Tuesday, January 31, 2012

Membaca Ayat Hafazan Ketika Haid

Soalan

bolah kah mambaca ayat hafazan ketika haid ????

Jawapan

Kaum wanita yang didatangi haid diharuskan untuk membaca ayat Al-Quran yang telah dihafaznya. Ayat tersebut dikira sebagai satu zikir bagi dirinya (kerana sering membacanya).
Ringkasnya, kaum wanita diharuskan untuk membaca ayat Al-Quran yang telah dihafaznya semasa haid.  Wallahu 'Alam.

Puasa Ganti Dan Puasa Naza

Soalan

Assalamualaikum
sy ingin bertanya, sekiranya seseorang telah berniat untuk menggantikan puasa wajib, atau puasa naza pd satu-satu hari, dan pada sebelah tghr hari itu,kita berasa sgt lapa, atau tidak larat meneruskan puasa ganti tersebut, adakah salah kite membukanya?

terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumusSalam Wa RahmatulLahi Wa Barakatuh.
Saudara yang dirahmati Allah s.w.t. ,
1. Puasa ganti bagi menggantikan puasa wajib bulan Ramadhan boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari tasyrik (hari-hari yang diharamkan berpuasa). Begitu juga dengan puasa nazar. Justeru, saudara tidak terikat kepada mana-mana hari selain hari tasyrik untuk berpuasa ganti dan puasa nazar.
2. Dalam permasalahan ini, saudara boleh berbuka jika tidak dapat menahan lapar atau berlaku perkara-perkara yang membolehkan saudara berbuka menurut hukum syara'. Saudara boleh menggantikan puasa tersebut pada hari yang lain selain hari tasyrik. Walau bagaimanapun, saudara masih terikat dengan HUKUM WAJIB menggantikan puasa ramadhan dan HUKUM WAJIB menunaikan puasa nazar.
Wallahu'alam.

Pewangi Beralkohol

Soalan

boleh kah memakai pewangi beralkohol ketika bersolat...?sekian

Jawapan

Waalaikumussalam, Muzakarah Fatwa Bagi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam  Malaysia telah menetapkan hukum harus kepada orang Islam yang menggunakan  pewangi beralkohol semasa  ingin menunaikan solat.Ini  kerana alkohol tersebut hanya berperanan sebagai alat  bagi  melekatkan bau wangi sahaja.Manakala alkohol yang sebenarnya akan mudah hilang /terungkai di udara.
Justeru sebagai pengguna kita tidak perlu bimbang menggunakannya  kerana kajian berkaitan pewangi  telahpun dijalankan oleh pihak berkuasa agama.Oleh itu gunakanlah   bahan pewangai tersebut selagimana tahap keyakinan kita tinggi terhadapnya.Wallahu a'lam

Seluar Lelaki Menampakkan Aurat.

Soalan

Assalamualaikum,

Mohon pertanyaan berkenaan aurat lelaki. Saya dapati jahitan pada bahagian tepi seluar saya tidak dijahit dengan rapat dan akan menampakkan lubang2 kecil sepanjang dari paha ke betis. Ketika berdiri lubang itu tidak nampak tetapi ketika duduk tahiyat akan ada sedikit lubang. mohon penjelasan adakah itu dikira aurat walaupun lubangnya kecil sahaja dan tidak ketara kelihatan seperti tidak menutup aurat?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang diahmati Allah swt
Syarat sah solat ialah menutup aurat. Aurat lelaki ialah diantara pusat dan lutut. Jika aurat itu tersingkap sama ada kain itu terkoyak, berlubang tidak kira kecil atau besar dan yakin ianya sudah berlubang maka adalah lebih baik solat itu diqada'.
Panel menasihatkan agar berpakaian sempurna terutama ketika beribadah atau mengadap Allah swt.

Monday, January 30, 2012

Solat Jamak Semasa Berada Didalam Hutan

Soalan

.assalamualaikum.
.saya suka mengembara didalam hutan dan apa yang memusykilkan saya ialah bila saya tengok ader segelintir dari para pendaki yang membuat solat jamak.apa yang saya ingin tanyakan adalah ; adakah solat jamak didalam hutan diharuskan ? selain itu jarak diantara tempat tinggal saya ke dalam hutan adalah lebih kurang 41 Km sahaja dan tidak melebihi 2 marhalah.adakah sah solat jamak itu ? dan anda perjalanan mendaki gunung kami melebihi 5 hari, adakah solat jamak dibolehkan ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Solat Jamak boleh dilakukan di dalam hutan sekiranya memenuhi syarat yang mengharuskan untuk mengerjakannya.
Antara syarat yang membolehkan Solat Jamak dan qasar dilakukan ialah jarak perjalanan yang akan ditempuhi mestilah mencapai jarak 2 marhalah (antara 85KM - 90KM).
Oleh yang demikian, perjalanan yang ditempuhi oleh kumpulan yang anda sertai masih tidak memenuhi syarat yang mengharuskan untuk melakukan Solat Jamak. Ringkasnya, Solat Jamak tidak boleh dilakukan dalam perjalanan tersebut. Wallahu 'Alam.

Membaca Bismillah Semasa Hendak Berwhuduk

Soalan

as salam..sy ada kemushkilan bekenaan membaca bismillah semasa hendak mengambil wudhuk...ada sesetengahnya mengatakan whduk tidak sah jika tidak dimulakan dengan bismillah..bermakna solat yg didirikan juga tidak sah...adakah itu benar ?wallaualam.....trime kasih

Jawapan

Wa'alaikumusSalam Wa RahmatulLahi Wa Barakatuh.
1. Membaca lafaz 'Bismillah' pada permulaan wudhu' merupakan salah satu perbuatan yang termasuk dalam amalan sunat dalam berwudhu'. Dari sudut hukum, si pelaku akan mendapat pahala jika melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Oleh demikian, pandangan yang mengatakan bahawa wudhu' tidak sah jika tidak dimulai dengan lafaz 'Bismillah' adalah tidak benar.
2. Sebagai tambahan, jika salah satu daripada perbuatan fardhu wudhu' di bawah ditinggalkan, maka tidak sah wudhu' sekaligus menyebabkan tidak sah solat :
- Niat
- Membasuh Muka
- Membasuh kedua tangan hingga ke siku
- Membasuh kedua kaki
-Tertib
Wallahu'alam.

Was-was Terhadap Najis Anjing

Soalan

Assalamualaikum ustaz , saya mahu bertanya adakah saya perlu menyamak diri saya pada masa sekarang kerana pada masa persekolahan dahulu saya telah memegang tahi anjing tanpa sengaja dan tidak menyamaknya dan apakah hukumnya jikalau saya cuma membersihkanya menggunakan sabun sahaja........dan adakah ibadat yang saya lakukan selama ini diterima oleh Allah SWT, minta jawapan daripada ustaz, terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda sudah tidak dituntut untuk melakukan samak kerana kisah anda memegang tahi anjing tersebut berlaku semasa dizaman persekolahan dahulu. Ia adalah suatu tempoh yang telah lama berlalu.
Walau bagaimanapun, hukum membersihkan najis tersebut dengan menggunakan sabun sahaja (pada waktu anda memegang najis tersebut) adalah tidak mencukupi. ia perlu dibersihkan dengan membasuhnya menggunakan air yang dicampurkan dengan tanah dan membilasnya dengan air mutlak biasa kira-kira enam kali basuhan lagi.
Mengenai persoalan adakah ibadat yang anda lakukan selama ini diterima oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ataupun tidak, ia adalah bergantung pada pelaksanaan ibadat tersebut. adakah segala syarat sah dan rukunnya telah anda penuhi ataupun sebaliknya. Jika kedua perkara ini tidak dipenuhi, maka ibadat yang dikerjakan adalah tidak diterima.
Kesimpuannya, anda sudah tidak perlu untuk melakukan samak untuk menghilangkan najis tersebut kerana ia sudah terlalu lama. anggota yang pernah tersentuh dengan najis tersebut sudah dianggap suci pada hari ini kerana peristiwa menyentuh/memegang najis tersebut telah lama berlalu.
Apa yang perlu anda lakukan pada hari ini adalah perbanyakan beristighfar kerana kecuaian anda pada masa lalu. Wallahu 'Alam.

Solat Sunat Harian

Soalan

Salam, sy nak tau adakah solat sunat harian yg di lakukan sebelah siang sekali & sebelah mlm antara maghrib & isya boleh dilakukan selain dari solat sunat rawatib. terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumusSalam Wa RahmatulLahi Wa Barakatuh.
1. Solat-solat sunat harian yang boleh ditunaikan pada siang hari selain solat sunat rawatib, antaranya ialah :
    - Solat Sunat Wudhu'
    - Solat Sunat Fajar
    - Solat Sunat Dhuha
2. Solat-solat sunat harian yang boleh ditunaikan pada malam hari selain sunat rawatib, antaranya ialah :
    - Solat Sunat Awwabin
    - Solat Sunat Tahajjud
    - Solat Sunat Witir
    - Solat Sunat Tasbih
3. Solat-solat sunat harian yang boleh ditunaikan pada siang atau malam hari selain solat sunat rawatib, antaranya :
     - Solat Sunat Tahiyatul Masjid
     - Solat Sunat Istikharah
     - Solat Sunat Mutlak
     - Solat Sunat Taubat
     - Solat Sunat Hajat
Panel ingin menasihati saudara agar mengutamakan ibadah wajib terlebih dahulu seperti mengqadha solat-solat fardhu yang telah ditinggalkan samada secara sengaja atau tidak. Hal ini berikutan, ibadah wajib lebih utama kerana berdosa meninggalkannya. Walaupun begitu, panel mengalu-alukan usaha terbaik saudara dalam mengerjakan ibadah-ibadah sunat.
Wallahu'alam.

Mandi Wajib Selalu

Soalan

Salam..saya mengamalakan mandi wajib setiap kali saya mandi, ape kah hukumnya? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Mandi adalah perkara yang disunatkan kerana ia dapat membersihkan badan dari sebarang kekotoran dan bau badan.
Setiap amal ibadah memerlukan kepada niat. Adalah lebih baik jika diniatkan ketika mandi itu adalah untuk menyegarkan badan dan menguatkan badan untuk beribadah kepada Allah swt.
Hukum sentiasa memasang niat mandi wajib setiap kali mandi adalah harus

Solat Subuh Dlm Perjalanan

Soalan

Assalamualaikum
1. Saya pernah menumpang bas dari sibu K miri ,masa perjlnan 8-9 jam.sampai distinasi dah habis waktu subuh,macamanakh cara nak sbyg Subuh jy trtinggal waktu
2.Bolehkh hya baca al-fatihah shj smsa mqadak solat,adakah sah solat
3.Bolehkh niat solat dlm bahasa sendiri

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang Dirahmati Allah swt
Saudara boleh terus mengerjakan solat subuh tanpa qada' kerana bukan disebabkan perkara ang disengajakan. Sah solat sekiranya membaca surah al-Fateah sahaja dalam solat.
Niat solat juga dibolehkan dalam bahasa sendiri.
Wallahua'lam

Melampiaskan Nafsu Dan Kemusykilan

Soalan

saya bekerja jauh, isteri dikampung, saya menonton filem lucah sambil beronani bagi melampiaskan nafsu, ketika beronani saya ada menyebut nama pelakun lucah tersebut, tiba-tiba terlintas niat bercerai ketika menyebut nama pelakun luca itu. hati sebenar saya tidak bermaksud ke arah penceraian. adakah itu dikira lafaz talak? jatuhkah talak itu? bagaimana perbuatan onani saya itu disisi agama?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Perbuatan onani itu merupakan perkara dosa dan haram.
Panel menasihatkan agar duduk berbincang dengan isteri supaya mencari pekerjaan yang berdekatan dengan saudara.
Tidak jatuh talak apabila berniat sahaja.
Elakkan dan jauhkan dari perbuatan onani kerana ia akan mengundang penyakit. Mohonlah keampunan dari Allah dan berpuasalah bagi menahan nafsu. Fikirkanlah perasaan isteri dan apakah perasaan anda apabila anak-anak saudara suka kepada perbuatan onani.
 hukum melihat aurat wanita melalui filem lucah adalah berdosa. Perbaiki sikap diri,  dekatkanlah diri dengan Allah,
wallahua'lam

Berapa Bayaran Fidyah Bagi Org Yg Tak Solat

Soalan

Salam..ibu saya baru meninggal dunia kerana penyakit kenser dalam usia 82 tahun..2 bulan terakhir sewaktu hayatnya arwah tidak dpt menunaikan solat 5 waktu..Sebagai waris,saya ingin bertanya, apakah tindakan terbaik mengikut hukum untuk saya membayar semula hutang solat arwah selama 2 bulan tersebut ? Wassalam

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Ibadah solat adalah satu fardhu yang diwajibkan ke atas setiap individu. Apabila ditinggalkan maka tiada fidyah atau sebarang denda dikenakan.
Nasihat panel, perbanyakkan berdoa kepada Allah semoga roh ibu dirahmati Allah swt dan diampunkan Allah swt.

JUAL BELI EMAS MELALUI BUKU SIMPANAN

Soalan

Salam.Ustaz,apakah hukum melabur dalam akaun pelaburan emas sedangkan pelabur tidak memperoleh emas dalam bentuk fizikal, cuma gram dan amaun sahaja yang dipaparkan dalam buku pelaburan?

Jawapan

Waalaikaumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Pelaburan emas yang disahkan patuh syarak hanyalah
Kuwait finance House dan juga Al-Rajhi sahaja.
Jika pelaburan emas di dalam akaun Maybank atau Public bank keduanya tidak patuh syarak.
Wallahua'lam

Novel Lucah Di Pasaran Terbuka?

Soalan

Kebelakangan ini apabila ke kedai buku bagi meraikan anak-anak yang suka membaca, saya menjadi terkejut apabila mendapai banyak novel yang berada di dalam kedai ada unsur seksual yang melampau, apakah peranan JAKIM dalam hal ini? Mohon rujuk http://universitipts.com/index.php/untung_rugi_menjadi_penulis_genre_cabul/ dan http://universitipts.com/index.php/trend_terbaru_penulis-penulis_perempuan_menguasai_pasaran_novel_cabul_/

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Berkaitan bahan cetak yang berleluasa di pasaran, anda boleh terus merujuk ke Kementerian Dalam Negari yang mempunyai bidang kuasa menahan dan menapis mana-mana buku- yang bertentangan dengan akidah, bahan  terbitan lucah dan sebagainya di bawah Akta Mesin Cetak.

Kemuskilan Tentang Waktu Solat

Soalan

asalamualaikum...saya telah berwuduk dan terus sahaja mengerjakan solat asar kerana jam saya menunjukkan telah masuk waktu solat, tetapi seorang jemaah perempuan yang lain mengatakan bahawa baharu sahaja masuk waktu solat asar dan memberitahu jam yang ditunjukkan jam saya salah. jadi adakah sah solat yang saya kerjakan tersebut?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah
Antara syarat sah solat ialah mengetahui masuknya waktu solat.
Kaedah untuk mengetahui masuknya waktu solat ialah mendengar azan, melihat jam, dan mengukur jalur bayang-bayang yang dipasak dengan kayu untuk mengetahui ukuran bayang-bayang.
jika telah dimaklumkan oleh seseorang bahawa jam itu adalah salah maka adalah lebih baik, anda mengerjakan semula solat tersebut.
wallahua'lam

Friday, January 27, 2012

Solat Jamak Dan Qasar

Soalan

Salam.
Sy seorang yang jahil agama.. Kini sy berkerja di Sarawak.. Apabila ke banda terdekat, iaitu Kuching, dimana jaraknya hampir 100km, bolehkah saya menunaikan solat jamak di Kuching..? Apakah beza Jamak dan Qasar?? Dan bagaimanakah cara untuk menunaikan solat ini..?

Jawapan

Wassalam,
Anda boleh melakukan Solat Jamak dan qasar di dalam perjalanan ke Kuching kerana memenuhi syarat untuk melakukannya.

Berikut adalah penjelasan mengenai Solat Jamak dan qasar serta cara untuk melakukannya:

Panduan Dan Syarat Solat Qasar Dan Jamak

1. Solat Qasar
* Pengertian:
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat       yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua       rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

* Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
1. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101, maksudnya;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu       tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika       kamu takut diserang oleh orang kafir”.

2. sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
“Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-       Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan       kita berada dalam keamanan?”
Lalu beliau menjawab, “Aku       telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,       solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-       Nya”.
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

* Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah (lebih kurang 90 kilometer).

* Syarat Solat Qasar
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh       syara’.
2. Jarak perjalanan itu tidak kurang daripada      dua marhalah (90 kilometer).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna/jemaah tempatan).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat        empat rakaat.

2. Solat Jamak
* Pengertian
Makna Jamak ialah menghimpunkan.

Solat Jamak terbahagi kepada 2:
1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar       dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam       waktu Maghrib.

2.         Jamak Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar        dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam        waktu Isya’.

* Syarat Solat Jamak
1. Solat Jamak Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat        Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat        Isya'.
ii.Hendaklah niat Jamak Taqdim di dalam solat pertama        sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul        ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijamakkan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul        ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur        atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang        kedua (Asar atau Isya’).

2. Solat Jamak Ta’khir
i.Hendaklah berniat jamak dalam waktu pertama iaitu        Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi       salam solat yang kedua.

* Niat Solat Jamak Dan Qasar
  1. Jamak Taqdim:
a. Melakukan solat asar dalam waktu Zuhur
Lakukan solat zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat asar 2 rakaat.
Niat untuk solat zuhur ialah:
"Sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala".

b. Melakukan solat Isyak dalam waktu Maghrib.
Niat untuk solat magrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala".

Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

2. Jamak Ta’khir:
a. Melakukan solat zuhur dalam waktu asar.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu: "Aku nak jamakkan solat zuhur dalam waktu asar"
Lakukan solat asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat zuhur 2 rakaat.

Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk solat Zuhur:
"sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

b. Melakukan solat Maghrib dalam waktu Isyak.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu Maghrib:
“Aku nak jamakkan solat Maghrib dalam waktu Isyak"
Lakukan solat Isyak 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat Maghrib 3 rakaat.
Solat Maghrib tidak boleh diqasarkan (dipendekkan). Ia tetap 3 raka’at.
Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak ta’khir kerana Allah Tallah".

Niat untuk solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak ta’khir kerana Allah Talla".

* Peringatan:
1. Solat Subuh tidak boleh dijamak dan diqasarkan.
2. Jika berhenti di sesebuah tempat, tempoh yang dibenarkan untuk melakukan Jamak dan Qasar hanya 3 hari dan 2 malam sahaja. Jika lebih, perlu bersolat seperti biasa (solat sempurna/tam)

Nota:
Sila dapatkan buku panduan mengerjakan Solat Jamak dan qasar di kedai buku agama yang berdekatan. Wallahu 'Alam.

Minyak Seri Murni

Soalan

minyak masak seri murni halal kah?

Jawapan

Wassalam, mengenai produk yang dinyatakan di dalam soalan, sila rujuk di dalam laman web halal JAKIM di alamat www.halal.gov.my untuk penjelasan lanjut. Pada halaman tersebut juga anda boleh melihat senarai produk-produk yang telah diberikan sijil halal oleh Bahagian Halal JAKIM.
Sebagai peringatan, jangan terlalu percaya dengan maklumat yang diperolehi daripada laman-laman sosial seperti FB atau lainnya kerana terlalu banyak dakwaan-dakwaan yang tidak tentu sumber dan kesahihannya. jika mengenai produk gunaan muslim, rujuklah di laman web halal JAKIM untuk mendapatkan maklumat dan mengesahkan maklumat yang diperolehi. Terima kasih. Wallahu 'Alam.

NAMA ANAK MENYAMAI NAMA JIN

Soalan

assalamualaikum ustaz...
saya telah menamakan anak saya yang baru lahir dengan nama HANA QISTINA. Tetapi baru -baru ini saya baru terdengar ceramah seorang ustaz yang mengatakan nama seperti QISTINA,batrisya,najwa,zakuan dan laiann-lain tak elok walaupun maknanya bagus....
SAYA AMAT RISAU KERANA KATANYA JIKA MENAMAKAN ANAK DENGAN NAMA INI AKAN MENDATANGKAN MUDARAT DAN MUDAH DIJANGKITI PENYAKIT MISTERI.....
TOLONG USTAZ......

Jawapan

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Di dalam Islam, memberi nama kepada anak adalah tanggungjawab ibu dan ayah. Mereka diminta untuk memberikan nama yang membawa maksud yang baik kepada anak-anak mereka. Dalam hal ini Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud)

Oleh yang demikian, setiap ibu dan ayah dianjurkan supaya memilih nama yang terbaik untuk anak mereka.
Mengenai persoalan meletakkan nama anak sama dengan nama jin, ia bukanlah satu masalah yang besar. Asalkan nama tersebut membawa maksud yang baik, ia sudah memenuhi tuntutan tersebut.
Dakwaan yang menyatakan jika meletakkan nama-nama tersebut (seperti di dalam soalan) akan menyebabkan anak tersebut ditimpa mudarat dan mudah dijangkiti penyakit misteri hanyalah dakwaan semata-mata.
Percaya dan yakinlah bahawa mudarat, penyakit, ajal dan maut adalah ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tiada siapa pun yang boleh mengubah ketentuan tersebut melainkan dengan kehendak dan ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Kesimpulan yang dapat dibuat berasaskan kepada perbincangan di atas ialah ibu bapa dinasihatkan dan disarankan supaya mengutamakan nama yang mempunyai maksud yang baik dan tidak terlalu teruja dengan nama yang menjadi pilihan pada hari ini sekalipun nama tersebut sedap didengar tetapi sebenarnya tidak mempunyai makna yang baik. Lebih buruk lagi jika nama tersebut tidak selari dengan tuntutan Islam.
Ingatlah wahai ibu dan ayah, memilih nama untuk mereka adalah satu ibadat yang dituntut oleh Islam. Cari dan pilihlah nama yang terbaik untuk mereka demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat. Wallahu 'Alam.

Isteri Berzina Dan Mengandung Anak Hasil Zina

Soalan

As salam tuan. Saya adalah seorang isteri dan telah berzina dgn lelaki yang berstatus suami orang. Saya telah disahkan mengandung dan lelaki itu memaksa saya menggugurkan kandungan tetapi saya enggan kerana bayi ini tidak berdosa. Suami telah tahu saya mengadung dan sangat gembira tetapi saya menjadi takut akan dosa-dosa saya. Perlukah saya berterus-terang dgn suami? Bolehkan saya meneruskan kandungan ini? Apakah implikasi dan hukumnya? Bagaimanakah masa depan anak ini? Apa yang perlu saya buat?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Sebelum itu panel ingin memaklumkan bahawa tindakan puan itu sudah jauh dan perlu kembali kepada Allah swt. jalan yang paling terbaik buat puan adalah terlebih dahulu bertaubat dengan benar-benar taubat nasuha dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan yang dibenci Allah swt.
Anak itu tidak boleh digugurkan malah hukumnya adalah haram.
Wajib bagi puan memaklumkan hal sebegini kepada suami, kerana anak di dalam kandungan puan jika ianya sah dan benar adalah anak dari benih lelaki lain maka ia haram hukumnya dibin/ dibintikan kepada suami puan.
Jika puan berterusan menyembunyikan hal ini kesannya adalah kepada puan dan anak yang tidak berdosa.
Implikasi zina amatlah besar tambahan lagi dilakukan oleh pasangan yang sudah pun berkahwin. Panel menasihatkan agar puan merujuk kes ini dengan segera ke pajabat agama Islam yang terdekat bagi mendapatkan khidmat kaunseling dan nasihat berkaitan hal ini

Mengeluarkan Air Mani Dengan Sengaja

Soalan

assalamualaikum ustaz/ustazah...... sy ingin bertanya 1 soalan. adakah bg budak yg belum baligh mengeluarkan air mani dgn sengaja dikira baligh? wassalam.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Kanak-kanak sudah dikira baligh jika air mani  keluar sama ada secara sengaja atau melalui mimpi.

Gugur Kandungan

Soalan

Saya baru melahirkan anak setahun yang lalu dan usia saya kini telah mencecah 40 an .kini saya mengandung lagi sekitar 5 minggu, saya masih fobia dengan alahan semasa kandungan yang lepas dan kini keletihan dengan ragam baby saya, apakah hukum sekiranya saya menggugurkan kandungan yang berusia 5 minggu itu. Saya telah bertanya pendapat doktor pakar onko..dan gyne..muslim, beliau menyatakan haram menggugurkannya sekiranya kandungan telah berusia 3 bulan keatas..adakah benar pendapatnya itu

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Hukum Menggugurkan Kandungan Mangsa Yang Dirogol. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Keluar Angin Dari Faraj

Soalan

Assalamualaikum Ustaz. Jika kita yakin angin yang keluar dari faraj merupakan angin yang terkumpul di ruang faraj, adakah perlu diambil wuduk semula? terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudari yang dirahmati Allah
Angin yang keluar dari faraj membatalkan solat dan wudhuk perlu diperbaharui

Gangguan Dari Isteri Orang

Soalan

salam.sy nk ty,blhkah sy nk buat aduan pd pej agama.mengenai isteri org yg selalu menggangu lelaki yg bukan suaminya.nasihat & amaran tlh di beri tp msh lg menganggu & mencabar utk buat report.t.kasih

Jawapan

Waalaikumussalam, anda berhak untuk membuat  sebarang aduan  berkaitan rumahtangga termasuk gangguan daripada isteri orang di pejabat agama daerah yang berhampiran tempat tinggal anda.Tindakan akan diambil sekiranya ketenteraman dan kedamaian rumahtangga tergugat , berdasarkan fakta aduan.
Justeru ia merupakan suatu hak  untuk anda mendapat jaminan dan perlindungan daripada sebarang gangguan yang boleh mengeruhkan keharmonian rumahtangga.Wallahu a'lam

Qada' Solat Kerana Sebab Tertentu.

Soalan

Assalamualaikum ustaz.Saya bekerja sbg seorg jururawat dan bekerja shift.bagaimana kalau ketika bekerja saya tidak sempat menunaikan solat.sebagai contoh jika saya bekerja shift petang,iaitu 2pm-9pm.Selalunya saya akan terlepas untuk solat asar dan maghrib kerana pd masa tersebut ada kerja yang di lakukan samada kecemasan atau tidak cemas ttp tidak dapat di tinggalkan kerana tanggungjawab kerja.Jadi bolehkah saya mengqada'kan solat maghrib dlm isya' dan solat asar semasa zohor lagi.adakah sah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sebagai seorang manusia kita tidak dapat untuk melepaskan diri daripada menjaga dua perhubungan yang utama, iaitu hubungan dengan tuhan (Allah bagi seorang muslim) dan juga hubungan sesama manusia.
Namun pada hari ini, ramai dari kalangan manusia yang terlalu menjaga hubungan sesama manusia dan mengabaikan hubungannya dengan Allah Tuhan yang memberinya rezeki dan segala nikmat yang tidak dapat dihitung dengan jarinya.
Mengenai persoalan yang ditanya, solat fardu adalah ibadat yang wajib dikerjakan oleh setiap manusia yang beriman.  Ia tidak boleh ditinggalkan dengan sewenang-wenangnya. Hanya beberapa sebab sahaja yang diizinkan oleh Syara' yang membolehkan solat diqadha’. Sebab-sebab tersebut adalah seperti:
1.         Terlupa untuk mengerjakan solat.
2.         Tertidur.

Dua sebab ini ada dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam hadisnya di bawah ini:
1.         Dari Anas bin Malik radiallahu ‘anhu:
"Barangsiapa lupa untuk solat atau tertidur, hendaklah dia menunaikannya apabila teringat. Tidak ada hukuman selain dari itu”.
[Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Misykat al-Masabih, 3/181/046].

2.         Dari Qatadah radiallahu ‘anhu:
“Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku."
[Hadith Riwayat Imam Muslim].

Oleh yang demikian, alasan anda untuk mengqadha’ dua solat fardu tersebut tidak menepati dengan kehendak Syariah dan anda dinasihatkan supaya berusaha untuk mendirikannya dalam waktunya. Lagi pun negara kita adalah sebuah negara Islam, Panel pasti tidak ada majikan yang akan menghalang pekerjanya untuk menunaikan tuntutan agama yang dianutinya apatah lagi seorang pekerja yang beragama Islam.
Mengenai persoalan mengqadha’ terlebih dahulu solat Asar dalam waktu Zuhur, ia tidak boleh dilakukan kerana solat qadha’ dikerjakan apabila telah meninggalkan solat fardu. Tetapi dalam masalah anda ini solat Asar tersebut masih belum dikerjakan lagi. ringkasnya, ia tidak menepati dengan ketentuan Syariah dan tidak diterima. Wallahu 'Alam.

Kemushkilan Status Anak

Soalan

Saya seorang isteri dan telah berzina dengan suami orang kerana cinta lama masih dihati. Namun kini saya disahkan mengandung dan tidak pasti siapakah bapa kepada kandungan saya ini. Teman lelaki memaksa saya menggugurkan kandungan dan saya enggan kerana takut akan dosa-dosa saya terhadap Allah. Sedar akan hakikat ini saya bertaubat dengan Allah dan berjanji tidak akan sekali-kali mengulangi apa yang pernah saya lakukan dan akan taat dengan suami. Bagaimanakah nasib kandungan ini? Bantulah saya.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah
Wanita yang sudah berkahwin tidak ada istilah mempunyai teman lelaki lain selain dari suaminya sahaja sebagai teman hidup. Zina adalah dosa besar yang sangat dibenci Allah kerana ia melibatkan perkara seperti kekeliruan keturunan. Anak yang dikandung jika ia disahkan melalui ujian DNA ia adalah anak yang sah taraf iaitu anak kepada suami yang sah maka tidak menimbulkan sebarang masalah dan ia boleh di bin/bintikan kepada bapa yang sah.
Walaubagaimanapun dosa zina itu tidak terhapus sekiranya anak yang dikandung itu adalah anak yang sah taraf. Perkara yang penting adalah melakukan taubat nasuha.
Sekiranya didapati anak itu adalah anak tidak sah taraf maka anak itu tidak boleh sama sekali di bin/bintikan kepada suami puan kerana ia bukan dari darah daging suami tersebut. Kesannya ialah, bapa itu tidak boleh menjadi wali dalam pernikahan anak tersebut, dan apabila berlaku kematian anak tersebut tidak layak untuk mewarisi sebarang harta peninggalan bapanya.

Kekeliruan Berhubung Dengan Produk Makanan Yang Dikatakan Tidak Halal Tetapi Mendapat Pengiktirafan Halal Dari JAKIM.

Soalan

Berkenaan dgn beberapa barangan tersenarai yg dikatakan tidak halal dan mengandungi lemak babi, eg ais krim RM 1/ keatas dan serbuk mee segera terutama Maggi saya merasa keliru kerana pihak JAKIM telah mengeluarkan cop halal pada bungkusan produk tersebut. Yang mana satu harus saya dan ahli keluarga saya ikut. Sekian. Terima kasih.

Jawapan

Dalam isu makanan dan produk gunaan harian, jika pengeluar produk makanan tersebut telah mendapat sijil perakuan halal daripada JAKIM atau terdapat pada pembungkus produk tersebut logo Halal Malaysia, ini bermakna produk tersebut adalah halal dan boleh diambil tanpa ragu-ragu dan was was.
Sebagai ingatan, pada hari ini terdapat banyak dakwaan-dakwaan palsu yang ditimbulkan dalam masyarakat kita. Ia dibuat dengan pelbagai tujuan, antaranya adalah  atas sebab-sebab perniagaan (sabotaj dan fitnah).
Oleh yang demikian, Panel mencadangkan kepada para pengguna muslim agar lebih berhati-hati dengan dakwaan-dakwaan tersebut. sila dapatkan kepastian mengenai dakwaan tersebut dengan merujuk ke halaman web halal (www.halal.gov.my) untuk mengenal pasti ataupun hubungi terus ke talian 03 83150200.
Ringkasnya, jika ada logo Halal Malaysia, produk tersebut sudah pasti kehalalannya. Oleh itu, ikutlah sesuatu yang telah pasti kesahihannya. Utamakanlah produk yang ada logo tersebut. Wallahu 'Alam.

Cara Perumpuan Islam Memakai Tudung

Soalan

Assalamualaikum Perumpuan Islam boleh memakai tudung di dalam clubing atau karaoke yang adalah minuman haram?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah
Perintah memakai tudung atau pun menutup aurat bagi wanita telah termaktub di dalam al-quran. Menutup aurat adalah wajib walau di mana sahaja berada melainkan di dalam rumah yang tidak mempunyai lelaki ajnabi atau wanita non muslim.
Berkenaan tempat, wajib bagi orang muslim tidak kira sama ada wanita atau lelaki, hendaklah dijauhkan sekiranya tempat tersebut mendatangkan fitnah dan tidak yang mendatangkan sebarang faedah.
Wallahua'lam

Friday, January 20, 2012

Solat Sunat Rawatib

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
Boleh ustaz senaraikan solat sunat rawatib yang ada bagi setiap solat fardhu yang disunatkan kita kerjakan?Sudah banyak kali saya mencari di internet tetapi ada pelbagai penerangan yang tidak sama untuk setiap solat.Harap Ustaz dapat bantu.

Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yan dirahmati Allah swt
Solat rawatib adalah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah solat fardhu.
1. Dua rakaat sebelum solat subuh (sesudah solat subuh tudak ada sunat ba'diyah)
2. Dua rakaat sebelum solat zohor, dua atau empat rakaat sesudah solat zohor.
3. Dua atau empat rakaat sebelum solat asar (sesudah solat Asar tidak ada sunat ba'diyah)
4. Dua rakaat sesudah solat maghrib.
5. Dua rakaat sebelum solat Isyak dan dua rakaat sesudah solat Isyak

Musykil Dengan Kawasan Yang Dilalui Anjing

Soalan

soalan saya, ada seekor anjing yang melalui depan pintu ofis tempat saya bekerja, dan 2 minggu kemudian, rakan sekerja saya menyapu sampah di kawasan yang dilalui anjing tersebut, selepas itu dia menggunakan penyapu tersebut untuk menyapu dibahagian dalam opis dan ketika menyapu, penyapu tersebut terkena sedikit pada kaki seluar saya, adakah saya perlu membersihkan kaki seluar saya oleh kerana penyapu tersebut telah digunakan untuk menyapu bahagian luar opis yang telah dilalui anjing.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah
Tempat laluan anjing itu tidak perlu disamak kerana ia dalam keadaan kering. Oleh yang demikian seluar dan penyapu itu juga tidak perlu disamak.
Wallahua'lam

Solat Wajib Dan Qasar

Soalan

1.adkah sah solat jikalau kita tidak membaca doa iftitah dan surah.saya hanya membaca alfatihah sahaja
2.adakah sah solat qasar saya jikalau saya telah smpai ditempat yang dituju.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Sah solat jika tidak membaca doa iftitah dan surah lain selain al-fatehah. Yang menjadi rukun dalam solat ialah niat, berdiri ketika solat bagi yang berkemampuan, takbiratul ihram, bacaan fatehah, rukuk, i'tidalselepas rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, duduk akhir ketika membaca tahiyat akhir, membaca Tasyahhud pada duduk akhir, membaca salawat ke atas Nabi selepas tasyahhud dan salam yang pertama.
Solat qasar mestilah dilakukan jika dalam keadaan bermusafir lebih dari dua marhalah iaitu dalam 93 km dan berada di suatu tempat (tempat yang dituju) lebih dari 3 hari.
Wallahua'lam

Bersalam Dengan Mencium Tangan Lelaki Yang Bukan Muhrim.

Soalan

boleh ka seorang isteri bersalam dan mencium tangan lelaki yang tiada pertalihan darah (bukan muhrim)...

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah
Haram bersalam dan mencium tangan dengan bukan muhrim.

Tuesday, January 17, 2012

Ramly Frankfurter (Sosej) Lembu Ada DNA Babi

Soalan

Kami telah mendapat email yang menyatakan ianya telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Kedah ( No rujukkan (7) dlam JPK/Ked : 30246 bertarikh 24/10/2011

Jawapan

Sejak kebelakangan ini memang terdapat banyak dakwaan palsu yang disebarkan melalui internet khususnya di dalam Face Book. Ia dilakukan untuk mengilirukan pengguna Islam di dalam memilih makanan atau produk yang halal disamping tujuan yang lain.
Mengenai dakwaan terdapatnya kandungan DNA babi di dalam Sosej keluaran Ramli, ia adalah dakwaan palsu yang cuba disebarkan di malaysia.
Pihak halal JAKIM telah membuat penyiasatan mengenainya dengan mengambil sampel dari kilang yang mengeluarkannya dan menghantarnya ke jabatan kimia bagi tujuan siasatan. Hasilnya tidak terdapat sebarang kandungan DNA babi ataupun unsur-unsur yang boleh diragui status kehalalannya di dalam produk tersebut dan juga produk-produk keluaran Ramli yang lain.
Pesanan Panel, sila buat rujukan di laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui barangan atau produk yang telah diakui kehalalannya dan anda juga dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan berita atau email yang diterima. Wallahu 'Alam.

Isu Kewangan Majlis Perkahwinan.

Soalan

ramai pasangan yg tidak dapat melangsungkan majlis perkahwinan kerana masalah keWANGan yg serius.justeru menyumbang kpd perkara tersebut:-
pembuangan bayi, nikah di thailand dan maksiat berleluasa.
apakah inisiatif jakim,jab. agama islam serta pihak2 berwajib untuk tangani perkara ini?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Isu berkaitan maksiat yang berleluasa seperti pembuangan bayi, adalah bukan semata-mata disebabkan oleh masalah kewangan dalam melangsungkan perkahwinan. Kebanyakan kes yang berlaku adalah kurangnya nilai moral, akhlak dan tahap didikan agama dalam diri individu ditambah pula dengan pengaruh arus perdana yang ada masa kini.
Allah akan mempermudahkan setiap urusan perkahwinan jika benar-benar berniat untuk mengelakkan berlakunya penzinaan. Mendekati Allah dan memohon agar setiap urusan perkahwinan dipermudahkan adalah sangat dituntut.
Hal mengenai nikah di thailand kerap terjadi mungkin disebabkan  tidak mendapat keizinan wali atau pernikahan poligami. Jabatan Agama Islam bertegas tidak akan mengeluarkan sijil atau surat nikah selagi mana  pasangan yang bernikah di luar negara tidak mendaftarkan pernikahan tersebut di Malaysia. sesiapa yang didapati melakukan perkara sedemikian maka hukuman akan dikenakan.
Urusan kewangan boleh dibawa berbincang. Rata-rata masyarakat di Malaysai masih ramai yang berkahwin saban tahun dan ini menunjukkan soal kewangan bukanlah satu punca terjerumusnya atau berlaku perkara-perkara maksiat seperti yang sering didengar.
Jabatan Agama Islam adalah badan yang menyediakan prosidur perkahwinan dan adakalanya mengadakan program majlis perkahwinan secara beramai-ramai bagi yang kurang berkemampuan.

Ucapan Sebelum Jenazah Dibawa Ke Kubur Untuk Dikebumikan

Soalan

Saya ingin bertanya ucapan sebelum Jenazah dibawa ke kubur untuk dikebumikan wajib/perlu dibuat. Ucapan didapati diberi pada ketika keranda Jenazah diusong sebelum mula berangkat.Saya dapati ucapan untuk mengucapkan terima kasih pada hadiran yg dtg menziarahi dan juga memberitahu jika ada hutang/piutang dibuat olih arwah boleh dituntut pada warisnya.

Jika perlu dibuat saya ingin mengetahui apakah lain lain isi kandungan ucapan yang perlu diberitahu pada hadiran.Sekian.Wassalam

Jawapan

Waalaikumussalam, antara ucapan yang sunat dilakukan  /lafazkan sama ada waris atau orang yang telah diberi amanah oleh tuan rumah ialah:
1.Setelah selesai solat jenazah, kebiasaannya imam akan bertanya kepada para  jemaah , bagaimana kita lihat jenazah ini,jemaah akan jawab baik.Ini kerana dalam sebuah hadis Rasulullah ada menyatakan yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mengatakan perkara-perkara yang baik-baik di hadapan jenazah,kerana para malaikat akan turut mengaminkan setiap perkataan yang diucapkan oleh orang ramai lebih-lebih lagi para jemaah."
2.Ketika hendak usung jenazah,  orang yang diberi amanah hendaklah meminta orang ramai yang hadir menzirahi jenazah ketika itu membaca al-Fatihah 3 kali.
3.Seterusnya memberitahu orang ramai tentang 3 perkara iaitu(1)Jika jenazah ini mempunyai kesalahan tolong ampun dan maafkannya. (2) Jika ia ada termakan atau terminum hak orang lain tolong dihalalkan.(3) Jika ia mempunyai hutang tolong berurusan dengan ahli warisnya.
Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis baginda SAW  yang bermaksud:
 “Roh orang yang mati tidak akan naik ke Langit / luh mahfuz sehingga hutangnya  dijelaskan.”
4.Kemudian baharulah jenazah tersebut diusung atau dimasukkan ke dalam kereta jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan bagi tujuan dikebumikan.
Panel nasihatkan agar perkara sunat ini dilakukan kerana setiap perbuatan/amalan tersebut  akan diberi pahala oleh Allah SWT.Wallahu a’lam.

Perlaburan Emas Di Maybank

Soalan

salam..saya ada buat perlaburan emas di maybank, pihak maybank ada menjual emas fizikal dan juga perlaburan emas tetapi saya memilih perlaburan emas kerana sebab saya tidak mahu mengambil risiko kerana bank menawarkan ia akan menyimpan emas tersebut tetapi semasa saya buka akaun perlaburan pihak bank tidak menunjukkan emas fizikal,dia cuma merekod nilai gram emas yang saya beli sahaja. Ada kenyataan bank menyatakan duit yang saya labur berdasarkan emas fizikal yang telah didepositkan di pamp S.A

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Pelaburan emas samada di Maybank ataupun Public bank tidak patuh syarak.
Bank yang malaksanakan pelaburan emas dan patuh syarak adalah;
Kuwait Finance dan Al-Rajhi bank sahaja
Wallahua'lam

Friday, January 13, 2012

Apakah Hukum Bekerja Sebagai Pramugari

Soalan

Assalamualaikum w.b.t
saya ingin bertanya apakah hukumnye bekerja sebagai pramugari/pramugara kerana ada sesetengah pendapat mengatakan ianya haram.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, hukum berkerja sebagai pramugari ataupun pramugara adalah diharuskan sekiranya memehuhi tuntutan Syariah Islam terutamanya dari aspek pakaian yang menutup aurat dan juga tidak terlibat di dalam menghidangkan makanan atau minuman yang diharamkan di dalam Islam seperti arak dan bahan minuman yang memabukkan yang lain.
Jika perkara-perkara yang asas seperti ini tidak terdapat dalam kerjaya ini, ia adalah satu kerjaya yang diharuskan di dalam Islam. Wallahu 'Alam.

Spesimen Khinzir

Soalan

assalamualaikum..
Baru-baru ini saya ada melakukan eksperiment berkaitan organ.Tetapi saya telah terpilih spesimen yang berasaskan khinzir.Walaupun spesimen hanyalah seumpama setitik darah,tetapi titikan darah tersebut telah ditutupi dengan alas kaca nipis dan telah gam pada slaid(Slide dalam BI) kaca mikroskop supaya spesimen tersebut pegun satu tempat.Jadi saya hanya memengang hujung slaid mikroskop yang tidak tercemar oleh titikan tersebut.Jadi perlukah saya menyamak tangan saya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, jika slaid mikroskop tersebut tidak tercemar oleh titikan darah tersebut, ini bermakna anda tidak perlu untuk melakukan sertu ke atas tangan anda yang menyentuh slaid tersebut. Sertu hanya dilakukan apabila tangan atau anggota terkena/bersentuhan dengan najis mughallazah tersebut. Wallahu 'Alam.

Nota:
Sertu; kaedah penyucian najis mughallazah dengan menggunakan satu kali basuhan menggunakan air tanah dan dibilas dengan 6 kali menggunakan air paip biasa.

Samak; kaedah pembersihan kulit bangkai dengan menggunakan sesuatu bahan pembersih yang tajam seperti bahan kimia atau sebagainya.

Bolehkah Daging Aqiqah Diberi Makan Kepada Orang Bukan Islam?

Soalan

Bolehkah daging aqiqah diberi atau dijamu kepada orang kafir? Jika jawapannya boleh, bagaimana caranya?

Jawapan

Dalam persoalan memberi atau menjamu orang bukan Islam daging Aqiqah,Jumhur Fuqaha’ berpendapat daging Aqiqah boleh diberi kepada mereka dengan syarat Aqiqah tersebut adalah Aqiqah yang sunat (tidak dinazarkan). Jika Aqiqah tersebut dinazarkan (Aqiqah yang wajib), maka ia tidak boleh diberi atau dijamu kepada orang bukan Islam.
Ringkasnya, di malaysia pendapat jumhur lebih sesuai diterima pakai kerana suasana masyarakatnya yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan menganuti pelbagai agama dan kepercayaan.
Dengan mengambil pendapat majoriti fuqaha’ ini, sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada golongan bukan Islam mengenai keindahan Islam yang turut mesra terhadap golongan bukan Islam. Semoga dengan ini dapat memperlihatkan tentang keindahan dan kesempurnaan Islam di mata mereka. Wallahu 'Alam

Panggilan Ibu Kepada Isteri

Soalan

saya telah memanggil kekasih saya dgn panggilan 'ibu'. lps kawin, panggilan itu masih saya gunakan sampai sekarang. baru-baru ini emak saya ada menegur saya, dia kata tak boleh memanggil isteri dgn panggilan 'ibu'. apakah hukumnya perbuatan saya itu? dan apa yg perlu saya buat?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Memanggil isteri dengan panggilan yang disukainya amatlah dituntut dan digalakkan. Sekiranya isteri redha dengan gelaran tersebut ia tidak mendatangkan sebarang impilkasi. Malah adakalanya boleh menimbulkan satu hubungan yang lebih erat diantara suami dan isteri.
Wallahua'lam

Menceritakan Hal Orang Lain

Soalan

adakah menceritakan suatu perkara kepada rakan yang lain kerana ianya dilakukan secara terang terangan oleh seseorang seperti guru yang berpakaian tidak sopan di dalam kelas dikira mengumpat? menceritakan sesuatu perkara sebab tidak suka dengan maksiat tersebut dan dengan tujuan dia dapat menghindari dari pengaruh negatif guru tersebut dikira mengumpat? minta pandangan ustaz/ustazah. terima kasih

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang Dirahmati Allah swt
Mengumpat ialah menceritakan hal orang lain (berkaitan keburukan) tanpa pengetahuannya. Sekiraya atas tujuan peringatan kepada orang lain dan tidak memaklumkan kepada orang lain mengenai namanya atau sebagianya ia dibolehkan sebagai satu bentuk pengajaran.
Panel menasihatkan ambillah langkah untuk menasihati guru tersebut berbanding memperkatakan terus mengenai halnya. Mohonlah petunjuk dari Allah supaya terbuka hatinya untuk menutup aurat. Wallahua'lam

Aurat Wanita Muslimah

Soalan

Didalam Al-Quran ada menyatakan bahawa wajib menutup belahan leher mereka dengan kain tudung.Persoalan saya adalah

1)Ada orang menyatakan tudung itu tidak wajib yang wajib adalah menutup aurat itu.
2)Istilah yang tepat untuk golongan perempuan adalah muslim ataupun muslimah?

Jawapan

Waalaikumussalam,mengikut para sarjana fekah  dan Syarak mengatakan bahawa menutup aurat itu hukumnya adalah wajib.Ini kerana ia adalah suruhan Allah dan agama Islam.Justeru tiada siapa yang boleh engkar untuk melaksanakannya.
Berbalik kepada soalan bagi mereka yang mengatakan tudung itu tidak wajib sila belajar-belajar bertanya kepada para sarjana Fekah yang ramai terdapat di intitusi pengajian tinggi tempatan seperti pensyarah di Akademi Pengajian  Islam  Universiti Malaya,Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan dan Universiti Islam Antara Bangsa.Majoriti mereka akan mengatakan menutup dan memakai tudung bagi tujuan untuk menutup  aurat itu adalah wajib.
2. Istilah bagi perempuan ialah muslimah.wallahu a'lam.

Keliru Ketika Niat Mandi Wajib

Soalan

Selama ini saya mandi wajib dgn habiskan niat mandi wajib baru jirus air ke kepala. Kemudian saya terbaca cara yang betul adalah air sampai ke kepala baru niat. mcm mana dengan solat saya selama ini, adakah tidak sah?

Jawapan

Mandi wajib yang anda lakukan selama ini adalah sah.
Antara pengajaran yang boleh anda ambil daripada apa yang telah terjadi, ialah kita perlu tambahkan lagi pengetahuan kita di dalam urusan ibadat. Hal ini akan menambahkan lagi kefahaman dan ia juga dapat meningkatkan lagi mutu ibadat kita. Wallahu 'Alam.

Thursday, January 12, 2012

Solat Ketika Susah Hati

Soalan

assalamualaikum,
saya ingin bertanya, solat sunat apa yang patut saya dirikan ketika saya susah hati?

Jawapan

Waalaikumussalam, terdapat terlalu banyak solat sunat yang disenaraikan oleh ulamak dan sarjana fekah.Anda boleh pilih solat yang paling sesuai dengan keadaan  yang sedang anda hadapi.
Berbalik kepada soalan, oleh kerana anda sedang susah hati , panel sarankan agar anda melakukan solat hajat.Mohonlah apa juga hajat  dan permintaan anda kepada Allah SWT.Panel nasihatkan agar anda lakukan solat hajat tersebut dengan  hati yang  ikhlas dan kyusuk  sambil mengharapkan sesuatu daripadaNya.Insya' Allah,yakinlah  segala permohonan anda itu akan  dimakbulkan oleh Allah SWT.Wallahu a'lam.

Batalkah Solat Sekiranya Tersalah Membaca Tahiyat Akhir

Soalan

assalamualaikum, batalkah solat sekiranya tersalh baca potongan tahiyat akhir seperti, apabila kita membaca assalamualaina wa'ala 'ibadillahis salihin.. sepatutnye ibadillah disebut sebagai ain..tetapi saya menyebutnya iybadillah, kerana keliru sama ada ain ataupun alif ya. Terima Kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tahyatul Akhir adalah salah satu daripada rukun di dalam solat. jika tidak membacanya dengan betul dan tepat sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, ini akan menyebabkan solat yang dikerjakan adalah tidak sah.
Oleh yang demikian, anda perlu memperbaiki mutu bacaan Tahyat Akhir anda supaya ia menepati dengan bacaan yang betul dan tepat. Sila rujuk ke dalam buku panduan solat yang terdapat di kedai jualan buku agama di tempat anda. Semoga anda beroleh rahmat dariNya. Insya Allah. Wallahu 'Alam

Mandi Wajib Untuk Malam Pertama Pasangan Pengantin Untuk Mengelakkan Perasaan Malu

Soalan

salah satu rukun mandi wajib ialah meratakan air keseluruh badan. adakah sah mandi wajib itu jika kita membasahkan rambut sebelum berjimak dan sambung mandi wajib (tanpa membasahkan rambut) sebelum kita menunaikan solat subuh? (untuk mengelakkan perasaan malu kepada keluarga pada malam pertama perkahwinan).

Jawapan

Mandi wajib tersebut tidak sah kerana semasa membasahkan rambut, anda masih belum berhadas besar. Pada hal apabila bangun pada waktu Subuh, rambut yang dibasahkan pada malam tadi telahpun kering.
Bagi mengatasi masalah ini, anda dan pasangan disyorkan supaya megeringkan rambut selepas mandi dengan alat pengering rambut. Semoga hari bahagia anda dapat ditempuhi dengan penuh kesyukuran dan bukannya perasaan malu yang bersarang di dalam hati. Semoga berbahagia hendaknya. Amin. Wallahu 'Alam.

SURAH MEWAJIBKAN WANITA MEMAKAI HIJAB BERSERTA HURAIANNYA.

Soalan

salam....

saya ingin mengetahui surah apakah di dalam Al-Quran yang mewajibkan wanita memakai hijab ?
dan boleh huraikan serba sedikit ayat tersebut...

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati oleh Allah swt
Dalam surah an-Nur ayat 31 telah menyatakan mengenai kewajipan seorang wanita muslimah dalam menutup aurat mereka. Tafsiran ayat itu ialah:

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan mereka hendaklah menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka ( adik-beradik) atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau anak-anak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka mengehntakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Perempuan-perempuan Islam bukan sahaja diperintahkan supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan menjaga kehormatannya daripada melakukan zina dan lain-lainya, tetapi juga diharamkan mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota tubuhnya yang zahir iaitu muka dan tapak tangan.
Wallahua'lam

Bacaan Fatihah Yang Tidak Dimulai Dengan Bismillah Dalam Solat

Soalan

assalamualaikum ustaz. ada orang kata, bacaan fatihah dalam solat sekiranya tidak dimulai dengan bismillah tidak membatalkan solat. apakah hukum solat seseorang yang membaca fatihah tetapi tidak dimulai dengan membaca bismillah. sedangkan saya pernah mendengar bahawa sekiranya kita membaca fatihah tetapi tidak dimulai dengan bismillah maka solat itu tidak sah. kadang-kadang saya juga pernah mendengar bismillah dibaca perlahan. apakah ayat al quran dan hadis yang berkaitan dengan masalah ini.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Fatehah merupakan rukun bagi setiap rakaat semua jenis sembahyang. Dalilnya: Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw Bersabda:
"Tidak sah sembahyang sesiapa yang tidak membaca surah Al-fatehah"
Basmalah adalah satu ayat daripadanya. Oleh itu tidak sah bacaan fatehah yang tidak di mulai dengan Bismillah.
Ini berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Khuzaimah dengan sanad yang sahih, daripada ummu salamah r.a bahawa "Nabi saw mengira Bismillahi Rahmani Rahim sebagai satu ayat daripadanya"
Rujukan: kitab fekah mazhab syafie " fiqh manhaji"
Wallahua'lam

Ingin Penjelasan

Soalan

Adakah jatuh talak apabila seorang suami mengungkapkan ayat seperti 'Saya menyesal kahwin dengan awak' ketika dalam keadaan marah (semasa bergaduh dgn isteri).

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt.
Lafaz seperti yang dinyatakan adalah lafaz kinayah, oleh yang demikian ia memerlukan kepada niat suami. Jika ia berniat untuk bercerai maka talak akan jatuh.
Dalam hal yang berkaitan lafaz kinayah, ia perlu dirujuk kepada pihak mahkamah syariah atau Pejabat Agma Islam bagi mengesahkan lafaz  tersebut. Wallahua'lam

Poligami,perkahwinan

Soalan

Adakah sah nikah seorang janda yang menikah di luar negara di indonesia engan suami orang tanpa izin isteri tanpa wali dan sijil cerainya.menurutnya surat tersebut hilang...dan ader kemusykilan status janda itu mungkin dia di gantung tak bertali sebab skg ader kes mahkamah tentang jatuh talak dan hak jagaan anak dari suami dulu..

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Pernikahan itu dikira sah sekiranya cukup rukunnya iaitu
1.Bakal suami
2.Bakal isteri
3.Wali
4.Saksi
5.Ijab dab Qabul
Pernikahan tersebut hendaklah diantara lelaki bujang atau suami orang yang isterinya belum cukup 4 orang dan bakal isteri yang masih gadis/ anak dara atau janda yang telah diceraikan oleh suami atau kematian suami.
Jika wanita itu belum diceraikan oleh suaminya maka pernikahan itu terbatal.
Pernikahan di luar negara perlu didaftarkan di Malaysia bagi tujuan untuk mendapatkan sijil nikah dan memudahkan urusan pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, kes seperti ini perlu dirujuk dengan segera ke Pejabat Agama Islam yang berhampiran agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Wallahua'lam

Wednesday, January 11, 2012

Ibadat Berkaitan Bersuci

Soalan

Assalamualaikum,
sebelum mandi wajib ,adakah perlu dikorek celah celah kuku kaki kerana dikhuatiri terdapat pasir pasir yang mungkin menghalang air dari memasuki celah celah kuku yang akan mengakibatkan mandi tidak sah?

Jawapan

Waalaikumussalam,anda boleh korek dicelah-celah kuku kaki anda  bagi mengeluarkan pasir-pasir halus yang munkin terlekat di situ.Perbuatan anda korek itu makruh sahaja.
Panel nasihatkan , alangkah lebih baiknya  jika sambil anda mandi wajib dan pada masa yang sama anda korek dan bersihkanlah kekotoran dan pepasir yang melekat di celah-celah kuku jari kaki anda.Wallahu a'lam.

Saya Ingin Bertanya Berkenaan Dengan Maksud Bagi Nama Berserta Dengan Penerangan Yang Berkaitan Dengan Nama Yang Tersebut

Soalan

apakah maksud bagi nama MUHAMMAD SHAHRULNIZAM. apakah penerangan yang berkaitan dengan nama tersebut. sekian terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam, maksud bagi nama tersebut ialah:
1.Muhammad- Terpuji
2.Shahrul-Bulan
3.Nizam,peraturan,sistem
Keterangan yang lebih lengkap anda perlu mendapatkan buku-buku nama bayi Islam yang banyak terdapat di pasaran.Wallahu a'lam.

Tuesday, January 10, 2012

Mencukur Kening Yang Bersambung Dan Meluruskan Rambut Tanpa Menggunakan Ubat.

Soalan

saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan, mencukur bulu kening yang bersambung ditengah dibolehkan kerana bukan sifat semulajadi manusia mempunyai bulu kening yang bersambung. Bolehkah saya mencukur kening saya yang bersambung ditengah? Saya juga mempunyai masalah rambut yang tak terurus. Rambut saya kembang. Saya pernah di nasihatkan agar meluruskan rambut dengan menggunakan kaedah iron bagi mengelak rambut menjadi kembang. Bolehkah saya berbuat demikian?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Hukum mencukur bulu kening adalah haram. Walaubagaimanapun jika ia kelihatan aib dan memalukan disebabkan bentuk kening tersebut maka ia adalah harus untuk dibuang. Jika kening yang bersambung itu kelihatan tidak ketara akan aibnya maka tidak perlulah dibuang.
Berkenaan dengan rambut, ia merupakan satu anggota aurat dan wajib ditutup seluruhnya. Sekiranya berhadapan dengan suami maka ia diharuskan untuk meluruskan rambutnya.

Dapat Dosa Dengan Pemberian Hadiah

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Nak tanya pasal hadiah.

Kita tau kalau kita beri hadiah (cth: hari jadi) kepada org, selagi mana dia pakai barangan (cth: handphone) kita tuh untuk benda baik2, kita akan dapat pahala berterusan. Tetapi andai kata, si penerima menyalahgunakan hadiah itu yg boleh mendatangkan dosa, adakah kita akan dapat dosa sekal? TQ~

Jawapan

Waalaikumussalam. Pemberian hadiah dengan ikhlas dan mengikut kemampuan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dan ia sebagai tanda ingatan dan kenangan buat sahabat, kita akan mendapat ganjaran pahala selagi ia dapat dimanfaatkan dengan baik. Tetapi sekiranya  kawan kita telah menyalahi pemberian yang diberikan maka terlepas kita daripada perbuatan yang dilakukan itu. Wallahuaklam.

Perbezaan Ilmu Allah Dan Ilmu Manusia

Soalan

mengapakah ilmu Allah tidak boleh disamakan dengan ilmu manusia?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Puan yang dirahmati Allah.
Sebagaimana yang kita ketahui, Allah itu Maha pencipta dan berkuasa ke atas setiap makhluk yang diciptakan termasuklah apa yang di langit dan di bumi. Ilmu Allah itu tidak terjangkau oleh akal fikiran kita yang serba cetek ini. Allah mampu mencipta bumi yang berputar di atas paksinya, Jika dibandingkan dengan manusia selaku makhluknya tidak mampu untuk melalukan perkara yang sedemikian rupa. Ilmu yang ada pada manusia hanyalah setitis sahaja jika dibandingkan dengan ilmu Allah Maha Berkuasa.
Diibaratkan ilmu yang ada pada manusia ini seperti mengambil pen dan dicelupkan ke dalam air lautan yang ada di atas muka bumi ini, apa yang terlekat pada pen tersebut itulah ilmu yang dimiliki oleh manusia.
Diibaratkan seperti manusia menciptakan jam tangan. Kita telah menetapkan pergerakan jam tersebut, Jam tidak boleh mempunyai kuasa untuk memberontak malah ia patuh dengan apa yang telah kita tentukan padanya. ilmu yang ada pada jam tersebut adalah hanyal bergerak mengikut ketentuan yang telah ditentukan oleh manusia.
Kelebihan yang Allah swt berikan kepada manusia adalah dengan akal fikiran yang terhad. Kita mampu berfikir, kita mampu untuk mencipta, namun segala yang kita lakukan masih tidak mampu setanding dan sebanding dengan ciptaan Allah swt. Oleh yang demikian Ilmu Allah itu Maha luas jika hendak dibandingkan dengan ilmu dan keterbatasan ilmu yang dimiliki oleh manusia.

Keliru Kalau-kalau Termurtad

Soalan

jika seseorang itu melakukan sesuatu samaada kepercayaan/percakapan/perbuatan. tetapi dia tidak mengetahui secara terperinci akibat jahil, bahawa perkara itu sebenarnya bole membuatkan dia murtad. Sebelum ini, dia beranggapan perkara itu hanya berdosa, tapi tidak lah sampai kpd murtad. setelah menyedari keterlanjuran itu, dia menyesal sehingga dia keliru adakah dia masih lagi islam dan melalaikan dia dlm ibadahnya krn terlalu memikirkan perkara itu. Adakah dia betul2 telah termurtad?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t Terima kasih atas soalan tersebut. Mana-mana perbuatan yang dilakukan dan dianya dalam keadaan jahil tentang agama maka ia terlepas. Walaubagaimanapun, jika sudah menyedari akan kesalah dan dosa perbuatan dosa itu, maka mohonlah keampunan dari Allah swt serta memperbanyakkan amal ibadah kepadaNya.
Mohonlah taubat dari Allah swt sesungguhnya Allah maha pengampun.
.

Mimpi Ular Apa Maksudnya,adakah Petanda Buruk Atau Org Berkenanan?

Soalan

asalammualaikum w.b.t ustaz..saya maisara nk tnya berkaiatan dgn mimpi..wlpon kdg2 kita cuma pkirkan mimpi ini adalah satu mainan tidur..sya mgakuai saya jarang bermimpi...tp 1 mlm nie saya bermimpi saya di patuk ular..harap ustaz jwb pertnyaan saya..adakah mimpi di patuk ular ini petanda buruk buat saya..?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah,

Mimpi adalah mainan tidur seseorang .Oleh itu saudari tidak perlu

mempercayai mimpi berkenaan. Dalam Islam telah diberikan garispanduan

bahawa apabila seseorang itu, bermimpi buruk, hendaklah ia meludah di

sebelah kiri sebanyak tiga kali dengan membaca " Auzubillahi Minas Syaitan

Nirrajim" dan janganlah ia menceritakan mimpi buruk tersebut kepada orang

lain.
Amalkanlah bacaan surah An-nas, Al-Ikhlas, al-Falaq dan juga ayat kursi sebelum tidur bagi mengelakkan mimpi buruk itu berlaku.

Bertemu Semula Dengan Anak2 Dan Ibu Bapa Di Dalam Akhirat

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang alam akhirat. Adakah kita akan bertemu semula dengan anak2 dan ibubapa kita di dalam akhirat nanti. Itu sahaja. Sekian.

Jawapan

Waalaikumussalam, semua keluarga yang terdiri ibubapa,abang,kakak dan adik beradik akan berjumpa semula di alam akhirat setelah mereka menjalani hukuman  daripada Allah SWT.Oleh itu bagi menjamin agar masing-masing  bertemu dalam keadaan baik / rukun damai, perlu semasa di dunia kita amalkan @ pupuk  prinsip berbaik sangka,tolong menolong dan jangan ada perasaan hasad dengki  sesama ahli keluarga.
Andaikata kita mempunyai perasaan dendam dan dengki mengakibatkan lambatnya proses pertemuan itu.Justeru panel menasihatkan kekalkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga sebagaimana yang disarankan oleh hadith baginda yang bermaksud:
"Sesiapa yang memutuskan silaturrahim,ia sebenarnya telah memutuskan jalan ke syurga Allah SWT".
Berdasarkan maksud hadith ini jelaslah bahawa menjaga silaturrahim itu merupakan salah satu pra syarat untuk jaminan ke syurga.Justeru panel menyarankan agar kita menjaga hubungan tersebut ketika kita masih di dunia.Sekiranya  perkara ini kita ambil perhatian Insya'Allah pertemuan tersebut akan berlaku sebagaimana yang kita impikan.Wallahu a'lam

Pengertian Mandi Wajib

Soalan

apakah yang dimaksudkan dengan mandi wajib?

Jawapan

Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada Hadas Besar dan ia melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah kasih kepada orang-orang yang suka
bertaubat dan bersih. "
(Surah Al-Baqarah 02:222)

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Menjadi tanggungjawab ke atas setiap orang Islam untuk mandi sehari dalam tujuh hari; dia membasuh kepala dan tubuh badannya”.
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Rukun Mandi Wajib ada 3 perkara:
1.         Niat.
Lafaz niat mandi wajib; “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
Lafaz niat ini sudah cukup buat semua jenis hadas sama ada junub, haid ataupun nifas.
Niat wajib disertakan semasa mula air sampai ke badan. Jika terlambat, anggota yang telah dibasuh sebelum berniat perlu diulang semula.

2.         Menghilangkan najis atau kotoran daripada seluruh badan.

3.         Meratakan air ke seluruh tubuh.
(Fiqhul Manhaji As-Syafi'i (2004),Drs. Mustapha Al-Bugha, Drs. Mustapha Al-Khen Dan Sheikh Ali Asy-Syarbaji, Darul Fajr, Kuala Lumpur. H. 76)

Pertukaran Wali

Soalan

saya ada masalah wali bapa kerana bapa kandung saya telah menhilangkan diri.kami hanya mendapat nota darinya supaya kami tidak mencarinya. mengikut turutan wali saya mempunyai abang sebapa yg boleh mewalikan saya.dan dia sudah pun setuju..bapa saya juga pernah di masukan di hospital permai atas sbb masalah kemurungan. kami sekuarga ingin membuat pertukarn wali.bagaimane dan apakah syarat2nya?

Jawapan

Wali bapa/wali mujbir adalah hak mutlak sebagai wali terhadap anak perempuannya dan ia tidak boleh diganti wali kecuali atas keizinannya (keizinan yang meyakinkan kepada wali yang berikutnya).  Wali juga boleh diberi / diputuskan oleh Mahkamah syariah dengan alasan-alasan yang menasabah.  Dalam hal ini encik boleh melapurkan perkara ini kepda mahkamah syariah/pejabatan agama dan menerangkan perkara yang berlaku, kerana pihak mahkamah syariahlah yang boleh memberi kebenaran berkahwin sekalipun ayah kandung masih ada dengan alasan yang menasabah.

Friday, January 6, 2012

Menentukan Arah Kiblat - Kompas Di Paras Dada Ataupun Diletakkan Di Atas Tanah?

Soalan

Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya apabila menggunakan samada kompas kiblat mahupun kompas biasa untuk menentukan arah kiblat, adakah kompas itu diletakkan di atas tanah ataupun dipegang pada paras dada? Ini kerana saya dapati terdapat perbezaan kecil antara kaedah meletakkan kompas di atas tanah dan apabila kita pegang pada paras dada.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang Dirahmati Allah swt
Penggunaan kompas dalam menentukan arah kiblat ataupun mahu mengetahui di mana terletaknya utara dan selatan, ia perlu diletakkan  di tempat yang rata dan tidak bergegar. Sekiranya dipegang dibimbangi jarum kompas itu bergetar dan tidak menunjukkan arah yang sebenar. Jika di atas tanah pastikan tanah tersebut adalah rata dan tidak mempunyai sebarang batu.
Kaedah yang boleh digunakan, sapu terlebih dahulu kawasan tanah agar, sebaranga batu kecil tidak mempengaruhi  pergerakan jarum  kompas. Meletakkan kompas di atas lantai atau meja  yang rata adalah lebih baik.
Wallahua'lam

Samak Pinggan Mangkuk Dikhuatiri Terkena Air Liur Anjing

Soalan

Salam. Saya ada membeli pinggan mangkuk di kedai org cina, di mana ada beberapa ekor anjing sedang berkeliaran dan menghidu2 pinggan mangkuk yg disimpan di store penyimpanan kedai tersebut. dikhuatiri air liur anjing melekat pada pinggan mangkuk itu. adakah saya perlu samak pinggan mangkuk yang dibeli itu.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Sekiranya anda pasti dan melihat denga mata bahawa air liur anjing itu tekena pinggan mangkuk maka perlu di samak. Walaubagaimanapun, jika sekadar menghidunya dan tidak nampak air liur itu keluar maka pinggan itu tidak perlu disamak.

Jawab Salam

Soalan

Jika cara memberi salam dengan menggunakan " Salam " @ A'kum tidak menurut syariat Islam, adakah kita yang diberi salam perlu @ wajib untuk menjawab salam tersebut.

Jawapan

Tidak wajib menjawab salam tersebut kecuali ia memberikan salam mengikut tuntutan syariat Islam sahaja.

Thursday, January 5, 2012

Rumah Sembelihan

Soalan

assalamualaikum.
kemusykilan berkenaan ayam yg disembelih dr rumah sembelihan fy sdn bhd.
saya telah menyemak.rumah sembelihan ini mendapat sijil halal jakim dah masih sah tempoh.
tetapi bila melihat pd leher ayam yg telah disembelih. ia TERPUTUS TERUS. tidak spt kebiasaan yg mana leher ayam masih tergantung pd badannya.
harap dpt merungkaikan permasalahan ini krn produk dr syarikat ini byk terdapat di pasaran terutama di hypermarket.
terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai persoalan yang diajukan, hal ini terjadi berkemungkinan disebabkan dua faaktor, iaitu:
1.         Kepala ayam telah dibuang terlebih dahulu semasa pembungkusan. Atau
2.         Kepalanya terpotong semasa proses penyembelihan dijalankan.

Walau apa pun, ayam yang disembelih menurut cara dan kaedah Islam serta memenuhi syarat dan rukunnya adalah halal untuk dimakan sekalipun terputus lehernya semasa penyembelihan.
Ringkasnya, ayam tersebut adalah halal. Wallahu 'Alam.

Serbuan Ke Atas Hotel Di Genting Highlands

Soalan

Saya sering mendapat tahu bahawa terdapat ramai pasangan melakukan zina di genting highlands.. mengapa tiada serbuan dilakukan di hotel-hotel ternama di genting highlands??

Jawapan

Waalaikumussalam, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkan perkara  yang munkar ini  ke pejabat agama Pahang dalam kadar segera .Ini kerana Genting  Highland  memang terletak di dalam negeri Pahang. Pihak berkuasa di sana terutama bahagian penguatkuasa  Jabatan Agama Islam Pahang akan menjalankan intipan dan seterusnya membuat serbuan berdasarkan maklumat yang anda berikan.
Panel yakin jika anda memberikan maklumat yang lengkap berhubung dengan maksiat yang sedang berlaku segala bentuk perzinaan akan dapat dibanteras  sehingga ke akar umbi.Wallahu a'lam

Mana Satu Betul: Wasallam @ Wassalam?

Soalan

Assalaamu'laikum warohmatullaahi ta'aala wabaarokaatuh. saya nk brtanya disini, apakah perbezaan penggunaan perkataan wasallam @ wassalam? kerna saya biasa guna cth: Nabi Muhammad sollallahu 'alai wasallam..tapi saya perhatikan IslamGRID menulis cth: Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam.. adakah kedua2 perkataan trsebut sama makna @ boleh digunakan mana2 satu sahaja?maaf kerna saya tidak mahir bahasa arab.. mohon penjelasan ustaz & ustazah.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Mejawab salam jika mengikut kaedah arab dan ditulis dengan rumi maka akan menjadi Wassalam. Di mana, huruf sin itu jika dilihat mempunyai sabdu.
Manakala selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahu'alaihi Wasallam. Ini kerana huruf Lam jika dilihat dalam tulisan arab mempunyai tanda sabdu pada huruf lam tersebut.
Panel memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan teknikal ketika menaip. Terima kasih panel ucapkan

Merokok Ikut Ustaz

Soalan

Assalamualaikum w.b.t...saya mempunyai seorang sahabat yang kuat merokok dan saya telah menasihatinya banyak kali agar tinggalkn tabiat merokok kerana merokok haram disisi islam tetapi sahabat saya menjawab "ustaz pun merokok la..".Jadi apa pandangan ustaz ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai persoalan yang diajukan, memang terdapat di kalangan ustaz yang didapati merokok dan bilangan mereka juga amat membimbangkan. Namun, sebagai seorang yang berperanan sebagai pendakwah ataupun da’i, masalah ini tidak sepatutnya terjadi kerana sikap, amalan dan peribadi seorang pendakwah sering diperhatikan.
Walau bagaimanapun, mereka adalah manusia biasa yang punya kelemahan sebagaimana manusia yang lain. janganlah meniru atau mengikuti sikap atau tabiat mereka yang buruk dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Ikutilah ilmu mereka dan tinggalkanlah amalan buruk yang mereka lakukan.
Akhirnya, Panel ingin mengingatkan mengenai firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud:
2.         Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan?
3.         Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.
(Surah Al-Saf 61: 2-3)

Bersamalah wahai pendidik dan pendakwah agar kita hiasi diri sendiri terlebih dahulu dengan akhlak yang mahmudah sebelum kita sampaikannya kepada anak-anak didik kita. Semoga dengan itu kita dapat mengelakkan diri daripada perkara yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagaimana maksud ayat di atas. Wallahu 'Alam

Taubat Tp Takut

Soalan

Sy pernah bertaubat dan mendirikan solat taubat berkali-kali.saya pernah merasa taubat saya, tp semuanya tidak lama kerna sy kembali melakukan maksiat.Sekarang saya sgt takut untuk bertaubat kerna takut saya hanya mempermainkan Allah kerna saya selalu melakukan maksiat dan skrg saya cuba ntuk mendekatkan diri dgn Allah tp hati saya blum ikhlas sepenuhnya..Macam mana saya nak bertaubat dan melawan nafsu saya dan mempunyai hati y ikhlas untuk Allah kerna saya telah sebati dgn Maksiat.Salam.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Taubat adalah salah satu cara kita kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah swt. Taubat adalah cara kita memohon keampunan dari Allah atas setiap dosa yang dilakukan. Untuk mendapatkan syurga Allah, hamba yang berdosa perlu membersihkan diri dan jiwa  dari sebarang dosa dan maksiat.
Syarat taubat itu ialah:
1. menghentikan perbuatan maksiat
2. menyesal atas pebuatan yang telah terlanjur dilakukan
3. niat bersungguh-sungguh tidka akan mengulangi lagi perbuatan dosa itu.
Bertaubatlah selagi pintu taubat itu masih terbuka, kerana dibimbangi jika hasrat bertaubat itu dilakukan diambang kematian taubatnya  adalah ditolak. Perbanyakkanlah memikirkan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah seperti nyawa. Jika ditarik pada waktu ini, pastinya setiap hamba tidak mampu untuk hidup buat kali kedua. Tiada istilah maksiat itu sebati dalam diri, Ini kerana keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah akal fikiran yang boleh dan mampu berfikir tentang nikmat dan balasan Allah ke atas setiap hamba yang melakukan setiap perbuatan.
Nabi Muhammad saw seorang Nabi yang terpelihari dari sebarang dosa tetap memohon keampunan dari Allah swt, inikan pula kita hamba biasa di atas muka bumi yang sentiasa dikelilingi dengan godaan nafsu dan bisikan syaitan.
Azab Allah itu maha dahsyat. Tidak mampu untuk digambarkan. Begitu juga dengan nikmat Allah tidak mampu untuk diucapkan. Maka di atas tangan kitalah sama ada untuk memlih syurga atau neraka tempat tujuan kita semua. Cintailah Allah dan Rasul, perbanyakkanlah amal ibadah, dekatkanlah diri dengan orang yang berilmu. Cara sebegini dapat  mendekatkan diri kepada Allah dan mampu meningkatkan rasa takut untuk melakukan setiap perbuatan yang terkutuk dan dibenci oleh Allah swt.

Syarat Nabi Tidak Mengaku Umat

Soalan

SALAM USTAZ..sy seorg hamba y kurang ilmu agamany..n byk melakukan dosa..ustaz..saya n teman lelaki sy telah berusaha untuk tidak melakukan lgi hubungan seks..tetapi.setiap kali berduaan.ia mendatangkan keinginan y sgtt kuat.apakah cara y sy perlu buat?sy xtahu ingin meminta bimbingan daripada siapa.sy harap.ustaz dpt membalas pertanyaan sy..
dan satu lagi. sy nk tny apakah syarat2 NABI MUHAMMAD TIDAK MENGAKU UMMAT DI PADANG MASYA nanti??
slh satu ny betulke melakukan hubungan melalui dubur?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Sebagai seorang hamba Allah swt perlu melihat kenapa kita diciptakan di atas muka bumi. Tidak lain adalah untuk beribadat kepada Allah tanda kesyukuran kita ke atas setiap nikmatnya. Allah swt sangat murka dan benci kepada hamba yang engkar dengan perintahnya. Telah termaktub di dalam al-quran bahawa perbuatan zina itu adalah haram dan sangat dibenci oleh Allah swt. Islam menghalalkan perbuatan atau hubungan di antara lelaki dengan perempuan adalah dengan perkahwinan yang suci dan sah agar zuriat yang dilahirkan itu mempunyai hubungan nasab yang sah.
Perbuatan zina yang berleluasa merupakan satu penyakit dan apabila ia berleluasa ia akan mengundang kemurkaan dari Allah.
Nasihat panel, berhentilah dari berhubung dengan lelaki sedemikian jika anda benar-benar ikhlas ingin berubah. Lelaki yang baik tidak akan mengajak seorang wanita itu melakukan hubungan yang terkutuk. Pastinya ia akan menjaga dan memelihara maruah wanita yang disayanginya dengan mengajaknya berkahwin.
Elakkan dari duduk berdua-dua atau sebagainya kerana hasutan syaitan dan keinginan nafsu yang sudah bermaharajalela tidak dapat ditentang. Bertaubat adalah jalan yang terbaik agar diri kembali kepada jalan yang sangat diredhai oleh Allah. swt. Dengan mendekatkan diri kepada ajaran Islam yang sebenar InsyaAllah syafaat dari baginda Rasulullah di padang mahsyar akan diperolehi.
Fikirkanlah segala nikmat Allah seperti nikmat nyawa yang diberikan sehingga saudari mampu lagi bernyawa sehingga ke saat ini. Tanda Allah menyayangi hambaNya ialah, masih memberikan peluang kepada hambaNya yang berdosa peluang untuk bertaubat. Selagi pintu taubat masih terbuka kembalilah ke jalan Allah. Mohonlah keampunan, perbanyakkan amal ibadah kepada Allah swt. ummat yang dikasihi oleh Baginda Rasul ialah umat yang beramal soleh, patuh pada setiap perintah Allah dan Rasul, serta menjauhi setiap larangnnya.
Wallahua'lam

Peranan Ibu Tiri

Soalan

assalamualaikum ustaz/ustazah,saya berkahwin dgn duda anak 2,semasa saya berkahwin anak sulung perempuan berumur 16tahun dan anak kedua lelaki berumur 15tahun.saya nak tau apakah peranan saya dan tanggungjawab saya kepada anak-anak tiri saya?dan batas aurat dgn anak lelaki saya?sekian terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Terima kasih atas soalan tersebut. Peranan seorang ibu tiri adalah sama tanggungjawabnya seperti seorang ibu kandung. Apabila sah perkahwinan diantara seorang wanita itu maka hubungan serta batasan aurat  dengan anak -anak tiri adalah sama seperti ibu dengan anak-anak. Ibu bapa tiri adalah mahram kepada  anak tiri.  Ini kerana apabila berlakunya perceraian diantara ibu tiri tersebut dengan bapanya maka anak-anak itu tidak boleh sama sekali berkahwin dengan wanita (ibu tiri ) tersebut.
Pikullah tanggungjawab itu dengan sebaik-baiknya seperti mana seorang ibu menyayangi dan memenuhi keperluan anak-anaknya.

Suami Biseksual

Soalan

Assalamualaikum..sy bru 6 bulan berkahwin, sy bru tau yg suami sy adalah biseksual..sy cuma nak tau mcm mne sy bleh dapatkan khidmat kaunseling..sbb bila berbincang dgn suami tidak pernah ada penyelesaian nya..dia selalu mengelak.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Panel menasihatkan agar puan merujuk kes ini dengan segera ke atau ke Pejabat Agama Islam bahagian khidmat kaunseling keluarga. Diharapkan semoga kes  dan urusan puan dipermudahkan.

Talak Semasa Hamil

Soalan

Assalamualaikum... saya hamil 5 bulan dan telah berlaku pergaduhan dengan suami. ketika bergaduh suami mengatakan "aku ceraikan kau" dan saya menghalau suami keluar dari rumah. sehari selepas itu,suami pulang dan meminta maaf, dia mengatakan bahawa beliau tidak sedar semasa mengucapkan talak tersebut dan tidak mahu berpisah dengan saya, dan suami berkata sekiranya talak tersebut jatuh, dia rujuk saya tetapi tidak mahu ke mahkamah syariah dan kami telah 'bersama'. bagaimana hukumnya? terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Puan yang Dirahmati,
Mengikut Undang-Undang keluarga Islam, puan dan suami perlu hadir ke mahkamah untuk memaklumkan perceraian yang berlaku serta rujuk yang telah dibuat bagi tujuan rekod. Dibimbangi perkara sebegini tidak direkodkan, dan berlakunya kes perceraian sekali lagi yang lebih dari tiga kali puan tidak mampu membuat sebarang tuntutan pada masa hadapan.

Duit Riba (dividen ASB) Digunakan Untuk Membayar Hutang

Soalan

Salam,

Saya ingin tahu sekiranya duit dividen ASB (yang dikatakan riba) bole dibuat untuk membayar hutang?

Jika tidak boleh, ke manakah saya boleh salurkan wang ini?

Terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati.
Mana-mana wang yang tidak patuh syarak boleh disalurkan ke Baitulmal atau kepada fakir miskin. Wallahua'lam

WUDUK BERSENTUHAN ISTERI

Soalan

SAYA TELAH MENGAMBIL WUDUK, KEMUDIAN BERSENTUHAN KULIT DENGAN ISTERI. SAYA TAHU, MAZHAB SAHFIE' KATA BATAL. KENAPA HUKUMNYA MENJADI BATAL???. SEDANGKAN SAYA DAN ISTERI ADA IKATAN YANG SAH. BOLEH TOLONG JELASKAN.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Berdasarkan kepada ayat 43 dari surah An-Nisa' yang bermaksud:
" atau kamu menyentuh perempuan-perempuan"
Tafsiran dari ayat ini, ialah lelaki/ suami yang menyentuh isterinya atau perempuan Anjnabiah tanpa berlapik. Ketika itu batal wudhuk keduanya.
Lafaz " sentuh " itu jika mengikut mazhab maliki bererti bersetubuh dengan isteri, oleh yang demikian bagi mazhab maliki bersentuhan kulit dengan isteri itu adalah tidak membatalkan wudhuk.
Namun tafsiran bagi mazhab syafi'e adalah bersentuh itu bererti bersentuh kulit samada lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi atau yang sudah berkahwin maka batal wudhuk keduanya.
Oleh itu, walaupun suami isteri itu sudah mempunyai ikatan yang sah namun masih terikat dengan perkara berkaitan wudhuk.
Contoh paling hampir, Isteri yang sudah dinikahi dan halal baginya apabila berlakunya persetubuhan keduanya maka wajiblah mandi hadas besar walaupun mereka itu sudah dikira halal kerana  hubungan mereka itu. Begitu juga dengan wudhuk, walaupun isteri itu sudah dikira halal namun wudhuk tetap terbatal dan perlu diperbahurui jika terbatal.

Cara Bersuci Atau Memohon Keampunan Daripada Allah S.w.t.

Soalan

Assalamulalaikum,

Saya ingin bertanya kepada ustad,saya telah memakan makanan yang di masak oleh orang bukan islam seperti contoh makanan iaitu spageti yang saya tahu makanan tersebut memerlukan ramuan seperti mee,sos tomato,daging dan juga keju tetapi kemungkinan ramuan yang digunakan tidak halal tetapi saya tetap memakannya walaupun dalam hati saya ini ada keraguan.Soalan saya ialah,bagaimanakah cara untuk bersuci(jika ada caranya) dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati,
Setiap makanan yang hendak dimakan perlu dipastikan terlebih dahulu akan kebersihannya dan tahap kesucian ( halal). Walaubagaimanapun apabila sudah termakan samada secara sedar atau tidak, mohonlah keampunan dari Allah swt serta tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Memelihara anggota tubuh badan adalah perkara penting dalam melahirkan insan yang sihat dan mampu beribadat kepada Allah swt.
Makanan atau minuman haram atau syubahah yang telah dimakan sudah tidak boleh disucikan lagi seperti kaedah samak atau sertu atau sebagainya. Cukuplah berhenti dari memakan makanan dan minuman itu dan mohon keampunan dari Allah swt

Solat Jamak Dan Qasar

1. saya musafir ke kampung halaman dan mengikuti imam solat asar. habis empat rakaat saya buat qasar untuk zohor (jamak takdim) adakah dibolehkan?
2. saya musafir, tetapi tidak buat jamak dan qasar. adakah boleh?
3. bolehkan melakukan solat sunat qabliah dan ba'diah pd. solat jamak dan qasar (dlm musafir)
4. bolehkah diangkat menjadi imam semasa kita musafir? makmum tidak tahu. bagaimana pula jika makmum tahu kita sedang bermusafir.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudara yang dirahmati Allah
1. sekiranya mengikut imam yang bermukim, maka sembahyang wajib ditunaikan dengan bilangan yang empat rakaat yang sempurna dan tidak harus diqasarkan.
2.Solat Jamak merupakan satu rukhsah iaitu kelonggaran yang diberikan oleh Allah swt, dan sebagai hamba kita patut menerimanya.
3. Solat Qabliah dan ba'diah hanyalah solat sunat, jika tidka menimbulkan sebarang kesusahan ianya tidak menjadi perkara yang salah untuk dikerjakan.
4. Orang yang bermusafir menjadi imam kepada orang yang bermukim. Imam tersebut hendaklah mengaqasarkan solatnya dan dia disunatkan supaya segera memberitahu para makmum sebaik sahaja selesai sembahyang qasar dua rakaat dengan berkata: sempurnaka sembahyang kamu, sesungguhnya aku adalah orang yang bermusafir.