Tuesday, July 31, 2012

Batasan Wuduk Diantara Keluarga Tiri

Soalan

Saya berancang untuk menikahi seorang janda yang mempunyai beberapa orang anak, lelaki dan perempuan. Soalan saya:
- apakah batal wuduk jika saya bersentuhan dengan anak perempuan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak lelaki saya bersentuhan dengan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak lelaki saya bersentuhan dengan anak perempuan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak perempuan saya bersentuhan dengan anak lelaki isteri saya

Jawapan

dalam masalah ini:
-           wudhu’ anda tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak perempuan isteri anda dengan syarat anda telah bersetubuh dengan isteri anda (ibunya).

- Wudhu’ anak lelaki anda tidak terbatal dengan syarat anda telah melakukan persetubuhan dengan isteri anda.

- Wudhu’ anak lelaki anda tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak perempuan isteri anda kerana hubungan mereka sudah menjadi adik-beradik (adik-beradik tiri).

- Wudhu’ anak perempuan anda Tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak lelaki isteri anda kerana mereka telah menjadi adik-beradik tiri.

Ringkasnya, dalam keempat-empat kes di atas, semuanya dengan syarat anda dan isteri anda (janda tersebut) telah melakukan persetubuhan. Jika anda dan isteri masih belum melakukan persetubuhan lagi, ini bermakna hubungan anda dengan anak-anak janda tersebut dan juga hubungan anak-anak anda dengan janda yang anda kahwini masih seperti hubungan bukan mahram. Ini bermakna akan terbatallah wudhu’ mereka apabila bersentuhan kulit di antara mereka. Wallahu 'alam.

3 comments:

  1. Assalamualaikum. Bagaimana pula jika suami isteri tersebut bercerai? Adakah batal air wuduk jika anak lelaki bersentuhan dengan ibu tirinya sekiranya ayahnya telah bercerai dengan ibu tirinya? Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Bagaimana pula jika suami isteri tersebut bercerai? Adakah batal air wuduk jika anak lelaki bersentuhan dengan ibu tirinya sekiranya ayahnya telah bercerai dengan ibu tirinya? Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Maaf ye, Jawapan berkenaan adik beradik tiri Di atas kurang tepat. Sekiranya mereka bukan seibu atau sebapa, walaupun adik beradik tiri (maksudnya masing² berkahwin dgn bawa anak sendiri), aurat antara mereka tetap haram. Boleh rujuk http://ilmudanulamak.blogspot.com/2014/05/aurat-dan-perkahwinan-antara-adik.html?m=1

    ReplyDelete