Saturday, September 29, 2012

Solat Jamak Dan Qasar

Soalan

Salam ustaz, Saya menetap di KL, outstation di Kuantan, tetapi berulang dr rumah mentua saya di kuala rompin setiap hari. Jarak Rompin- kuantan ialah 130km, bolehkah saya jamak di rompin dan kuantan? tempoh masa saya bekerja di kuantan adalah melebih 18 hari..

Jawapan

Wassalam, anda boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar di Rompin dan juga di Kuantan. Hal ini disebabkan oleh jarak perjalanan di antara Rompin dengan Kuantan adalah melebihi 80 KM.
Mengenai tempoh masanya pula yang mencapai kepada 18 hari, ia tidak menghalang anda untuk melakukannya kerana anda bukan menetap di satu tempat. Bahkan anda berulang daripada Rompin ke Kuantan di sepanjang tempoh tersebut.
Ringkasnya, anda diharuskan untuk mengerjakan Solat Jamak dan Qasar pada kedua-dua tempat tersebut dan disepanjang tempoh anda berada di sana. Wallahu 'alam.

Kahwin Lain Bangsa Iaitu Christian

Soalan

assalamualaikum ustaz . saya nk thu apakah hukum jika seorang prempuan yg beragama christian memeluk islam hanya untuk bernikah dengan lelaki pilihannya . tetepi tidak mempunyai niat yg jujur dlm memeluk islam .. apakah hukumnya ustaz ?

Jawapan

Hukumnya adalah di haruskan, inilah yang dinamakan muallaf (dijinakkan hatinya), justeru menjadi kewajipan suami mengajar agama kepada isterinya. Juga ilmu perbandingan agama supaya isteri benar-benar yakin islam adalah agama yang benar.

Status Rambut Bagaimana Caranya

Soalan

Assalamualaikum Ustaz ,

Saya telah mewarnakan rambut , atas permintaan suami , kerana suami saya suka melihat perempuan diluar sana dgn rmbt perang , pada mulanya saya warnakan dengan inai , tetapi warnanya tidak begitu jelas , saya mengambil keputusan mewarnakan dengan pewarna rambut , dan suami saya sangat suka denagan hasil warna tersebut , apabila keluar saya memakai tudung , persoalannya saya berwuduk dan solat adakah semua amalan yang dikerjakan sah atau pun tidak ustaz

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam mengenal pasti sama ada amalan yang anda lakukan sah ataupun tidak, ia bergantung pada sejauh mana diri anda memenuhi atau menepati segala syarat sah pelaksanaan amalan tersebut khususnya ibadat solat fardu lima waktu.
Ringkasnya, jika pewarna rambut yang anda pakai adalah daripada jenis yang menghalang rambut daripada dibasahi air, hal ini akan menyebabkan diri anda sentiasa berada di dalam keadaan berhadas kerana mandi wajib yang anda lakukan menjadi tidak sah kerana terdapatnya bahagian tubuh anda yang tidak dapat dikenakan air (rambut yang diwarnakan). Oleh sebab itu, solat yang anda kerjakan akan menjadi tidak sah kerana diri anda tidak suci daripada hadas besar.
Dari itu, sila pastikan pewarna rambut tersebut adalah pewarna yang meresap ke dalam rambut seperti inai sebelum mewarnakan rambut. Jika sudah mewarnakannya dengan pewarna yang tidak meresap ke dalam rambut, adalah menjadi kewajipan anda untuk menghilangkannya bagi memenuhi syarat sah mendirikan solat.
Semoga dengan jawapan ini dapat memberikan maklumat tambahan kepada anda mengenai isu mewarnakan rambut ini. Wallahu 'alam.

Pengurusan Jenazah

Soalan

adakah hadis sahih melarang makan dan minum semasa jenazah dimandikan . atau jenazah masih di rumah

Jawapan

Ya, ini yang difahami dan di istinbatkan olah para ulamak. Lebih-lebih lagi masa kematian dan ketika jenazah masih ada (masa kesedihan / kesibukan) adalah tak elok dibuat jamuan pada ketika itu.

TERKENA ASAP DAGING SALAI TAK HALAL

Soalan

Assalamualaikum.... saya telah terkena asap dan bau daging salai (khinzir) dari kedai di tepi jalan, asap dan bau daging dibakar itu kuat dan seperti memasuki rongga tekak dan seolah melekat pada pakaian. Apakah status badan dan pakaian saya ? adakah perlu di samak walaupun di selubungi asap saja ? perlu jawapan segera. terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Asap dari pembakaran daging khinzir tidak najis dan tidak perlu kepada sertu.

Faraid Dan Perhubungan Saya Bersama Keluarga Bekas Isteri Saya

Soalan

Slm ustaz, Isteri sy sudah meninggal dunia 2 tahun yang lalu.. meninggal kan 2 org anak perempuan. Semasa hayatnya isteri sy tidak pernah berkerja.. sepeninggalan nya saya sudah membuat faraid sy, anak2 dan ibunya atas arahan mahkamah syariah.Saya mempunyai rumah tapi masih dalam hutang dan baru2 ini sya menjual rumah tersebut dan melunaskan hutang bil rumah sakit dan lain2 loan. patutkah sy membuat farahid sekali lagi? Doktor ada mengesah bahwa anak perempuan no 2 sy bukan anak kandung sy?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Anda tidak perlu lagi membuat tuntutan harta faraid.
Berkenaan anak sekiranya ianya benar -benar terbukti bahawa anak itu adalah bukan hasil dari pernikahan saudara dan arwah isteri anak tersebut tetap mempunyai hak ke atas harta faraid ibunya, kerana ibunya yang mengandungkannya dan melahirkannya.

Kalau Dua2 Tak Dapat Dua2 Abang Tak Mahu.

Soalan

assalamualaikum..
ustaz/ustazah sy nk bertnya sebelum ini suami sy ada meduakan sy, dan berhasrat tuk berkahwin dgn teman wanitanya, tetapi sy tidak beri keizinan padanya sebab saya tahu suami tak berkemampuan, dia cakap pada saya kalau dua2 abang tidak dapat, dua2 abang tak mahu, maksdnya dia nak kedua2nya. tp sekarang teman wanitanya dah tgalkan nya dia kembali pada sy seperti dahulu, adakah kata2nya jatuh talak.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Lafaz cerai sekiranya secara sarih atau jelas maka ianya sah dan jatuh talak.
Sekiranya ucapan itu adalah kinayah ia memerlukan kepada niat suami.  Maklmkan kepada suami sekiranya dia berniat cerai maka lafaz itu boleh dikira jatuh talak dan sekiranya tidak  berniat talak maka talak tidak jatuh.
Walaubagaimanapun sekiranya puan ragu-ragu panel menasihatkan agar saudari merujuk perkara ini dengan makamah syariah yang berhampiran bagi pengesahan lafaz tersebut.
wallahua'lam

Mencuri Dalam Supermarket

Soalan

assalamualaikum.. saya ingin bertanya... saya pernah mencuri sehelai baju di sebuah pasaraya..dan sekarang saya rasa sangat bersalah atas perbuatan saya itu..tetapi saya takut untuk memulangkannya..adakah ada cara lain untuk saya menembus kesalahan saya...

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudara yang dirahmati Allah swt
Bertaubat dengan kesalahan yang dilakukan adalah perkara yang sangat dituntut dan disukai.
Sekiranya telah mencuri, setelah bertaubat sepatutnya barang yang dicuri itu perlu dipulangkan kepada tuan punya barang. dalam hal ini, saudara boleh terus berjumpa dengan pegawai yang bertugas di supermarket bagi memaklumkan perkara sebenar dan memulangkan semula barangan yang telah diambil.
InsyaAllah niat yang baik akan dipermudahkan oleh Allah, mohonlah pertolongan dan mintalah agar dipermudahkan segala urusan yang berkaitan.
Wallahua'lam

Nabi Isa Dan Kaabah

Soalan

ader satu artikel yang menarik perhatian sayer. Aderkah benar ibn ishaq pernah melaporkan bahawa di dalam kaabah, wujud lukisan Nabi Isa A.S. serta ibunya, Saidatina Maryam? Benakah jugak yang apabila Fathul Makkah, Nabi Muhammad S.A.W. melihat gambar itu, lalu di tutupnya dengan tangan baginda dan baginda mengarahkan Uthman r.a. memadam semua gambar di dalam kaabah kecuali gambar yang di tutup oleh tangan baginda(gambar nabi isa dan ibunya). mengapa baginda berbuat begitu?

Jawapan

Tidak benar, Riwayat yang daif dan mungkar ini tak usah dipercayai dan ianya jelas bercanggah dengan syariat.

Istinjak Tanpa Tangan

Soalan

assalamualaikum ustaz. saya ada soalan yang membuatkan saya pening memikirkannya.
bagaimana beristinjak/wudhu' tanpa tangan? bagaimana dengan rukun wudhu' bagi orang yang mempunyai tangan atas daripada siku shaja?

Jawapan

Dia tak perlu beristinjak sebagaimana biasa,  Bolah guna semua cara sekadar yang dia mampu. Kaedah fiqh "Bila terlalu susah, maka menjadi terlalu senang"

Thursday, September 27, 2012

Hak Ibu Tiri Terhadap Harta Arwah Ibu

Soalan

Assalamualaikum ustaz.
Bolehkah ibu tiri menuntuk hak atas harta arwah ibu setelah kematian ayah saya? Utk pengetahuan, arwah ayah kawin ibu tiri setelah arwah ibu (isteri pertama) meninggal 10 tahun.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Ibu tiri tidak berhak menuntut harta peninggalan arwah ibu saudari. Panel menasihatkan agar saudari merujuk perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah yang berhampiran bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Peraman Buah Naga Sebagai Enzim

Soalan

Rakan saya membuat peraman buah buahan sebagai enzim cth buah naga. adakah halal diminum

Jawapan

Ya ianya adalah halal dimakan selama mana ianya tidak memudharatkan atau menjadi arak.

Menggantikan Puasa & Solat Untuk Waris Yg Telah Meninggal Dunia

Soalan

Assalamualaikum. Saya baru kehilangan Mak Cik. Soalan saya perlukah kami menggantikan puasa yang ditinggalkan oleh arwah & bagaimana niat puasa utk menggantikan puasa tersebut. Juga perlukah kami menggantikan solat yg ditinggalkan arwah. Arwah menghidapi kanser dan selama 2 tahun sakit tidak dapat mengerjakan puasa & solat. minta penjelasan daripada ustaz. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Harus bagi seorang waris untuk mengqadha' puasa bagi ahli warisnya yang telah meninggal dunia. Walaubagaimanapun solat tidak boleh diqadha' bagi waris yang sudah meninggal.
Berniat dengan qadha puasa untuk si mati kerana Allah swt.

Kemusykilan Najis Berat

Soalan

Assalamualaikum ustaz..kawan saya ada berjalan di kawasan perumahan org cina di mana terdapat anjing di kawasan tersebut,tetapi saya tidak tahu dan tidak pasti sama ada kasut yang dipakainya terpijak atau tidak najis anjing ketika melalui kawasan tersebut..kemudian kasut yang dipakainya tadi telah terpijak kaki saya..perlukah saya sertu kaki saya??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Anda dan rakan anda tidak perlu menyertu kaki atau kasut yang dipakai. Memijak kawasan atau tempat laluan anjing itu tidak menjadi satu kesalahan dan tidak perlu kepada sertu.
Sekiranya sudah pasti dan jelas najis itu adalah najis anjing maka rakan anda perlu menyamak kasut dan kakinya. Sekiranya terdapat bekas dan kesan najis itu melekat pada kaki anda maka lebih baik anda menyertu kaki anda.
wallahua'lam

Nikah Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Soalan

Salam Ustaz, sy tlh t'lanjur dgn suami org yg m'rupakan tmn lelaki sy...hub kami ini diketahui oleh isterinya dan dia tlh pn m'beri izin utk kami b'nikah. Tmn lelaki sy ingin b'tanggungjwb ke atas sy...jd kami merancang utk m'lakukn demikian tanpa diketahui oleh ibu bapa sy, ttp sy akn msh tinggal d rumah bersama ibu bapa sy...dlm 6 bln slps nikah...br kami b'cadang utk m'beritahu keluarga sy...apakah patut sy b'buat begitu ustaz? Sy x mau bt dosa lg n sdh pn b'taubat..

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Syurga seorang anak adalah di bawah telapak kaki ibu. Dalam mengharap dan mendirikan rumah tangga restu kedua ibu bapa sangat penting. Ibu bapa mana yang tidak bersedih hati apabila melihat anak yang dikandung dan diasuh lari kemudian mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan mereka.
Cukuplah dosa yang telah dilakukan dan jangan lah ditambah dengan dosa melukakan hati kedua ibu bapa. Suami boleh dicari, tetapi kedua ibu bapa tiada gantinya.
Panel menasihatkan  agar saudari berterus terang dengan keluarga dan memaklumkan tentang kesediaan lelaki itu mengambil anda sebagai isteri.
Wallahua'lam

Niat Mandi Wajib

Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang kemusykilan berkenaan dengan niat mandi wajib.
Jika seseorang sedang datang bulan (haid) tetapi dia membaca bahan bacaan yang merangsangkan.
Bagaimana dengan niat mandi wajib setelah dia suci dari haid, bolehkan digabungkan niat mandi tersebut.

Harap dapat membantu. Sekian, terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam hal sebegini anda boleh melakukan sekali sahaja mandi wajib kerana ia telah merangkumi membersihkan badan segala hadas besar.
Wallahua'lam

Tuntutan Cerai Dan Fasakh

Soalan

saya ingin berkahwin dgn seorang janda..masalahnya tuntutan cerai tersangat panjang..dia pernah bercerai dgnbekas suaminya..kali pertama..dan rujuk ..kemudian bercerai pulak..kali 2..suaminya tak mahu melepaskan nya...dia dah tak nak kat lakinya..lagi..sekarang ni janda nie nak buat tuntutan fasakh..kata bekas suaminya dia tak kan lepaskan..jadi bekas suami ni nak gantong dia tak bertali...dia dah tak bersama selama 7 tahun tanpa wang nafkah...sekarang ni si janda ni tuntut fasakh ?penyelesaian

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Dalam hal ini wanita itu perlu membuat tuntutan fasakh di mahkamah syariah, Urusan perceraian di mahkamah tidak akan memakan masa yang lama sekiranya semua dokumen serta  mengikut segala prosidur yang telah ditetapkan.
Wallahua'alam

Air Hujan Tempias Ke Dlm Rumah

Soalan

pg td sy xtahu yg bila hujan air akan masuk melalui tingkap tepi di dapur maybe angin yg agak kuat.lantai di dapur penuh ditakungi air di tepi2 dinding&kabinet.sblm ini mmg sy sudah perasan di tepi dinding itu ada beberapa tahi cicak.sy sy xmembuangnya lg.td bila air menakung&mengalir di sekitar itu br sy teringat tahi cicak itu.adakah air yg mengalir di sekitar kwsn itu menjadi najis.adakah lantai didapur itu najis disbbkan air mengenai tahi cicak itu.t/cicak itu xberkecai&air xbertukar warna

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Puan dinasihatkan supaya membersihkan kawasan yang yang terkena air hujan sehingga kawasan itu kering. Tidak perlu sehingga membersihkan almari dan sebagainya. sekiranya kawasan itu seperti lantai terdapat najis cicak maka cukuplah puan membuang tahi tersebut sahaja. Berkaitan almari dan sebagainya puan tidak perlu membersihkannnya. Cukuplah sekadar mengelap sehingga kering kawasan yang terkena tempias air hujan.

Aurat Anak Susuan Perempuan Dengan Suami Ibu Susuan

Soalan

Salam. Saya ingin bertanya panel tentang aurat antara anak susuan perempuan dengan suami ibu susuannya. Harap panel dapat membantu. terima kasih.

Jawapan

Auratnya dgn suami ibu susuan sama seperti dengan bapanya dan haram berkahwin

Ingin Sembahyang Tapi Takut

Soalan

A'kum ustaz..sblm ni sy pernah kena buatan org,teruk juga keadaan sy tkt nak kluar rmh,bila senja shj sy akn menggeletar dan menangis2 takut mcm ada org nak ambik nyawa sy dlm kata lain sy seolah2 diambng kematian.bila keluar rmh naik keta mcm ada org berbisik ditelinga mengatakan sekejap lg sy akn mati eksidn.bila nak solat pun mcm tu.kdg2 tgh sembhyang pun sy berhenti dan mengeletar krn ada org ckp kejap lg kau akn mati.sdh hmpr 5 thn mcm tu.tp krg skt slps brbt.sy nk solat tp tkt tlg sy ustaz

Jawapan

Saudari perlu kuatkan diri dan meletakkan tawakkal yang tinggi kepada Allah. yakinkan diri "MATI ITU SATU KEPASTIAN" semua orang akan mati. oleh itu lakukan semua ibadat dan niatkan "Aku redha dan bersedia jika itu ketentuan Allah, yang penting mati dalam iman" lakukan solat dengan penuh khusyuk anggaplah itu solat yang terakhir. Insyallah yakinlah sabda Nabi tidak ada sesuatupan yang akan menimpa saudari walaupun jin dan manusia berkumpul untuk melakukannya. kalam telah diangkat dan tulisan itu pun telah kering. Ertinya tidak ada perubahan pada ketentuan Allah. oleh itu usah merasa bimbang.

Kepastian Lafaz Cerai

Soalan

assalamualaikum ahli panel. saya nak tanya, adakah jatuh talak jika suami melafazkan talak kerana terpaksa dan di ugut isteri. perkara ini berlaku kerana suami mengulangi kesalahan yang pernah dia lakukan.

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
Panel menasihatkan agar perkara ini dirujuk dengan segera ke mahkamah syariah dengan segera bagi mendapatkan pengesahan lafaz tersebut. Hanya mahkamah yang mempunyai bidang kuasa menentukan lafaz cerai tersebut.
wallahua'lam

Saturday, September 22, 2012

Zikir Semasa Haid.

oalan

Salam .. Saya ingin bertanya, apakah hukum kita berzikir semasa kita sedang haid ( uzur )

Jawapan

Wassalam,
Dalam keadaan ini, dia diharuskan untuk berzikir menyebut nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Apa yang dilarang hanyalah membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
”Tidaklah boleh orang junub dan juga wanita haid membaca sedikit pun dari al-Quran”.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad).

Najis Mughalazzah

Soalan

As salam
Adakah najis mughalazzah berjangkit dan 'passing' dari satu benda ke satu benda yg lain.Ceritanya begini:
Tayar kereta saya terlanggar tahi anjing dan saya basuh tayar sehingga cuci dgn air paip [= air mutlak] sehingga tiada lagi rupa warna bau najis tetapi tayar tidak disamak.
Seorang mekanik bekerja menggunakan sarong tangan telah menyentuh tayar kereta tersebut sewaktu jalankan pembaikan. Adakah sarong tangan tersebut dianggap bernajis sbb tersentuh tayar yg tidak disamak?

Jawapan

Ianya tidak di anggap najis kecuali memang ada ain/zat najis melekat padanya.

Mandi Wajib

Soalan

assalamualaikumsaya ingin bertanya jika saya membuat onani berterusan sehingga 4 kali, adakah saya perlu mandi wajib sebanyak 4 kali juga

Jawapan

Waalaikuslam,
Hukum melakukan onani itu adalah haram dan berdosa besar.Anda wajib segera bertaubat  Nasuha (sungguh-sungguh) sebelum terlambat.Jika anda melakukan onani 4 kali  secara berterusan dalam tempoh yang singkat ,anda cuma dikehendaki mandi wajib sekali sahaja.
Panel nasihatkan agar anda segera meninggalkan  perbuatan onani ini demi agama dan syariat  Islam.Apakah anda sanggup membawa bekalan di akhirat, yang sarat dengan dosa-dosa hasil daripada perbuatan haram  yang telah anda lakukan.Wallahu a'lam

Mandi Wajib Jimak Dan Haid

Soalan

Salam ustaz, saya berasa saya telah suci dari haid, tp tempohnya belom sampai 24jam,namun saya rasa mmg haidnya sudah suci, lalu saya mandi wajib. Namun esok paginya masih lg ada sedikit cecair coklat keluar. Lalu saya rasa kali ini saya mahu tunggu 24 jam. Tapi, pada malamnya saya telah jimak bersama suami. Lalu paginya saya telah mandi wajib yg berniat mandi wajib jimak dan haid. Sahkah mandi wajib saya itu dan jika tidak, bagaimana caranya...tk.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk pengetahuan anda tempoh haid seseorang itu adalah bergantung kepada kesihatannya.Walau bagaimanapun ulamak telah membahagikan seperti berikut:
1.Tempoh yang paling minima 24 jam 1 hari satu malam
2.Tempoh yang sederhana 7 hari tujuh malam
3.Tempoh yang paling panjang ialah 15 hari 15 malam.
Syarat haid itu telah betul-betul kering ialah setelah berlalu 24 jam dan tiada lagi tanda-tanda darah haid keluar.Bagi memastikan perkara ini , eluk anda ikut kaedah ulamak iaitu ambil sedikit kapas lalu dimasukkan dalam faraj.Kemudian lihat kesan pada kapas itu jika tiada warna,ini bermakna darah haid anda telah betul-betul kering dan anda wajib mandi untuk melaksanakan ibadah wajib (solat) atau sunat (baca al-Quran,iktikaf,puasa dan sebagainya).
Sekiranya kapas yang anda gunakan untuk dicalitkan dalam lubang faraj anda didapati masih ada kesan warna cokelat @ kuning cair,ini bermakna darah haid anda masih belum betul-betul kering.Oleh itu anda tidak wajib mandi sehinggalah dipastikan darah haid tersebut sudah kering betul.
Berdasarkan kenyataan pada soalan yang dikemukakan ternyata darah haid anda masih belum kering ,oleh itu anda belum diwajibkan untuk mandi bagi tujuan angkat hadas besar.
Sekiranya keadaan ini berlaku walaupun anda telah mandi ia dianggap belum suci lagi .Justeru panel nasihat agar anda bersabar sehingga 24 jam dan pastikan darah haid tersebut betul-betul kering baharulah boleh mandi.
Sekiranya anda berjimak dalam keadaan tidak suci,menurut hukum Islam melakukan jimak dalam keadaan tidak suci itu adalah haram dan berdosa besar. Justeru anda kena bertaubat Nasuha (sungguh-sungguh) dengan kadar segera.
Perlu diingatkan bahawa larangan Ini kerana Syariat telah menegaskan sedemikian sebagaimanan yang disebut dalam surah Nisa'.Justeru anda kena patuh dan akur dengan ketentuan Allah demi untuk kebaikan masa depan anda berdua.Allah mendatangkan haid kepada wanita/gadis bagi tujuan menggambarkan mereka sebenarnya adalah manusia @ insan yang normal.
Sekiranya anda lakukan jimak dalam keadaan haid ia akan mendatangkan mudarat.Ini kerana saluran peranakan /rahim amat sensitif dan belum bersedia ketika itu untuk menerima sebarang tusukan termasuk zakar.Kesannya untuk jangka panjang dinding rahim anda akan rosak.Ini  kerana ia belum betul-betul baik  sepenuhnya dan belum bersedia untuk berjimak.Akhirnya ia akan mengakibatkan kerosakan pada saluran peranakan ,yang akhirnya akan mengundang penyakit barah.
Panel mohon maaf, andaikata perkara ini amat sensitif dan terlalu peribadi untuk diceritakan.Yakinlah, sebab itu Allah larang kita melakukan jimak dalam tempoh haid kerana ada hikmat yang tersirat daripada yang tersurat .Wallahu a'alam.

Pernikahan Di Thailand

Soalan

saya isteri kedua yang bernikah di thailand dan mempunyai sijil nikah yang dikeluarkan pej.agama narathiwat.persoalannya suami tidak mampu dan tidak berlaku adil.bagaimana cara membatalkan pernikahan di thailand? keluarga merestui hubungan kami dan tahu ttg pernikahan di thailand.suami seorang kakitangan kerajaan yang msih mempunyai isteri dan 3 anak yang masih kecil.

Jawapan

Puan boleh ke pej.agama narathiwat dan mohon fasakh atau taklik (Jika memenuhi taklik) jika ingin berpisah mengikut saluran di thailand. Atau puan juga boleh daftar perkahwinan di sini dan kemudian juga urus perpisahan juga di sini

Dilema Isteri Kedua

Soalan

salam.. sy telah berkahwin hmpir 3 thn dn dikurniakn sorg ank. kmi berkhwin tnpa pengetahuan isteri pertama. Tp, slps isteri pertama dpt tahu, suami tdk lg blk ke rumah smpai skrg sbb isteri pertama akn mrh2, maki2 n nk mntk cerai dr suami. Suami hnya bg nafkah zahir dan kmi terpaksa jmpe curi2 tuk temukan ank n tuntutan batin. Suami sygkn dua2 keluarga, tp dia lbh terikat ngn isteri pertama disebabkn kerjaya. Ape yg ptt sy wat bl suami ckp jln terbaik tuk slmtkn keadaan, kmi kne berpisah.

Jawapan

Pertama panel simpati dengan puan. Kedua adakah perkahwinan ouan di sahkan oleh pejabat agama? Bagaimaan perkahwinan itu dilakukan? Jika sah maka puan berhak membuat tuntutan di Mahkamah Syariah. Jika tidak sah maka ini akan menyukarkan lagi keadaan yang ada..... Banyak perkara yang tidak jelas dalam soalan yang puan timbulkan. Apa pun rujuklah ke pejabat agama dan mahkamah terlebih dahulu.

Sauf Sembahyang

Soalan

Asslammulaikum w.b.t

Adakah sah solatnya seorang makmum itu yang mana makmum di sebelahnya memberi ruang dan tidak merapatkan syaf...?

Jawapan

Solatnya sah tetapi perbuatan itu makruh.

Friday, September 21, 2012

Hal Mandi Wajib

Soalan

bolehkah keluar mani terus mandi wajib

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebaik-baiknya tunggu biar lama sedikit bagi memberi peluang air mani tersebut keluar  semuanya.Setelah dipastikan ia telah habis  dan tiada tanda-tanda akan keluar lagi baharulah bersedia untuk mandi.Wallahu a'lam.

Isteri Tidak Mahu Solat

Soalan

Assalamualaikum
1.apakah hukumnya terhadap suami yang telah menyuruh isterinya solat tetapi isterinya masih juga tidak mahu menunaikan solat walaupun perbagai perkara dilakukan termasuklah memarahi isterinya untuk bersolat tetapi ianya masih enggan dan waktu solat berlalu begitu sahaja. adakah suaminya akan menanggung dosa atas perbuatan isterinya yang tidak bersolat itu?
terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hak dan tanggungjawab anda  telah terlepas disebabkan anda telah menegur dan menasihatkan isteri anda untuk melakukan solat.Sebaliknya anda tidak akan menanggung dosa beliau di atas perbuatan isteri kerana tidak solat.
Sekiranya anda tidak berjaya untuk mengajaknya solat anda boleh meminta pertolongan orang yang paling beliau segan untuk menasihatinya seperti imam,kawan rapat hatta kedua ibubapa sama ada keluarganya sendiri termasuk ibubapa anda.Wallahu a'lam.

Perkara Membatalkan Solat

Soalan

salam...bagaimana jika pada anggota badan kita ada luka yang masih berdarah...boleh kh kita menunaikan solat....ataupun ada cara lain...hrp tlg jelaskan...sekian.

Jawapan

Wassalam,
Dalam keadaan ini, kita masih wajib mendirikan solat fardu lima waktu.
Mengenai luka yang masih berdarah tersebut, kita perlu pastikan terlebih dahulu ia telah dibalut dan tidak ada darah yang mengalir keluar daripada pembalut luka.
Apabila kedua-dua perkara ini telah dilakukan, maka bersolatlah seperti biasa. Wallahu 'alam

Perkahwinan Tampa Kebenaran Bapa Dan Wali Hakim

Soalan

Bapa saudara saya anak nya telah berkahwin di selatan Thai tampa kebenarannya dan tampa wali apakah perkhwinannya itu Sah disisi Syarak dan apakah tindakan undang - undang yang boleh diambil oleh sibapa

Jawapan

Yang terbaik ialah laporkan ke bahagian penguatkuasa di pejabat agama untuk membuat tangkapan khalwat, kemudian mereka akan memeriksa adakah perkahwinan yang di buat itu memenuhi syarat atau tidak. Tindakan akan di buat berdasarkan penemuan mereka tersebut. Kena siasat baru tahu hakikat sebenar.

Bacaan Al Fatihah Imam Tidak Betul

Soalan

Assalamualaikum. Jika bacaan al-Fatihah tidak betul, solat itu akan terbatal. Apakah terbatal solat makmum jika si imam tidak membaca fatihah dengan betul? Perlukah makmum itu memberhentikan solatnya atau terus berimamkan si imam tadi? Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, oleh sebab makmum mengikuti imam di dalam solat berjema’ah, hal ini akan menyebabkan solat makmum juga akan terbatal disebabkan terbatalnya orang yang diikuti. Akan tetapi jika makmum tersebut berniat untuk keluar daripada mengikuti imam selepas didapati imam tersalah membaca surah tersebut, maka solatnya adalah dikira sah.
Ringkasnya, solat makmum adalah bergantung pada solat imam. Jika solat imam tidak sah, ia akan melibatkan status solat makmumnya juga. Namun, jika makmum niat keluar daripada mengikuti imam yang tersebut dan bersolat sendiri, maka solatnya adalah sah. Wallahu 'alam

Tidak Tahu Maksud Zihar Semasa Melafazkan

Soalan

assalamualaikum...saya ingin bertanya adakah jatuh zihar sekiranya sisuami menyamakan bentuk badan isteri sama seperti adiknya..tetapi pada ketika itu sisuami tidak tahu apa itu zihar. sisuami tidak tahu 'menyamakan bentuk badan isteri dgn (mahram)' salah disisi agama.

Jawapan

Wassalam,
Dalam persoalan ini, apabila seorang suami menyamakan tubuh badan isterinya dengan mana-mana wanita yang mempunyai hubungan mahram dengannya adalah dikira telah menzihar isterinya.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan anda ini, Panel menasihatkan supaya anda merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat anda untuk mengetahui status kes anda ini. Adakah kerana kejahilan mengenai hukum Zihar boleh menyebabkan tidak berlaku hukum Zihar ataupun bagaimana keadaannya, perlulah diserahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk menentukannya.
Oleh itu, bersegeralah rujuk kes ini kepada pihak mahkamah demi untuk menjaga kesucian hukum Islam. Wallahu 'alam.

Jatuh Talak Jika Suami Sering Menyuruh Hadir Ke Pejabat Ugama Untuk Memfailkan Kes Cerai Dengannya

Soalan

Salam,saya ingin bertanya kepaada ustaz suami saya sering menyuruh saya pergi ke pejabat ugama dia menyuruh saya menghadapkan kes cerai saya dengan nya akan tetapi saya belum ada pergi kesana,adakah jatuh talak dalam masalah saya hadapi ini?

Jawapan

wassalam, dalam kaedaan ini tidak ada talaq yang akan terjatuh. Hal ini adalah kerana tidak ada sebarang lafaz talaq yang disebut/diucapkan oleh suami anda. Dari itu, tidak ada sebarang talaq yang akan terjatuh ke atas diri anda.
sila rujuk jawapan ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan. Wallahu 'alam.

Calon Isteri Seorang Penduduk Tetap

Soalan

salam....saya ingin berkahwin pada tahun hadapan...tapi masalah saya ialah bakal isteri saya tidak mempunyai kerakayatan(kad pengenalan merah)...ibu bapanya menetap di sabah...sejak dari kecil lagi dia sudah diserahkan kepada ibu bapa angkat di semenanjung....namanya di dalam kad pengenalan pun tiada binti...dia memang dilahirkan di malaysia...masalahnya saya tidak tahu hendak berwalikan siapa...adakah saya boleh berkahwin dengannya seperti orang lain?

Jawapan

Wassalam,
Dalam masalah ini, anda masih boleh berkahwin dengannya dengan menggunakan wali Hakim.
Sila rujuk kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk dapatkan maklumat mengenainya.
Semoga rumah tangga yang akan dibina melahirkan genarasi Islam yang bertaqwa. Amin. Wallahu 'alam.

Zikir Semasa Haid.

Soalan

Salam .. Saya ingin bertanya, apakah hukum kita berzikir semasa kita sedang haid ( uzur )

Jawapan

Wassalam,
Dalam keadaan ini, dia diharuskan untuk berzikir menyebut nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Apa yang dilarang hanyalah membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
”Tidaklah boleh orang junub dan juga wanita haid membaca sedikit pun dari al-Quran”.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad).

Wallahu 'alam.

Adakah Suami Wajib Untuk Menanam Uri Bayi Yang Baru Lahir Atau Sesiapa Saja Boleh Tolong Untuk Menanam Uri Tersebut?

Soalan

Salam,
Saya ingin bertanya untuk Uri Bayi yang baru lahir, siapa kah yang wajib menanamnya? Adakah bapa kepada bayi tersebut atau sesiapa saja yang boleh menanamnya. Dan harus kah uri itu di bersih kan dahulu, harus tiada darah dan baru boleh di tanam atau macam mana? Waktu jam berapa yang harus ditanam dan adakah serta merta selepas bersalin harus ditanam atau boleh disimpan dahulu pada 1 - 2 hari baru boleh tanam.
Saya ingin perjelasan.
Terima Kasih

Jawapan

Uri bayi wajib di kendalikan dengan cara yang betul dan cara terbaik ialah dengan menanamnya, boleh ditanam oleh suami atau orang lain. Bagus dibasuh terlebih dahulu walau pun tidak terlalu bersih, hanya sekadar menghilangkan kesan darah sedikit sahaja sudah memadai. Bagus disegerakan dan makruh jika mengeluarkan bau. Jika sehari atau lebih sedikit adalah masih boleh diterima.

Najis Mughalazzah

Soalan

As salam
Adakah najis mughalazzah berjangkit dan 'passing' dari satu benda ke satu benda yg lain.Ceritanya begini:
Tayar kereta saya terlanggar tahi anjing dan saya basuh tayar sehingga cuci dgn air paip [= air mutlak] sehingga tiada lagi rupa warna bau najis tetapi tayar tidak disamak.
Seorang mekanik bekerja menggunakan sarong tangan telah menyentuh tayar kereta tersebut sewaktu jalankan pembaikan. Adakah sarong tangan tersebut dianggap bernajis sbb tersentuh tayar yg tidak disamak?

Jawapan

Ianya tidak di anggap najis kecuali memang ada ain/zat najis melekat padanya

Perkahwinan Telah Dibubarkan Oleh Hakim

Soalan

Saya telah berkahwin pada 10 julai 2010 dan telah melahirkan anak pada 02 hb 8 2011.. Tetapi saya telah berkahwin sindiket dan menggunakan abg saya sebagai wali sedangkn ayah saya masih hidup.. Saya telah pergi ke mahkahmah utk mndptkn pengesahan perkahwinan dan hakim memutuskn perkhwinan saya tidak sah.. Jika saya ingin bernikah semula di jawi dan membawa ayah saya adakah saya perlu mnjalani prosuder seperti kursus nikah dn sbgainya.. Dan bagaimana saya ingin mmbuat pengesahan taraf anak saya..

Jawapan

Apabila perkahwinan di bubarkan ini beerti perkahwinan itu tidak sah di sisi syarak. Banyak sebab kenapa perkahwinan itu tidak sah antaranya masaalah wali. Justeru anak itu adalah anak wati Syubhah (Persetubuhan dalam perkahwinan yg meragukan ini jika tak tahu/jahil, jika sengaja maka jatuh hukum zina). Undang-undang kita tidak mengiktiraf anak tersebut sebagai anak sah taraf, justeru pejabat pendaftaran tidak boleh menerima "suami yg tak sah" sebagai ayahnya kecuali mendapat perintah sebaliknya dari Mahkamah. Utk urusan perkahwinan di JAWI perlu mengikut semua prosedur biasa termasuk kursus kahwin. Justeru penal menasihatkan agar pasangan lain mengambil pengiktibaran dari apa yang telah terjadi ini dan jangan bertindak semberono dlm urusan kahwin. Semoga Allah mengampuni saudari atas kejahilan saudari.

Sunday, September 16, 2012

Ayam Klon Boleh Di Makan Atau Tidak

Soalan

ayam yang diklon kan adakah boleh dimakan atau tidak?

Jawapan

Boleh jika bebas najis mughallazah dan tidak memudharatkan.

Hukum Menerima Anak Luar Nikah Sebagai Suami

Soalan

Hukum menerima anak luar nikah sebagai suami

Jawapan

Anak luar nikah tak bersalah yg salah ibu bapanya, Dia sama dgn anak-anak yg lain. Harus di terima sebagai suami. Yg penting beriman dan beramal sbg muslim sejati.

Permasalahan Najis Berat

Soalan

Assalamualaikum ustaz,kaki saya terkena percikan air dari mangkuk kawan yang merupakan orang cina selepas mereka makan mi segera,saya terfikir sudah semestinya mereka menggunakan mangkuk tersebut iaitu mangkuk yang sama ketika makan daging khinzir..perlukah saya sertu kaki saya??

Jawapan

Tidak perlu di sertu, sebab hanya percikan air sahaja

Berkahwin Dengan Menjadikn Adik Lelaki Sebagai Wali

Soalan

ayah telah meninggal. bolehke seorang kakak berwalikan adik lelaki utk berkahwin

Jawapan

Boleh, sebab ayah dah tiada. Lihat susunan wali.

Nikah Senyap-senyap

Soalan

salam..saya masi belajar d ipts kota kinabalu.saya & kekasih ingin merancang untuk kahwin secara senyap2 tanpa pengetahuan keluarga kerana mereka tidak bersetuju menikahkan kami. kami takut sekiranya kami berterusan tanpa ikatan halal,kami akan terjebak dengan zina..apakah patut saya lakukan?sah ka perkahwinan kami?

Jawapan

Tidak sah, sebab untuk mendapatkan wali yang di iktiraf oleh syarak adalah sukar samaada ayah prmp atau wali hakim yg perlu ke mahkamah syariah. Jika wali tahkim (spt mana-mana ustaz) maka tak sah nikah tersebut.

Friday, September 14, 2012

Sertu Najis Mughallazah

Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya duduk atas lantai yg dipijak oleh orng cina,saya bimbang jika terdapat najis anjing atau mughallazah dari kawasan rumah mereka pada selipar mereka lalu mereka memijak lantai tersebut...perlukah saya sertu seluar saya selepas saya duduk atas lantai tersebut?? ..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes seperti ini, anda tidak perlu sertu seluar yang anda pakai sekiranya pada tempat yang anda duduk tersebut tidak kelihatan najis yang dimaksudkan.
Ringkasnya, sesuatu benda itu baru dihukumkan najis hanya apabila terkena najis yang dapat dilihat dengan mata kepala ataupun terdapat padanya sifat-sifat najis, iaitu:
1.         Bau.
2.         Warna.
3.         Rasa (guna sentuhan tangan).

Oleh yang demikian, jika pada tempat yang anda duduk tersebut tidak terdapat salah satu daripada ketiga-tiga sifat tersebut, ini bermakna tempat tersebut adalah suci dan bersih daripada najis yang dimaksudkan. Dari itu, anda tidak perlu untuk sertu seluar yang anda pakai kerana ia tidak dihukumkan najis. Wallahu 'alam.

Duit Madrasah - Ingin Pulangkan

Soalan

Assalamualaikum. Saya telah diamanahkan untuk memberi Wang sebanyak 2000 kepada sebuah madrasah sepuluh tahun lalu. Tetapi Saya telah terpakai Wang tersebut. Sekarang Saya Ingin memulangkan Wang tersebut. Saya tahu Saya berdosa besar. Bagaimanakah Saya boleh memperbaiki keadaan? Terima Kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam masalah ini, apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah menyerahkan wang tersebut kepada madrasah yang berkenaan.
Jika anda dapat mengenal pasti di mana penyumbang tersebut berada sekarang, carilah dan mohonlah maaf darinya kerana kegagalan anda menyerahkan wang tersebut sebagaimana yang beliau kehendaki.
Apabila wang tersebut telah anda serahkan, ini bermakna anda telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang selama ini anda pikul.
Ingatlah, pecah amanah adalah salah satu daripada tanda atau sifat orang yang munafiq. Perkara ini ada disebut oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam hadithnya yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, "Tanda orang munafik ada tiga: bila bercakap, dia berdusta, bila berjanji dia mengingkari, dan apabila diberi kepercayaan (amanah), ia khianat."
(Hadith riwayat Muttafaqun 'alaih).

Dari itu, bersyukurlah ke Hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana telah memberi kepada anda hidayah dan petunjuknya sebelum anda menghembuskan nafas yang terakhir. Semoga kesedaran anda ini membuatkan anda semakin hampir kepadanya dan menjadi seorang hamba yang lebih bertaqwa. Wallahu 'alam.

Kerja Dikedai Haiwan

Soalan

kerana minat terhadap haiwan, kawan saya terfikir untuk bekerja di kedai haiwan. tetapi pekerjaan di kdai itu memerlukan dia memegang anjing. Dia mahu bertanyakan apakah hukum bekerja di kedai tersebut, sedangkan memegang anjing adalah haram( betulkan jika saya salah).

Jawapan

Memegang anjing bukanlah termasuk di dalam perkara yang diharamkan di dalam Islam. ia hanyalah haiwan yang dihukumkan najis sahaja (najis mughallazah) yang perlu melakukan sertu jika bersentuhan dengan haiwan tersebut. itu pun sekiranya memegangnya di dalam keadaan yang basah.
Oleh yang demikian, kawan anda diharuskan untuk bekerja di kedai tersebut sekalipun dia perlu memegang anjing dengan syarat setiap kali hendak menunaikan solat atau setiap kali selesai bertugas dia perlu melakukan sertu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.
Di samping itu juga, kawan anda dicadangkan supaya menyediakan satu baju yang khusus semasa beliau bertugas. Hal ini sekurangnya dapat memudahkan dan menghindarkan dirinya daripada najis anjing tersebut setiap kali pulang ke rumah kerana telah menukar pakaian yang bersih dan suci daripada najis tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya beliau menukar minatnya kepada perkara yang lain agar diri beliau tidak sentiasa terdedah kepada najis tersebut. Wallahu 'alam.

Nota:
Sertu – proses membersihkan najis mughallazah menggunakan air yang dicampur dengan tanah yang bersih daripada najis dan dibilas dengan enam kali bilasan atau basuhan yang lain menggunakan air mutlak biasa (air paip).

Hukum Berniaga Membuka Kolam Memancing

Soalan

Saya bercadang untuk menjalankan perniagaan kolam memancing ? Apakah hukumnya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sesuatu pekerjaan itu terletak pada niat, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam   hadis 40 yang disusun oleh imam Nawawi .Jika anda berniat untuk membuat kolam memancing  ikan  bagi meningkatkan pendapatan secara halal itu diharuskan.
Sebaliknya jika anda membuat kolam ikan untuk tujuan peraduan memancing ikan dengan cara mengenakan wang  pertaruhan sehingga pemancing-pemancing  tersebut  leka @ lalai  menyebabkan mereka mengabaikan  sembahyang/solat maka perbuatan anda  itu diharamkan.Wallahu a'lam.

Sah Atau Tidak Mandi Hadas Besar?

Soalan

Sekira seseorang mandi hadas besar. Dia terlupa membasuh kedua-dua telingnya... Bagaimanakah mandi hadas tersebut adakah sah atau tidak?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi hadas seseorang itu akan dikira sah  apabila ia  berniat untuk angkat hadas besar diikuti dengan menjirus air di atas kepala sehingga air mandian itu merata keseluruh anggota tubuh badan.Sekiranya semasa jirusan air tersebut ada bahagian anggota yang  tidak terkena air contohnya kedua-dua telinga disebabkan rambut terlalu tebal maka mandi hadas besar itu tidak sah sama sekali.
Sekiranya keadaan ini berlaku anda hendaklah mengulangi mandi hadas besar  semula dengan niat yang baru dan menjiruskan  air bermula di atas kepala serta diratakan keseluruh anggota tubuh badan.Pastikan air mandian betul-betul sampai ke seluruh  pelusuk badan.Wallahu a'lam.

Tayar Motosikal Yang Terlanggar Bangkai Anjing

Soalan

sebelum ini saya ada melanggar bangkai anjing yang dh kering, dan saya tdk menyamaknye.sehari kemudian saya ad melanggar lopak air dan air dari lopak tersebut kena kaki saya.adakah saya perlu menyertu kaki saya?

Jawapan

dalam kes ini, kaki anda tidak perlu untuk disertu kerana ia tidak dihukumkan najis hanya kerana terkena percikan air yang dilanggar oleh tayar motor anda.
ringkasnya, tidak ada sebarang benda yang perlu disertu selepas kejadian tersebut. (langgar lopak air). Wallahu 'alam.

Aqiqah Untuk Anak Lelaki

Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin membuat aqiqah untuk anak lelaki saya. Bolehkan seekor kambing dimasak manis (seperti kurma atau kari) dan lagi seekor dipanggang?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, Islam menyerahkan kepada kebijaksanaan umatnya untuk memilih masakan yang sesuai dengan cita rasa masyarakat tempatan. Namun begitu, apa yang disunatkan hanyalah masakan yang manis bersempena dengan harapan dan hasrat agar anak tersebut juga berakhlak dan berkelakuan dengan perangai yang baik dan sopan, manis dilihat orang yang berada di sekelilingnya.
Demikianlah, mudahnya tuntutan agama ini yang tidak memberatkan penganut-penganutnya  dengan perkara-perkara yang remeh-temeh.
Dari itu, ia adalah terserah kepada pilihan anda dan keluarga di dalam memilih masakan yang sesuai dengan citarasa masyarakat anda. Namun anda dicadangkan supaya mencari resepi masakan yang manis bagi memenuhi tuntutan sunat di dalam menyediakan masakan daging tersebut. Wallahu 'alam.

Berdiri Tegak Ketika Solat

Soalan

Ketika berdiri tegak ketika solat , biasanya seseorang itu tidak boleh mendiamkan diri dengan tidak bergerak sedikit pun .. pasti seseorang itu akan menggerakkan sedikit badannya ke hadapan,belakang,kiri,kanan .. apakah hukum bergerak sedikit tersebut?

Jawapan

Hukum berdiri bagi solat fardu merupakan salah satu daripada rukun yang perlu dilaksanakan oleh mereka yang berkemampuan untuk berdiri.
Mengenai masalah yang sering dialami oleh kebanyakan orang yang tidak dapat mendiamkan diri semasa berdiri di dalam solat (tetap bergoyang sedikit), ia adalah perkara yang lumrah dan tidak menyebabkan terbatalnya solat.
Walau bagaimanapun, solat akan terbatal apabila seseorang yang bersolat itu menggoyangkan dirinya (dengan sengaja) sehingga melebihi 3 pergerakan tanpa henti.
Sebagai kesimpulannya, badan yang bergoyang sedikit dengan sendirinya semasa berdiri di dalam solat tidak membatalkan solat. Wallahu 'alam.

Maksud Nama Anak

Soalan

apa maksud nama dari Solahhudin al ayubbi bolehkah saya memberi mana itu untuk anak saya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Maksud bagi nama tersebut ialah:
1.Solahuddin- Kebaikan agama
2.al-ayubbi- Nama Nabi Ayub
Wallahu a'lam.

Hak Menjadi Wali?

Soalan

assalamualaikum.sy ingin bertanya, layakkah ayah kandung saya menjadi wali sedangkan antara ayah dan ibu saya sudah bercerai sebab ibu saya meminta fasakh kerana ayah tidak dapat memberi nafkah selepas perniagaannya jatuh. ayah saya bersetuju untuk jadi wali dgn syarat mesti diakad dinegeri ayah bukan dinegeri ibu dan ibu tidak bersetuju dgn cara ayah krn ibu ingin diakad dinegerinya. dalam masalah ini ibu ingin mnggunakan cara wali hakim.adakah sah perkahwinan saya kalau menggunakan wali hakim?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, ayah kandung anda tetap menjadi wali kepada anda sekalipun beliau telah berpisah dengan ibu anda. Ringkasnya, dia adalah wali mujbir kepada diri anda.
Mengenai perselisihan yang terjadi di antara ibu dan ayah, anda dinasihatkan supaya merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan. Serahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan dan menentukan di manakah anda perlu melangsungkan pernikahan anda dengan pasangan yang menjadi pilihan anda. Panel doakan semoga semuanya berjalan lancar dan pasangan anda adalah jodoh yang paling sesuai dan diredai oleh kedua ibu dan ayah anda. semoga berbahagia sehingga ke syurga. Wallahu 'alam.

Thursday, September 13, 2012

Nafkah Zahir Isteri Dan Anak-anak.

Soalan

Salam, saya sudah berkahwin selama 10 tahun. Pada mula2 kahwin, suami ada memberi nafkah zahir seperti duit perbelanjaan utk keperluan dapur dan diri saya tetapi setelah saya mendapat pekerjaan, suami tidak lagi menyediakannya. Kalau adapun semuanya dikira 50/50..kadang2 saya diminta untuk membayar balik kepadanya manakala untuk perbelanjaan diri saya tidak langsung disediakan. Apakah hukumnya ?. Adakah saya boleh menuntut nafkah tersebut dan macammana pengiraannya?.

Jawapan

Wassalam,
Mengenai isu nafkah zahir, ia adalah kewajipan seorang suami untuk menyediakannya. Kewajipan ini ada Allah nyatakan di dalam firmannya yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan”.
(Surah At-Talaq 65:7)

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya dapatkan nasihat daripada kaunselor keluarga yang terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda. mintalah pandangan dan cadangan daripada mereka di dalam menyelesaikan masalah ini.
Semoga kesabaran anda selama ini mendapat tempat di dalam pandangan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Panel doakan anda beroleh rahmat dan reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

Hukum Berpuasa Pada Hari Terakhir Bulan Syawal

Soalan

Assalammualaikum utz,apakah hukum berpuasa pada hari terakhir pada bulan syawal.Terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum berpuasa pada hari tersebut adalah diharuskan. Ringkasnya, jika diniatkan untuk melakukan puasa sunat bulan Syawal, ia adalah diterima. Demikian juga jika diniatkan untuk menyelesaikan puasa qadha’ yang perlu diselesaikan ia adalah diterima. Wallahu 'alam.

Takbirratulihram

Soalan

slm ustz,
melalui pembacaan saya, ketika takbiratulihram, perkataan "Allahuakbar" perlu dilafaz.
jika disebut dlm hati atau menyebut sekadar berbisik, adakah sah solat (bg wanita)?

Jawapan

Waalaikumussalam
Sah solat dan seharusnya kena berbuat sedemikian

Wednesday, September 12, 2012

Solat Jemaah Di Surau

Soalan

Assalamualaikum ustaz, mohon bertanya.
Saya pernah mendengar beberapa pendapat mengenai membawa anak kecil antara 5-7 tahun contohnya yang belum bersunat bersolat di surau. (1) Tidak boleh solat di saf dewasa kerana memecah saf, belum bersunat bermaksud mungkin ada najis melekat- Elok diasingkan dari jemaah dewasa. atau, (2) Seeloknya solat ditepi ayah untuk tujuan mendisiplin supaya tidak bermain dan membuat bising. Juga untuk mendidik anak mencintai surau dari kecil lagi. Apa pendapat ustaz?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Anak-anak yang belum berkhatan tidak boleh untuk dibawa bersolat di saf hadapan ataupun di tengah-tengah saf orang dewasa. Hal ini adalah kerana mereka masih membawa najis terutamanya di kamaluan mereka. Oleh sebab itulah mereka tidak boleh berada bersama-sama ayah atau ibu mereka untuk berada di saf orang dewasa.

2.         Mengenai cadangan kepada ibu dan ayah tersebut supaya bersolat di sisi atau di sebelah anak mereka, ia adalah satu cadangan yang baik dalam usaha untuk mendisplinkan anak mereka supaya menghormati jema’ah yang hendak beribadat.
Walaupun begitu, ibu dan ayah tersebut juga dibolehkan untuk bersolat di saf hadapan atau bersama-sama saf orang dewasa dengan menempatkan anak mereka di bahagian hujung saf dan beliau bersolat di sisi mereka. Melalui cara ini juga tidak akan menyebabkan saf terputus kerana anak tersebut berada di bahagian hujung saf dan dia tidak dikira memutuskan saf tersebut.
Walau apa pun, pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan ayah tersebut di dalam membudayakan perkara-perkara yang baik di dalam diri anak-anak mereka sudah pasti akan mendapat ganjaran yang begitu tinggi daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda yang maksudnya:
" BARANGSIAPA yang mengadakan di dalam Islam SUNNATUN HASANAH (budaya yang

baik), kemudian ditiru dan diamalkan oleh orang lain, maka sunnahnya itu

akan diberikan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan

tidak dikurangkan sedikit pun daripada pahala orang yang mengerjakannya,

dan barangsiapa yang mengadakan di dalam Islam Sunnatun sai'iah (budaya

buruk), kemudian diamalkan/ditiru oleh orang lain , maka akan diberikan

kepadanya dosa seperti dosa orang yang melakukannya dengan tidak

dikurangkan sedikit pun daripada dosa orang yang mengerjakannya".
(Hadis riwayat Muslim.)

Demikianlah ganjaran yang akan diperolehi oleh mereka yang berusaha untuk membudayakan satu amalan yang baik sehingga amalan tersebut menjadi budaya atau adat pada orang lain. marilah bersama-sama kita mulakannya dari dalam keluarga kita dahulu.
Semoga dengan usaha tersebut dapat menyemai rasa cinta anak-anak kepada rumah Allah dan membiasakan diri mereka untuk solat berjema’ah di masjid atau di surau. Seterusnya, mudah-mudahan reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadi milik sekeluarga. Insya Allah. Amin. Wallahu 'alam.

Adakah Diterima Akikah Tanpa Akad?

Soalan

adakah diterima akikah anak saya sekiranya melaksanakannya menggunakan khidmat EZ QURBAN tanpa melafazkan akad dan hanya bertulis?

Jawapan

Boleh diterima akikah melalui niat akad dengan kata-kata dan tulisan (sms,mms tel, dan seumpamanya)

Doa Untuk Ibubapa Yang Bukan Islam

Soalan

Assalamualaikum,saya ingin bertanya dan mengetahui tentang situasi ini.Sekiranya seorang anak memeluk Islam dan mendoakan agar ibubapanya diampunkan dosa.Tetapi ibubapanya bukan beragama Islam.Adakah doa anak tersebut diterima atau dimakbulkan Allah?

Jawapan

Waalaikumussalam
Mendoakan untuk kebaikan orang lain apatah lagi ibu bapa adalah sangat dituntut samada ia orang Islam ataupun bukan lebih-lebih lagi ibu bapa sendiri.  Islam menggalakkan berbuat demikian kerana pernah baginda Rasulullah kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada keluarganya yang bukan beragama Islam. semuga Allah memberkati doa tersbut.

Insuran ETIQA TAFAKUL

Soalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wakil dr pihak Cuepacs telah dtg k pejabat kami utk memberi taklimat mengenai insuran Pelan Takaful keluarga Akta Takaful 1984.apa pandangan pihak tuan?

Jawapan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Boleh didengari dan dipertimbangkan pelan takaful tersebut dan terpulang kepada anda untuk membuat keputusan, penal bukan orang takaful dan tidak mengambil sebarang takaful keluarga dari mana-mana syarikat

Bolehkah Menjual Barang Buangan Kilang Tempat Saya Bekerja Seperti Besi, Tembaga. Halalkah Duit Itu

Soalan

tempat kilang saya bekerja membuang barang buangan seperti tembaga, besi. Halalkah jika saya kutip dan menjualnye

Jawapan

Boleh berbuat demikian dan halal hasil yang diperolehi tetapi ia perlu mendapat kebenaran dari majikan kerana barang tersebut adalah hak milik majikan

Lelaki Berseluar Pendek Tidak Boleh Jadi Wali?

Soalan

Saya ada terbaca tentang perkara ini.. salah seorang selebriti yang telah berhijrah mengatakan bahawa lelaki dewasa yang memakai seluar pendek lebih daripada 3 kali tidak boleh jadi wali. Adakah ianya benar?

Jawapan

Benar demikian kerana yang boleh jadi wali itu ialah ayahnya yang beragama Islam serta berakal, bukan lelaki yang memakai seluar pindik.  sama juga dengan sembahyang memakai seluar dalam tidak sah kerana yang mengesahkannya ialah menutup aurat sekalipun memakai seluar dalam sahaja.

Permasalahan Dan Prsedur Dalam Mewalikan Sy

Soalan

salam,sy ada mempunyai abg.tetapi abg2 sy berdendam dgn arwah ayh shingga mereka enggan mewalikan sy..tetapi sy mempunyai bapa saudara yg akn mewalikan sy diats pesanan arwh sblm die mninggl..apakah prosedur yg akn diambil dalam kes sy ni..?adakah sah dan blh berwalikan bapa saudara sdangkn abg2 sy ada?

terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam
Boleh berbuat demikian iaitu menggunakan bapa saudara sebagai wali

Azan Di Surau Atau MAsjid ....

Soalan

1) Adakah ada cara yang betul untuk azan contoh nya berapa harkat panjang azan ?

Jawapan

Azan boleh dilakukan dalam berbagai harakat berdasarkan minat pengazam dan kesesuaiannya (suara dan lagunya)

Status Ibu Kepada Anak Luar Nikah

Soalan

Jika seseorang perempuan itu mengandung anak luar nikah dan tidak berkahwin kerana lelaki yang tidak bertanggungjawab tidak mengaku itu adalah anaknya tetapi hakikatnya anak tersebut adalah anak lelaki tersebut. Bagaimanakah status ibu kepada anak luar nikah tersebut adakah dia janda atau pun bujang?

Jawapan

Masih lagi bujang kerana perkahwinan tidak wujud sekalipun sudah ditidurinya dan menyetubuhinya sehingga melahirkan anak tersebut.

Tuesday, September 11, 2012

Saya Mempunyai Masalah Kencing Tidak Lawas

Soalan

Panel pernah memberitahu bahawa najis kencing tak lawas tersebut adalah dimaafkan? apakah maksud panel yg najis tersebut dimaafkan? Penyakit ini mmg sukar dikawal .. terlampau darurat

Jawapan

dalam masalah ini, air kencing tersebut digolongkan di dalam kategori najis yang dimaafkan adalah kerana kesukaran untuk menghilangkan/membersihkannya dari diri pesakit, dan ini akan menyebabkan kesulitan kepada dirinya untuk mengerjakan/mendirikan ibadat yang mensyaratkan suci daripada najis dan hadas  sebagai syarat sahnya khususnya solat.
Oleh sebab Islam yang sifatnya adalah murunah (anjal/fleksibel), ia memberi kelonggaran ataupun rukhsah kepada pesakit tersebut untuk menerima solat yang didirikan oleh pesakit tersebut sekalipun terdapat pada dirinya najis dengan syarat ia telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwudhu’.
Demikianlah maksud najis yang dimaafkan. Semoga jawapan di atas dapat memberi penjelasan terhadap persoalan yang dimusykilkan oleh anda. Wallahu 'alam.

Menggantung Gambar Haiwan Dan Manusia Di Rumah

Soalan

Apakah hukumnya menggantung gambar-gambar seperti berikut:-
1) gambar-gambar fotograf haiwan dan lukisan haiwan?
2) gambar-gambar fotograf potrait diri sendiri dan keluarga/suami isteri, anak-anak, bayi dan orang?
3) lukisan/gambar orang termasuk diri dan keluarga?
4) lukisan-lukisan abstrak yang menyerupi bentuk manusia?
5) gambar-gambar orang ternama seperti perdana menteri dan agung/permaisuri seperti yang didapati di kedai-kedai dan pejabat-pejabat kerajaan.

Jawapan

Hukum menggantung gambar-gambar tersebut adalah diharuskan dengan syarat ia tidak diagung-agungkan ataupun dijadikan sebagai bahan sembahan. Wallahu 'alam.

Hukum Tidur Sekatil Bersama Isteri Dan Adik Ipar Perempuan

Soalan

hukum tidur sekatil bersama isteri dan adik ipar perempuan

Jawapan

Jika adik ipar masih kanak-kanak dan masih tak menegentahui tentang aurat adalah dibolehkan jika dah besar maka haram.

Akad Nikah Secara Paksaan

Soalan

Adakah sah akad nikah yg keadaan wali dalam paksaan dalam masa yang sama tanpa pengetahuan pengantin perempuan?

Jawapan

Sah bagi wali mujbir (ayah) menikahkan anak perempuannya tanpa pengetahuan anak (pengantin perempuan).  Walau bagaimanapun amat tidak sesuai seseorang wali (ayah) menikahkan anaknya secara paksa dengan tidak dipersetujui oleh anak mereka.

Hutang Antara Adik Beradik

Soalan

Apakah hukumnya seseorang yang berhutang itu tidak membayar hutangnya sedangkan dia mampu untuk melangsaikan?sehinggakan org yg memberi hutang menghalalkan shj kerana terlalu lama menanti untuk org itu membyr hutang.dan adakah sy sbg isteri boleh, tidak menghalalkan hutang tersebut krn duit tersebut adalah duit suami dan sy ada hak untuk meminta

Jawapan

Assalamualai8kum.
Salah dan berdosa penghutang tidak membayar hutang melebihi tempuh yang ditentukan. dan orang lain samada isteri atau ibu bapa sendiri tidak boleh menghalalkan atau memaafkan hutang yang tidak dibayar selain dari pemberi hutang

Adakah Taubat Saya Diterima?

Soalan

Apakah hukuman yang bakal diterima dari Allah SWT oleh isteri berzina?

Jawapan

Bferzina adalah dosa besar dan hukum syarak (al-Quran) menetapkan kesalahan berzina hendaklah di rotan sebanyak 100 kali rotan atau direjam bagi pasangan yang sudah berkahwin.  Walau bagaimanapun seseorang penzina perlu sentiasa memohon ampun dan rasa keinsafan atas kesalahan zina yang dilakukan tempun hari kerana Allah sentiasa memaafkan / menerima hambanya yang bertaubat.

Pembatalan Air Sembahyang Antara Anak Angkat

Soalan

assalamualaikum ust, sy dan suami telah mengambil seorg ank angkat lelaki dan akak kandung saya pernah menyusukan anak kami tersebut jadi sy ingin tahu batal ke air smbhyg sy dgn ank angkat sy itu.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak batal air sembahyang tersebut atas penyusuan yang mengenyangkan oleh saudara (kakak kandung) tersebut

Nafkah Isteri Selepas Bercerai

Soalan

Slm..merka telh bernikah selama 3 bln.merka tidk duduk brsama kerana suami kerja di tmpat lain.selama mereka nikah 3 blan tu,suami tidak pernah menyetubuhi isterinye n nafkah pn tidk di beri secukupnye(itu pandngan dr seorg isteri).slepas itu mereka brcerai atas sbb yg tertentu.adakah isteri boleh menuntut nafkah yg 3bln tu yg dianggap isteri diabaikan n mcmne plk dgn nafkah2 yg lain slps brcerai?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Isteri berhak menuntut nafkah selama masa tersebut dan isteri juga berhak menuntut nafkah idah (selepas bercerai) dan juga mutah (pemberian saguhati suami  terhadap isterinya selepas berlaku penceraian).  Jika isteri tidak pernah disetubuhi sepanjang perkahwinan tersebut si suami berhak menuntut separuh dari mas kahwin yang telah diberikan itu.

Perkahwinan Luar Kawasan

Soalan

saya ada seorang adik ipar perempuan yang tinggal di melaka.dia telah menikah dng seorang lelaki mempunyai seorang isteri dan tinggal di johor baru.mereka telah bernikah di kuala selangor hampir 2 tahun.adakah nikah mereka sah menggunakan wali hakim padahal bapa dan emak mertua saya masih hidup
lagi dan nikah pula di luar kawasan.apakah prosidur utk menggunakan wali hakim.saya dah tanya pada mahkamah syariah kajang dan jawapannya tak sah.tolong huraikan.

Jawapan

Benar apa yang dijawab oleh mahkaman syariah dengan alasan:
1. Mungkin Perkahwinan tersebut berbentuk perkahwinan sendikit yang menggunakan wali hakim yang tidak diiktiraf sebagai wali hakim (seseorang individu tidak boleh menjadi wali hakim dalam perkahwinan kecuali dilantik oleh pehak berkuasa agama )
2. ia perlu melapurkan perkara ini kemahkamah syariah untuk mendapatkan keputusan yang sewajarnya kerana perkahwinan sedemikan disamping tidak sah ia juga merupakan salah dari segi syarak dan peraturan syariah.

Monday, September 10, 2012

Alam Barzakh Kanak-kanak Yang Meninggal

Soalan

saya baru kematian anak pada 12 ramadhan yang lepas. saya sering memikirkan keadaan anak di alam barzakh. adakah dia mengingati ibu bapanya di dunia? saya sering memohon kepada allah untuk melihat keadaannya di dalam mimpi. adakah perbuatan saya dibolehkan dalam Islam? Sejak kematiannya saya sering menziarahinya dan bercakap di kuburannya.

Jawapan

Ya disebut dalam hadis yang banyak bagaimana kanak-kanak mengingati ibu bapanya di alam barzakh bahkan kanak-kanak tersebut akan menanti ibu bapanya di syurga. Jika tidak ingat bagaimana dia nak menanti?. Perbuatan puan adalah diharuskan.

Key-chain Berbentuk Haiwan Dan Lukisan Mumia Firaun

Soalan

saya punya kawan bukan islam yang memberikan hadiah berbentuk key-chain selepas mereka balik bercuti, masalahnya key-chain yang diberi berbentuk ukiran binatang (gajah) dan lagi satu kertas papyrus yang dilukiskan mumia firaun tut... adakah boleh disimpan atau lebih baik dibuang atau diberi kepada kawan bukan islam yang lain... terima kasih

Jawapan

Pemberian tersebut boleh disimpan dengan syarat ia tidak dimuliakan.
Namun, jika anda ingin memberinya kepada rakan bukan Islam yang lain, ia adalah terserah kepada pertimbangan diri anda sendiri. Wallahu 'alam.

Membaca Surah2 Dalam Solat

Soalan

As salam, saya ingin tahu kalau dibenarkan membaca sebahagian dari ayat-ayat dalam surah dari membacanya dengan penuh, dan juga tatatertibnya.
Sebagai contoh, andaikata saya membaca surah al-alaq (yang mengandungi 19 ayat), tapi hanya membaca 15 ayat sahaja (kerana masih belum habis menghafal), adakah dikira tidak sempurna atau makruh? Seperti surah Al-baqarah dan surah-surah lain yang agak panjang, apakah bilangan minimum ayat-ayat yang dikira memadai dibaca dalam solat? sekian terima

Jawapan

Saudara boleh membaca apa yang saudara mampu Firman Allah "Bacalah apa yang mudah bagi kamu dari Al-Quran'. Sekurang-kurangnya bacalah walau 1 ayat sahaja.

Apa Hukum Suami Mengabaikn Nafkah Batin

Soalan

a,kum,sy ingin bertanya apa hukumnya bila suami tidak memberi nafkah batin yg sepatutnya utk isteri. utk pengetahuan ustaz suami sy br berkahwin dgn wanita 21thn. jd dia byk habiskn masa dgn isteri muda. bila sy bertanya dia ckp sy dh tua n patut tahan nafsu. umur sy 32thn utk pengetahuan ustaz. dh berbagai cara kami berbincang.. apa hukumnye suami tak berlaku adil. cuma duit saja yg dia bg. sy makin buntu n mengalami tekanan perasaan. blh ke sy tuntut fasakh.. suami x nk lpskn sy.. t.ksh.

Jawapan

Puan berhak menuntut fasakh dengan alasan yang ada dan sepatutnya suami tak boleh abaikan puan, HARAM hukumnya.

Apa Hukum Bersedudukan Dengan Adik Ipar?

Soalan

Salam,saya ingin bertanyekan apakah hukum seorang kakak ipar disuruh bersedudukan dengan adik ipar lelaki walaupun mak mertua ada bersama..tolong ustaz..

Jawapan

Ianya adalah jelas perbuatan yang haram. Puan boleh mengadu ke Pejabat Agama Islam berdekatan Bahagian pengutkuasaan dan pendakwaan untuk mengambil tindakan.

Kemusykilan Tentang Puasa Nazar Yg Mempunyai Tempoh Masa Utk Ditunaikan

Soalan

assalamualaikum..lebih kurang 2 bulan yg lepas, saya ada bernazar andai saya ditawarkan tempat utk sambung pengajian ijazah, saya mahu berpuasa enam . skrg sudah hampir ke bulan zulkaedah dan saya hanya sempat berpuasa selama 4 hari. soalannya boleh tak saya tunda baki 2 hari tu ke hari lain yg mengizinkan saya puasa? kalau perlu bayar fidyah maknanya adakah saya kena puasa 6 hari sbb sy tertinggal 2 hari( 3 hari puasa fidyah=1 hari tak bayar nazar) ?? sekian wassalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, jika puasa enam yang anda maksudkan adalah puasa enam di bulan Syawal, maka anda perlu bersegera untuk menyelesaikannya kerana baki hari yang tinggal hanya 7 hari sahaja lagi.
Oleh itu, anda perlu segera untuk berpuasa 2 hari lagi bagi menyempurnakan puasa nazar tersebut dan ia tidak boleh untuk dibawa atau ditangguhkan pada bulan-bulan yang lain.
Namun, jika anda tidak sempat untuk menghabiskan baki 2 hari lagi sebelum tamatnya bulan Syawal (sama ada sengaja atau keuzuran,) maka anda perlu membayar Kifarah Nazar kerana kegagalan anda untuk melaksanakan nazar tersebut.
Berikut adalah Kifarah Nazar yang perlu anda bayar:
1.  Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin, atau
2.  Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin, atau
3.  Memerdahekakan seorang hamba yang mukmin, atau
4.  Berpuasa 3 hari. Bagi Mazhab Syafi’i tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Hukum melaksanakan nazar adalah wajib. Manakala hukum menyambut hari raya Aidilfitri (rumah terbuka) hanyalah sunat sahaja.
Oleh itu, utamakanlah perkara yang wajib terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang sunat.
Panel mendoakan semoga anda sempat untuk menyelesaikan baki puasa enam tersebut. berkorbanlah kerana kewajipan puasa tersebut adalah di atas ketetapan anda sendiri  dan semoga rahmat Allah sentiasa memayungi anda. Wallahu 'Alam.

Nota:
Sila rujuk ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berdekatan untuk membuat bayaran tersebut. Wallahu 'alam.

Persoalan Bulu Haiwan

Soalan

Assalamualaikum Ustaz.. sya ingin m'buat p'tnyn b'kenaan bulu haiwan.. semasa sy menaiki kereta sy t'nmpk sehelai bulu di tmpt penyandar sit depan. tp tdk mengetahui itu bulu dtg dari mana. dlm fikiran saya hnya bulu kucing or anjing. tp setahu sy, sy xprnh mbawa haiwan ke dlm krta. sy membuang bulu 2 menggunakan tisu dan keadaan sit juga kering. melalui pndngn uztas apakah yg sy prlu buat? prlu ka sy samak/sertu sit tersebut dan pakaian sy sbg lngkah kalau betul tu bulu anjing tau biarkan sj?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam kes ini anda tidak perlu untuk menyertu kusyen kereta ataupun pakaian anda yang bersentuhan dengan bulu tersebut.
Hal ini adalah kerana status bulu tersebut adalah tidak diketahui. Oleh itu, tidak ada apa-apa yang perlu anda lakukan melainkan membuangnya sahaja. Wallahu 'alam.

Mengubah Ciptaan ALLAH Swt

Soalan

Asslamualikum ustaz.....sepertimana yang kita tahu, mengubah ciptaan Allah adalah haram kan?
so sekarang byk product kecantikan seperti pil pemutih.. gel pemutih gigi, and ubat kurus mcm2 lg la
ape hukumnya kalo kita mengambil salah satu produk contoh untuk memutihkan muka.....mohon pencerahan ustaz...

Jawapan

Sekadar pemutih itu maka ianya tidak termasuk dalam mengubah ciptaan Allah, yang mengubahnya seperti membuang kening utk cantik, pembedahan plastik, tukar jantina dll.

Perkahwinan Antara Isteri Pakcik Dengan Sepupu Lelaki

Soalan

Salam...saya ingin bertanya satu soalan
Pakcik saya belah ayah saya berkahwin dengan seorang perempuan..
Selepas 10 tahun dia bercerai dengan isterinya.
Kemudian isteri pakcik saya tadi berkahwin dengan sepupu saya lelaki...
Halal ke haram.. apa hukum nye boleh berkahwin atau tidak?

Jawapan

Sekiranya sepupu itu anak pakcik maka haram, jika sepupu bukan anak pakcik maka tak haram.

Apakah Hukum Menjawab Atau Menghormati Azan Di Tv

Soalan

Apakah hukum menjawab atau menghormati azan di tv walaupun lebih awal atau tidak sama dengan waktu di tempat kita ?
Adakah berdosa ?
Mohon penjelasan .....

Jawapan

Tidak berdosa bahkan di sunatkan berbuat demikian Firman Allah "Sesiapa yang memulialkan syiar Allah sesungguhnya ianya dari hati yang bertakwa". Azan salah satu dari Syiar Allah.

Musykil Solat Jamak Hari Jumaat Bagi Perempuan Bermusafir

Soalan

Assalamualaikum..Saya ingin bertanya tentang hukum sembahyang Jamak dan Qasar bagi orang perempuan yang bermusafir pada hari jumaat (sebelum @ selepas subuh jumaat)..Adakah hukumnya sama dengan lelaki?
1) Boleh melakukan solat jamak dan qasar sama seperti hari lain?Boleh buat Jamak Takdim @ Taakhir?
2) Jika perempuan itu mendirikan solat jumaat, adakah hukumnya sama dengan lelaki juga pada hari tersebut?

Jawapan

1)- Ya ianya di bolehkan samaada t Jamak Takdim @ Taakhir. 2)- Ya hukum perempuan juga sama seperti lelaki dalam keadaan itu.

Perlu Mandi Wajib Kah?

Soalan

slm,
jika sy (wanita) tidak sengaja termasukkan jari ke dlm vagina semasa membasuh hadas kecil, perlukah saya mandi wajib? krn setahu sy, sebarang objek yg masuk ke vagina perlukan mandi wajib. adakah bnr?

Jawapan

Saudari tak pertlu mandi wajib sebab ianya tidak termasuk dalam perkaya yang mewajibkan mandi.

Persoalan Kotor Atau Najis

Soalan

Assalamualaikum. sy ingn m'buat p'tnyaan..pg td semasa sy hndk ke kedai makan. sy trnmpk seseorg sdng minum air mineral dan kalau x silap saya org itu berbangsa cina dan m'buang sisa lebihan air ke jalan dan mungkin terkena pada kasut dan seluar saya. melalui pndgan ustaz perlukah sy sertu/samak seluar dan kasut saya tau hanya memcuci dengan air mutlak sj?? kita sedia maklum org bukan muslim makan babi.. dan adakah sah solat sy sekiranya saya menunaikan solat m'gunakn seluar tersebut? wasalam

Jawapan

Jika sekadar terkena percikan air mineral dan tidak ada najis padanya maka air iru adalah suci dan tak perlu di basuh. Sah solat saudara menggunakan seluar tersebut.

Friday, September 7, 2012

Air Keluar Dari Faraj Ketika Solat

Soalan

Assalamualaikum Ustaz.
Setiap kali Selepas membersihkan badan,kemudian bersiap2 tuk menunaikan solat,saya terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluan saya,Selepas menunaikan solat,saya ke bilik air dan dapati panty liner @ seluar dalam tiada kesan darah tetapi lembab dengan cecair jernih. bagaimana dengan solat saya..?sah atau tidak.?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam kes ini, wudhu’ yang anda ambil adalah terbatal. hal ini adalah kerana terdapatnya sesuatu yang keluar daripada faraj anda.
disebabkan itu, solat yang anda kerjakan juga adalah tidak sah kerana wudhu’ yang telah anda ambil terbatal, dan ini juga menyebabkan anda perlu mengqadha’ solat tersebut kerana ia tidak sah. Wallahu 'alam.

Oleh sebab itu, anda perlu mengqadha’ solat tersebut kerana ia adalah tidak sah. Wallahu 'alam.

Abang Ipar Tinggal Sekali

Soalan

kakak&suami tinggal bersama kami sekeluarga.xtahulah sbb xmampu ke apa.mslhnya hr2 bekerja cuma tinggal sy ibu&abg ipar sy tu.ibu sy pula setiap pg menghadiri ceramah agamala,kuliah tajwid,baca kitab dll.berdosakah sy tinggal dgn ipar sy tu dirumah.abg ipar sy tu xbekerja.apa yg perlu sy lakukan.kdg2 sy menonton tv didepan ipar di bilik.kdg2 sy duduk je dlm bilik.rasa agak kurang selesa jugala bg sy.mak sy tahu hukum tp tetap tinggalkan saya juga setiap hr

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, hukum anda tinggal bersama abang ipar anda di rumah sementara kakak anda keluar bekerja dan ibu anda keluar dengan urusannya adalah tidak berdosa kerana ia memang tidak dapat untuk dielakkan.
Walau bagaimanapun, anda perlu menutup aurat anda apabila berada di hadapan abang ipar anda sekalipun semasa menonton televisyen. Wallahu 'alam.

Menolak Dan Mengembalikan Sihir.

Soalan

Assalamualaikum ustaz,berdosakah mengembalikan sihir yang dihantar kepada kita kepada org yang menghantar sihir itu umpama seseorang yang memberikan kita makanan anjing untuk dimakan tetapi kita menolaknya dan mengembalikan semula makanan anjing pada orang itu semula?

Jawapan

Ianya adalah diharuskan sekiranya di buat menggunakan Al-Quran. Jika menggunakan sihir untuk lawan sihir maka ianya adalah haram. Memang ada ulamak yang pandai dapat melakukannya menggunakan Al-Quraan sehingga sihir tersebut "makan tuan"

Hukuman Mencederakan Orang

Soalan

Saya telah dipukul dengan bapa saya kerana saya tidak mahu balik ke kampung. Alasan nya ialah pada hari kejadian ibu saya telah memarahi saya dgn perkataan kesat,(Aku doakan kau mati dlm azab) kerana saya memakai pewarna kuku. Di waktu itu saya baru saja bangun tidur dan berkata sedemikian.akibat dari dipukul, saya telah patah tangan kiri,external bleeding pada mata putih dan lebam di bdn.Adakah saya patut mendapat hukuman sebegitu dari mereka? Atau mereka patut dihukum kerana mencederakan saya?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam hal mendidik anak-anak, Rasulullah saw pernah mengajar kaedah mendidik anak-anak di awal usia seperti mengajar anak mendirikan solat. Sebelum usia mencecah 7 tahun ibu bapa wajib memerintahkan anak-anak untuk mendirikan solat lima waktu. Tetapi apabila mencecah usia 10 tahun sekiranya si anak masih tidak mendirikan solat maka wajib bagi ibu bapa memukul anak itu sehingga dia mendirikan solat. walaubagaimanapaun pukulan itu hendaklah dengan niat untuk mendidik anak-anak, bukan atas kemarahan yang didorong oleh nafsu amarah semata-mata.
Dalam hal yang berlaku ke atas saudari, dalam usia saudari ini sememangnya masih dalam tanggungjawab ibu bapa mengawal dan mendidik saudari. Selaku anak kita tidak berhak untuk menjatuhkan sebarang hukuman ke atas ibu bapa kerana sebab merekalah kita wujud di atas muka bumi ini. Seperti larangan yang terdapat dalam al-Quran bahawa kita dilarang menyebut walau perkataan "Ah" terhadap ibu bapa.
Ibu bapa telah membesarkan kita tanpa menagih sebarang balasan seperti wang atau sebagainya. Anda selaku anak perlu memahami kenapa ibu atau bapa sanggup memberi hukuman kepada anda sebegitu.
Selaku anak kita tidak boleh berdendam dengan ibu bapa bahkan kita digalakkan untuk mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita.
wallahua'lam

Qada Solat Tahajud

Soalan

saya ingin melakukan solat tahajud, tapi hanya bangun semasa azan subuh dilaungkan. bolehkah saya menqadakan solat sunat tahjud sejurus selepas melakukan solat subuh?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Tiada Qadha bagi solat tahajjud.
Solat tahajjud dilakukan sepertiga malam. Kerana ia adalah  waktu yang paling afdhal melakukan solat tahajjud.

Saya Yg Masih Jahil

Soalan

As salam,sy kurang fahamla.ada mengatakan waktu buang air kalau percikan air kencing kena seluar itu najis dimaafkan.sy juga ada baca kalau 1 2 titisan air kencing menitik pd seluar solat jd xsah.bgmana tu.apa bezanya.2)bolehkah kongsi telekung dgn org yg kita tahu dia memakai syampu yg xada tanda halal lebih2 lg beli di saloon cina yg xtahu kehalalannya.3)lap kaki didpn bilik mandi xtahu suci@x(maybe lebihan air kencing pd kaki seseorg).bolehkah kita lap sesudah mandi lebih2 lg slps ambil wuduk

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Najis yang terpercik walaupun sedikit ia tetap najis dan sekiranya percikan itu dapat dilihat dengan mata kasar terkena mana-mana bahagian anggota badan atau pakaian maka hendaklah dibersihkan. Sekiranya sekadar was-was atau ragu maka tidak wajib dibersihkan.
Boleh berkongsi pekaian atau sebagainya ini kerana kita selaku orang Islam turut sama boleh berkongsi dengan orang bukan Islam sama ada dari sudut peralatan pejabat atau sebagainya.
Apabila membuang air sama air kecil atau besar hendaklah dibersihkan sehingga yakin bersih. Maka tidak timbul atau adanya lelehan atau sebagainya di bahagian kaki. Yang dikatan lelehan itu hanyalah lebihan air yang telah digunakan ketika bersuci.
Dalam hal ini apa yang lebih penting ialah rasa yakin tentang kebersihan dan elakkan perasaan was-was kerana ia datangnya dari syaitan yang sering menggangu umat Islam dari melakukan amal ibadah.
Wallahua'lam

Hukum Mandi Jenazah Isteri/suami

Soalan

APAKAH DIBOLEHKAN MEMANDIKAN JENAZAH SUAMI/ISTERI OLEH PASANGANNYA?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Harus bagi pasangan sama ada suami atau isteri si mati untuk memandikan mayat pasangannya.
Wallahua'lam

Mencari Pekerjaan Lain Ketika Waktu Bekerja

Soalan

Salam, saya seorang eksekutif di sebuah syarikat limbungan kapal di selatan tanah air sejak 2009. Saya merupakan graduan dari sebuah akademi laut di Malaysia yang ditaja oleh sykt.Saya ingin bertanya
apa hukumnya jika pada tahun lepas saya telah menggunakan komputer dan perkhidmatan internet syarikat ketika waktu bekerja untuk mengisi borang permohonan ke SPA (perkhidmatan awam) online. Tahun ini saya telah dipanggil ke temuduga dan katakan saya berjaya temuduga tersebut dan mendapat kerja itu?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Segala kelengkapan pejabat adalah satu kemudahan yang boleh digunakan.
Tidak menjadi kesalahan sekiranya anda mengisi permohonan SPA, dan sekiranya anda layak dalam temuduga maka itu adalah rezeki dari Allah swt.

Mandi Wajib Dan Solat Jumaat

Soalan

Assalamuallaikum........saya ingin tahu adakah sah jika sembahyang solat jumaat, jika tidak mandi wajib????air mani saya terkeluar semasa tidur dan saya hanya perasan selepas bangun dari tidur....saya bangun pukul 6 pagi kerana saya nak pergi ke sekolah dan hari itu merupakan hari jumaat....kerana itu saya tak sempat mandi wajib pada pagi tersebut......selepas sekolah saya kena pergi ke sembahyang solat jumaat.....adakah sah solat tersebut????

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, Solat Juma’at yang anda kerjakan adalah tidak sah. Hal ini adalah disebabkan keadaan diri anda yang tidak memenuhi syarat sah mengerjakan solat, iaitu tidak suci/bersih daripada hadas besar (keluar air mani).
Dari itu, anda dinasihatkan supaya bersegera mandi wajib dan lakukan qadha’ bagi menggantikan solat yang tidak anda kerjakan, iaitu
Solat Subuh dan Zohor. Wallahu 'alam.

Nota:
Anda tidak boleh mengqadha’ Solat Juma'at dengan mengerjakan solat sebanyak dua raka’at (sebagaimana Solat Juma’at), tetapi anda perlu menggantikan solat tersebut dengan mengerjakan Solat Zohor (dengan 4 raka’at).

Sah Kah Solat Sekiranya Tidak Mandi Wajib Selepas Mimpi Basah

Soalan

saya telah bermimpi bersetubuh dengan sejantina saya sehingga kluar air mani di dalam mimpi itu tp realitinya,saya tidak mengeluarkan apa2 air mani pun setelah bgun dr tdur...adakah sah solat yg saya suda lakukan selama ini tanpa mndi wajib?

Jawapan

Oleh sebab tidak sampai keluar air mani, ini bermakna anda tidak diwajibkan untuk mandi wajib. Oleh itu, solat yang telah anda kerjakan adalah sah. Wallahu 'alam.

Keliru Ttg Kenyataan Puasa Enam Dan Puasa Ganti Boleh Disatukan

Soalan

sesetengah drpd penerangn panel dlm setiap jwpn soalan2 ini adalah brbeza2.bolehkah pihak panel berikan 1 jwpn yg boleh mnyakinkn smua pihak trutmanya bg org2 yg br mengenal islam sprti saya ini..tidak ktrlaluan jika saya katakan sekiranya,trdptnya jwpn2 yg brbeza2 dr pihak panel maka ia boleh mngelirukn dan klu lah org bukn muslim nmpk kntaan yg bgini,apakah mereka akan mprolok2kn agama islam ini sprtinya bhwa kita islam hanya mahu mngikut pndangn sndri dan tidak berlandaskn kenyataan yg sahih

Jawapan

Ya, boleh. Dalam mazhab Syafie boleh menghimpunkan 1 niat yang wajib dengan mana-mana sunat dalam solat dll amalan seperti kes di atas. Inilah pendapat yang asah dalam mazhab syafie. Tidak dinafikan  dalam kes seumpama ini terdapat khilaf ulamak justeru itulah terdapat perbezaan dalam jawapan yang di beri. Ini belum di ambil kira pendapat dalam mazhab-mazhab yang lain lagi. Jika kesemua perkara ini di dedahkan akan menimbulkan kekeliruan dalam kefahaman terutama bagi yang tidak memahami fiqh perbandingan dengan mendalam dan dalil-dalilnya.
Dalil ianya di bolehkan ialah perbuatan Nabi s.a.w solat dua rakaat selepas masuk masjid sebelum solat Jumaat. ulamak khilaf apakah solat yang Nabi buat tersebut? ada yang kata solat tahayyatul masjid. Ada kata solat sunat sebelum Jumaat, Ada kata Nabi niat dua-dua sekali. Dari sinilah timbulnya khilaf dan hukum berkaitan di atas. Dalam Fiqh perkara seumpama ini adalah lumrah. Justeru kita kena tahu dalilnya untuk memahaminya.

Niat Puasa 2 Dalam 1 , Puasa 6 Dan Puasa Ganti

Soalan

Assalamualaikum , persoalan yang saya ingin tanyakan ialah boleh kah kita niat berpuasa 2 dalam 1 iaitu niat puasa 6 di bulan syawal dan puasa ganti ?

Jawapan

Ya, boleh. Dalam mazhab Syafie boleh menghimpunkan 1 niat yang wajib dengan mana-mana sunat dalam solat dll amalan seperti kes di atas.

Wednesday, September 5, 2012

Bernikah Dengan Suami Orang

Soalan

assalamualaikum...
saya seorang janda dan telah melakukan dosa besar dengan menjalinkan hubungan dengan suami orang walaupun dia dan isterinya tidak sebumbung tapi mereka belum bercerai lagi.
hasil dari hubungan kami, saya telah melahirkan seorang anak yang kini berusia 3bulan.. kedua ibu bapa saya telah meminta kami bernikah..
persoalannya bolehkan kami bernikah sedangkan kes penceraiannya masih lagi belum selesai dan ditangguhkan lagi?

Jawapan

Ya boleh berkahwin dengan membuat permohonan poligami. Jika dia telah menceraikan isterinya dan hanya menunggu pengesahan lafaz cerai dari mahkamah itu senang dan tidak memakan masa yang panjang. Habis edah isterinya dapat sijil cerai terus dia boleh kahwin lain tanpa perlu buat permohonan poligami.

Mandi Wajib Dan Wuduk

Soalan

assalmualaikum...adakah sah mandi wajib jika sebelum mandi sye berwuduk dan wuduk itu sye basuh kaki skali?terima kasih..

Jawapan

Ya sah mandi wajib cara begitu, tetapi berwudhuk itu ikut cara mandi rasulullah s,a,w bukannya wuduk utk solat (sebab tak sah wudhuk itu sblm selesai mandi hadas besar).

Tuesday, September 4, 2012

Wuduk Dan Solat

Soalan

Assalamualaikum,
saya ingin bertanya, mak kepada bos saya sakit terlantar dan memakai pampers sentiasa. ibunya telah terlalu uzur dan perlukan bantuan orang lain untuk bergerak dan sebagainya.
bagaimana cara untuk mengambil wuduk dan solat yang sesuai?

sekian, terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini, ibu boss anda perlu dibantu untuk berwudhu’ pada setiap kali beliau hendak mendirikan solat.
Sebelum berwudhu’ perlu dibersihkan dirinya dan pempers yang dipakainya daripada segala bentuk najis. Setelah itu, wudhu’kanlah dirinya dan minta beliau terus mendirikan solat.
Dalam pada itu, jika ibu boss anda menghadapi masalah untuk mencari pembantu yang boleh membantu dirinya untuk membersihkan diri dan berwudhu’, beliau dibolehkan untuk mengerjakan Solat Jamak, iaitu sama ada:
1.         Zohor dan Asar didirikan dalam waktu zuhur (Jamak Taqdim), atau
2.         Zohor dibawa ke dalam waktu Asar (Jamak Ta’khir), atau
3.         Maghrib dan Isya'' didirikan dalam waktu Maghrib (Jamak Taqdim), atau
4.         Maghrib dibawa ke dalam waktu Isya'' untuk didirikan (Jamak Ta’khir).

Walau bagaimanapun, ibu boss anda tidak boleh memendekkan solat fardu yang mempunyai 4 raka’at menjadi 2 raka’at (Qasar) kerana keadaan beliau tidak mengizinkan untuk melakukannya. Qasar hanya bagi orang yang sedang bermusafir sahaja.
Ringkasnya, ibu boss anda dibolehkan untuk melakukan jamak apabila beliau menghadapi masalah orang yang hendak membantunya membersihkan diri.
Panel mendoakan semoga ibu boss anda segera pulih dan mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. Wallahu 'alam.

Berbuka Puasa Ganti

Soalan

assalamualaikum ustaz..sy nk tny klu seseorng tu puasa ganti lepas tu dia nk berbuka kerana rse nak mkn boleh ke ustaz?? ada yg kate x boleh dan ade yg kate klu berbuka jgk kne ganti dua kali ganda..sy konfius ustaz..mohon penerangan yg terpeinci..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Pendapat-pendapat tersebut tidak ada kebenarannya. Mereka yang sedang berpuasa qadha’/ganti dibolehkan untuk berbuka.
Namun begitu, adalah dinasihatkan kepada mereka yang mempunyai hutang puasa supaya bersegera mengqadha’nya kerana hukum melakukannya adalah wajib. Wallahu 'alam.

Solat Di Atas Tangki Najis

Soalan

assalammualaikum.saya mempunyai sebuah rumah yang telah disambungkan bahagian dapurnye..saya telah membina sebuah bilik,di dalam bilik berkenaan terdapat tangki septik.masalah saya bolehkah saya membuat bilik berkenaan sebagai bilik solat dan bolehkah saya melakukan solat di atas tangki septik berkenaan?harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah saya.

Jawapan

Dibolehkan selama mana ianya tidak mengeluarkan bau atau ada najis pada bilik itu.

Keyakinan Berhadapan Dengan Masyarakat

Soalan

Saya ingin bertanya tentang bagaimana ingin mendapatkan keyakinan diri berhadapan dengan masyarakat apabila berkhawin pada usia muda.? Ini kerana masyarakat selalu beranggap khawin muda tidak lagi sesuai pada masa sekarang. Saya mohon pertolongan. Terima kasih

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Perkahwinan pada usia yang muda adalah baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Saudara sepatutnya tidak perlu mengihiraukan pendapat masyarakat kerana saudara sudah mempunyai hubungan yang sah dan halal dari sudut agama.
Hidup kita di atas muka bumi ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt sahaja. Menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling adalah perkara yang paling baik dan sangat dituntut. Selagi kita mengelakkan perkara maksiat dan melakukan amal ibadah maka itu adalah yang lebih baik.

Solat Taubat Nasuha

Soalan

masa bila kita boleh melakukan solat taubat nasuha?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Adalah lebih afdhal melakukan solat taubat ialah pada sepertiga malam di mana semua manusia nyenyak tidur. Dalam masa tersebut adalah paling sesuai kerana boleh mengahadirkan rasa khusyuk dan boleh menumpukan sepenuh perhatian ibadah kepada Allah swt.
Walaubagaimanapun pada waktu-waktu lain juga adalah digalakkan.

Berhak Kah A'mil Menerima Zakat

Soalan

Assalamualaikum uztaz,

A'mil termasuk dalam asnaf penerima zakat. Soalan saya, adakah zakat ini terhad pada zakat fitrah sahaja atau semua zakat hartabenda. Sah kah zakat hartabenda yang di agihkan pada bekas amil? Harap uztaz beri jawapan.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Zakat fitrah ialah ibadah wajib yang dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan sehinggalah tiba pagi syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidulfitri.
Zakat harta pendapatan adalah wajib bagi yang berkemampuan dan cukup haul dan nisab. Amil yang dilantik boleh menerima zakat bagi pihak pembayar zakat.
Bekas amil tidak berhak menerima zakat.
Wallahua'lam

Monday, September 3, 2012

Masalah Rumah Tangga

Soalan

Bagaimana cara untuk mendapatkan sessi kaunseling bagi mendamaikan perselisihan faham antara saya dengan isteri. Perselisihan sering berlaku disebabkan hanya perkara-perkara kecil. Yang menjadi lebih sulit ialah emak mertua saya menyebelaihi isteri saya. Untuk pengetahuan telah beberapa kali isteri keluar rumah tanpa izin dan tanpa memberitahu saya. Harap dapat ustaz bantu.

Jawapan

sila pergi ke pejabat agama Islam berdekatan utk temu janji, dan saudara serta isteri hadir utk sesi kaunseling rumahtangga

Bogelkan Diri Dihadapan Teman Wanita

Soalan

apakah hukum bagi seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya di hadapan teman wanitanya yang ingin melihat kemaluan lelaki tersebut?

Jawapan

Haram hukumnya kecuali selepas berkahwin, dapat pahala.

Berat Kambing Aqiqah

Soalan

akum,
sy berniat ingin melakukan aqiqah utk anak lelaki sy, soalan saya adakah ditetapkan berat minimum untuk seekor kambing bagi tujuan aqiqah?

Jawapan

Tidak ditetapkan beratnya tetapi yang afdhal yang sihat, besar, jantan dan banyak daging. Kambing tersebut mestilah telah genap umurnya dua tahun.

Talak 1 2 Dan 3 Soreh Atau Kinayah...sejauh Manakah Implikasi Lafaz Trsebut Trhadap Sesuatu Perkahwinan.

Soalan

assalamualaikum......
saya ingin brtanya 1 soalan.....
-talak 1 2 dan 3 soreh atau kinayah
-sejauh manakah implikasi lafaz trsebut trhadap sesuatu perkahwinan.

Jawapan

Lafaz "talak 1 2 dan 3 (yang ditujukan kpd isteri)" adalah soreh implikasinya maka bercerailah suami isteri tersebut w/pun di buat dengan mai-main sahaja dan tanpa niat

Hukum Membeli Barang Secara Hutang / Ansuran Dengan Aeon Credit Atau Courts Mammoth

Soalan

Apakah hukum membeli barang-barang perabot atau elektrik secara hutang / ansuran dengan Aeon Credit atau courts mammoth?sebagai contoh harga televisyen jika di beli secara tunai RM3000,tetapi jika hutang atau di bayar secara bulanan menjadikan jumlahnya RM5000.Adakah dikira terlibat dengan riba?

Jawapan

Ya ianya adalah riba yang jelas, kecuali di akad dengan jual beli berharga rm 5000.

Tarikh Nikah Ibu Bapa

Soalan

Bagaimana hendak tahu tarikh nikah ibu bapa kita di internet atas sebab mereka lupa tarikh nikah mereka dan sijil nikah mereka tidak jumpa.

Jawapan

Waaalaikumusalam,
Panel cadangkan agar ayah anda pergi ke negeri tempat beliau bernikah dahulu.Panel yakin pihak berkuasa agama di sana mempunyai salinan dokumuen yang diperlukan.
Apa yang penting ialah ayahanda hanya mengemukakan no kad pengenalan serta pasangannya  dan staf yang bertugas akan cuba membantu keperluan yang dikehendaki.Wallahu a'lam.

Solat Sunat Yang Sesuai

Soalan

Saya ingin mengerjakan solat sunat untuk memohon agar Allah membuka hati saya untuk berubah ke arah kebaikan dan diberikan hidayah. Solat sunat apakah yang sesuai saya kerjakan?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Jika diperhatikan secara terperinci panel sarankan agar anda menunaikan solat sunat hajat;Perkara yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan solat sunat hajat ialah:
1.Niat- USALLI SUNNATA HAJATI ROKAATAINI LILLAHI TAALA- SENGAJA AKU SOLAT SUNAT HAJAT 2 RAKAAT KERANA ALLAH TAALA
2.Selepas doa iftitah- Baca Surah Fatihah kemudian bacalah ayat Kursi - 11 @ 7  kali
3.Rukuk dan I'Tidal
4.Sujud & duduk antara dua sujud
5.Berdiri dan baca surah Fatihah kemudian bacalah surah al-Ikhlas (Qulhullahu ahad) sebanyak 11 @ 7 kali
6.Rukuk & I'tidal
7.Sujud terakhir selepas baca  3 kali Tasbih kemudian niat dalam hati minta kepada Allah  SWT supaya ubahkan sikap anda supaya menjadi insan yang baik serta taat dalam mengerjakan suruhanNya  dan mohon keampunan di atas keterlanjuran yang anda lakukan  selama ini.
8.Baca Tahiyyat kemudian salam.
Panel nasihatkan agar anda carilah doa-doa solat hajat yang seseuai yang banyak diperolehi dalam mana-mana buku doa di pasaran.Mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk kepada anda untuk melakukan perubahan yang hakiki.Wallahu a'lam.