan ketika azan dan iqamah tidak mendatangkan sebarang kesalahan, ia hanya merupakan satu tuntutan agama.